Isnin, Januari 03, 2011

FILEM FEVERAT:THE PROPOSAL (2009)

Satu lagi filem romantik komedi yang aku boleh ulang tengok banyak kali dalam satu hari ialah filem The Proposal yang dikeluarkan pada tahun 2009.Filem ni gila kelakar samapi meleleh air mata aku hampa tau dak dok gelak.



Poster Filem
Filem ini mengisahkan seorang anak dara tua yang berasal dari Kanada yang bekerja disebuah syarikat penerbitan buku terkenal di New York sebagai ketua Editor bernama Margaret Tate(Sandra Bullock).Perangai Margaret yang tegas tak bertempat,sombong dan memetingkan diri sendiri memang tak disenangi oleh para pekerja syarikat itu termasuk la setiausaha dia,seorang lelaki muda yang berbakat dalam penulisan bernama Andrew Paxton(Rayn Reynolds).Kebencian para pekerja terhadap Margerat makin memuncak bila dia memecat seorang editor yang berpengalaman bernama Bob Spaulding.
Satu hari..Bos Margaret bagitau dia yang Visa Margaret telah tamat dan Visa baru dia tidak diluluskan dan dia akan diusir keluar oleh pihak Imegrasian.Kerana tak mahu diusir dia pun tanpa pikiaq panjang membuat pengakuan pada bos dia yang dia dan Andrew bercinta dan bakal berkahwin tak lama lagi.Margaret jugak mengugut Andrew brkahwin dengan dia jika tak mahu dipecat.Mahu tak mahu,budak tu pun bersetuju la dengan syarat Margaret kena naikkan pangkat dia sebagai editor...hahahahha..bijak jugak Andrew ni..




Margaret yang angkuh dan berlagak dan setiausaha dia yang hansem bergaya..hihihihi..
Untuk itu..bagi mengelakkan pegawai Imergratian syak dengan penipuan depa dua sebab lpas kahwin depa nak bercerai,maka depa pun pulang ke kampung halaman Andrew di Sitka,Alaska dan Margaret syak Sitka ni tempat hulu dan kekampungan.Tapi sebaik saja Margaret sampai disana,baru Margaret tau yang si Andrew ni rupanya anak orang paling kaya kat Sitka.Mula-mula Margaret kurang selesa dengan keluarga Andrew yang kaya tapi lucu dan merendah diri serta baik hati tu.Tapi lama-lama Margerat mula menyukai keluarga Andrew.Macam-macam jugak la perkara lucu yang berlaku sepanjang Margaret di sana.


Semasa membuat pengumuman dihadapan ahli keluarga Andrew yang mereka nak 'kahwin'



Oleh sebab kebaikan family Andrew,maka last sekali masa hari pernikahan depa,Margaret membuat kputusan tak jadi kahwin dan pulang scara sukarela ke Kanada.Tapi selepas Margerat meninggalkan Andrew masa hari berahwin dan nak balik Ke Kanada,baru Andrew sedaq yang dia mulai menyukai Margerat.Macam biasala..last-last Andrew dapat jugak kejaq Margerat samapi ke New York dan ajak Margaret bercinta dengan dia selepas kahwin.
Bercinta lepas kahwin??
Wahhh...Omputih pun ada hati nak buat macam tu..hihihihi
Ni dia punya trailer filem ni..




Ni pulak adegan time Margaret nak tenangkan diri dia..jadi dia pun bersiar la dalam hutan..tengok-tengok nenek si Andrew ni ada dalam hutan dok buat upacara kesyukuran sorang-sorang dalam hutan tu.Jadi si nenek ajak la Margaret join sekali menari keliling unggun api..last-last margerat menari terover suda...hahhaha






Banyak lagi la adegan lawak si nenek yang comel ni..
hahahhaha

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!