Isnin, Januari 10, 2011

KENDURI AKU...SILA..SILA..

Hujung bulan ni,insyaallah..dalam 28hb gitu..aku nak buat kenduri kesyukuran kat opis aku.Sambil-sambil tu..aku nak buat tahlil untuk Arwah Tokwan Aku..Demm!! sebut Tokwan mesti sedey..

Aku nak buat kenduri ni sebab aku dapat ke lantikan tetap.Sebelum ni aku dah niat.Jadi Asyraf yang satu jabatan dengan aku tapi lain-lain unit nak join sekali.Mak dia yang tolong sebab mak dia satu opis ngan kami..untung hang noh..mak ayah satu tempat kerja..hohohoho..

Jadi aku berbincang ngan mak dia tadi menu apa yang yang kami nak buat time tu..Jadi telah konfom yang kami memilih menu ni,..

1.Nasi putih
2.Gulai ikan termenung.
3.Telur dadar resepi Arwah Tokwan
4.Sambil Tumis udang
5.Acar buah
6.Ulam-ulaman dan sambal tumis.
7.papadom

Kami pilih stail kampung ni bukan apa..dah jemu la makan ayam daging..Lagipun kebanyyakan staff situ semua old skoll nak pencen lagi 2 3 tahun..kena ikut selera depa sama la..
Tup-tup Asyraf kat opis sebelah pun nak join jugak..Kat TM BM ada 3 Asyraf ok!
Jadi tak pala..dia kasi duit ja..orang laki.bukan nak amik tau..bagi duit ja..Maknanya 3 orang la akan kongsi buat kenduri..

Alih-alih.lagi dua orang nak join..Khausar ngan Kak Ain dari tingkat dua.Lagi bagus kalau ramai kan..Alhamdullih..
Jadi kami dah bahagi tugas..

Mak Asyraf(yang satu jabatan ngan aku) nak buat sambal tumis udang,acar buah dan papadom.Aku plak akan buat gulai ikan,telur dadar serta cari ulam-ulaman dan buat sambal belacan..
Kak Ain dan khausar buat kuih taco dan muffin(buat ke upah?hahahaha),tolong masakkan nasi,tolong belikan buah dan buat air..
Asyraf sorang lagi?dia kasi duit ja..aawawaawawawwa..

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!