Sabtu, Oktober 02, 2010

FILEM FEVERAT:MAMMA MIA! (2008)

Salah satu filem muzikal yang aku minat filem Mamma Mia! Filem ni diaptasikan dari teater Muzikal yang terkenal,yang menggunakan tajuk yang sama yang dibuat perdasarkan dari petikan-petikan lagu kumpulan ABBA yang terkenal masa tahun 70an dan 80an.


Trailer Filem ni..




Poster Filem Mamma Mia!



Filem ni mengisahkan seorang gadis berumur 20an yang bernama Sophie(Amanda Seyfried) yang tinggal di sebuah pulau di kepulauan greek yang bakal berkahwin dengan lelaki pilihan dia yang bernama Sky.Namun,tanpa ibu dia sedari,dia telah menjemput 3 orang lelaki yang berkemungkinan salah seorang dari mereka adalah ayah kandung beliau berdasar diari ibunya yang dia curi-curi baca dalam diam.

Ketiga-tiga lelaki tersebut,seorang Arkitek bernama Sam Carmicheal(Pierce Brosnan),seorang penulis dan pengembara bernama Bill Andersson(Stellan Skargard) dan seorang Pegawai Bank bernama Harry Bright (Collin Firth) menerima jemputan kahwin Sophie tanpa mengetahui tujuan Sophie adalah untuk meluangkan masa dengan mereka dan ingin mengetahui sipakah diantara mereka yang betul-betul ayah kandung dia.





Kemunculan ketiga-tiga lelaki tersebut di Pulau tu menyebabkan Mak si Sophie,Donna(Meryl Streep) tak senang duduk sebab dia sendiri tak tahu siapa diantara ketiga-tiga lelaki tersebut ayah kepada Sophie sebab dulu si Donna ni Playgirl.hahahahhaha..Dan kemunculan depa jugak mengembalikan ingatan Donna pada zaman muda dia.
Keaadan bertambah rumit bila ketiga-tiga lelaki tersebut pula dapat merasakan yang Sophie tu anak depa bila Sophie tu ada mengikut ciri yang ada pada depa seperti pandai melukis macam Sam si Arkitek,sedikit liar dan suka kebebasan macam Bill yang suka mengembara dan bijak macam Harry si Pegawai bank.

Sampai last pun aku tak pasti siapa ayah Sophie,tapi aku syak si Fierce Brosnan tu bapak Sophie.Last cerita ni gak si Sophie tak jadi berkahwin dengan Sky masa hari pernikahan depa sebab dia nak mengembara.Last-last mak dia yang kahwin dengan si Sam tu..
huhuhuhu..
Lagu paling aku suka sekali dalam filem ni ialah lagu Our Last Summer.Lagu ni dinyanyikan oleh ketiga-tiga 'ayah' Sophie semasa depa berempat meluangkan masa bersama mengelilingi pulau semasa depa cerita balik detik dan kenangan depa masa muda dengan mak Sophie.Memang best lagu ni....






Suka tengok pulau tu..cantik!!

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!