Rabu, Januari 12, 2011

RAPUAN SEORANG PENGANTUK

Masa aku muda-muda belia dulu..kalau tidoq lewat bangun awal memang takdak hal la..Kalau tidoq pukul 4 pagi lepaih tu bangun pukul 6 pagi kira paling hebat la aktiviti tidoq menidoq yang pernah aku buat.Kalau ada yang pernah tidoq masa yang lebih singkat dari aku tu aku taktau la..aku tabik spring tilam vono la kat dia..


Dulu kalau aku tidoq lewat bukan sebab main-main mesej dengan pakwe macam budak-budak pompuan lain dok buat..Aku layan TV bai..TV..Tv dan aku memang bagai aur dan tebing la..sesaat aku tak layan TV memang aku rasa macam kehilangan kekasih hati.Kalau orang lain sanggup berkorban sebab kekasih hati..aku sanggup korban untuk TV sebab bagi aku TV la yang menceriakan hidup aku dengan rancangan-rancangan best dan kadang-kadang ada jugak yang bangang contohnya drama melayu yang dialog dia macam ni..



"Anak saya belajar kat london..anak datin?"



"Anak I belajar kat Uganda.."



Itu adalah rancangan bodoh dan bangang yang selalu TV tayangkan terutama sekali siaran Tv3 .
Selain tidoq lewat sebab aku layan TV,aku jugak tidoq lewat sebab layan tenet tengok citer lucah takpun baca novel lucah bertajuk 'bermain dengan bos' takpun 'main dengan amoi cantik'..tengok ceramah agama kat youtube dan mendonlod lagu termasuk lagu pelik-pelik dan lucah contohnya lagu Superman nyanyian Eminem..
Aku jugak selalu layan blog orang contohnya blog Aku Perempuan Jomblo tak pun Azwan Ali amboi-amboi..amboi..Time tu aku takdak blog lagi..



Bila aku dah mula belajar kapel mengapel aku mula mesej dengan ex bf aku sampai pukul 3 pagi..kami jugak declare kapel pukul 3 pagi dalam tipon lepas sebulan putus sebab aku rasa dia sesuai jadi kawan saja lepas tu kapel lagi dengan orang lain, sebulan pastu putus sebab aku rasa mamat tu mat rempit takdak wawasan tau tidoq ja bangun pukul 12 tengahari tipu aku kata kerja bagus dan bekas pelajar UPM memang haprak tak boleh pakai dan tak boleh masuk dan tak sesuai dengan minah kereta macam aku.
Bila kapel dengan Incik Bachok baru serius kapel main mesej dengan dia samapi pukul 6 pagi lepas tu terus mandi-mandi semayang terus pergi kerja.Memang hebat aku tak tidoq sehari pun boleh tahan mata..



La ni bila pukul 11 malam dah mengantuk tahap cipan dah.Tu belum campuq lagi tidoq pukul 1 pagi lepas tu bila bangun ja pi kerja,ngantuk ja sepanjang hari sebab tak cukup tidoq..
Kalau tengok TV pun kadang-kadang TV yang tengok aku.Kadang-kadang malas nak mesej dengan Incik bachok terus tidoq pukul 8 malam dah menapak baring atas katil..



Awat aku jadi lagu taktau la ni???

Mengantuk ja kerja aku dah la tidoq awai macam budak sekolah..budak sekolah pun tau tidoq lewat..
Semalam aku tidoq pukul 1 sebab layan ceramah agama kat youtube..
Hari ni aku mengantuk gila babaeng sanmpai nak buat kerja pun tak lalu..
Huhuhuhuhu



Deyyy..tangaci!! aku yang mengantuk da layan cerita lu..pi tidoq la dey!!!

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!