Tadi Incik Bachok call aku.Katanya bajet dia bulan ni dah lari.Kalau nak tunggu hujung bulan memang parah tahap cipan katanya.
Jadi aku pun memberi berpatah-patah ayat leteran dekat dia sebab dia tak pandai nak bajet.Bukan macam aku..segala bajet majet ni aku memang terer..Ni pakai guna ja duit tanpa pikir panjang macam la gaji bulanan dia dua trilion sebulan.
Jadi aku tolong kirakan bajet untuk dia..
Gaji sebulan - Lebih beratus-ratus dari aku
Sewa rumah - Bila dibahagi kepada 4 jadi RM100
Duit kereta - RM350
Bil Astro - Bila dibahagi kepada 4 jadila RM17
Bil Elektrik - Bulan- bulan tak tentu..tapi bila dibahagi kepada 4 tak pernah melebihi Rm50
Jadi agak-agak dalam RM50 jela..
Bil Telefon Maxis - tak pernah melebihi RM100.Jadi bajet beliau adalah RM100
Jadi bila dicampurkan..blablablabla....semuanya jadi RM617.
Jadi sepatutnya Incik Bachok kena tolak siap-siap dah jumlah hutang sewa beli beliau itu..
Jadi baki yang tinggal tu Incik Bachok kena pandai spent la sampai hujung bulan..banyak tu baii baki yang tinggal tu..Lagi banyak kalau beliau tak merokok..Ini sebulan saja untuk rokok RM300..Apa kes??
Dan lagi satu..Incik Bachok yang dulu rajin memasak dah jadi pemalas..Kalau dulu samapi ke nasi beriani beliau masak tapi sekarang,nak masak air pun malas ni apa kess??Asyik beli ja...
Dan Incik Bachok hanya gelak-gelak ja bila aku berleter panjang macam mak nenek..
Huhuhuhuhuhuhu...
Kalau beliau tak boleh jugak ikut saranan aku ni..Aku nak bawa dia jumpa Nazril Idrus..
hahahahahhahahahahha..
Guna Khidmat gua pun kena pakai duit jugak baiii..hehehe
2 ulasan:
duit adalah segalanya. walaupun ramai orang taknak mengaku. haha.
yOBsUMO..
tAU TAKPA...
Catat Ulasan