Jumaat, Januari 21, 2011

FILEM FEVERET:AISHA(2010)

Siapa yang pernah baca novel bertajuk Emma karya Jane Austen yang ditebitkan pada tahun 1815 atau filem Emma yang diamabil dari Novel tersebut dan dikeluarkan pada 1996 lakonan Gwyneth dan Jeremy Northam mesti suka jugak pada filem Aisha.Sebab filem Aisha jugak diambil dari novel yang sama cuma depa tukar latar tahun dan tempat ja..hohoho..



Poster Filem Aisha



Filem hindi ni mengisahkan Aisha(Sonam Kapoor) seorang gadis kelas atasan yang berkawan baik dengan Pinky (Ira Dubey) dan seorang gadis kelas pertengahan bernama Shefali(Amrita Puri).Aisha ni digambarkan seorang gadis yang suka menyelesaikan masalah kawan-kawan dia dan jugak suka mencampuri urusan kehidupan kawan-kawan dia.Kalau boleh dia nak kawan-kawan dia ikut telunjuk dia ja..Dengan siapa kawan-kawan dia patut berkawan,dengan siapa depa tak boleh berkawan..semua dia nak kontrol terutama sekali Shefali la..sebab Shefali ni gadis lurus bendul..Ikut ja cakap si Aisha ni..



Aisha bersama Pinky berbaju biru dan Shefali ditengah-tengah





Aisha ni sebenaqnya dok merancang nak menjodohkan Shefali ni pada seorang kawan laki dia yang mengada-mengada dan anak mak bernama Randhir..Macam-macam la dia buat nak bagi Shefali ni bercinta dengan Randhir.Sampaikan anak kawan Pakcik Shefali mai pinang Shefali pun dia suruh si Shefali tu tolak lamaran sebab bagi dia laki tu tak sesuai dengan Shefali,padahal laki tu punya la baik..


Perangai Aisha tu memang kurang disenangi oleh anak angkat ayah Aisha iaitu Arjun(Abhay Deol).Arjun selalu ja menkritik Aisha dan anggap tindakan Aisha tu terlalu keterlaluan.Yang bestnya..Walaupun depa selalu bergaduh setiap hari kat dalam rumah,tapi dalam diam depa ni suka sama suka.Cuma Aisha selalu tersalah sangka dengan menganggap Arjun dah ada awek,Sebab mana Arjun pi,mesti Aarti,seorang model yang suka beserdehana mesti ada sama...hohohoho..



Aisha bersama Arjun



Lepas tu,bila rancangan dia nak jodohkan Shefali dengan Randhir tak berjaya,dia nak try pulak nak jodohkan si Shefali dengan anak tiri makcik dia yang kelakar bernama Dhruv.Kiranya selagi rancangan dia terhadap Shefali tak berjaya dia akan try cuba gak sampaikan Pinky rasa kecik hati dengan perangai Aisha yang seolah-olah tak pedulikan dia...Jadi macam biasala...terjadi la krisis antara Aisha dan kawan-kawan dia sampaikan satu masa..Aisha ditinggalkan sendirian sebab perangai dia tu..huhuhu..Paling Pedih bila dia dapat tau yang sebenaqnya Pinky dan Randhir bercinta,manakala Dhruv plak bercinta dengan Aarti..Si Shefali plak sebenarnya dalam diam memang suka sangat-sangat kat anak kawan pakcik dia...

Bagi aku..filem ni punya jalan cerita lari dari apa yang selalu kita dapat tengok dalam kebanyakkan filem Hindi yang lain.Memamng best la..
Tapi Filem Emma lagi best..kuikuikui...

Dibawah adalah salah satu video yang terdapat dalam Filem ni..time ni memang sedih gakla..Yela..bila kawan-kawan baik semua dah jauhkan diri..macam tu la perasaannya kan..lagu latar pun best..aku suka lagu ni..hhihihi..








Chow tengok Raja Lawak!!

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!