Khamis, Disember 30, 2010

HARI INI DALAM SEJARAH:POKOK BUNGA TAKDAK..POKOK PUDING ADA LA KAT RUMAH AKU..MAU??

Cik Ah rasa serba salah.Nak ditegurnya Pak Non atau tidak.Ada hajat besaq ni nak dikhabarkan pada Pak Non.Tapi melihat muka Pak Non yang masam ja sepanjang masa tu,dia jadi tak berani.Maklumlah..sebelum ni dia dah terkena dengan ayat-ayat power Pak Non yang boleh buat jantung siapa-siapa yang dengaq luruh.

"Hang ingat aku kuli hang?Pi beli sendiri la.."

Masih dia ingat lagi kata-kata Pak Non ketika dia mahu meminta tolong dari orang tua itu belikan tauge untuk dia.Wah..nama Pak Non memang terkenal dan bermain dibibir setiap guru-guru dan para pelajar di sekolah itu sebagai seorang yang dingin.Macam mana la Bariah boleh ada abang ipar jenis lagu tu pun dia taktau.Nak dibandingkan dengan Bariah yang bermulut murai tu dengan Pak Non,jauh panggang dari api.

Pernah jugak dia terdengar Pak Non memaki hamun seorang guru lulusan luar negara dalam bahasa Inggeris yang pekat gara-gara guru itu memarahi Pak Non dan menghina dia dalam bahasa Inggeris.Padan muka guru itu,dia ingat tukang kebun macam Pak Non tak berpelajaran ka?Pak Non dulu bersekolah disekolah Inggeris masa zaman penjajah dulu,malah bekerja sebagai askar British merantau sampai merata negara,mesti la bahasa Inggerisnya bagus.Cuma dia tak dapat melanjutkan pelajarannya dulu sebab keluarganya kurang kaya sahaja

"Hang jangan bimbang Kak Ah..Abang Non tu baguih..saja ja kat tempat kerja jadi macam tu..kat rumah dia ok ja.."Masih dia ingat lagi kata-kata Bariah yang mahu menenangkan hati dia semasa dia tidak yakin yang dia dapat bercakap perkara tersebut pada Pak Non.Betoi ka dak cerita Briah ni..macam tipu ja.Tapi bila memikirkan anaknya Men yang makin tua melayut tu..dia kena cakap jugak.

"Deyy tambi!! poh..poh..!!!"

Tiba-tiba Cik Ah teringat pulak akan peristiwa dimana anak bungsunya si Mah itu dimarahi Pak Non sebab Mah menganggunya membuat kerja.Apa dia pikir anak Cik Ah orang India.Mentang-mentang la Mah berkulit hitam,Pak Non boleh kata macam tu..Cisss!! dia mengepal-ngepal penumbuknya di tapak tangan,tapi tak jadi bila dia memikirkan Men.Adoii..kusut betoi la bila pikikran Men ni..

" Bunga Abang Non tu baguih Kak Ah..lawa pulak tu..rugi kalau tak ambik..Ramai orang nak tu"
Lagi sekali dia terdengar suara Bariah,macam menghasut plak mangkok ni.Tapi bila dia merisik pada orang lain untuk pastikan betoi ka da kata-kata Bariah tu,depa tak nafikan.Tu yang buat CiK Ah geram tu.jadi dia nekad,dia nak pi jugak rumah Pak Non bersama suami dia.

Berbekalkan peta ingatan yang Bariah bagi petang semalam jalan ke rumah Pak non,akhirnya Cik Ah sampai jugak ke rumah Pak non.Itu jam,Cik Ah tengok Pak Non sedang menyiram pokok di depan rumah dia.Patut la jadi tukang kebun.Pak non minat pada pokok-pokok rupanya.
Pak Non yang nampak kereta Toyota Corrola milik laki Cik Ah yang masuk dalam perkarangan rumahnya terkejut.Aii..takkan kes dia panggil anak Cik Ah tu tambi pun Cik Ah nak bawa laki cari gaduh kot..?Ah..dia tarak heran la..takat Arab tinggi lampai tu.sekali dia boh penendang..tumbang la tu jugak..

"Haa..awatnya hang mai rumah aku ni??cari pasai??"Soal Pak Non sebaik sahaja Cik Ah dan laki dia turun dari kereta.Dia pun taktau pasaipa la dia suka cari gaduh dengan Cik Ah ni.

"Aku mai bukan nak cari gaduh Non ooii..Aku mai ada hajat ni..."

"Jamban aku kat luaq..kalau nak guna pi la..."belum sempat Cik Ah nak abiskan ayat,Pak Non dah potong sambil meneruskan kerja-kerja menyiram dia.Cik Ah dan Laki dia berpandangan.

"Laa..bukan tu la..aku mai nak petik bunga kat rumah hang ni.."Kata Cik Ah sambil tersenyum.PaK NoN segera berhenti menyiram lalu memandang kedua laki bini itu.Elok la dia tengok dua laki bini ni.Sorang kemetot,seorang tinggi macam galah.

"Rumah aku takdak pokok bunga,..pokok puding banyak la..kalau hang rasa tak malu mai la amik..Nak?"Blaas Pak Non.Itu time jugak Cik Ah rasa macam nak hempuk ja kepala Pak Non dengan handbag dia.Kelihatan Laki Cik Ah hanya geleng-gelengkan kepala.Orang macam ni pun ada ka?

"Aku bukan nak pokok puding..aku nak bunga hang"Sekali lagi Cik Ah bagitau hajat dia pada Pak Non.

"Isshhh.awat taktau hang ni..tak paham bahasa ka?nak aku cakap tamil baru hang paham kot?aku takdak pokok bunga..aku ada pokok puding ja.."kali ni suara Pak Non makin tiggi.Tak tahan betul la dia dengan Cik Ah ni.Tu la akibatnya berkahwin campur.Sampai bahasa melayu dengan lain-lain bahasa pun taktau beza.

"Macam ni..kami mai nak pinang anak dara Pak Non..boleh ka?"Laki kak Ah yang sejak dari tadi berdiam diri tiba-tiba bersuara.Pak Non terkejut..tau pulak mamat ni cakap melayu..dan Pak Non lagi terkejut..Cik Ah mau melamar anak dia.Siapa lagi kalau bukan Ziah tu..Kali ni dia rasa nak pengsan...Orang yang dia selalu gaduh sudi nak pinang anak dia..!!

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!