Isnin, Februari 28, 2011

FILEM FEVERAT:I HATE LOVE STORY (2010)

Kali ni aku cerita pasal filem I hate Love Story plak..Apahal hah aku asyik cerita pasal filem hindustan ni?Tengok filem jugak la bai...Oleh sebab Sonam Kapoor,anak Anil Kapoor berlakon,sebab tu la aku nak cerita ni..Sonam punya filem tak sama macam filem hindustan yang lain,mesti ada babak menyanyi keliling bukit,redah sungai..bergolek-golek..dalam filem dia..takdak semua tu..kalau ada lagu pun just jadi lagu latar ja..Contohnya macam filem Aisha yang pernah aku tulis dulu..


Poster filem I hate Luv Storys




Ok-ok..Filem I hate Love Story ni mengisahkan kehidupan warga balik tabir pembikinan filem-filem Bollywood..Filem ni memfokuskan tentang J,seorang penolong pengarah dan Simran seorang pereka set filem yang mempunya perangai dan sifat yang berbeza.J digambarkan seorang lelaki yang bebas dan anggap cinta tu hanyalah dongeng..Hidup dia cuma tau berseronok ja..Tapi J ni seorang yang kelakar la..Manakala Simran pulak hidup dia macam dah terpengaruh dengan adegan-adegan filem-filem Bollywood sampai dia sendiri takbleh beza samada dia hidup dalam fantasi atau realiti..Tudia..punya taksub la dengan Filem Bollywood sampai jadi lagu tu noh..






Ni ialah Simran lakonan Sonam Kapoor..




Bila depa bekerjasama dalam sebuah projek pembikinan filem dari seorang pengarah yang terkenal dengan filem-filem cinta arahannya,macam-macam hal jadi antara depa berdua sampai la depa jadi kawan baik.Tapi orang kata laki dengan perempuan takleh jadi kawan baik..lama-lama akan jatuh cinta jugak.Jadi si Simran ni sudah jatuh cinta pada J sampai sanggup putuskan hubungan cinta dia dengan tunang dia yang ala-ala Mr Perfect yang bernama Raj.Tapi malangnya J menolak cinta dia kerana dia anggap cinta ni benda yang remeh dan cuma anggap Simran ni kawan baik ja..Malu dengan diri dia sendiri,Simran ambil keputusan takmau melibatkan diri lagi dengan J dari segi perkara yang melibatkan kerja la..Jadi J ni terpikiaq-pikiaq la awat la Simran jadi lagu tu..







Ni ialah J,lakonan Imran Khan



Bila dia pikir balik,dia rasa dia kesunyian dengan takdak Simran disisi dia..Lebih parah lagi..Kebanyakkan adegan filem-filem cinta yang dia ketawakan selama ni dah terkena batang hidung dia..hahahhahhaa...Jadi dia dah rasa yang dia memang dah jatuh cinta kat Simran jugak..tapi Simran pulak pi bertunang la dengan Raj.Jadi bertambah-tambah parah la si J ni bila makin banyak adegan filem yang selalu dia ketawakan dulu dah jadi sama dengan Live dia sekarang..Gila lawak la time ni..tapi lawak-lawak ada jugak yang sedih-sedih kan..huhuhuhuhu..
Tapi macam filem cinta yang lain la..Last-last J dengan Simran bersama jugak..
huhuhu..





Aku asal nak cerita pasal filem Nine Month lakonan Hugh Grant..Tah macam mana plak terpikir nak taruk filem ni..hahhahahaha..










<

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!