Sabtu, Oktober 30, 2010

KEKASIH IDAMAN

Sejak kecik lagi aku dibesarkan dengan filem-filem lakonan Shah Rukh Khan.dari filem 1st dia belakon dengan Rishi Kapoor sampai la ke filem terbaru dia aku dah tengok.Arwah tokwan aku memang minat dia..dari zaman tape kemudian ke zaman VCD sampai ke zaman DVD kecuali zaman Download la sebab Arwah Tokwan aku buta IT.Kalau la Arwah ni celik IT aku rasa masa sebelum dia meninggal tahun lepas,dia habskan masa dia download cerita Shah Rukh Khan pa...

Demmm..aku dah sebak kalau cerita pasal Arwah..dia memang rapat dengan aku..dia umpama ayah kedua aku selepas abah..huhuhuhu...


Shah Rukh ni pandai mainkan watak-watak yang dia pegang dari jahat,baik,terencat akal..nakal..semua dia boleh..Tapi watak dia paling menjadi sekali kalau dia pegang watak lelaki yang ala-ala nakal gitu..kelakar..very loving person..agak-agak bengong sikit..cakap banyak..wahhh..suka-suka..Contohnya watak dia dalam filem Kuch Kuch Hota Hai,Karan Arjun,Yess Boss,Dil to pagal hai dan yang paling best dan pecah rekod sebab masih lagi ditayangkan dipawagan sampai la sejak filem tu dikeluarkan pada tahun 1995 mesti la filem Dilwale Dulhania Le jayenge..atau dalam bahasa melayunya..Bawa Pengantin Perempuan Pergi..

Dalam cerita tu,watak yang dia pegang tu la paling aku suka..dengan nakalnya.mulut banyak..menyakitkan hati..tapi dalam diam bersungguh-sungguh nak dekat awek dia sampai sanggup ikut awek dia balik kampung semata-mata nak ambik hati bapa awek dia..ingat senang ka?dah la muka si bapak tu horror gila..hohoho..Dek kerana wtak dia tu..aku sampai berangan..alangkah bagusnya kalau aku dapat Pakwe macam ni..hari-hari gelak..hari-hari ceria....

Aku pernah admire kat beberapa lelaki dari zaman sekolah sampai zaman Politeknik tau kat lelaki yang berperangai gila-gila macam tu..admire jela pun..sapa la nak kat aku..aku kan selekeh..macam laki-laki sikit..
wawawawawwawawwawawa...

Tunggu punya tunggu..cari punya cari..last-last dapat Incik Bachok..lari dari yang diidamkan..amik ko...hahahahhaha....
Tapi ok la tu..janji dia boleh gelak sebab aku hari-hari buat lawak kat dia..nak tunggu dia buat lawak?sebulan sekali pun belum tentu..wakakakakakaka..
Sekurangnya dia caring la..termasuk gak salah satu tu..

Weh..weh..apani..dok cerita camni..dia bukan jadi laki aku lagi pun..tak jadi kang baru padan muka aku..kokokokokoko..

Ok-ok..cerita balik pasal Dilwale Dulhania Le Jayenge..
Aku memang suka semua lagu dalam filem tu..yang paling aku suka?
Ofcoz la...lagu ni..





Berdiri bulu aku bila dengar lagu ni..hohohoho...
Ni la orang kata lagu gila bayang..hahaha..aku pernah gila bayang teruk macam ni..
la ni?jangan harap la...hahahhahaha

Shah Rukh Khan!!
Sweet sangat masa ni!!
huhuhuhuhuhu...

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!