Jumaat, Disember 31, 2010

SI PEMALU DAN KEMBAQ YANG GLAMERR

Tadi aku satu family tengok Malaysia Hari Ini kat TV3.Yang tak tahannya tok pon layan jugak betul-betul depan tv sebab ada temubual antara Fetdri Yahya dan Abby Fana dengan ketua pasukan bola sepak Malaysia,Safiq Rahim.Semua bukan main bersemangat lagi aihh dok tengok Si Safiq tu menjawanb soalan Fedri Yahya dengan Abby Fana sampai tak jadi nak mandi(aku la tu..hahahaha).Aku ingatkan Khairul Fahmi ada sekali.Tapi Safiq ja ada..Safiq pun Safiq la..

Yang lawaknya ialah..Si Safiq ni asyik tunduk ja tak pandang kamera.Malu-malu gitu.Nampak macam tak selesa ja..Memang dia ni pmalu sungguh la..nak tengok dia pandang kamera punya la payah.


Malu nak pandang kamera la..hampa tngok belakang aku jelah..
Kami satu family dok glak ja tengok gelagat dia.Tiba-tiba ja abah aku cakap..
"Ni la orang kata tak gila glamerr..bukan macam kembaq tu..gila glamer..Ikut ja mana kamera fokus..main tak tera mana pun..huh!!"
Kembaq..kembaq mana plak ni..pagi-pagi abah aku dah merapu.Dok pikiaq-pikiaq..baru aku tau..Kembaq Aidil Adha tu ka...hahahahahhaha..




Hoh!! bakpo pokcik babitkan ambo berduo!! Eh..terkecek kelate pulok..kawe duo oghe orang nogori laa....


Khamis, Disember 30, 2010

HARI INI DALAM SEJARAH:POKOK BUNGA TAKDAK..POKOK PUDING ADA LA KAT RUMAH AKU..MAU??

Cik Ah rasa serba salah.Nak ditegurnya Pak Non atau tidak.Ada hajat besaq ni nak dikhabarkan pada Pak Non.Tapi melihat muka Pak Non yang masam ja sepanjang masa tu,dia jadi tak berani.Maklumlah..sebelum ni dia dah terkena dengan ayat-ayat power Pak Non yang boleh buat jantung siapa-siapa yang dengaq luruh.

"Hang ingat aku kuli hang?Pi beli sendiri la.."

Masih dia ingat lagi kata-kata Pak Non ketika dia mahu meminta tolong dari orang tua itu belikan tauge untuk dia.Wah..nama Pak Non memang terkenal dan bermain dibibir setiap guru-guru dan para pelajar di sekolah itu sebagai seorang yang dingin.Macam mana la Bariah boleh ada abang ipar jenis lagu tu pun dia taktau.Nak dibandingkan dengan Bariah yang bermulut murai tu dengan Pak Non,jauh panggang dari api.

Pernah jugak dia terdengar Pak Non memaki hamun seorang guru lulusan luar negara dalam bahasa Inggeris yang pekat gara-gara guru itu memarahi Pak Non dan menghina dia dalam bahasa Inggeris.Padan muka guru itu,dia ingat tukang kebun macam Pak Non tak berpelajaran ka?Pak Non dulu bersekolah disekolah Inggeris masa zaman penjajah dulu,malah bekerja sebagai askar British merantau sampai merata negara,mesti la bahasa Inggerisnya bagus.Cuma dia tak dapat melanjutkan pelajarannya dulu sebab keluarganya kurang kaya sahaja

"Hang jangan bimbang Kak Ah..Abang Non tu baguih..saja ja kat tempat kerja jadi macam tu..kat rumah dia ok ja.."Masih dia ingat lagi kata-kata Bariah yang mahu menenangkan hati dia semasa dia tidak yakin yang dia dapat bercakap perkara tersebut pada Pak Non.Betoi ka dak cerita Briah ni..macam tipu ja.Tapi bila memikirkan anaknya Men yang makin tua melayut tu..dia kena cakap jugak.

"Deyy tambi!! poh..poh..!!!"

Tiba-tiba Cik Ah teringat pulak akan peristiwa dimana anak bungsunya si Mah itu dimarahi Pak Non sebab Mah menganggunya membuat kerja.Apa dia pikir anak Cik Ah orang India.Mentang-mentang la Mah berkulit hitam,Pak Non boleh kata macam tu..Cisss!! dia mengepal-ngepal penumbuknya di tapak tangan,tapi tak jadi bila dia memikirkan Men.Adoii..kusut betoi la bila pikikran Men ni..

" Bunga Abang Non tu baguih Kak Ah..lawa pulak tu..rugi kalau tak ambik..Ramai orang nak tu"
Lagi sekali dia terdengar suara Bariah,macam menghasut plak mangkok ni.Tapi bila dia merisik pada orang lain untuk pastikan betoi ka da kata-kata Bariah tu,depa tak nafikan.Tu yang buat CiK Ah geram tu.jadi dia nekad,dia nak pi jugak rumah Pak Non bersama suami dia.

Berbekalkan peta ingatan yang Bariah bagi petang semalam jalan ke rumah Pak non,akhirnya Cik Ah sampai jugak ke rumah Pak non.Itu jam,Cik Ah tengok Pak Non sedang menyiram pokok di depan rumah dia.Patut la jadi tukang kebun.Pak non minat pada pokok-pokok rupanya.
Pak Non yang nampak kereta Toyota Corrola milik laki Cik Ah yang masuk dalam perkarangan rumahnya terkejut.Aii..takkan kes dia panggil anak Cik Ah tu tambi pun Cik Ah nak bawa laki cari gaduh kot..?Ah..dia tarak heran la..takat Arab tinggi lampai tu.sekali dia boh penendang..tumbang la tu jugak..

