Sejak akhir-akhir ni,mak aku asyik meluahkan rasa tak puas hatinya pada paksu yang tak berbini lagi sampai sekarang.Mak mula risau bila banyak kawan-kawan paksu tak kira la yang muda dari paksu,sama umur dengan paksu dan tua dari paksu dah berbini.Ada dah beranak pinak dan ada pulak hentam anak setahun seorang sedangkan paksu habuk anak pun takdak.
Paksu aku ni semua lengkap,kerja ada,gaji sampai 6 ribu sebulan tak termasuk OTdan elaun-elaun serta kerja hujung minggu(dia pemandu trelar yang berjaya)...kereta..rumah..simpanan bank..insuran nyawa.insuran kereta dan motor pun dia ada..,KWSP pun dia ada..socso pun ada..Hutang takdak sedangkan kebanyakkan orang sebaya dia dah masuk bidang perhutangan dari pelbagai segi.Dia nak hutang apa lagi kan..kereta dah abis bayar(cuma sejak akhir-akhir ni aku dengar ura-ura nak beli Vios)..rumah pun takpayah beli dapat free ja..anak bungsu katakan..
Nak kata muka tak hensem,aku rasa hensem..kulit putih,muka macam apek..rambut lebat,badan tough..Aku tadak pasai nak puji mangkuk ni..tapi dah kenyataannya..takkan aku nak tipu plak kan..sedangkan orang tak hensem mengaku hensem..takkan la paksu aku yang hensem pi ngaku tak hensem plak..hahahha..
Aku taktau pasaipa sorang perempuan pun tak lekat kat dia...
Paksu aku jugak masih teruna dari segi percintaan..(tak pernah bercinta la tu)
Tapi tu la orang kata dah nasib..sebab takdak jodoh lagi kerja sambilan paksu aku ialah pengapit..
Kalau sapa kawin dengan dia,berpotensi dapat melancong ke luar negara setahun 3 kali..
Apa??ingat kerja pemandu ttakdak duit ka?
Gaji pemandu lagi tinggi dari pegawai berijazah tau..(banyak pemandu trelaer kat tempat dia memiliki ijazah ok..) Kerja tak glamer takpa..janji duit masuk macam air..
Harap-harap paksu aku dapat jodoh cepat..
Tahun depan nak masuk umur 31 dah wooiiii...
1 ulasan:
Ha ha ha.
Promote-lah kat member-member.
Catat Ulasan