Jumaat, Oktober 08, 2010

LUAHAN PERASAAN

Hari ni aku bangun lewat.Pukul 6.50pagi.

Jadi aku pun cepat-cepat la bangun bersiap bagai nak rak..takmau manusi-manusia yang menumpang aku hari-hari pergi kerja terpaksa tunggu aku.Malangnya aku terpaksa tunggu depa balik bukan 5 minit or 10 minit.Tapi satu jam! Diulangi sekali,satu jam.



Masalahnya la ni,aku takdak masalah dengan manusia yang bergelar Kak ni..dia sampai ke rumah manusia yang bergelar adik ni awal setiap hari..pukul 6.45 pagi dia dah sampai ke rumah adik tu.Tapi adik tu yang bermasalah.Bila kak tu sampai rumah dia,dia dok bersiap tak habis lagi.Mekap sana..mekap sini..Yang aku kat rumah ni,dok tercangak tunggu macam orang bodoh.



Aku tak kisah kalau dia nak bersolek sakan mengalahkan model.Itu hak dia.Aku pun bersolek gak bila mai kerja.Tapi dah tau diri tu lama sangat nak amik masa nak bersolek.Bangun la awal.Kalau aku dengan si Kak ni boleh bangun pukul 5.30pagi.Takkan dia tak boleh?kalau 5.30pagi tu awal sangat,bangun la pukul 6pagi.Ini tak..pukul 6.30 baru nak bangun.Kadang-kadang pukul 7 baru nak bangun.Kalau dia sendiri takpa la..hang sendiri yang lewat.Ni dah melibatkan aku dengan Kak.Kalau diikutkan mau saja aku suruh Kak mai terus rumah aku.Tapi aku takmau Kak rasa serba salah.Tapi perasaan aku?takdak sapa pun pikiaq..



Aku pernah tau mai lewat kat opis sebab dia.Pukul 9.30 pagi baru mai opis.Bayangkan pukul 9.30!! Time opis 8.30,aku mai opis pukul 9.30..satu jam aku lewat.Last-last aku jugak yang kena marah dengan bos-bos.Sebab aku yang bawa kereta,bukan dia.Bila aku tegur hang,hang sengaja la tukar topik.Takpun pura-pura kol orang.Hnag ingat aku taktau akai hang?Geram betul la..



Kadang aku terpikir jugak nak tinggal hang saja.Biar padan buka dia.Tapi bila pikir balik papa hang dengan Abah aku berkawan.Sama-sama masuk kerja dalam company ni sejak tahun 1981.Dari jawatan technician sampai jawatan yang terbaru ni.Bila berjumpa peluk sakan.Gelak-gelak sampai keluar air mata,kalau aku buat macam tu,hang ngadu kat papa hang,agak-agak apa jadi dengan hubungan papa hang dengan Abah aku?mesti keruh sikitka.Mesti papa hang pikir aku yang jahat kan..mesti papa hang bagitau abah aku kan..mesti abah aku jadi segan ngan perangai aku..



Tu la pasainya..aku nak kena jaga hati semua orang,padahal hati aku dah bengkak bernanah dah sapa pun tak amik tau.Yang depa tau aku takpa..semua ok..dia kan happy go lucky..apa-apa pun takpa..pijak kepala aku pun takpa..bagus sangat la...

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!