Dan Siapakah mamat Red Indian kat bawah ni?apa kena mengena dia dengan Mothman??Adakah dia sendiri yang Mothman..?hohohohoho..
banyak betul persoalannya..
huhuhuhuhu..
Gua ada ilmu kutuk mengutuk..jaga-jaga!
Mothman ni glamer sangat la kat Barat Virginia.Mothman ni digambarkan seekor hantu yang mempunyai sayap besar,setinggi manusia,takdak kepala dan ada sepasang mata merah kat dada dia..(mhhmm...macam tu tu?mata?buah dada kot..hahahhahahaha)
Kali pertama Mothman dijumpai ialah pada tahun 1926 di sebuah tanah perkuburan kat daerah Virginia tu jugak la..
Menurut lagenda,Mothman ni adalah makhluk yang dicipta hasil sumpahan atau kutukan atau jampi serapah seorang ketua Red Indian yang teraniaya dan dianiaya oleh askar Amerika semasa Perang Revolusi sekitar tahun 1775 hingga 1783.Ketua Red Indian yang bernama Cornstalk tu cuba membuat usaha damai dengan pihak tentera Amerika,namun tidak dilayan..sebaliknya beliau dengan anak lelakinya ditangkap oleh pihak tentera Amerika dan didera.Tindakan pihak Amerika tu sebagai usaha membalas dendam sebab depa menuduh pihak Red Indian telah membunuh salah seorang tentera depa.Demm..Amerika sejak dulu lagi memang cilaka..
Sebelum dibunuh,beliau dengan sedih sayu telah membuat satu sumpahan atas nasib yang menimpa kaum dia.Maka ramai percaya yang Mothman ni wujud dari sumpahan Cornstalk yang mahu berbuat baik tapi dibalas kejahatan.
Keglameran si Mothman ni membuat pihak pekan Point Pleasant,yang banyak nampak kemunculan Mothman ni membina satu patung.Dikatakan keglameran Mothman ni mengatasi Nora Danish mahupun Fasha Sendat..Erra Fazira juga tak mampu memecah batu keglameran Mothman
Kemunculan Mothman dikatakan sebagai tanda bakal terjadinya sesuatu bencana.Depa percaya macam tu sebab pada tahun 15 December 1967,jambatan Silver yang menghubungkan Virginia Barat dengan Ohio tiba-tiba runtuh semasa time sibuk ramai kereta.Sebelum Jambatan tu runtuh,seramai 100 orang telah nampak kelibat Mothman berlegar-legar diatas jambatan tu dari tahun 1966 sampai 1767..hujung tahun 1967..jambatan pun runtuh..Jeng..jeng..jeng..
Pada tahun 2003..seorang lelaki dari Ohio yang bernama apa pun aku taktau la..berjalan-jalan dengan anjing dia..Tiba-tiba dia ternampak sesuatu yang terbang kat jambatann lalu hinggap merayap kat tiang jambatan tu..dengan pantas dia pun amik la gambar menatang yang aku tengok macam grim reaper ja tu dengan kamera digital dia..Beliau dan anjingnya percaya yang tu adalah Mothman..
ni hasil tangkapan beliau sebagai jurukamera tidak mahir..
Jaga-jaga..dia terbang tu...
Dan banyak lagi la gambar menatang terbang yang orang Amerika ni amik dan percaya tu adalah Mothman..
Contohnya ni..
Kerana keglameran Mothman ni ,seorang penulis bernama John Keel telah menulis sebuah novel yang diberi tajuk The Mothman Prophecies dan diterbitkan pada tahun 1975 dan pada tahun 2002,sebuat filem yang diambil dari novel tersebut dan menggunakan tajuk yang sama diterbitkan..Lakonan Richard Gere...Richcard Gere???!!! Dia sesuai berlakon filem cinta ja..Anthony Hopkin sesuai la berlakon filem-filem nacam ni..
Sehingga kini..menurut sumber yang tak boleh dipercayai la..pihak polis telah menerima banyak aduan tentang kemunculan Mothman ni walaupun misteri pasal menatang berbuah dada kaler merah ni(pada fikiran aku la..) tak terungkai..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan