Sabtu, Oktober 02, 2010

DIA BUKAN TAMBI..DIA MAT..

Maklong baru balik dari rumah kawan dia kat blok hujung sana.Dari jauh dia nampak seorang lelaki berkulit hitam persis orang India keluar dari rumah dia.Dari gaya pakaian ada gaya orang kerja pejabat.Jadi Maklong cepatkan langkah dia.Elok dia sampai ja kat depan rumah dia,laki tu dah melangkah ke kereta dia.Sempat juga Maklong senyum kat dia.Dia balas balik.Maklong lekas-lekas masuk rumah.


"Sapa tu Angah?"Soal Maklong termengah-mengah pada anak dia Safuan.


"Orang Insuran mak.Dia mai pasal kes Angah Eksiden hari tu"jawab Safuan sambil tengoh Tv.


"Loh..tu ka?Hang tak jamu dia minum ka?Soal Maklong bila tengok meja kat Sofa dia kosong.


"Laa..dia mai pasai keja,bokpa nak bagi minum"jawab Safuan selaku seorang pemalas.


"Haissshh..awat jadi lagu ni taktau..bulan raya ni kena jamu orang.."Marah Maklong lalu segera keluar dari rumah.


"Tambi!!!! tunggu dulu la..mai makan kuih dulu..sekarang hari raya,bulan raya juga..mai la Tambiii!!!"Jerit Maklong pada lelaki berkulit hitam itu yang baru nak masuk dalam kereta Proton Iswara dia.Lelaki tu segera memandang Maklong.


"Tambi!! apa tunggu lagi..mai la Tambi!!"Jerit Maklong lagi.Safuan yang di belakang dia tergaman dengan tindakan mak dia.


"Makcik,saya bukan India la,saya melayu.Nama saya Imran.."Tiba-tiba lelaki itu bersuara..


"Takpa la makcik..saya dah kenyang.."sambung Imran lagi.


"Loh..hang melayu ka?Sorry la noh.."Maklong jadi malu tiba-tiba.


"Takpa makcik..saya dah biasa.."jawab Imran pasrah sambil berlalu dari situ.

Maklong yang jadi malu terus lari masuk dalam rumah.


"Wei Angah,awat hang tak bagitau mak yang yang budak tu melayu?"marah Maklong pada Safuan.


"Yang mak pi serbu tak pakai helmet tu pasaipa,takdan Angah nak bagitau.."balas Safuan.


"Nah amik ni!!!"Maklong baling kusyen pada muka Safuan.



Huhuhuhuhu..

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!