Hari ni,adik aku Si Aloyah kuih lapis tu nak jawab PMR.Pagi-pagi lagi sebelum dia start motor dia nak pi sekolah,dia pesan kat aku suruh doa banyak-banyak kat dia.Hamboih...hari-hari hang hantam aku,hari ni wat muka sedey plak..Tapi takpa Aloyah,walaupun kita selalu bertumbuk bergusti(kami sama-sama belajar taekwando cuma Aloyah punya tali pinggan lagi tinngi dari aku) tapi hang tetap adik Kaklong.Akak doa yang terbaik untuk hang,Lagipun hang punya otak kan lagi bergeliga dan bijak pandai macam abah berbanding kami yang agak mangkuk dalam pelajaran.Hang la harapan kami pun..
Hari ni dia jawab matapelajaran BM dan Pendidikan Islam.Alah Aloyah,kalau Kaklong boleh dapat A tang BM,takkan hang tak boleh kot?Buat karangan biaq sempoi.Ok..pagi ni baru bagi nasihat,mana la dia nak baca entri aku time ni..lain la semalam kan..huhuhuhu..
Apa-apa pun,selamat maju jaya untuk matapelajaran yang seterusnya..
P/S:Kalau hang tak dapat A kat matematik,abah yang akan penyepak hang,bukan aku..hahahahhahahahaha..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan