Ahad, Oktober 03, 2010

FILEM FEVERAT:THE TERMINATOR(1984)

Filem The Terminator ni aku layan bila abah yang masa dulu ada pemain pita video selalu pasang dekat rumah bagi aku tengok supaya aku duduk diam.Aku kan masa kecik-kecik suka buat bising dan nakal lagi lasak.Cara nak bagi diamkan aku ialah dengan pasang cerita ni la.

Kesemua kempat-empat siri filem ni aku minat kecuali yang terbaru yang keempat ni tak berapa suka,sebab kemunculan Arnold Schagagaeeerger(aku taktau eja nama dia sampai la..hahahha) dalam filem tu sat sangat.tu pun guna teknik komputer sebab Arnold mana berlakon dah la ni..Dia kan dah jadi Gabenor Los Angeles.Kahwin plak dengan anak saudara John F.Kenneday.Lupakan pasal Arnold.Aku nak cerita pasal filem.Apada..

Layan sat tang Trailer dia..








Poster The Terminator
The Terminator menceritakan bahawa pada tahun 2029(uiikkk..aku umur 40 lebih dah kot masa ni) dunia kita telah musnah akibat dari letupan nuklear yang dilakukan oleh pihak robot hasil dari buatan manusia sendiri.Manusia masa tu tinggal sedikit sahaja dan terpaksa berlawan dengan robot-robot yang bukan sahaja bijak,malah sukar dimusnahkan.Ketua untuk golongan manusia ni adalah John Connor yang bijak.Oleh sebab itu,pihak Skynet(robot jahat tu la)
telah menghantar sebuah robot pembunuh jenis T2(Arnold) menggunakan mesin masa kembali ke zaman 1984 untuk membunuh mak si John Connor ni iaitu Sarah Connor(Linda Hamilton).Dengan membunuh Sarah,maka Si John yang masa tu tak wujud lagi dalam perut Sarah takkan wujud langsung.
Khuatir dengan keselamatan mak dia,Si John telah hantar pula seorang manusia yang juga salah seorang dari orang bawahan dia iaitu Kyle Reese(Micheal Biehn) juga menggunakan mesin masa untuk melindungi mak dia.






Kyle Reese dan Sarah Connor
Macam-macam cara yang dibuat oleh si Robot pembunuh tu untuk membunuh Sarah.Nasib baik la si Kyle ni ada.Dan setelah berdepan dengan pelbagai halangan termasuk dari pihak polis yang tak percaya pada cerita mereka mengenai kewujudan robot pembunuh,akhirnya si Arnold ni berjaya la dimusnahkan.Si Kyle ni pun mati jugak.Yelaa..manusia lawan robot..mana tahan..ingat filem tamil ka?
Macam kebanyakkan filem lain,hero dan heroin akan jatuh cinta.Sama la jugak dengan si Kyle Reese dengan Sarah Connor ni.Dalam dok sibuk-sibuk larikan diri dari si Arnold ni,depa dan beromen barang dua tiga das kot(ooppppsss) sehingga menghasilkan benih dalam perut Sarah ni.Benih tu la si John Connor tu..Waahhh..apa ke peningnyo cerito ni..tak munasabah langsung.Tapi nama pun filem Hollywood.Kuat auta..kuat pembohong...yang orang ramai suka tengok termasuk la aku..hahahahahhaha..

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!