Tadi masa aku dalam kereta abah mahu pulang dari kerja sambil layak lagu dari siaran Klasik FM,apakehelnya aku dengar lagu klassik ni??.Tiba-tiba abah aku mengeluarkan bunyi..
"Ahhhhh..lega rasanya.."kata beliau sambil tersenyum lega.Aku syak abah aku kentut sebab abah aku kalau kentut memang tak bgi hint.Terus lepas ja.Mau pengsan jugak la kalau dia kentut.Selalu aku jadi mangsa dia..huhuhu..
"Abah kentut ka?"aku soal abah sambil tutup hidung.Tapi aku tak bau apa pun.Saja sediakan payung sebelum hujan.
"Pungkoq hang!! main tuduh-tuduh plak.."aiikkk..abah bagi balik selepap kat aku..
"Habis tu yang dok buat bunyi ah..ah..tu bukan kentut?"
"pala otak hang!! aku lega sebab Mirul dah dapat kerja la.."
Lohh..aku ingatkan apa..hahahahahaha..Baru aku ingat,Mirul baru ja dapat kerja.Technician bahagian mentenan kat Hotel Seri Malaysia.Waahhh! aku rasa kami ni keturunan technician kot..dulu masa abah mula-mula kerja ngan Telekom dulu,dia jawat jawatan technician jugak.Aku pun start kerjaya aku dengan jadi technician jugak,Technician Telekom jugak.Ni Mirul pun sama jugak.Cuma dia kat tempat lain ja.
Aku rasa Mirul ni murah rezeki gak.Baru ja setel blajar,terus dapat kerja tu...
Aku ni kena jadi salegirl dulu..Pastu jadi operator pulak..last-last baru dapat kerja kat site.Idaman tu..Last-last dapat kerja technician..
Aku harap Mirul dapat la kerja elok-elok..baru seminggu lepas start kerja,dah pandai main OT-OT tu..banyak la duit hang nanti noh..
huhuhuhuhu..
Aku rasa abah buat bunyi macam tu tadi sebab dia tak rasa semak perut dah kot.Dulu dia kata rasa semak perut ja sebab takut anak lelaki dia ni tak dapat kerja.
Ngeeeee...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan