Isnin, Oktober 18, 2010

ADAKAH DUYUNG NI WUJUD ATAU KHAYALAN SEMATA-MATA..

Masa kecik-kecik dulu,pengaruh kartun keluaran Disney memang kuat dalam hidup aku.Salah satunya ialah kartun The Liltle Mermaid.Kartun diambil dari sebuah novel karya Hans Cristian Anderson yang diterbitkan pada tahun 1836.Kerana kartun tu,aku percaya bulat-bulat yang ikan duyung memang wujud.Tapi betoika ikan ni wujud atau mitos saja?

Sebenarnya sejak zaman-berzaman,cerita mengenai menatang separuh ikan separuh manusia ni memang popular.Macam mitos mengenai naga dan manusia berambut ular yang dipanggil Hydra,cerita pasal ikan duyung ni merata tempat ada.Tak kira la di Eropah ka,Amerika mahupun Asia.Malah kat negara kita sendiri pun ada cerita mengenai ikan duyung sampai pihak penerbitan filem melayu dulu pernah menerbitkan filem Air Mata Duyung lakonan Nordin Ahmad dan Suraya Haron.

Kartun The Liltle Mermaid keluaran Disney.
Di Thailand,ada juga cerita mengenai ikan duyung mereka sendiri.Ikan duyung dikatakan pernah muncul di Songkla dan menyebabkan pihak depa membina sebuah patung menyerupai ikan duyung di pantai sana.Ada yang mengatakan bahawa duyung di Songkla tu adalah seorang puteri yang di sumpah menjadi ikan setelah didapati mencintai manusia biasa.Cerita dia sama dengan cerita Air Mata Duyung..Hmmmmm...


Patung duyung di Songkla


Mermaid dan Mermen karya seorang pelukis Jerman
Dalam mitos orang Yunani,ikan duyung dikatakan selalu menggoda dan memukau para kelasi kapal sehingga kelasi kapal tersebut menemui ajal akibat sumpahan si Ikan duyung ni.Malah ada sesetengah masyarakat pagan zaman dulu yang menganggap duyung ni sebagai dewa laut depa yang dipanggil Ea atau Oannes.Ea dikatakan sebagai duyung jantan.
Duyung dan Kelasi

Dalam himpunan kisah Arab 1001 malam(arabian night),kisah duyung ada jugak.Mengenai Abdullah,seorang nelayan yang dikatakan boleh bertukar menjadi ikan duyung jantan..Adooiiii..macam-macam la...
Ada juga yang mengatakan ikan duyung ni suka mrnyerang kapal-kapal yang melalui laut dalam.Uikkk..ganasnya....


Serangan Duyung
Di Indonesia..duyung depa huduh betoi..
hahahhahhahahhahahhaha...




Rangka duyung yang di temui di Indonesia.
Aku pun taktau la duyung di wujud ka tak.Tapi aku percaya duyung ni memang wujud dulu.
Aku cerita pasal duyung ni bukan apa..
Semalam aku mimpi jadi duyung..hahahhaahhaha..
Sebelum tidoq tengok cerita Aquamarine..sampai termimpi-mimpi..
bengong betul..
macam budak-budak..
hahahhahhaha





2 ulasan:

Bijen M. berkata...

Ha ha ha hampeh tidur tak basuh kaki.

Mrs Poyo berkata...

Bijan..
tau takpa..
aku slalu lupa cuci kaki..tu yg mmpi bkn2 tu..hahhaa

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!