Isnin, Disember 13, 2010

MUSIM LURUH DIHATIKU..EH..MUSIM LURUH TAKDAK KAT SINI,MUSIM HUJAN ADALA..

Hari ni hujan lebat gila punya.Aku pun baru ja balik dari makan tadi.Tu pun terpaksa berpayung dalam hujan nak pi makan.
Hari jugak Incik Bachok dalam perjalanan ke Kuantan,Pahang.
Esok beliau ada interview di Universiti Malaysia Pahang.Bukan jawatan Pensyarah pun..cuma seorang Technician ja.Harap-harap beliau berjaya sebab beliau sanggup mengharungi Pulau Pinang,Perak,Selangor,Kuala Lumpur dan Pahang semata-mata untuk satu jawatan ja pun.
Tadi sebelum balik opis,aku sempat call dia,katanya dia dah masuk lebuhraya Karak.

Masa balik dari makan tadi,aku berjalan sambil berpayung.Time tu aku rasa macam dalam drama korea plak.Adegan berpayung dalam hujan..berlatar belakangkan Bukit Mertajam yang tinggi tu..Serius aku rasa macam aku heroin drama korea.Berjalan dalam hujan sambil mengenang nasib boyfriend yang dalam perjalanan jauh..Risaukan keselamatan.
Fulamak...tak sangka aku..
Tiba-tiba rasa sedih pulak walaupun cerita tak sedih..


Walaupun crita hang tak sedih,tapi aku rasa sedih gak..aku paham prasaan hang..Tak percaya?hang tengok muka sedih aku ni.kalau cerita hang buat jadi drama,aku nak kasi tajuk dia Autumn In My Heart 2..Amacam?Owh..hang orang Malaysia..kita tukar tajuk ke bahasa melayu..Musim Luruh dihatiku..cayalah!

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!