Ahad, Disember 12, 2010

KENDURI KAHWIN DAN INTERVIEW

Hari ni aku nak pi kenduri kawin rakan seopis aku,Khausar.Pi ngan Ida.aku lupa la jalan nak pi dewan tempat dia bersanding tu..hahahaha
Lepas balik dari kenduri Khausar,terus pi Jusco plak.Incik Bachok tunggu kat sana sebab beliau nak aku tolong pilih baju kemeja untuk dia.Dia nak interview kat Pahang selasa ni.Jawatan technician kat Universiti Malaysia Pahang.Harap-harap beliau berjaya la..walaupun kalau berjaya beliau kena pindah dok sana.Aku takdak hak nak halang.Tu untuk masa depan dia jugak.Kalau tak..dia kekal dok Penang lagi la..Harap-harap belia berjaya..Aminnnn!

Pi kenduri nanti esti jumpa ramai kawan abah..Abah khausar pun salah seorang dari kawan Abah aku gak.Sama-sama masuk kerja kat TM ni masa tahun 1981 dulu..
Isshh..awat cerita pasai abah aku ngan abah Khausar taktau..hohohoho..

Aku kalau kenduri kawin ni..memang malas n pi.Memandangkan Khausar tu dok satu tempat kerja ngan aku walaupun lain-lain bos dan lain-lain unit,tapi kena pi gak la..dia baik gak ngan aku dan ia jugak sama-sama masuk kerja dengan aku pada hari yang sama..
Hoooooo...

Kebanyakkan kenduri kawan aku kawin aku dah pi..bila agaknya kenduri aku yerrr..?
hahahhahhahahahahaa...


Nak pi kenduri kahwin ka?nak ikut gak boleh?plezzzzz!!

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!