Isnin, Oktober 25, 2010

WEREWOLF A.K.A SERIGALA JADIAN..AGAK-AGAKNYA DEPA HENSEM DAK?

Dunia barat dengan Mitos mengenai Serigala Jadian memang tak boleh pisah la,sampaikan filem-filem keluaran barat Hollywood khususnya banyak buat filem mengenai serigala jadian ni...kiranya cerita pasal serigala jadian ni sama glamer dengan cerita langsuir,hantu raya,toyol dan pontianak dalam masyrakat kita.Setiap kejadian atau makhluk ni mesti ada asal usul dia kan..sama la macam serigala jadian ni..banyak sangat asal-usul kejadian seigala ni sampai aku pun pening la..
hohoho....
Seigala jadian ni adalah seekor..eh..seekor ka?seorang kot?loh..mana satu ni?sebab dia ni separuh binatang separauh manusia,kita panggil dia seorangkor..hahhahah..aku dah merepek dah..
Serigala ni adalah seorang manusia(terutamanya lelaki la...)yang boleh bertukar menajdi serigala jadian setiap kali bulan mengambang kerana terkena serangan san gigitan seekor serigala yang mangsa ni tak mati..bila tak mati kena serang dek serigala..maka dia boleh bertukar jadi serigala jadian la..
Huiii..macam tu..kalau aku ni hari-hari kena gigit kucing..maknanya aku jadi kucing jadian la..??
hahahhahahaha..tapi aku tak jadi kucing jadian pun..
Serigala jadian ni dikatakan memakan daging...memang la..dia kan karnivor punya spesis..terutamanya daging manusia..gullppp!!
Musuh ketak serigala jadian adalah vampire atau pontianak.Dia dikatakan sangat kebal pada semua senjata kecuali barangan yang duperbuat daripada perak.

Malaysia pun ada kepecayaan yang sama..tapi jadi harimau jadian akibat saka la macam cerita yang Rusdi Ramlie belakon tu..apaka tajuk dia..?tak ingat la..yang dia jadi mak nyah tu..
huhuhuhu..



Ukiran serigala jadian pada abad ke 18
Masyarakat Kuno Brazil,Sepanyol dan Portugis percaya bahaya apabila sebuah keluarga yang sudah memiliki 6 orang anak perempuan..tiba-tiba anak ketujuh mereka,anak laki-laki..maka budak tu akan jadi serigala jadian..huhuhuhu..apa punya kepercayaan daa...
Sejarahwan Yunani dari abad kelima sebelum masihi yang bernama herodotus pernah menceritakan sebuah puak Neuri yang boleh berubah menjadi serigala jadian selama beberapa hari dalam setahun.

Serigala yang rakus makan mangsa dibawah bulan purnama..Cisss..macam sajak plak..
Kepercayaan awal pasal serigala ni sejak zaman dewa-dewa lagi..ala..zaman-zaman hercules tu..hahhahaha..bermula pada awal 1550 SM,Raja Lycaon dari Arcadia telah menjamu Dewa Zeus dengan daging manusia.Oleh sebab kebiadapan si Lycaon ni..Dewa Zeus jadi murka tahap dewa 19 lalu dia sumpah si Raja ni jadi serigala jadian..Nah..amik kau..nakal sangat ni...Dah tau Zeus ni Raja segala dewa..yang pi pekena dia bokpa..


Agaknya macam ni la rupa si Raja Lycaon ni lepas kena Sumpah dengan Zeus

Sekarang kita cerita pulak kisah benar yang terjadi kat Perancis plak..

PADA 1573, seorang lelaki Perancis, Gilles Garnier dibakar hidup-hidup selepas lebih 50 saksi melihat dia mengoyak badan kanak-kanak dan memakan daging manusia yang dibunuhnya.
Garnier mengaku dia membunuh dan memakan daging lebih empat kanak-kanak berusia antara 10 hingga 12 tahun kerana dia adalah serigala jadian. Menurutnya, dia memperoleh keupayaan untuk bertukar daripada manusia kepada raksasa serigala selepas bertemu dengan syaitan ketika berburu bagi mencari makanan di dalam hutan pada waktu malam.
Syaitan itu memberi krim magis yang membolehkannya bertukar menjadi serigala jadian dan dia mula menculik kanak-kanak serta memakan daging mangsanya itu. Bagaimanapun, tindakan Garnier akhirnya terbongkar selepas beberapa saksi terserempak dengannya yang sedang melakukan perbuatan berkenaan.
Kira-kira 31 tahun kemudian, kes sama turut berulang di Perancis. Seorang remaja, Jean Grenier, 13, mendakwa pernah bertemu dengan syaitan di dalam hutan dan puaka itu memberikannya kulit serigala yang membolehkan jasadnya bertukar menjadi serigala jadian.
Selepas bertukar menjadi serigala jadian, dia berkeliaran pada setiap malam untuk membunuh dan memakan kanak-kanak. Grenier akhirnya dihukum penjara seumur hidup di Biara Fransiskan.Ini baru dikatakan gila takdak akai..tapi kalau dengan bantuan syaitan..hmmm...kalau bab ni syaitan memang tidak dinafikan memang suka menyesatkan umat manusia tak kira la agama apa pun..

Tapi seorang pakar sakit jiwa plak ada menyatakan yang kes dua ekor mangkok Granier ni kaitkan dengan penyakit jiwa kacau yang dipanggil 'Lycanthropy'.Penyakit jiwa ni buat pesakitnya menyangka dia seekor serigala jadian dan apabila penyakit tu menyerang,si pesakit akan berkelakuan ganas dan berkelakuan seperti serigala.

Lukisan yang menunjukkan tindakan dua orang mangkok yang kongsi nama keluarga yang sama..Granier..

Antara filem-filem yang berkaitan serigala jadian yang aku minat tengok..































Aku rasa serigala jadian dalam cerita Val Helsing paling hensem..sayangnya watak serigala jadian dalam cerita tu sat ja..sebab filem tu fokus kat Lord Dracula dengan Bride-bride dia yang comel lote tu..
GGRRRRRRR...meowwwww!



3 ulasan:

weengurl berkata...

dasat lah hg...hg bley wat master or phd research pasal menda alah ni..ahaha

Mrs Poyo berkata...

ween..

hahaha..aku mmang minat degn benda-benda ni..hari-hari aku abiskan masa aku buat kaji siasat pasal bnda-bnda alah ni..
hahahhaah

Tanpa Nama berkata...

tenkiu sbb sudi share pengetahuan ini =) sy suka nonton cerita twilight =D best sngt jalan cite dy -¤ vampire vs werewolf 8) hoho

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!