Rabu, Januari 12, 2011

PEPSI!! BEGITU SEDAP RASA BELIAU

Pepsi adalah sebuah(sebuah ka?) minuman yang terkenal kat seluruh dunia.Aku ni walaupun tak minum sangat minuman-minuman jenis macam ni tapi tipu la kalau tak pernah minum langsung kan..Masa kecik-kecik dulu,banyak jugak la iklan Pepsi tertayang kat TV..La ni ja nampak macam takdak sangat pun.Aku sebenarnya tertanya-tanya la jugak kan apa sebenarnya nama rasa Air Pepsi ni..Bila aku tanya sapa-sapa mesti depa jawab..

"Air perasa Pepsi la..takkan oren plak..kalau oren mesti dia tulis perasa oren..mesti kaler oren..apala.."

Tapi bukan ka Pepsi tu satu jenama ka?bukan perasa.Bertahun-tahun aku terpikir-pikir apa perasa Pepsi ni..tapi taktau la jawapan dia.Ka memang perasa dia nama Pepsi?
Arrgghhhh..pening betul aku pikiaq..! bukan dapat duit pun kan..pedulikan..

Yang aku tau Pepsi ni dicipta oleh seorang Ahli farmasi bernama Caleb Bradham pada tahun 1898 yang tinggal di Utara Carolina.Si Caleb ni telah menjual air ciptaan dia ni dekat farmasi dia dengan nama Minuman Brad.Lepaih tu si Brad ni pi tukaq pulak nama minuman ciptaan dia ni kepada Pepsi-Cola sebab bahan yang terdapat dalam minuman adalah enzim pencernaan Pepsin dan jugak Kola kacang (Kola kacang??apa tu..adakah beliau comel seperti koala?hahahha).

Sebenarnya Kacang Kola ni adalah salah satu dari suku kaum buah koko.Pokok Kola ni banyak tumbuh kat Afrika Barat dan jugak kat Indonesia pun ada jugak.Tinggi pokok Kola ni cuma 4 hingga 5 meter ja..






I la kacang Kola tu...cak..cak..cak..





Caleb ni sebenarnya cuma nak cuba ja mencipta minuman pancutan yang sedap(pancutan yang sedap???peliknya ayat..hahahah) dan membantu sistem penghadaman dan menambahkan tenaga.

Lepaih tu..bila bisnes dia berjaya sebab beliau berjaya jual Pepsinya 7968 gelen setahun,Caleb ni pun tukar modus operasi dia dari farmasi ubatan-ubatan dia dengan menyewa sebuah gudang.Sekali lagi bisnes beliau berjaya sebab lepas ja tukat pusat operasi..beliau berjaya menjual sebanyak 19,848 gelen setahun..wahhh!! kaya!! kaya!! kaya!!

Warna tin Pepsi masa zaman hingus masih lagi meleleh keluar dari lobang hidung aku dan kemudian meleleh masuk sikit dalam mulut aku..masin!!






Sekarang..Pepsi merupakan satu minuman paling glamer di muka bumi ni samapi orang asli Afrika hungga..hungga pun cukupp minat minuman ni..
Huuiii....

Warna baru tin Pepsi dizaman serba moden dan penuh korupsi serta segala-gala harga barang naik ni


Kalau nak tau..bahan yang terkandung dalam minuman ni sama ladengan kebanyakan minuman yang lain termasuk air berkarbonat, sirap jagung berfruktosa tinggi, gula, pewarna, asid fosforik, kafein, asid sitrik, dan perisa semula jadi. Resipi asal Pepsi-Cola adalah boleh didapati daripada dokumen-dokumen difailkan mahkamah semasa Syarikat Pepsi-Cola telah jatuh muflis pada 1929. Formula asal mengandungi sama ada kola ataupun kafein.

Begitulah al kisahnya pasai Pepsi yang aku rasa begitu digemari orang ramai sampai ada yang sanggup menghasiskan minyak beliau sema-mata nak beli setin Pepsi walaupun dah diketahui harga minyak telah naik.






Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!