Jumaat, Oktober 15, 2010

SELAMAT PERGI,SELAMATLAH BALIK...

Kenduri doa selamat untuk Encik Ismail hendak ke Tanah Suci 20hb ni dah setel.Apa yang dimasak abis..hehehehe..ada la sikit-sikit serdaknya kan..bangga la jugak..hahahhahaha..

Tapi apa yang buat aku sedih tadi ialah masa Encik Ismail serahkan kunci Viva berlambangkan TM kat aku.Juga kad minyak petrol untuk Viva tu.Dia nampak macam sedih ja nak tinggalkan Viva tu..ayat dia kat aku..

"Mira..Vivav ni hang jaga elok-elok nah..mana tau saya tak balik-balik mai ka..dah confrm Viva ni dapat kat mira..tak payah mira kongsi kereta dengan Mr.Eksekutif lagi..."

Ok..aku dah rasa macam sedih ja bila dia kata macam tu..yela kan..macam pelik ja ayat dia.Then dia panggil aku masuk dalam bilik dia kat opis.Aku pun follow..ayat dia yang bikin hati aku sedih lagi ialah..

"Mira..kalau saya tak balik mai dah ka..Mira minta la kat bos amik bilik saya..bilik mira tak elok la.."waaaa...awat dia kata lagu tu..bila aku kata awat dok buat ayat pelik,dia gelak plak..
Kemudian dia kata lagi..

"Mira,laptop saya ni mira tolong pegang nah..."
Aku kata takmau..laptop kat rumah pun tak terjaga inikan pulak laptop orang lain..Lagipun dokumen penting banyak..kalau jadi apa-apa mau tak haru biru kat opis..

"Takpala...saya bawa balik..tapi kalau apa-apa jadi kat saya..Mira pi ambik kat rumah tau..minta kat anak laki saya..kenalkan dia?yang kerja kat Butterworth tu.."serta merta muka anak Encik Ismail yang sama-sama daftarkan diri dengan aku masa baru masuk kerja kat Menara TM kat Bangsar tu muncul kat muka aku.Dah la muka saling tak tumpah dua beranak tu.

Then dia keluarkan semua fail-fail dia bagi kat aku.Sebelum ni Encik Ismail ada ajar aku pasal kerja yang dia buat.Kalau masuk dengan tugas dia..tiga kerja aku buat..Pembantu Mr.Eksekutif,buat maintance kat luar dan buat kajisiasat...Fuh..nama tugas tu ringkas ja..tapi nak buat kerja tuhan je yang tau.
Encik Ismail plak dok buat ayat tah pape lagi..aku memang takmau layan..,macam mengarut ja..huhuhuhu...

Aku pun rasa sedih bila kereta dia keluar dari kawasan opis.Yela..Encik Ismail tu sebaya abah aku,umur sama.Aku anggap dia macam bapak aku.Dah la kuat melawak macam abah aku.Tiba-tiba ja dia buat ayat-ayat sedih.Dia pernah tanya aku dulu..Nanti bila aku kat Mekah,aku nak dia doakan apa untuk diri aku nanti..
Aku jawab..

"Encik Ismail doa bagi saya cepat kaya..dapat beli rumah Semi-D..."
Encik Ismail gelak ja sambil angguk-angguk.
walawehhhhh! rasa sedih plak ni

2 ulasan:

weengurl berkata...

org tua2 bila nk pi buat haji mcm tu la...moga2 beliau slamat ye..

Mrs Poyo berkata...

tu la pasainya..
sedih gak..

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!