"Haa..awatnya hang mai rumah aku ni??cari pasai??"Soal Pak Non sebaik sahaja Cik Ah dan laki dia turun dari kereta.Dia pun taktau pasaipa la dia suka cari gaduh dengan Cik Ah ni.

"Aku mai bukan nak cari gaduh Non ooii..Aku mai ada hajat ni..."

"Jamban aku kat luaq..kalau nak guna pi la..."belum sempat Cik Ah nak abiskan ayat,Pak Non dah potong sambil meneruskan kerja-kerja menyiram dia.Cik Ah dan Laki dia berpandangan.

"Laa..bukan tu la..aku mai nak petik bunga kat rumah hang ni.."Kata Cik Ah sambil tersenyum.PaK NoN segera berhenti menyiram lalu memandang kedua laki bini itu.Elok la dia tengok dua laki bini ni.Sorang kemetot,seorang tinggi macam galah.

"Rumah aku takdak pokok bunga,..pokok puding banyak la..kalau hang rasa tak malu mai la amik..Nak?"Blaas Pak Non.Itu time jugak Cik Ah rasa macam nak hempuk ja kepala Pak Non dengan handbag dia.Kelihatan Laki Cik Ah hanya geleng-gelengkan kepala.Orang macam ni pun ada ka?

"Aku bukan nak pokok puding..aku nak bunga hang"Sekali lagi Cik Ah bagitau hajat dia pada Pak Non.

"Isshhh.awat taktau hang ni..tak paham bahasa ka?nak aku cakap tamil baru hang paham kot?aku takdak pokok bunga..aku ada pokok puding ja.."kali ni suara Pak Non makin tiggi.Tak tahan betul la dia dengan Cik Ah ni.Tu la akibatnya berkahwin campur.Sampai bahasa melayu dengan lain-lain bahasa pun taktau beza.

"Macam ni..kami mai nak pinang anak dara Pak Non..boleh ka?"Laki kak Ah yang sejak dari tadi berdiam diri tiba-tiba bersuara.Pak Non terkejut..tau pulak mamat ni cakap melayu..dan Pak Non lagi terkejut..Cik Ah mau melamar anak dia.Siapa lagi kalau bukan Ziah tu..Kali ni dia rasa nak pengsan...Orang yang dia selalu gaduh sudi nak pinang anak dia..!!

ADIK AKU DAH REMAJA KA?

Tadi aku bawa Azhan pi daftar kelas kat Sekolah menengah..
Waaahhhh..semua budak laki dalam kelas dia tinggi-tinggi sesuai dengan umur depa.
Awat Azhan ja kemetot ni?
Huhuhuhuhuhu..



Memang kesian la bila pikir dia nak mengalas beg nanti nak ke kelas dengan buku banyak..buku teks lagi.
Dah la adik aku kategori budak skema..
Wawawawawawawawa...
Kesiannya diaa....



Tapi macam tak percaya plak Azhan dah masuk sekolah menengah.
Azhan adik kecik yang selalu kami manja-manja..layan dia macam budak kecik..macam baby...
Pakaikan dia baju..pakaikan dia kasut sekolah..sikatkan rambut dia...Dah masuk sekolah menengah dan pagi tadi kami tiga beradik still layan dia macam dia budak kecik lagi..aku pakaikan baju..alia sediakan kasut..mirul pakaikan tali leher..hahahahaha..Untung Azhan dapat kakak-kakak dan abang macam kami..
Lepas ni..kami kena tumpukan lebih lagi kat Azhan.Sebab masa kami sekolah dulu..Kami suka buli orang.Takmau la Azhan yang dapat balasan atas perbuatan kami sebab Azhan tak macam kami..Tau la kan bila masuk Sekolah Menengah banyak cabaran..kaki buli pun banyak..(macam kami dulu..) huhuhuhuhu..




Azhan..semoga hang dapat sesuaikan diri hang kat sekolah baru noh..Sebab akak tau hang ada jugak curi-curi baca blog Kaklong.Macam mana akak tau?Sebab haritu hang tanya akak apa maksud 'cibai'..haaaaa..perkataan tu banyak kat blog Kaklong..hahahahha.'Cibai' tu cabai yerrr..Dah..dah..Blah dari blog ni yerrr..









Kaklong..Azhan dah besaq la..tengok An pakai spek mata Bangah..nampak macam budak besaq kan..kan..kan..??

Wait the menet!! Macam mana Incik Bachok masuk sekali dalam gambaq ni??

Rabu, Disember 29, 2010

TAHNIAH!!!

Yeaahh..
Malaysia menang,,..
dan aku pecah rekod tengok bola first time..
Ape kehelnya...??
hahahhaha

PENYOKONG KELANTAN DAN JULIA PEREZ YANG NAK BUAT AKSI PANAS MALAM NI

Sejak Malaysia menang bola sabtu lepas.Orangsana sini asyik berbicara pasal orang Indon yang tak boleh terima hakikat kekalahan depa.Bukan main lagi dok kutuk-kutuk kita kat blog-blog depa,kat FB..huiiii..kalau baca menyakitkan hati ja.Dan malam ni,malaysia akan bertemu depa lagi berlawan kat Jakarta pulak dah.

