Kalau aku bagitau orang yang aku pernah jadi pengawas sekolah dari aku tingkatan 1 sampai tingkatan 5,mesti orang gelak kat aku.Tak pun kata aku bohong..depa selalu cakap..
"Muka tak berdisiplin macam hang jadi pengawas??hahahaha..tak percaya langsung.."
Ya..ya..memang aku masa sekolah tak berdisiplin.Aku tak pakai anak tudung.Aku tak pakai kain dalam,aku pakai stokin belang-belang,aku tak pakai singlet sampai nampak baju dalam aku warna warni tu dan aku tak potong kuku.Tudung aku aku potong kasi pendek sikit.tak banyak..
Semua tu aku dah buat.Tapi aku bukan la sosial teruk sampai keluar rumah ikut suka hati,balik lewat malam ataupun ikut jantan naik motor macam budak-budak sekolah yang lain buat sebelum ni.Aku kalau nak tengok wayang dengan kawan-kawan pun abah aku hantar.habis tengok wayang dok melepak sat,masa balik abah aku datang ambik.Tapi nak buat macam mana aku tak berdisiplin kat sekolah.Abah selalu berpesan,masa sekolah la kita nak buat benda-benda ni..abah masa sekolah pun lebih kurang ja..hahahahaha..
Tapi aku heran pasaipa aku terpilih jadi pengawas sekolah.
Aku terjebak dalam dunia pengawasan ni masa aku form 1 sekolah kat Ipoh.Masa tu walaupun aku da masalah-masalah disiplin macam tu tapi tang cikgu aku hormat.Kalau cikgu tegur aku atau marah aku,aku selalunya amik pendekatan diamkan diri.Aku tak melawan atau balas balik kata-kata cikgu sebab abah selalu kata,kalau kita melawan,ilmu kita tak ke mana.Sia-sia la kalau abah aku hantar aku pergi sekolah untuk jadi orang yang berguna,pandai..tapi last-last jadi kot lain kan..
Kalau aku tak paham dari segi pelajaran,aku akan tanya cikgu.Aku agak-agak la oleh sebab aku punya sifat ni cikgu pilih aku jadi pengawas kot..hahahahah..
Masa aku dapat surat offer tu,aku macam terkejut.Aikk biaq betoi..bila aku pi temuduga,aku dapat.Walaupun kawan-kawan mula kata aku akan jadi tali barut cikgu(macam tali barut jepun pulak)Aku tak kisah la sebab walaupun aku jadi pengawas aku still dengan perangai aku.tolong kawan-kawan dari terkena tindakan disiplin melainkan kalau budak-budak yang betul kurang ajar atau memang tak makan saman dengan aku punya nasihat ataupun buat bodoh ja dengan amaran aku,memang aku bagitau cikgu terus arr..padan muka.
Aku selalunya jadi orang tengah diantara kawan-kawan aku dan cikgu disiplin.Maknanya aku baik dengan kawan-kawan dalam masa yang sama aku baik ngan cikgu.Aku bukan talam dua muka yaa..Aku selalu tolong-tolong kawan-kawan aku dari terkena sebarang tindakan.
Masa dekat sekolah aku bukan macam budak-budak lain yang ada geng masing-masing.Contohnya kalau yang jenis lawa gedik kena kawan sesama lawa gedik,kalau nerd kena kawan sesama nerd,kalau black metal kena kawan sesama blak metal,kalau geng tak lawa gemuk mesti kena kawan sesama dorang ja..atau macam-macam geng lagi.Aku kawan dengan semua..Takdak istilah dialah kawan paling baik dalam hidup aku.semua sama..mybe ada yang baik jugak kot..hehehe..Bila aku berkawan dengan semua orang..kalau ada masalah disiplin melibatkan depa-depa ni,aku jadi penyelamat.Contohnya bila cikgu nak buat spotcheck,aku cepat-cepat khabarkan kat kawan-kawan aku jangan la bawa yang bukan-bukan pada hari berkenaan.Depa pun terselamat.
Walaupun ada diantara cikgu mula syak ada spy menyepai dalam kami punya badan pengawas,tapi aku tak takut pun.Kalau aku kena buang pun,aku tak kisah sebab nak jadi pengawas sekolah bukan cita-cita aku.Aku jadi pengawas pun abah dah start ejek aku..waaaa!
Bila aku masuk sekolah teknik,aku ingatkan aku tak jadi pengawas dah,tapi rupa-rupanya terjadi jugak.Sama macam aku form 1 dulu,aku dapat offer letter.Masa aku pi temuduga tu aku sedaya upaya buat jawapan yang ditanya masa interview tu tak masuk akal atau jawapan macam orang bodoh takdak akai,nak bagi gagal la kononnya.Tapi dapat jugak.Aku pun taktau la apa yang cikgu-cigu disiplin nampak kat aku ni.huhuhuhuhu..
Walaupun aku jadi pegawas,aku tetap aku.Pakai stokin belang-belang,tak pakai kain dalam,tak pakai anak tudung dan tak pakai singlet.Baju pengawas kan kaler biru,tak nampak la bra aku tu kan..hhuhuhuhuhu..
Aku rasa masa aku jadi pengawas dekat sekolah teknik dulu,akulah pengawas yang paling banyak sekali kena rotan kat tapak tangan oleh ssebab perangai aku tu.Penah satu hari tu,aku kena rotan sepuluh kat tangan kiri,sepuluh kat tangan kanan.berbirat tapak tangan aku sampai nak pegang pen untuk menulis pun tak boleh.Aku ingatkan lepas kena rotan aku kena buang dari jadi pengawas,rupa-rupanya tak pun.Aku kena hukum macam tu sebab aku tak buat spotcheck betul-betul kat budak-budak.DEpa pakai stokin belang-belang,tak pakai anak tudung aku main lepas ja..tindakan aku tu pulak dinampak oleh seorang pengawas yang memang kaki mengampu,dia pi ngadu kat ketua cikgu disiplin,apa lagi...sakitnya kena rotan memang terasa sampai la..
Antara masalh disiplin yang aku buat tapi kena rotan ja,tapi tak kena buang dari jawat jawatan pengawas ialah..
1.Bawa henset masuk dalam asrama.(kena rotan 10 kali kat tangan kiri)
2.Masa perhimpunan pakai baju bengkel (5 kali kat tangan kanan)
3.makan masa waktu bertugas kat kantin.aku lapaq laa(5 kali)
4.Fly dari asrama semata-mata nak balik ke rumah sendiri.Rindu masakan mak la(kena rotan.kutip sampah satu sekolah dan kena cubit kat perut)
5.ponteng kelas lepak dalam tandas.Aku tak suka matapelajaran KH yang kena buat kiraa akaun buku lejar tu masa form 2(kena rotan lagi)
6.Balik awal dari waktu tamat sekolah
7.Tak siapkan kerja rumah
8.tak datang sekolah seminggu 2 kali.Isnin dan jumaat
Aku heran la..awat tak kena buang noh??
Apa-apa pun,jadi pengawas adalah kenangan tak akan aku lupa.
hohohohoh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan