Ahad, Januari 16, 2011

AYAM KFC..TANG MANA YANG MENARIK TU?AKU PUN TAKTAU..HAHHA

Tadi masa pi Seberang Jaya nak bayar bil hanset abah,lalu depan KFC..Waahhh..bukan main kau ye KFC..ramai betoi orang beratur nak beli KFC walaupun tengah-tengah bulan ni.Kalau hujung bulan..nah amik hang!! sampai luaq restoren orang beratuq..

Heran jugak la kan..pasaipa la KFC ni jadi kegilaan rakyat Malaysia taktau..?Baik tua,muda,tinggi,redah..hitam,putih..Melayu..cina..india..Siam..segala kaum yang ada kat Malaysia ni minat makan KFC.Aku pu heran sebab aku pun suka makan KFC..huhuhuhu..Tapi pernah ka?orang terpikiaq asal usul KFC?Camna dia boleh wujud?Siapakah pencipta KFC ni sampai glamer satu muka bumi ni kan..

KFC dicipta oleh seorang mamat bernama Harland David Sanders atau lebih dikenali sebagai Kolonel Sanders.Harland dilahirkan pada 9 September 1890.Harland ni merupakan bekas askar Amerika Syarikat dan pernah berkhidmat sampai ke Cuba.


Hai..Gua la Kolonel Sanders..gila putih melepak gua ni hangpa tau..
Zaman kecil si Harland ni agak susah sebab bapak dia meninggal ketika usianya baru enam tahun.Dan apabila mak dia keluar bekerja,dia la yang amik tugas mengemas dan memasak untuk semua ahli keluarga dia..Bagus mamat ni..boleh jadi calon suami yang sesuai ni..hihihihihi..
Bagaimanapu(ayat macam karangan daa...) bila mak dia kahwin lain ja..Harland pu lari dari rumah sebab tak tahan hari-hari kena pukul dengan bapak tiri dia yang kejam.Sebab tu la beliau terus minta masuk askar tu..huhuhuhu..




Ni masa gua muda..time ni gua kategori kurang menarik lagi ni...huhuhu
Lepas bersara pada usia 40tahun..Harland pun bekerja pulak sebagai chef di sebuah Restoren kat tepi jalan di sebuah pekan kecik bernama Corbin dekat negeri Kentucky...kat situ la idea nak buat ayam goreng tu muncul tu..Kandungan yang terdapat dalam ayam goreng ciptaan mamat Sanders ni ialah tepung gandum,garam,lada hitam,monosidium gultamat dan beberapa lagi bahan rahsia yang menjadikan kandungan bahan untuk tepun ayam goreng ni menajdi 12 jenis bahan.Huii..dasyat!!
Tapi sampai la orang tak tahu apakah lagi bahan-bahan yang terkandung dalam rempah KFC.Pakar-pakar makanan yang buat analisa pasal KFC pun cuma dapat tau 4 bahan tu ja..lain-lain memang depa taktau..jangan ganja dah la.hahahhahaha
Restoren KFC yang pertama..sampai la wujud lagi..


Selain ayam goreng,KFC jugak terkenal dengan kentang putar dia,coleslow,kentang goreng dan jugak roti dia yang lembut tu..ala..semua orang tau kan yang tu..wwatpa cerita..


Huiii..asyik jamu orang makan jaa..gua pun mau makan gak..nngapppp!!



Logo KFC





Kami la ayam goreng itu..bersama rakan-rakan kami..kentang putar...Coleslo dan jugak roti..kami menceriakan hidup anda..!!
Akhirnya..Harland Sanders mati pada 16 december 1980 pada usia 90 tahun..Walaupun Sanders dah tak ada lagi dimuka bumi ni..Resepi ayam gorengnya ni tersebar dimerata dunia..dan diminati oleh setiap lapisan masyarakat..







Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!