Apa yang merisaukan aku(Cehh!! macam la aku tengok perlawanan malam )kebanyakkan dan segelintir(bukan semua yaa..) penyokong depa yang berfikiran low class tu tiba-tiba ja rempuh masuk padang,hantam pemain kita naya ja.Tak pun depa serang penyokong Malaysia ka..lagi naya..huhuhu..Jangan harap la Polis depa nak jaga penyokong kita kat sana.Polis depa pun sama naik la wa cakap lu..Silap-silap depa tengok ja tanpa buat apa-apa..Aku berani potong jari ahh..

Tapi kan..bila aku dok sembang dengan family aku kat meja makan.Kita patut hantar penyokong dari Kelantan.Depa ni agresif..bersemangat tinggi..baik tunjukkan semangat tu masa berlawan dengan Indon malam ni..Adik aku bagitau la..Depa dah hantar 300 penyokong dari Kelantan(Aku taktau betul ka tak..kalau tak betul..aku belasah adik aku ok)Takat 300 mana nak cukup kan..hantar lagi banyak la...Lagi satu,hantar jugak penyokong Selangor.Depa ni bagus jugak ni..
Hahahahahahaha..



Kawe banggo miss poyo naikke semangak kawe..hohoho




Kalau takat yang mai tengok jenis legai ja..macam mana nak defend diri kalau apa-apa jadi kan..
Lagi ramai lagi bagus..Tapi kalau Incik Bachok nak pi aku tak kasi la..
Hahahahhahhahahhahhahaha....
Buat apa bergaduh sesama Malaysia kerana bola..Dengan orang-orang macam Indon tu la kita harus berlawan..
Wawawawawawawawawa..



Apa-apa pun aku gelak besaq bila pelakon depa Si Julia Perez tu sanggup nak berpakaian mendedahkan dada semata-mata nak ganggu tumpuan pemain kita.Hahahahahha..bengong betul..lawak aarrr..memang teruk la akai minah tu..hahahhaaha..
Silap-silap pemain depa yang hilang tumpuan bila tengok tetek Julia Perez yang kombang tu..
hahahaha



Ayuh dong..kita buka kesemuanya..biar panas sih..!!ah..ah..ah..!!

Selasa, Disember 28, 2010

HEBATNYA DIA..

Masa aku kecik-kecik dulu,mybe dalam umoq 8 tahun atau 9 tahun la.Family aku pi bercuti kat Perlis.Masa tu yang turut serta dalam percutian kami ialah Tok aku,makcik dan makjang.Arwah tokwan dengan Paksu tak terlibat sama.Aku taktau pasaipa.Itu jam..kami hanya 3 beradik ja pun.Aku,Mirul dan Aloyah.Azhan belum muncul lagi itu jam.Dan time tu jugak makcik dan makjang aku masih anak dara ok.Kebetulan depa yang bekerja kat KL time tu(Makjang kerja kat Bank Islam,makcik kerja kat TV3) pulang bercuti.Elok sangat la ramai-ramai pi kan.

Masa tu la,kalau tak silap aku la,tiba-tiba semua dalam kereta nak terkencing la..nak terberak la.Jadi Abah aku sebagai menantu dan abang ipar yang prihatin(cewah!!) singgah la kat stesen minyak.Jenama stesen minyak tak dapat dikesan time tu.Aku dah lupa.Mybe Shell kot.Itu jam,ramai orang gak la yang singgah nak kencing la hape la..Sebab nak ke Perlis mana ikut Highway dah.Ikut jalan biasa.Jadi stesen minyak kat tepi jalan nak ke Perlis memang jadi tumpuan la..hohohoho..Akhirnya..tinggal kereta abah ja yang masih dok melepak kat belakang stesen minyak.Menunggu turn makcik aku plak melabur..hahahahaha..
Aku,tok dan mak tunggu kat luar tandas sementara makjang duduk atas bonet hadapan kereta bersembang dengan abah yang tengah mendukung Aloyah.

Tiba-tiba..sebuah mercedes jangan penuh dramatik berhenti sebelah kereta abah.Pemandu dia yang dengan muka merah padan terus ja keluar dari kereta meluru kearah kami yang tengah melepak baik punya kat depan tandas..


'Tepi..tepi..aku nak masuk tandas!!"Laki tu tuba-tiba menjerit lepas tu tolak tok aku ke tepi..

"Baik punya perangai hang..ni tandas pompuan..tandas laki tang sana!!"Tok aku yang tak puas hati mengeluarkan aura marah dia.Laki tu yang dengan muka berkerut apalagi..lari plak kat pintu hujung sekali.Dia try buka pintu tu..tapi tak dapat.Dia amik plak batu,try nak pecahkan kunci mangga tak berjaya jugak.Kami tengok ja gelagat dia.Dia goncang-goncang plak pintu tu sampai nak terpecah dah pintu tu sampai la abah aku tegur..

"Bro..tandas laki sebelah sini ja..yang lu nak pecahkan bilik stor tu pasaipa??"
hahahahahahahahaha..baik punya abah aku kasi.Laki tu pun dengan secepat kilat terus masuk dalam tandas laki.

10 minit kemudian,bila nak masuk turn aku,laki tu pun keluar dari tandas..Ada muka lega tu sambil usap-usap perut..Dia pandang kami sambil sengih-sengih,masuk dalam kereta dan terus blah..
Lepas ja dia blah..kami satu family gelak gila-gila..hahahahah..


Tu dia penangan sakit perut..sampai pintu stor dengan pintu tandas pun takbleh cam dah..
Dan sekarang ni aku sakit perut gila-gila..ayaq takdak lagi..
waaaaaa!!!

BASIKAL KESAYANGAN RICKY.

Kerana basikal..Ricky telah mengamuk satu kampung..
Kasihan..


JALAN-JALAN CARI PASAL...

3 hari yang lepas..bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mak abah aku yang ke 25,kami satu family(Kecuali Mirull..dia kerja..) jalan-jalan cari pasal dengan family makik aku ke Lumut, Perak pulak dah..Kali ni kami pi melepak kat rumah makteh aku.

Lepak-lepak ngan makteh dan anak dia Izad memang best..Tapi pakteh aku takdak la plak..dia kan kerja kat pelantar minyak..3 bulan sekali baru balik.Kat negara apa tah dia kerja..yang penting negara tu ada Tan-tan kan belakang nama dia..bukan Pakistan nah..








Mangkuk Azhan telah mencacatkan gambar dengan tulisan dan love2 ni..benci betul..


Makteh,Aloyah dan mak sedang berehat..




Macam sakai..








Sekali lagi Azhan mencacatkan gambar..muka aku tak nampak..!!





Muka dua orang perasaan lawa dan hensem..
Balik ja dari lumut..kami panjat plak Cameron Highlands.Kali ni tak ranang pun.Tiba-tiba ja Abah naik ikut simpang Pulau.Sebab tu la berlaku kejadian tahan kencing sampai pening tu..
huhuhuhuhu.
Cadangnya nak naik sekejap ja..Pastu turun balik Penang.Tapi abah plak nak tidoq semalam..Terpaksa la kami menapak dari satu hotel ke satu hotel nak cari bilik kosong.Cuti-cuti sekolah..paham-paham jela..bilik penuh ja..
Dapat jugak..
Cadangan nak mandi kat The Carnival kat Sungai Petani pada hari Isnin Tergendala.Jadi brtukar nak pi hari ni..The arnival tu macam Bukit Merah la..






Ambil gambar kat tempat Strawberi wajib la..Abah menunjukkan gaya hensem dia..







Mak menpamerkan muka panas hati dengan perangai kami.hahaha

Semalam tidoq kat Cameron,dalam tengahari kami turun la..Abah plak nak jalan-jalan cari pasal kat Pekan Ipoh..Rindu katanya kat Pekan Ipoh.Kan kami dulu dok Ipoh..Jadi kami singgah plak kat Ipoh..Nak makan Mee Kari gerai Mat Jasak(entah betul..entah tidak ejaan aku ni)Malangnya kedai tu dah tak ada..ganti taukey baru..Mee Kari dia?
Rasa Hampehh!!!!!





Tanda protes mee kari tak sedap..hahahah








Jalan-jalan kat pekan Ipoh..
Lepas tu petang baru balik Penang.Dan hari ni..tak jadi pi The Carnival..hahahhhahaha..lepak ja kat rumah..abah cakap esok lusa la pi plak..Jadi Last-last Incik Bachok yang pi mandi dengan kawan-kawan dia..Bukan kat The Carnival la..kat Bukit Merah nohhhh..
Esok kata nak tengok wayang abah oiiii..bila nak pi kat The Carnival ni?????










GANGGUAN BEKALAN AIR

Hari ni hari selasa..hari ni gak seluruh Penang takdak air..
wawawawawawawwawa....
Dan aku tengah berkira-kira kalau aku sait perut,aku akan pecut kereta aku ke stesen minyak Padang Serai yang hanya 10minit dari rumah aku.Padang serai dah masuk daerah Kedah..hehehe..
Nasib baik la tempat tinggal aku dekat dengan Kedah..
tahan la barang 10 minit sementara nak sampai kedah..
Wahhh..nak terkencing ni...
blah dulu..

Isnin, Disember 27, 2010

TAHNIAH..ANDA LAKI BINI TELAH DAPAT JUBLI PERAK..!!

Pada 25 Disember yang lalu,genaplah 25 tahun usia perkahwinan mak abah aku(permulaan ayat cam karangan da..).Ingat senang ka nak mencapai usia perkahwinan yang ke 25 tahun pada zaman la ni.Alhamdullilah la sebab mak abah aku bahagia sampai sekarang dan masih lagi gila-gila macam dulu.Dah aku kagum sekali sebab mak abah aku kahwin bukan atas dasar cinta pun,atas pilihan family ja..

Bukan senang jugak dua laki bini ni nak hidup senang lenang macam sekarang walaupun si laki pernah hidup dalam keluarga ada-ada.Penuh onak dan duri gak la..dah kahwin,kena berdikari la hidup sendiri..makan ka tak makan ka..tak pernah kasitau orang mahupun family sendiri..bukan macam orang la..susah sikit ja..cari la mak pak walaupun dah kahwin..moga-moga aku pun dapat bersabar macam mak abah aku jugak dalam menempuh alam rumah tangga..tu pun kalau aku kahwin la..hahahahhahaha..

Bukan senang jugak nak jaga 4 orang anak yang macam 10 orang anak ni.Yang nakalnya..hiperaktif la..yang lengai pun ada..yng mulut bising,kaki gaduh bagi masalah kat sekolah jenuh mengadap cikgu..macam-macam perangai anak-anak depa ni haa...Depa sabar jugak la..Sampai terpaksa balun anak depan dengan tali pinggan dan jugak pengangkut baju..(aku dan Aloyah ja rasa..Mirul ngan Azhan tak..).


Bukan senang oiii..nak dapat mak pak macam depa...apa kami nak semua bagi..nak makan apa,semua depa kasi..nak berjalan pi mana..bawa ja..tanpa ada bangkangan..haaa..sampai macam tu la..tapi diselang seli dengan ketegasan jugak la..kalau tak kami jadi anakku sazali la bai..hahahahhahaha..

