Jumaat, Disember 17, 2010

LIKE FATHER LIKE DAUGTHER..

Masa aku kecik-kecik dulu,menurut Makcik aku la..aku ni mulut banyak tapi lambat nak boleh berjalan.Mybe sebab dulu aku agak tembam..(sekarang pun sama la..).Oleh sebab aku ni suka bercakap potpetpotpet,jadi depa..(Makjang aku dan Makcik aku la..) suka sangat berbual dengan aku walaupun itu jam aku baru umur 3 tahun.Macam-macam depa bersembang dengan aku,tah apa yang aku merapu pun aku taktau.

Time tu aku dah tau mak aku kerja apa..abah aku kerja apa..
Seingat aku mak aku bekerja sebagai mak,abah aku bekerja sebagai Telekom..hahahahah..
Sebagai Telekom??apa benda jawatan Telekom itu?Ikut sedap otak aku ja pikir camtu.Nama pun budak kecik lagi comel kan..hahahahahha..perasan gila!
Masa tu,bila abah aku OT sabtu atau ahad,mesti dia usung aku dengan mak aku sekali.Setel ja kerja dia,teruih la dia bawa kami pi berjalan-jalan kan..
Kagum sungguh aku dengan abah aku time tu..hahahaha
Lagipun time tu abah memang manjakan aku sebab aku cuma satu-satunya anak dia.Apa aku nak semua dia bagi..yang aku takmau pun dia bagi jugak termasuk pelempang kalau aku nakal nak mampus..hahahahhhaa..


Satu hari,makcik aku soal aku..

"Miya..Miya..besaq nanti nak jadi apa?"
(Miya adalah nama manja aku masa kecik..Aku bahasakan diri Miya sebab masa tu aku cakap tak teruih lagii..R jadi Y..hahaaha..)

Aku pun jawab la..

"Besaq nanti Miya nak jadi Telekom macam abah!!"
Makcik ngan Makjang aku gelak ja dengan jawapan aku tu..hohoho..

Tahun berganti tahun Makjang sama Makcik aku perhati ja aku membesaq sampai depa pun dah ada anak sampai 3 4 orang.
Depa dok agak-agak aku mybe bekerja dalam sektor pembinaan sebab kebanyakkan pengalaman kerja aku kearah situ sehingga la satu hari aku bagitau depa..

"Akak dapat keerja kat TM..Juruteknik.."

Tau apa reaksi depa..?
Terkejut macam nak nangis..
Aku pun tak paham awat la depa jadi lagu ni kan..
Sampai la makcik cerita balik kat aku mengenai pertanyaan aku mengenai cita-cita time aku umor 3 4 tahun dulu..

Hahahahahahaa..
Mana aku tau kan..
nak jadi lagu ni..
Tapi kemana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi..Betoi dak?



Gambar yang diambil oleh mak

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!