Khamis, Februari 03, 2011

KENANGAN GONG XI FA CAI

Kalu ada orng kata raya sekarng dah tak meriah,aku rasa tahun baru cina pun sama..Aku yang rasa la..orang cina rasa apa aku taktau la plak kan..hahahhahha...


Dulu time aku kecik-kecik dulu..Bila nak dekat raya cina ja..kampung aku dah bizi.Oleh sebab kampung aku kategori kampung 1Malaysia dan tokong cina letak 500 meter ja dari rumah tok aku,jadi depan rumah tok aku bizi gila dengan orang cina yang lalu lalang nak ke tokong tu..Lepas tu siap ada wayang cina lagi sebab kt situ ada pentas wayang cina.Jadi mlam-malam tahun baru ja..punya bannyak kereta orang cina parking depan rumah tok aku.Aku dengan abah pun pi tumpang sekali tengok wayang cina..padahal sepatah haram pun kami tak paham apa dia kata..tapi tengok jalan cerita dah tau..tu kisah Siti Zubaidah..Siapa situ Zubaidah?Dalam filem melayu da filem tu..Maria Menado berlakon..Apa?ingat kalau wayang cina,cerita pasal cerita rakyat cina ja ka?
La ni..Takdak dah wayang cina..dah diganti dengan konsert..nyanyi-nyanyi..tah apa depa nyanyi pun aku taktau..lagu dikir puteri pun ada..lepas tu pakai baju seksi-seksi..Allah..boleh lemah jantung tengok..nak tidoq malam pun takleh..dok dam..dum..dam..dum.. jaa..



Lepas tu,oleh sebab tokwan aku ni buka kedai makan,jadi tokwan aku jadi pelanggan tetap kat beberapa kedai runcit kat Tasek Gelugoq ni..seminggu ja sebelum raya cina,tokey-tokey kedai runcit dah mula hantar macam-mcam kat rumah tokwan..Segala air botol..kacang-kacang,air kotak..limau mandarin berkotak-kotak..paling ditunggu..kuih bakul la...
Kuih bakul ni..nak kata sedap,tak jugak..Tapi mesti tunggu la nak makan..
Huhuhu..
Tapi jangan salah sangka..kuih bakul ni halal dimakan..kuih ni cuma adunan tepung pulut,santan dengan gula merah..dengan beberapa bahan lagi kot,lepas tu acuan dia ialah daun pisang..Nak buat kuih ni ada pantang larang dia la..kalau kita tengah period ke..tak bersih ka..kalau buat kuih ni..memang tak jadi..





Kuih Bakul






Selain dari kuih bakul..ada la kuih sepit..Kuih sepit ni kalau raya kita pun ada..bertin-tin tokwan dapat.Kami yang cucu-cucu ni tukang perabis la kan..Time raya cina bila best tang kartun dia..Maa tu kartun ap tah,pasal budak perempuan yang ada kuasa ajaib boleh terbang.Jadi bila kampung dia ada alami banjir..dia selamatkan penduduk kampung dia..tiap-tiap tahun ada kartun ni dulu..la ni takdak dah..kartun ni kira dongeng orang cina la watak dia tu..


Bila pi sekolah pulak..kawan-kawan berbangsa cina mesti akan bawa sekotak limau mandarin jamu kami sekelas makan..sampai cirit-birit kmi..lawak betul..

Tapi la ni..benda-benda tu dah takdak dah..Kalau dulu bila tahun bru cina aku pun rasa teruja..tapi la ni dk dah..kalau raya pertama pun cina-cina buka kedai dah berniaga macam tak sambut raya...dulu seminggu depa tutup kedai..melopong kami nak beli barang susah sebab kedai runcit banyak cina ja yang buka..kaum lain takdak..


Aku bukan apa dok cerita ni...Sejak arwah Tokwan Non meninggal..ku dah dapt rasa hadiah dari tokey-tokey kedai runcit..hahhahahhaha


Terima la lgu feveret aku bila tahun baru cina..












a












Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!