Setakat ni..kami tak pernah tengok depa bergaduh besaq..sikit pun tak..takat kecil-kecilan tu adala..kalau takdak selisih paham,tak normal plak kan..
Macam mana filem arwah Yasmin Ahmad buat pasal kemesraan suami isteri dalam filem-filem dia..macam tu la mak abah aku.Sebab tu la aku suka tengok filem arwah yasmin Ahmad.
Melawak suami isteri..melawak,bergurau senda depan anak-anak..main kejar-kejar..Buat apa nak malu kan apa yang depa buat..tunjuk jela..kami lagi rasa bahagia tengok mak abah kami macam tu..

Wah..rasa sayu plak nak cerita kan..padahal ni kisah happy.hahaahahhaahha..
Punya la bahagia hidup aku sebagai anak depa sampai tak tergambar dengan tulisan dan kata-kata la..hahahhahhhaaa..

Jadi,aku ucapkan selamat ulangtahun abah..mak..
semoga kebahagian hingga ke akhir hayat..
Sekarang dapat jubli perak dah..nanti tak sabaq nak tunggu jubli emas plak..
hehehehe..



Ahad, Disember 26, 2010

WIFI

Arrggghhh..
Wifi dalam bilik hotel lembap gila..rasa macam ak turun bawah pi gigit abang receptionist JA.
Ngaaapppp!!!!

KENCING DULU..BARU SELAMAT

Setiap tahun,family aku mesti naik Cameron.Aku taktau la apa yang best sangat kat atas ni.Dan dalam setahun,ada la 2 3 kali jugak abah aku hantam kami sekelurga naik atas ni.Dan setiap tahun jugak kalau kami naik ikut tapah mahupun Simpang Pulai,tahap ketahanan diri aku memang tinggi la sebab kalau orang lain lalu jalan berpusing-pusing cam jalan kat Tapah mahupun Simpang Pulai mesti pening dan muntah-muntah.Tapi aku tak..relax ja bai..dari kecik lagi relax ja..

Tapi tadi gara-gara aku tahan kencing dari Simpang Pulai sampaila kat Kg Raja sebab aku aku terlepas stesen minyak dan terus ja naik tanpa patah balik ke stesen minyak caltex kat Simpang Pulai,akhirnya aku berjaya memeningkan diri aku dan hampir muntah gak..
Ciisssss..

Akhir ata..sebelum mendaki untuk ke Cameron Hoghland..sila kencing dengan sepuas-puasnya..anda akan selamat dari pening-pening dan muntah-muntah.
Lepas ja aku kencing..secara otomatik,pening aku hilang.Ajaibkan?
Jangan lupa makan asam lepas kencing yerrrr...

DIMANA NI??

Aikkk...
macam mana plak aku ada kat Cameron Highland ni?
hahahahahhahhahahahahha..

Sabtu, Disember 25, 2010

MOTOR 125Z UNTUK DIJUAL..WAHHH..MACAM MUDAH.MY PLAK AKU RASA....

Adik aku si Mirul ni nak jual motor 125z dia.Sebab dia nak jual motor dia ialah dia nak beli kereta.Wahhh..bukan main kau yerr sejak dah kerja ak..nak sambaq kereta plak.Bagus betul hang yer..nak beli kereta bila dah berkerjaya ni..huhuhu..

Motor Yamaha 125Z dia ni tahun 2007.Motor ni memang tiptop nampak macam baru sebab dia jarang naik..Simpan dalam stor ja..Dia ada motor satu lagi.Beli motor ni sebab dia minat ja.Time tu lepas PMR kot dia beli..atau lebih tepat abah aku yang beli untuk dia..hahhahahha..Dia punya mileage just baru 14388 ja..Siap nak kasi sepasang sportrim lagi tu free..
Harga dia RM4500 dan boleh runding lagi sampai dua-dua pihak puas hati(adik aku ngan pembeli la..)






Cibai hang..nak jual aku..ptuiihhh!




Sapakah kereta itu??sampai hampa sanggup jual aku!!!



Hmmm...rasa cam model plak aku ni..bergaya daam pelbagai sudut gitu...


Tapi aku tak puas hati gak!!!!!



Kalau berminat..
hubungi adik aku..
Mirul-0174882868
Ingat..kol untuk beli ja..bukan untuk ngorat..
hahahhahahhahahhahhahhaahha



Jumaat, Disember 24, 2010

ESOK CUTI..MINGGU DEPAN CUTI..NAK PI MANA??

Hari ni,hari bizi aku hantar emel pada orang-orang yang terlibat dengan aku kasitau depa..minggu depan aku cuti sampai masuk tahun baru.Jadi emel-emel pasal kerja,tak payah la hantar kat aku.Hantar kat Incik Pegawai 2..Dia akan ambil alih kerja aku untuk sementara waktu..Waahhh..terima kasih bos..
hahahahahahhahahahha...Incik Pegawai 1 pun cuti jugak..huuuu!


Jadi..apa aku nak buat cuti panjang ni?
Esok aku pi Setiawan ke rumah mak sedara aku.Takkan hampir dua minggu kot lepak kat rumah dia..
hahahahahhahahahhahahha..mesti cari jalan nak isi masa terluang aku..
Waaaaa..time keja harap cuti ja..bila dapat cuti panjang..dok pikir plak boring dok kat umah..
huhuhuhuhu

BERJUMPA CIKGU

Aku baru ja sampai opis.Aku masuk lewat harini sebab aku bawa Aloyah pi Sekolah Teknik aku dulu.Sekolah Teknik Butterworth.Aku pi sana sebab apa?Jangan dok tanya.Masa aku pi sana tadi ada la cikgu muda yang agak kerek sikit perangai,aku tanya sepatah jawab sepatah.Macam mulut tu ada batu sampai berat sangat nak jawab lebih-lebih.Entah mangkok mana tah cikgu ni..mybe cikgu baru kot sebab dari muka dia macam sebaya aku.

