Aku rasa isu pasal Malaysia-Indonesia ni dah lama lepas.Tapi aku nak cerita jugak sebab aku rasa tak puas hati sangat-sangat.
Tadi Aloyah ada bagitau aku,abang kawan dia yang belajar medik kat Padang,Indonesia kena pukul dengan student Indonesia kat sana.Menurut cerita Aloyah sebelum dipukul,dah beberapa kali abang kawan dia ni dan kawan-kawan dia yang sama-sama belajar kat sana diganggu.
Rumah sewa mamat ni dibaling dengan macam-macam,basikal yang mamat ni guna untuk ke kuliah dirosakkan,dicaci lagi.Aku taktau kesahihan cerita Aloyah,tapi takkan Aloyah nak tipu kami satu family kot?
Sebelum ni aku ada baca blog seorang rakyat malaysia.Aku taktau la blog sapa,aku kan main serbu masuk je blog orang baca,pastu masuk blog orang lain plak.Taknak nak follow-follow dah.Dalam blog mamat ni,dia mengutuk la Indonesia ni dengan kata-kata kesat jugak la.Ramai yang sokong dia termasuk aku jugak yang bagi komen sekali.Tapi dalam banyak-banyak komen,ada satu komen dari seorang lelaki yang aku rasa student yang belajar kat Indon.Katanya..
susah-sudah la..jangan melawan Indonesia.Yang jadi mangsa kami yang belajar kat Indonesia.
Kadang-kadang aku geram jugak.Rakyat Indonesia yang yang bekerja sini dalam pelbagai sektor senang lenang tanpa gangguan dari rakyat kita walaupun krisis antara kita dengan depa agak kencang jugak,tapi rakyat kita kat sana?
Dulu lepas aku tamat belajar kat Politeknik,sementara aku nak tunggu tarikh konvokesyen aku,aku kerja sekejap kat kilang Sony sebagai operator.Kebanyakkan operator diline aku banyak yang Indonesia.Depa ni memang angkuh walaupun datang bekerja kat sini.Selalu mengutuk Malaysia.Apa dia ingat aku tak paham ka apa depa cakap.Dah la selalu kata tanpa depa kita tak maju,pastu suka-suka hati goda technician lelaki yang ada walaupun dah tahu technician-technician tu dah kawin.
Aku pun tak tahu la apa kena dengan Indonesia ni.Dari dulu lagi tak pernah puas hati dengan Malaysia.
Aku ingat lagi cerita arwah tokwan semasa dia jadi askar dulu.Masa tahun 1963.Indonesia melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia.Masa tu depa serang askar Malaysia kat Johor tak silap aku la.Walaupun askar Malaysia tengah sembahyang,depa boleh tembak.Dah tu,dicincang-cincang mayat..Potong kemaluan..kejam betul..
Walaupun cerita ni dah lama,tapi aku ingat apa yang Arwah tokwan cerita sampai bila-bila.
Dekat facebook pun menurut Aloyah ada yang dah kata macam-macam kat rakyat Malaysia.Perempuan Malaysia perempuan jalang,pelacur..Lelaki Malaysia semuanya babi..
Ya Allah,sampai ke situ depa kita kat kita.
Kadang-kadang aku pikir jugak,agaknya bencana yangmenimpa negara depa selama ni pun sebab tingkah laku depa kot..
Astafirlullah Al-azim...
2 ulasan:
tapiii ceq minat band depa....hukhukhuk....
tiera..
ceq pun sama la..tapi dengar2 crita band depa pun ada yang dok kutuk malaysia..jadi batu api..contahnya Dewa19...issshhh..teruk betoi la..
Catat Ulasan