Satu hari,masa aku umuq 3 atau 4 tahun,abah dengan mak bawa aku ke Zoo lagi.Itu jam aku dah paham sikit dah apa benda menatang berbulu yang abah dok tunjuk-tunjuk kat aku.Dok pusing punya pusing dalam Zoo tu,tibalah kami 3 kat sangkar Kera.Kera semua orang tau dia adalah spesis ape.Badannya sederhana kecil,berbulu dan berekoq panjang baik punya warna kelabu nak coklat.Jadi abah aku dekat diri dia yang dekat dukung aku tu kat sangkar kera...
Gelak mengekek aku bila kerana tu dok buat aksi lucu sehinggala tanpa disedari ada seekoq kera ni dah mai rapat baik punya kat jaring yang jadi pemisah antara aku,abah dengan kera..Baik punya tengok anak kera tengah menetek..Tiba-tiba kera yang dah dekat dengan aku tu tarik rambut aku..
Adoyaii..sakit gila..Sambil dia tarik..dia dok buat bunyi auk..aukk.aukksambil muncungkan mulut dia..Haii..sapa-sapa pun boleh bayang kera kalau buat mulut muncung macam mana..hahahahhahahaha..Punya kuat dia tarik rambut aku sampai rasa macam nak tercabut kepala..Sakit siot baii..Menangis ,meraung aku kat situ jugak.Abah aku pun tarik baliik kepala aku ..jadi lawan tarik menarik la antara abah aku dengan kera tu,..Yang mak aku dok terjerit-jerit..Orang ramai pakat mai..pakat-pakat jerit sama..bukan mau tolong..Abah aku yang dok pulun tarik kepala aku..Kera tu tarik rambut aku..wooii..ingat aku tali ka..huhuhuhuhu..
Last-last penjaga Zoo mai tolong.Macam mana dia buat aku taktau la sampai kera tu lepas rambut aku..Tu pun rambut aku segenggam dapat kat tangan kera tu..Botak kepala aku...hahahahaha..
Cilaka kera..aku yang masa tu boleh dikata kategori comel macam barbie terus tak comel..hahahahhahahha..
Jaga-jaga..ni jelingan bahaya ni..ada peluang aku tarik lagi sekali rambut hang Poyo!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan