Selasa, Februari 15, 2011

NAMA KEMBAR SAYA WAN NUR AMIRA FARAHANIM

Lasst aku pi bercuti kat Terengganu ialah masa aku form 4.Itu jam Pakngah aku masih lagi tinggal kat sana sebagai bang pulis trafik kat Kuala Terenganu.Time tu masjid Kristal tak wujud lagi dan aku pasti banyak dah tempat-tempat menarik kat Terengganu tu belum wujud.
Bila dah pi berjalan-jalan ofcoz la kita akan selitkan jugak aktiviti bergambor bersama family..Dari perjalanan nak pi..sampai la perjalanan nak balik..asyik bergambaq ja la kerja kami sekerluarga..Dan lepas tu,hantar kamera pi kedai cuci gambar..


Masa tu biasala budak sekolah kan..cempera sikit..bila gambar dah cuci,bawa la gambar-gambar pi sekolah kata kita ni pi bercuti dengan family....hahahhahha..cam bengong..Jadi tengah kawan-kawan dok kelebet gambar aku,tiba-tiba cikgu matematik aku,Cik Farihah masuk kelas tanpa kami sedaq..Dia pun teguq kami..



"Amboi.pakcik-pakcik..makcik-makcik..seronok berkumpul..korang tengok apa?!"



Masa tu,ada kawan aku..Syakir nama dia..dia nak sembunyikan gambar-gambar tu..tapi tak sempat..Cikgu Farihah dah dapat dulu..Dia pun tengok jugak gambar aku tu..terangkat kening-kening dia.Mau tak terangkat..AKu kat asrama,kat sekolah baik bertudung litup..dalam gambar..aku free hair..dengan muka tak boleh blah dia tu..dia tegur aku..



"Amboi makcik..baiknya tak pakai tudung ye,...lepas tu tunjuk plak kat kawan-kawan laki rambut tak cantik ko tu yerr,.."



Kurang asam..dia kata rambut aku tak cantik..Jadi nak cover malu dan takut cikgu amik tindakan,secara automatik tiba-tiba ja mulut aku bagi alasan macam ni..



"Tu bukan saya cikgu.."



"Habis tu..kalau bukkan ko sape?setan yerrr?"



"Tu kembar saya tu..."



"Eh..bila masa ko ada kembar...saya tak tahu pun..?"



"Ada cikgu..dia adik saya..nama dia Wan Nur Amira Farahanim..Dia sekolah kat rumah mak saya.."Entah macam mana nama tu muncul..main sebut ja..hahahaaha..



"Habis tu..kalau ni gambar kembar awak..mana gambar awak??"

Ckgu Farihah soal tak puas hati plak..Kebetulan ada satu gambar tu aku pakai tudung sepupu aku..saja suka-suka...Aku pun tunjuk la kat cikgu Farihah gambar tu..Lepas tu aku bagitau Cikgu Farihah gambar aku tak banyak sebab aku tak suka bergambar..pirahhh!! tak suka bergambar konon..hahahhahaha...Lepas tu Cikgu Farihah tak terkata apa..terus bagi balik gambar-gambar tu kat aku..
Bulan Mac ni aku nak pi Terengganu dengan family aku..secara automatik ja..tiba-tiba aku teringat hal menipu tu..hahahaha..Banyak akai pe,bohong jugak aku ni rupanya..hahahhaha



Teringin nak ada kembaq macam kami konon..chaisshhhh!!

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!