Macam kes Demo untuk hapuskan PTPTN tu..aku rasa orang yang sertai Demo ini adalah orang yang bongok tahap bingai apa semua sebab tau nak berdemo ja tanpa kaji dulu apa akan jadi bila PTPTN dimansuhkan..
Macam kata kawan aku Ida..si peminjam PTPTN yang tegar bersama husbandnya ketika zaman belajar depa dulu la..(maaf la Ida..aku terpaksa cakap hang peminjam yang tegar sebab aku rasa la ni pun hang sambung blajaq pinjam lagi kan?hihihi)
"Aku rasa depa ni bodoh la..mesti tak dapat kerja lagi..meroyan..kalau buat demo supaya hapuskan interest PTPTN takpa jugak,aku setuju sangat..ni suruh hapuskan teruih PTPTN..bingai.."
hahahaha..Aku rasa tak lama lagi yang buat demo tu memang bingai terus pa kalau 44 orang dok menyumpah benda yang sama..hahaha...
Tu la...masa masuk belajar dulu...beria ja nak dapatkan pinjaman PTPTN tu,yela...takat abah korang yang kerja sebagai pemandu teksi,takpu nelayan..tak pun kerja swasta je macam abah aku..takpun anak cikgu(cikgu pun ada pinjaman PTPTN)..takpun anak pekerja kilang..anak pekerja kerajaan yang banyak hutang peribadi,maklumlah..kerja kerajaan senang dapat kelulusan bank..Mana nak mampu bayar yuran,nak beli buku..nak buat assigment..nank buat topup untuk call amak abah korang tiap-tiap malam tanya kabor(tanya kabor la sangattttt!!),nak minta duit mak abah tak sanggup plak..adik-adik ada lagi kat belakang masih sekolah..PTPTN la yang boleh selamatkan masalah korang sekaligus dapat korang melayakkan diri masuk Universiti walaupun takat Uitm saja..tak pun Politeknik Premier..bila dah dapat pinjaman..korang bukannya guna duit tu sepenuhnya ke jalan yang benar pun..Ni sebelum duit masuk dalam akaun dah pikir nak beli Samsung Galaxi la...Nak bayar duit muka motor awek la..nak bayar tiket kapal terbang melancong ke sabah la..belanja awek tengok wayang..sewa hotel murah untuk bermukah..shopping seluar Lexi harga bewratus-ratus..Macam mana la nak berkat kan belajar..
Bila dapt poiter rendah..extend sem..kerja susah dapat dengan keputusan yang maha teruk tu..dan surat dari PTPTN yang desak korang suruh bayar hutang..tapi korang tak boleh bayar sebab takdak kerja..macam mana nak bayar duit plak kan..korang salahkan PTPTN plak....
Dan semestinya para pendemo ni adalah seorang yang Selfish tahap cipan..dah pinjam taknak bayar..lepaih tu suruh mansuhkan plak..Habis tu adik aku si Aloyah tu kalau dapat masuk Universiti tahun depan abah aku aku nak amik duit kat mana..dalam poket mak abah korang keerrr??
Kalau korang buat demo suruh PTPTN mansuhkan Interet tu agak bagus la jugak..boleh dikatakan brilliant jugak otak korang kan..aku pun setuju..Contohnya kalau pinjam RM15 ribu..bayar pun 15ribu jugak..Ini pinjam 15ribu..nak bayar balik interet dia mak aii..kalah Ah long aihh..hihihi..
Macam aku..aku ni ada sijil ja..Tapi aku pun ada pinjaman jugak..tapi bukan PTPTN..Tapi JPA..Dan jumlah yang layak untuk sijil macam aku ni just RM6000 ja..tapi kami takdak interest macam PTPTN..Kami pinjam 6000..bayar pun 6000 jugak..Kami hanya perlu bayar sebulan RM125 selama 48 bulan..tapi aku tak bayar pun RM125 sebulan..kadang-kadang aku bayar RM50..Kdang-kadang RM100 ikut kemampuan bulanan la....
So,kalau korang buat demo untuk hapuskan interet PTPTN..Aku setuju sangat la pak pandiaq..mak andiaq semua oiii..tapi kalau nak suruh hapuskan PTPTN teruih..hampa ni memang bingai la..(sekali lagi aku cakap bingai..) hahhahahhahahha..
Ni gamabq diantara orang yang sertai demo mansuhkan PTPTN..Gambaq aku cilok dalam blog Melayukuhebat.com