Selasa, Januari 04, 2011

LAGI-LAGI MASALAH MATEMATIK

Semua orang tahu aku dengan matematik tak boleh bersentuhan ibarat penumbuk dan pipi..jika berlaga keduanya maka sakit la yang tercetus.Tapi tang mana aku pi,tang mana aku belajar.Matematik mesti ada.Memang tension betoi la dengan matematik ni.
Sejarah awal telah membuktikan yang matematik ni umpama bala bagi aku sebab kesemua peperiksaan penting kat sekolah dulu aku hanya cukup-cukup makan.Bila dah cukup-cukup makan,beliau telah memberi efek kepada matapelajaran lain yang memang sempoi punya keputusan aku dapat..


Tadi,Azhan tiba-tiba mai kat aku dan tanya..

"Kaklong..tolong ajaq bahagi sat..dia punya nombot besaq la..tak macam sekolah rendah dulu.."


Memang betul adikku sayang..Bila hang masuk sekolah menengah secara otomatik soalan matematik dia jadi nombot besaq..jadi aku tanya dia apakah soalan itu..


"3567 bahagi 13 jadi berapa?sila la ajaq cara kira tengok..."
Adik aku tanya sambil huluq buku soalan..
Jadi aku pun layan ushar..punya ushat..punya ushar..garu-garu kepala...


"Hai..masuk poli..belajar kejuruteraan..banya pengiraan..takkan bahgi tingkatan satu taktau kot.."mak aku menyampuk.
Mak tak paham..time aku belajaq kat poli dulu..matapelajaran apa yang aku ulang banyak kali?Matematik jugak...



Dah 15 minit aku ushar soalan..aku tau cara penyelesaian dia..


"Haaa...au tau..aku tau..hang kena buat macam ni..13 darab berapa dapat 35?"
Aku tanya adik aku..Adik aku diam..memang mangkuk macam kak dia jugak budak ni..


"Kira dia macam ni..satu darab tigabelas..tiga belas! dua darab tigabelas duapuluh enam..! 3 darab 13..tigapuluh sembilan!..."
Tengah aku mengira..tiba-tiba Aloyah yang tengah Study Sejarah gelak sakan..



"Apa punya mangkok la..ni bukan zaman Siti Sifir la...Ada ka ajaq macam tu..hahahhahahhaa"


Last-last aku serah sesi pengajaran kat Aloyah..menyampah!
Kan aku dah kata..aku kat poli dulu kira camtu la...
huuhuhuhuhuhu..



Belajaq la dengan saya cara mudah untuk mengira..jangan jadikan hidup anda umpama miss poyo..!!

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!