Then tiba-tiba seorang Cikgu berumur sikit mai..dia tegur aku..

"Mangkuk..hang belajar mana dah..??"

Wahh..mangkuk dia panggil aku.Aku cam muka dia.Tapi tak ingat nama.Tapi dia salah seorang dari cikgu yang pernah mengajar aku dulu.Aku pun jawab aku kerja TM..

"Dah jadi orang rupanya..bagus-bagus..Ni bekas student sekolah ni..budak BB (Binaan Bangunan)"Cikgu tu bagitau cikgu muda tu.Cikgu muda tu pun baru pandang aku sambil tersengih-sengih.Cissss!
Lepas tu aku tanya cikgu aku mana Pakjet.Pakjet masa time aku sekolah sini dulu adalah guru bahasa Inggeris merangkap ketua cikgu disiplin.Aku dulu hari-hari kena rotan dengan dia.Depan perhimpunan,dalam kelas,kat pejabat disiplin..kira dia rotan aku tak kira masa la.Berbirat tangan aku,kadang-kadang sampai bengkak,nak menulis pun tak boleh lepas dia rotan.Kalu sekali rotan takpa..ni sekali 20 kali..kiri kanan dia balun..Sebab aku suka buat salah.Bayangkan kalau buat ujian,kalau satu soalan salah,dua rotan aku dapat dari dia.Huhuhuhuhu..Pasal rotan ni aku dah cerita masa entri lepas..malas nak cerita..

"Dia dalam opis dia."Cikgu tu jawab sambil tunjuk pejabat Pakjet.Penolong kanan KOKO tu..wah,naik pangkat bai..takdan aku nak masuk opis dia,dia dah keluar...

"Ha..Wan Nur Amirafarhana Binti Wan Amairrudin(dia ingat nama aku tu..) pehal ko datang ni.."hohohoho..agak kasar pertanyaan dia.Tapi dah memang macam tu stail dia,kalau jenis lemah lembut punya perasaan mau bleh kecik hati gak dengan orang tua ni.Pakjet kalau marah abis mencarut keluar dari mulut dia.Tak kira laki ka perempuan ka..dia sapu sama rata dulu..

Puki ko..

pandat ayam..

pantat lu..

mangkok ayun..

hempuk muka lu..


Tu memang ayat glamer dia la kalau marah budak-budak dulu.Tapi dia baik..suka tolong orang.Cuma perangai dia ja macam tu..Kalau tak kerana dia,aku tak la berjaya jugak la kan,..Sebab takmau kena rotan,aku belajar jugak bersungguh-sungguh..tapi nak buat macam mana,otak aku bukan pandai..dimaafkan la kalau pencapaian sederhana ja..hahahahahhahaa..

Jadi aku bagitau tujuan aku kat dia.Dia cakap bagus.Dia tengok Aloyah.dan dia cakap..

"Ada can budak ni nak kena hempuk dengan aku macam ko dulu.."

Hahahahahahaha..Sir nak hempuk pun hempuk la si Aloyah ni..aku tak kisah langsung.Biaq dia rasa apa yang aku rasa dulu..hihihihi..
Dan jugak Pakjet amik nombor henset aku tu.Papehal dia cakap boleh contact.hahahaha..
Ada lagi cikgu lain yang kenal aku lagi lepas tu..

"Budak kelam kabut ni ka..haaaa..cakap banyak sekali..nakal jugak ni.."Seorang cikgu lagi kata bila nampak aku..
Apa?ingat budak pandai ja terkenal dikalangan Cikgu-cikgu?Mangkuk hayun macam aku ni pun cikgu-cikgu kenal pa sampai la..
hihihihi..

Khamis, Disember 23, 2010

SEDANG MENGKAJI SESUATU

Aku memang minat kalau hal-hal berkaitan sejarah ni.
Masa aku darjah lima,ada seorang cikgu pernah tanya aku,apa aku nak jadi bila besar nanti.
Jadi aku kasitau aku nak jadi Arkitek..padahal..pada masa yang sama aku nak jadi Ahli arkeologi..

yaaa...ahli arkeologi..malangnya..aku tak pandai mana..belajar nak rak pun,keputusan aku tahap sederhana ja.Aku tak boleh jadi sepandai abah aku..pakar matematik..kimia..sejarah(mybe aku dapat salah satu ja dari abah),bahasa inggeris dan beberapa lagi matapelajaran la,malas nak tulis.Kalau la abah aku tak nakal..terima tawaran masuk U(beliau tolak sebab rasa macam takdak sapa yang bangga dengan dia sebab abah dia kahwin 4),..mesti abah aku tahap profesor pa..What the hell aku cerita pasal abah aku ni..Arrrgghhh!!

Aku minat bidang arkeologi..tapi kerana aku ni tak pandai..masa aku lepas PMR,aku layak masuk sekolah teknik aliran Binaan Bangunan ja(nak mencapai jadi Arkitek la tu).Lepas tu lepas SPM layak ambik sijil kat politeknik..dan sekarang bekerja sebagai juruteknik ja..


Kenapa budak-budak sekarang tak minat sejarah?aku rasa dari zaman aku sekolah lagi ramai yang tak minat sejarah.Sejarah itu best tau dak..bukan boring pun..orang dulu-dulu memang hebat..tak macam orang zaman sekarang..macam hampeh!!

