Selasa, Januari 04, 2011

SIAPAKAH GARUDA SEBENARNYA?ADAKAH BELIAU HANYA PELAKON FILEM KLASIK SAJA

OK laa...sekarang ni demam piala Suzuki tak habis lagi walaupun keputusan dah tahu yang pasukan Malaysia yang digelar Harimau Malaya dah pun menang dan lawan Malaysia si Indonesia yang bergelar Garuda tu dah kalah.San sini orang sebut pasal Garuda.Garuda itu la..Garuda ni la..Tapi ada tak sapa-sapa terpikiaq siapa Garuda ni sebenaqnya kan?Kalau yang terpikiaq pun mesti depa pikir Garuda ni sejenis burung nak iras-iras helang.Tak pun watak dalam filem Indera Bangsawan Lakonan Jins Shamsudin,Saadiah,Sarimah dan Abang Kus.

Aku pun pikir jugak macam tu selama ni.Tapi bila diselami balik pasal Garuda ni,baru aku tau siapakah Garuda sebenarnya yang disayang-sayang sangat oleh warga Indon ni kan..











Gua la Garuda..ada aku kesah!! cak..cak..cak..

Menurut kepercayaan agama Hindu dan Buddha (Kita yang islam tak payah nak memandai nak percaya..lempang satgi baru tau..),Garuda ni adalah salah satu dewa depa..Errkkk!! betoika?Garuda ni merupakan Kenderaan Dewa Wishnu.Kalau depa lain yang aku tau naik kuda..huii..hebattt..Garuda ni digambaqkan bertubuh warna emas(kaya..kaya..kaya!!),berwajah putih dan bersayap warna merah.Bentuk paruh dia dan jugak sayap dia nak iras-iras helang.Tapi badan dia macam manusia la plak kan..Dikatakan besaqnya Garuda ni sampai boleh menutup matahari..Mak aiii...dasyat tu...Orang Jepun mengelar Garuda ni sebagai Karura dan Thailand plak panggil menatang ni Pha Krut.

Patung Dewa Wishnu sedang menunggang Garuda..Cewahhh!!
Menurut mitologi agama Hindu,Garuda ni adalah raja segala burung.Badan dia yang sangat terang tu buatkan para-para Dewa mengelar dia Agni (Dewa Api) lalu menyembah beliau..Huii....jangan percaya yerr...Garuda ni pun ada anak bini jugak.Apa?ingat dia burung takbleh kahwin?hihihi..nama isteri Garuda ialah Unnati dan nama anak lelaki dia ialah Sempati.





Kepala Garuda yang terdapat di Bali,Indonesia.
Selain Indonesia,Thailand jugak menggunakan Garuda sebagai lambang negara depa..
Oooo..macam tu..baru aku tau..ingatkan Indonesia ja yang pakai kan lambang ni..


Lambang Garuda Indonesia





Lambang Garuda Thailand
Selain Thailand dan Indonesia,ibu negara Mongolia iaitu Ulan Bator jugak menggunakan Garuda sebagai lambang negeri itu.



Lambang Garuda untuk Ulan Botar.
Selain Garuda,ada nama lain lagi untuk burung besar ni seperti suparnna( macam superman plak),Daksaya dan Salmalin.
Begitulah al kisahnya pasal Garuda.Baru aku tau kan..ingatkan cuma watak angker ja dalam Filem Dandan Setia dan Indera Bangsawan..
Hohohohoho...




3 ulasan:

Mrs Poyo berkata...

Ci Epal..

Tak takut pun..lucu ada la..
hahahhhaa

faiq berkata...

mcm mne idonesia bole percaya kt garuda ni

Mrs Poyo berkata...

Faiq..

Sebelum kedatangan islam,agama yang dianuti orang indon adalah hindu dan Buddha..
Sama la macam kita kat Malaysia dulu..Cuma pengaruh dia lebih kuat kat sana berbanding kat Malaysia..
Itu aja dong..
Ewahhh! cakp indon plak aku yerr

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!