Khamis, Februari 24, 2011

REVENGE OF THE KING COBRA:AKU DAN SHAH RUKH KHAN YANG BUTA

Aku tinggal kat satu bangunan.Tak pasti samada tu sebuah asrama atau sebuat flat atau apartmen.Yang aku tau,bangunan ada banyak-banyak bilik.Dan aku salah seorang penghuni yang dok kat situ.Bilik aku besaq gila..aku rasa bilik yang lain-lain pun sama la..tapi aku tak berapa kenai sangat la jiran-jiran aku.Balik kerja ja naik lif..samapi kat tingkat aku dok,terus masuk bilik aku yang lengkap dari segala segi,dapur pun ada..ahhahahahha..Lepas ja dok baring rehat-rehat sat,aku pun nak pi mandi.Yang peliknya bilik ayaq tak sekali dalam bilik aku.Bilik ayaq kat luaq..macam bilik air asrama plak..huhhuhu..Jadi aku amik tuala..bawa kelengkapan mandi.Sampai ja kat bilik ayaq..aku pilih bilik mandi yang hujung sekali,memang habit aku dari masa sekolah asrama dulu lagi aku akan pilih bilik mandi yang hujung..huhuhu..


Setel ja mandi,aku keluar dari bilik mandi dalam keadaan berkemban,bajet nak pi cuci muka kat sinki la..Takdan nak start cuci muka aku dengaq orang beRjalan nak masuk bilik ayaq..Huii...gempaq jugak la..aku pandang kat arah pintu masuk..
Tengok-tengok ada seorang lelaki buta bertongkat masuk dalam bilik air dan lelaki tu adalah Shah Rukh Khan..Deyyyyy! apahal plak Shah Rukh Khan buta ni..apa ke pelik gila aku rasa..Dengan pakai spek mata hitam,dia jalan pelan-pelan masuk bilik air ni..takut tergelincir la kot tengok gaya dia tu..Jadi aku diam ja..takmau dia tau pulak aku ada kat situ sama..hahahahha..Tapi tah macam mana aku tertepis plak pencuci muka aku yang ada kat singki jatuh atas lantai..(macam filem seram plak adegan..huhuhuhu).Bunyi pencuci muka jatuh kat lantai buat dia terkejut..

"Sapa tu?"
Dia menyoal..ahahahaha..Shah Rukh Khan cakap melayu pulak dah..Mentang-mentang la buat pengambaran kat Melaka baru-baru ni..dan-dan pandai cakap melayu konon..Tapi aku diam ja..mana boleh bersuara..Satgi dia tau aku ada dalam ni.Aku dia ja..Yang dia punya tangan plak tergapai-gapai sambil dok soal sapa tu..sapa tu..sampai nak dekat dengan aku..aku pun berunduq la sikit demi sikit takut dia tersentuh aku..tah macam mana aku tergelincir..jatuh hamppa nak tau atas lantai..terduduk plak tu..sakit pungkoq aku..Shah Rukh Khan apa lagi..terus dapatkan aku..dia pegang kepala aku..



Apahal aku buta plak ni??Siku kang haaa..




"Owhh..ada orang ka..aku ingatkan takdak.."Lepas tu dia senyum..Fulamak wa cakap lu..Lesung pipit dia timbul dah..boleh gila bayang macam ni..hahahahha..Lepas tu tangan dia teraba sampai bawah.Aiippp!! jangan salah sanggka..Teraba sampai bawah hujung rambut aku la..hahahahahaha..Tiba-tiba muka dia berubah..

"Perempuan ka ni???"
Soal dia panik..Aku pun cakap yaa...Dia plak kali ni jatuh terduduk..hahahhahahaa..


"Ni bilik ayaq pompuan ka?Dia soal aku..

"Haa..betul la tu..."aku jawab balik..

"Lohh..minta maaf la noh..aku taktau.."
Ni apahal plak Shah Rukh Khan cakap Penang pulak.hahahhahhaha..Jadi dia pun amik keputusan nak nak keluar dari bilik ayaq ni..Takdan dia nak bangun,kami dengan macam sekumpulan orang perempuan dari luar mai..Aku syak tu mesti perempuan dari bilik lain sama mai..Jadi aku takut kalau depa mai masuk bilik ayaq ni,tengok perempuan dengan laki dok berdua-dua..dengan aku ni berkemban baik punyeerr sempoi..yang Shah Rukh Khan ni buta pun ingat tak kena cop bermukah ka?Aku pun lari masuk salah satu bilik mandi kat situ..Shah Rukh Khan pura-pura pengsan..hahahahhaa..Jadi aku tengok depa yang seramai 5 orang tu terkejut tengok Shah Ruk Khan pengsan..