Lu jangan salah kaji plak..kang lu buat huraian gua ni campuran arab dengan siam macam lu plak..gua melayu la bai..melayu!!

NAMA SAMARAN AKU YANG TERBARU..'KANCIL'..

Tengah baik punya layan buat kerja,tiba-tiba henset aku berbunyi.Nombor yang tak dikenali,tapi aku jawab jugak la.

"Halo..."


"Halo kancil...."Suara laki dalam pelat Cina.

Kancil?Dia panggil aku kancil?

"Lu sapa arrr..pangail gua kancil plak..!!"

"Kancil lua tujo lua lua...wa kelvin maa..."

"Cibai lu Kelvin panggil gua kancil..!!"


"Hahahaahahha..lu punya injien sudah siap ma...mai angkat lu punya kancil la.."

"Hoh!! ok-ok..berapa semua?"

"Semua sikali satu libu lua latus..tapi lu ada hutang sama wa..satu latus tiga puloh..jadi semua satu libu tiga latus tiga puloh ma.."


"Bila masa aku hutang hang?!"

"Cibai lu..!!"


hahahahahahhahhaa...

Rabu, Disember 22, 2010

ASAL USUL SANDWICH

Bos berehat sat dari meeting.Sorang nak berak,sorang lagi nak hisap rokok.Jadi aku pun berehat la jugak ni..kikikikiki..


Nama gua Earl Of Sandwich..gua telah mencipta sejarah dunia.Jangan Jeles...



Aku kan..kalau dengan Sandwich memang aku suka makan la.Cakap la sandwich apa,semua aku sapu kecuali sanwich daging babi.Gila ka aku nak makan..?hohoho..
Sebenarnya Sandwich ni boleh dibuat dengan pelbagai jenis roti,bukan terhad kepada roti gardenia ataupun roti Hi5.Aku tau roti Gardenia memang digemari rakyat malaysia termasuk aku.hahahahhaha..







Kalau aku macam sandwich stail ni,alamatnya badan aku jadi macam badak la..








Zaman la ni kan,aku tengok sanwivh pun dah alami proses evolusi macam dinosour gak.Makin lama makin enak ja aku tengok cara-cara dan bahan-bahan yang diguna untuk buat sandwich ni.Jual sanwich kat tepi jalan pun laku baii..tu dia sandwich punya penagan kan..







Tapi aku rasa ramai orang tak pernah pikir asal usul sandwich ni.Tau makan ja..Lain kali sambil makan pikir la jugak,asal mana la makanan dari barat ni kan..
Sebenarnya sandwich ni diambil bersempena nama seorang aristokrat Inggeris pada abad ke 18 yang bernama Earl of Sandwich IV.Dia ni adalah seorang taik judi sampai mengabdikan hidup dia bermain kad ja sepanjang masa.Oleh terlampau taksub sangat bermain judi tak kira masa,sampai nak makan pun takdan,jadi Earl telah menyuruh orang gaji dia kapitkan saja daging dengan dua keping roti supaya dia senang nak makan sambil bermain judi.Sebelah tangan pegang makanan,sebelah tangan lagi main judi.Punya la teruk mamat ni..huhuhuhu..
Malah kawan-kawan sekepala dengan dia pun mula tiru buat makanan macam tu.Jadi nama daging dikapit dengan dua keping roti tu diberi nama sempena nama beliau la..


















Jadi pencipta Sandwich ni bukan lah dari Cheff terkenal macam Chef Wan ka..Cuma dari seorang taik judi ja pun..

Cissss!!









Kalau dalam bahasa Inggeris kuno,Sandwic bermaksud 'tempat berpasir' sebab tempat tinggal Earl ni diberi nama Sandwich gak.



Agaknya tempat Earl duduk ni berpasir agaknya..tandus macam gurun kot..hahahhahaha..merapu aku ni..



BOSAN DALAM BILIK MEETING

Benda yang paling aku benci sekali ialah masuk meeting..
dan sekarang aku nak kena masuk meeting..
Aaarrrggghhhh!!!







Saba-saba..jange maroh-maroh sangak..nanti cepak tuo..huduh benar..eh..!!Sejok bilo pandar kawe kecek kelate nih.??!!

PERINGATAN UNTUK WARGA TM(BUKAN TM PUN BOLEH GUNA PAKAI PERINGATAN NI UNTUK OPIS ANDA.KALAU SAYANG COMPANY ANDA LA..HAHAHAHHAHA)

Tadi pihak pengurusan hantar emel ni..




Warga TM sekalian,

Mulai 25 Disember 2010 hingga 2 Januari 2011, keseluruhan anggota TM akan mula bercuti panjang sempena cuti 1TM. Pejabat tempat kita bekerja akan ditinggalkan sunyi buat seketika.

Dalam suasana riang gembira pada hari-hari bercuti sebegini, janganlah kita lupa akan keselamatan pejabat/tempat kerja yang kita tinggalkan itu. Kita perlu melaksanakan sesuatu untuk memastikan pejabat/tempat kerja kita juga sentiasa terjamin keselamatannya dengan mengambil langkah-langkah keselamatan pencegahan awal yang perlu.

Berikut adalah langkah-langkah keselamatan berpatutan yang perlu diberi perhatian dan diambil tindakan oleh setiap anggota untuk memastikan keselamatan pejabat/tempat kerja dan sebagainya tidak terdedah kepada ancaman kecurian/kebakaran atau risiko-risiko lain.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN YANG PERLU DIAMBIL SEBELUM MENINGGALKAN PEJABAT/TEMPAT KERJA UNTUK BALIK BERCUTI PANJANG:



1. Pastikan semua pintu/tingkap/kabinet pejabat ditutup dan dikunci.

2. Pastikan tiada barang-barang atau bahan-bahan yang mudah terbakar seperti mancis api, minyak petrol, kertas-kertas usang atau apa-apa jua yang boleh menyebabkan berlakunya kebakaran di dalam pejabat.

