Selasa, Disember 28, 2010

HEBATNYA DIA..

Masa aku kecik-kecik dulu,mybe dalam umoq 8 tahun atau 9 tahun la.Family aku pi bercuti kat Perlis.Masa tu yang turut serta dalam percutian kami ialah Tok aku,makcik dan makjang.Arwah tokwan dengan Paksu tak terlibat sama.Aku taktau pasaipa.Itu jam..kami hanya 3 beradik ja pun.Aku,Mirul dan Aloyah.Azhan belum muncul lagi itu jam.Dan time tu jugak makcik dan makjang aku masih anak dara ok.Kebetulan depa yang bekerja kat KL time tu(Makjang kerja kat Bank Islam,makcik kerja kat TV3) pulang bercuti.Elok sangat la ramai-ramai pi kan.

Masa tu la,kalau tak silap aku la,tiba-tiba semua dalam kereta nak terkencing la..nak terberak la.Jadi Abah aku sebagai menantu dan abang ipar yang prihatin(cewah!!) singgah la kat stesen minyak.Jenama stesen minyak tak dapat dikesan time tu.Aku dah lupa.Mybe Shell kot.Itu jam,ramai orang gak la yang singgah nak kencing la hape la..Sebab nak ke Perlis mana ikut Highway dah.Ikut jalan biasa.Jadi stesen minyak kat tepi jalan nak ke Perlis memang jadi tumpuan la..hohohoho..Akhirnya..tinggal kereta abah ja yang masih dok melepak kat belakang stesen minyak.Menunggu turn makcik aku plak melabur..hahahahaha..
Aku,tok dan mak tunggu kat luar tandas sementara makjang duduk atas bonet hadapan kereta bersembang dengan abah yang tengah mendukung Aloyah.

Tiba-tiba..sebuah mercedes jangan penuh dramatik berhenti sebelah kereta abah.Pemandu dia yang dengan muka merah padan terus ja keluar dari kereta meluru kearah kami yang tengah melepak baik punya kat depan tandas..


'Tepi..tepi..aku nak masuk tandas!!"Laki tu tuba-tiba menjerit lepas tu tolak tok aku ke tepi..

"Baik punya perangai hang..ni tandas pompuan..tandas laki tang sana!!"Tok aku yang tak puas hati mengeluarkan aura marah dia.Laki tu yang dengan muka berkerut apalagi..lari plak kat pintu hujung sekali.Dia try buka pintu tu..tapi tak dapat.Dia amik plak batu,try nak pecahkan kunci mangga tak berjaya jugak.Kami tengok ja gelagat dia.Dia goncang-goncang plak pintu tu sampai nak terpecah dah pintu tu sampai la abah aku tegur..

"Bro..tandas laki sebelah sini ja..yang lu nak pecahkan bilik stor tu pasaipa??"
hahahahahahahahaha..baik punya abah aku kasi.Laki tu pun dengan secepat kilat terus masuk dalam tandas laki.

10 minit kemudian,bila nak masuk turn aku,laki tu pun keluar dari tandas..Ada muka lega tu sambil usap-usap perut..Dia pandang kami sambil sengih-sengih,masuk dalam kereta dan terus blah..
Lepas ja dia blah..kami satu family gelak gila-gila..hahahahah..


Tu dia penangan sakit perut..sampai pintu stor dengan pintu tandas pun takbleh cam dah..
Dan sekarang ni aku sakit perut gila-gila..ayaq takdak lagi..
waaaaaa!!!

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!