Sabtu, Januari 01, 2011

SAMBUTAN HARI JADI..TAHAN BERAK DAN MUKA SANGAP..

Semalam,sebelum masuk 1hb Januari 2011,Paklong aku ada buat perancangan.Bini dia iaitu maklong aku punya besday jatuh pada 1 Januari..Jadi beliau dengan gelabah biawak ajak aku keluar malam tu pi cari kek untuk bini dia..bayangkan pukul 9 lebih baru nak cari kek..apa kes?semua kedai banyak yang tutup bai..malam tahun baru tu..pi merata kedai cari kek..last-last jumpa satu kedai..tu pun dia dah tutup..tuan empunya kedai nak balik dah..kami tahan dia suh buka kedai balik..nak beli kek..nasib baik dia tak claim kami perampok..hahahaha..

Lepastu nak beli KFC plak..kami pi KFC Kepala Batas..tudia..orang punya ramai nak beli sampai beratur kat luar..Jadi aku cadangkan kat Paklong beli ja kat Seberang Jaya.Drive thru..selalunya drive thru tak ramai orang sangat..jadi Paklong pun pi la sana..Dah la jalan jem..Sampai ja kat Drive Thru..nindia..punya ramai kereta dok beratuq..punggah!! Nak tak hendak kami pun beratuq sama..Amboi KFC bukan main untung lagi masa malam tahun baru noh..Lepas ja beli KFC..Kami pi Bagan plak..pi kat Jeti..nak amik Aiman yang baru sampai dari KL..Ya Allah..punya kemain seksa..jem bukan main...

Lepas ja ambil Aiman..kami pun gerak balik..time tu dah pukul 11 lebih..sampai ja kat kawasan rumah lagi sepuluh minit nak pukul 12 malam..Paklong cakap dia nak sampai rumah aku tepat pukul 12 sebab nak buat suprise kat Maklong..Jadi ada ka patut kami melepak tunggu kat tepi jalan..Aku dah la nak terberak..punya la tahan..memang nak terkreluaq dah..tahan sampai berpeluh-peluh..padahal kereta paklong beraircond..
huhuhuhuhu..

Bila lagi 10 minit nak pukul 12 baru kami gerak balik rumah aku..Elok sampai ja..aku terus terjun dari kereta masuk tandas umah..nasib baik sempat..time aku mencangkung tu..terus keluaq..What the fish aku cerita pasal shit nak terkeluaq ni??
hahahahhahahaha..

Time depa buat Suprise tu..aku tak terlibat sebab aku dalam jamban..tapi aku dengar la riuh-riuh kat ruang tamu tengah tu...Tok aku dah tidoq pun bangun balik..terkejut riuh..mak aku. pun sama..hahahhaha..
Bila aku keluaq ja jambam..acara potong kek dah start..


Ni la besday girl...Girl???hahahha..tolong la..



Ni la paklong aku yang suka buat plan last minit..loving couple..dah 22 tahun kahwin..tapi mak aku selaku adik paklong aku lagi lama..25 tahun tu...





Antara tidoq dan makan KFC serta Kek..Aloyah pilih makan lagi..beliau kan kaki makan..makan sambil tidoq pun beliau mampu buat tanpa sebarang bantuan..hahhaha



Time ni la mangkok Aiman ni nak oter lilin pun..



gAMBAQ ni paling lucu sekali..pakat-pakat gelak pagi tadi bila tengok balik..Gila huduh aku macam orang sangap..yang bestnya gambaq ni seolah-olah aku nak sumbat botol sos dalam mulut maklong aku..Tengok reaksi dia..nampak macam betul-betul da...hahahah




Beli ayam sampai 21 ketul..yang nak makan berapa orang ja..wawawaawawa





Masing-masing melahap sebelum masuk tidoq semula..
hahahahaha





































Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!