"Loh..ni jiran bilik seblah ni..dia buta,..kesian..mesti tersilap masuk ni..terjatuh..lepas tu jatuh pengsan plak...."

Salah seorang dari 5 orang budak pompuan tu bersuara..Aku dalam bilik mandi ni rasa lega..Tiba-tiba aku dengar suara seorang lelaki menjerit..Aku rasa bukan aku ja..Depa puun dengaq sama sebab depa buat reaksi muka terkejut.Yang bestnya,si Shah Rukh Khan yang buat-buat pengsan tu terus bangun berdiri terkejut..AKu pun sebenaqnya terkejut teruk jugak sampai terkeluaq dari bilik mandi tu..Walaupun reaksi depa bertambah-tambah terkejut bila tengok aku yang tengah berkemban ni muncul,Tapi depa tak peduli..Pakat-pakat lari keluaq dari bilik ayaq,pi bilik ayaq lelaki kat sebelah ni..Sebab memang bunyi jeritan tu memang sah dari bvbilik tu..Shah Rukh Khan pun turut serta..AKu yang pimpin dia..cissss!!


Bila kami masuk ja dalam bilk ayaq lelaki..kami tengok seorang lelaki terbaring dengan ada kesan patukkan ulaq kat leher dia..Turut ada kat situ seorang ular tedung atau dalam bahasa Inggeris,Cobra tengah pangung baik punya mengembangkan kepala dia..Besaq gila ulaq tu..warna dia hitam gelap...Kami pun menjerit dan lari lintang pukang..Aku pun sama la..dengan berkemban..lari lintang pukang jigak..nak kena pimpin Shah Rukh Khan yang buta ni plak..Adoyai...Sampai ja kat lif..Budak-budak tu tak tunggu kami..Terus ja tutp pntu lif..Cilakak!! penting diri sendiri..Dah la hujan kat luar sana..tiba-tiba ja bekalan elektrik putus plak..bergelap la kami..dalam dok takut-takut tu..kami jalan jugak nak turut kat bawah guna tangga..Masa tu dari tangga kami tengok orang dari tingkat-tingkat lain pun lari lintang pukang..Punya la banyak ulaq tedung berkeliaran dalam bangunan ni..Takuntnyaa!!


"Macam mana ni Cik??!!"Soal Shah Rukh Khan panik.Aku hanya geleng kepala walaupun aku tau dia bukan nampak pun..huhuhuhuhu...

"Berapa ekoq ulaq yang ada ni Cik??!!"Dia soal aku secara panik sekali lagi..


"Ada beratus jugak la.."Jawab aku..Memang nampak banyak ular la menjalar kat setiap tingkat bangunan.Aku dengan Shah Rukh Khan berusaha la nak lepaskan diri kami dari jadi mangsa patukan ular-ular tu.Tiba-tiba Aloyah muncul depan kami dalam keadaan bercahaya..


"Kak Long..bangun..iron bangun kat Azhan nohh..!!"
Jeritan Aloyah kejutkan aku dan Shah Rukh Khan...Tapi tiba-tiba ja Shah Rukh Khan hilang...

"Wooii..bangun la..!! "Aloyah jerit lagi..Serta merta aku terjaga la..huhuhuhuhu..


Isshhh..Tak best gila la..bila mimpi best ja terus ada gangguan.Aku rasa aku terpengaruh dengan filem Revenge Of The King Cobra yang aku tengok semalam dengan Aloyah kat Box Office ni..teruih mimpi tu..hahahhahaha...


Poster Revenge Of The King Cobra yang aku tengok semalam..

8 ulasan:

Penanggah berkata...

eiiii suspennyer citer.. awww!! bayaknyer ulaq... seram nyahh.. tkut mak!!!

Mrs Poyo berkata...

Penanggah..

Eeiii..ko taktau nokkss...
ko yg bc citer aku pn seram nyahh..
inikan plak mak yg ada kat tmpat kjadian..lagi seramm!! aawwwww!

Unknown berkata...

tulahhh..banyakkknyaaaaa ularrrrrrr

Mrs Poyo berkata...

Naze666..

Woiii..nama hang buat aku takut wei..teringat filem The Omen..hohohoho..

Bijen M. berkata...

Berat mimpi hang ni berat.
Ha ha ha hadoi.

Mrs Poyo berkata...

Bijen..

tu la..aku mmpi yg berat2 ja..yg ringan2 tak main..ke mmg petanda aku nk kawin tu..
hahahahhaa

Tanpa Nama berkata...

hahahaha lawak gler siap ada shah rukh khan tuu..naseb xde adegan jiwang2 ngn shah rukh..wkakakaka

Mrs Poyo berkata...

Tiera..

kalo ada adegan jiwang..aku sendiri bangunkan diri aku dari mmpi tu..hahahahha

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!