Rabu, Disember 15, 2010

HARI INI DALAM SEJARAH:SUAMINYA ARAB..TAPI SUAMINYA....OH TIDAK..!

Semua orang tau,Cik Ah ada seorang suami berbangsa arab campur melayu.Tapi takdak siapa pun pernah lihat suami Cik Ah tu termasuk Bariah.Dah macam-macam Bariah dengar mengenai Cik Ah sejak dia mula bekerja sebagai tukang sapu sampah di sekolah tu.Cik Ah bini no dua la.Laki Cik Ah ada 4 bini la..Laki Cik Ah rajin balik Madinah la..macam-macam.Dan Bariah pulak yang jenis bizi body ni selalu ja menepek dekat kantin sekolah,sebab Cik Ah merupakan tauke kantin sekolah.Tapi bila dia hendak bersembang lanjut pasal family Cik Ah,dia rasa malu pula.Yela,dia baru sahaja masuk bekerja di sini 5 bulan.Tu pun atas bantuan abang iparnya,Pak Non.



Satu petang,selesai sahaja kerjanya menyapu,Bariah melepak di atas bangku dibawah pokok rambutan berdekatan dengan padang sekolah sambil melihat abang iparnya itu sedang mencabut rumput-rumput liar yang tumbuh dalam pasu bunga.Sejak bersara sebagai askar British dan pulang dari Singapura,Pak non menjawat jawatan tukang kebun sekolah pula.



"Abang Non,pernah tengok laki Cik Ah dak?"Soal Bariah tiba-tiba.



"Dak pun.."jawab Pak non ringkas.



"Dengar kata laki Cik Ah orang arab..betoi ka?"Soal Bariah lagi.



"taktau.."Jawab Paknon lagi.



"Dengar kata Cik Ah bini no dua.Laki dia ada 4 bini,betoi ka?"Soal Bariah lagi walaupun dia tau sikap dingin abang iparnya tu.



"Dia la kot..."jawab Pak Non sambil melangkah pergi meninggalkan Bariah.Banyak kerja lagi dia nak buat daripada melayan mulut Bariah yang macam burung Murai tu.

Kecewa dengan sikap dingin abang ipar dia,Bariah segera melangkah pergi ke kantin.Nak menghilangkan dahaga.Nasib dia baik bila dia ternampak Cik Ah sedang berehat di bangku panjang kantin sambil menyedut rokok daun.Aiikk..selamba badak orang tua ni hisap rokok dalam kawasan sekolah.Nasib baik time tu bukan time rehat bagi pelajar.Dengan segera Bariah menghampiri Cik Ah.

"Kak Ah buat apa tu?"Soal Bariah sambil mengambil tempat disisi Cik Ah.Cik Ah yang mulanya terkejut dengan kehadiran Bariah secara tiba-tiba tersenyum.

"Aku tunggu Men ni haa..takmai lagi plak nak amik aku"jawab Cik Ah sambil menghembuskan asap rokok daunnya.Heran plak Bariah.Selalunya time ni Cik Ah tak balik lagi.Dia akan turut sama mengemas dengan pembantunya bia kantin nak ditutup.Tapi ini hari,Cik A balik awal plak.Tapi peduli apa Bariah.Dia nak selongkar cerita lain sebenarnya.

"Kak Ah,ceq dok tengok hari-hari Kak Ah balik Men yang ambil.Takpun anak yang nombot dua tu..apa nama taktau..."

"Ajonn..."Kak Ah segera bagitau nama anak keduanya bila Bariah menunjukkan ciri-ciri taktau nama anaknya tu.

"Haa..Ajon..tapi kan ceq tak pernah tengok laki Kak Ah mai amil Kak Ah.."Bariah memulakan bicara.Cik Ah hanya tersenyum.Dah agak ah,adik ipar Pak Non yang nampak macam busy body ni memamng mesti akan tanya benda-benda camni punya.Hampeh betul la.

"Awat hang teringin nak tengok laki aku ka?"Soal Cik Ah sambil ketawa.Padahal dalam hati bengkek gila.Melihat respon baik punya dari Cik Ah.Bariah segera bertanya lebih lanjut.

"Ceq dengaq la..depa dok sembang..Laki Cik Ah arab..sungguh ka.?"

"Hala..arab la laki aku..mak dia arab Madinah,bapak dia melayu Pattani."Jawab Cik Ah sambil menggulung daun tembakau.

"Tu ka??arab ni mesti segak laki kak Ah kan?"Soal Bariah teruja.Mendengar soalan Bariah tu,Cik Ah segera ketawa mengekek lucu.

"Hala..tinggi lampai..badan tegap..kulit putih merah..mata bercelak.."Cik Ah memulakan cerita pasal laki dia sambil tergelak-gelak sementara Bariah pulak mendengar dengan rasa kagum.Tak sangka Cik Ah ada laki sehensem tu.Belum sempat Cik Ah menghabiskan ceritanya Men pun sampai.Hampa jugak hati Bariah takdan na dengar sampai habis cerita sehingga la Cik Ah bagitau mybe satu hari nanti laki dia sendiri yang akan menjempuntnya balik.Bariah teruja.Tak sabar nak tengok laki Cik Ah.


Hari berganti hari,minggu berganti minggu,bulan berganti bulan.Bariah tengok yang menjemput Cik Ah hari-hari adalaha anak-anak dia ja.Sehingga lah satu hari Bariah nampak sebuah kereta toyota Corrola kaler putih tiba-tiba muncul depan perkarangan kantin sekolah.Tahun 80an,itu time sapa pakai kereta Toyota kira hebat la.Kagum dengan kereta tersebut,Bariah segera ke kantin.

"Kak Ah..kereta sapa ni?Selalu Ceq tengok kereta Men ja.."Soal Bariah sebaik saja menghampiri Cik Ah.Selalu dia nampak kereta merah milik Men ja.Tah jenama pa..tak stail langsung.Ni baru stail.

"Ni kereta laki aku"jawab Cik Ah sambil tersenyum.

"Yaka??mana laki Cik Ah??"Soal Bariah teruja.

"Dia pi bilik aiq sat..satgi dia mai la.."jawab Cik Ah sambil memasukkan barang-barang kedalam bonet kereta laki dia.Bariah turut membantu.Nak ambil hati sebab hari-hari dapat makan free.

"Haa...tu laki kak la tu"Tiba-tiba Cik Ah bersuara sambil menunjuk pada laki dia.Bariah segera beralih melihat dalam teruja.dalam fikiran dia mesti muka laki Cik Ah macam orang putih..tapi...

Orangnya tinggi lampai,badannya sasa berurat-urat di lengan,tapi orangnya bukan putih pun..tapi hitam..ya..hitam macam orang negro..itu yang Bariah nampak.

"Hensem tak laki kak?"Soal Cik Ah.Laki Cik Ah nampak terpinga-pinga.Dengan soalan bini dia tu.

Baru Bariah tau.Kalau orang Arab tak semestinya kulit putih,hidung mancung dan mata bercelak.Orang arab jugak ada yang berkulit hitam.Contohnya sahabat Nabi,Bilal Bin Rabah.
Ketika itu,badan Bariah lemah longlai..
Huuuuuuuu.

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!