3. Matikan punca elektrik yang disambungkan kepada komputer, printer, scanner, LCD, pengecas bateri telefon bimbit, telefon biasa, cerek elektrik, radio/mini kompo, TV, perakam video dan sebagainya.

4. Matikan punca elektrik bagi alat hawa dingin yang tidak diperlukan.

5. Jangan tinggalkan barang-barang berharga peribadi di pejabat/tempat kerja seperti wang tunai, barang kemas, telefon bimbit, komputer peribadi dan lain-lain.

6. Pastikan pili/paip air ditutup ketat/kemas agar tidak berlaku kebocoran yang boleh menyebabkan banjir di pejabat dan merosakkan peralatan.

7. Pastikan laluan-laluan kecemasan dan pintu kecemasan di pejabat tidak terhalang.

8. Pastikan kenderaan syarikat tidak diletakkan di tempat yang dilarang / menghalang laluan kecemasan.

9. Pastikan kenderaan syarikat diletakkan di dalam kawasan TM. Semua pintu, tingkap, tangga pada kenderaan dikunci. Kenderaan-kenderaan persendirian tidak dibenarkan diletak di dalam premis TM semasa pulang bercuti.

10. Pastikan barang / peralatan berharga tidak disimpan di dalam kenderaan. Sila keluarkan dan simpan di dalam setor yang selamat.

11. Pastikan barangan berharga seperti laptop, “pettycash” dan sebagainya disimpan di dalam kabinet/peti besi/bilik kebal yang berkunci.

12. “Penyelia Pejabat” hendaklah memaklumkan perkara ini kepada semua anggota di bawah seliaannya supaya mengambil langkah-langkah keselamatan awal ini untuk mencegah daripada berlakunya bencana yang tidak diingini yang akan merugikan harta benda syarikat dan anggota sendiri.

13. “Penyelia Pejabat” dan “Penghulu Bangunan” hendaklah mempunyai senarai anggota premis/bangunan masing-masing alamat rumah/nombor telefon untuk tujuan perhubungan apabila diperlukan. (Jika boleh) satu salinan diberikan kepada Unit Keselamatan Negeri/Menara TM

14. Jawatankuasa Premis/Bangunan (OSH Committee) berperanan dalam memastikan keselamatan di tempat kerja masing-masing.

15. Penyimpanan komputer peribadi di dalam kenderaan adalah dilarang sama sekali. Ini kerana pencuri dapat mengesan adanya komputer walalupun di dalam bonet kereta melalui alat pengesan bateri.

Pusat Kawalan Operasi, Pengurusan Keselamatan TM akan memantau tahap keselamatan 24 jam sepanjang tempoh bercuti bagi memastikan semua premis/bangunan TM di seluruh negara berada di dalam keadaan yang selamat.

Jika anda mempunyai sebarang masalah berhubung dengan keselamatan atau kecemasan bolehlah menghubungi No.Telefon Pusat Kawalan Operasi Keselamatan TM di negeri-negeri/Menara TM yang beroperasi 24 jam seperti berikut:



Nombor telefon takkan nak tulis gak kot..
hahahahhahaa


Siapa-siapa kerja TM tapi tak dapat emel macam ni kat emel hampa..sila la ambik berat baca yerr(ada ka orang TM baca blog aku?)

Aku rasa semua staff TM dapat emel ni..
Ye tak Ida?

Hohohoho..

MUKA MACAM MEE

"Hang tau dak..kedai ni mee rebus dia sedap.."Kata abah sambil tunjuk kedai tersebut kat aku.Aku pun pandang.


"Betoi ka?"aku soal abah.


"Betoi..aku penah beli pa bawa balik kasi hampa makna.."jawab abah sambil mata dia tertumpu pada pemanduan dia..Ceh..ayat karangan plak aku tulis ni..


"Tah..tak perasan pun yang mana satu.."aku jawab balik.mana nak ingat..abah aku hari0hari bawa balik makanan bila balik kerja.Merata kedai.Hari-hari bertukaq kedai dia beli.


"Laaa..mangkok la hang ni..Hassan 'Ringgo' takkan tak pernah bagitau?"Soal abah.Nama Hassan 'Ringgo plak naik..


"dak pun.."aku jawab

"Mee dia sedap hang tau dak..sampai tukang buat mee tu pun muka dah macam mee"

"Hahahahhahahhaha..muka macam mee..hahahhahaha"

Selasa, Disember 21, 2010

BULAT SEBULAT BULATNYA..

Benda yang paling aku risau sekali ialah masalah berat badan aku.Makin bertambah-tambah aku tengok..
Waaaaaaaa.....
Bila aku tengok balik gambar aku masa First date kami dulu..gila kurus la jugak..tapi tak la kurus sangat.huhuhu..



Gambar first date yang bodoh-bodoh alang..





Tapi sekarang aku tengok makin naik dan muka pun makin bulat..
waaaaaaaa...
Gila bahagia sampai muka debab apa kejadahnya ni..
Aku dah buat macam-macam still tak berubah gak..
Huhuhuhuhuhuhu..



Gambar yang keberapa juta date pun aku taktau

Incik Bachok dah berjaya menurunkan berat badannya setelah sebulat sedebab dengan aku dua bulan lepas..tapi aku?
Waaaaaa...

MOOD TERBANG MELAYANG..

Sebenarnya aku taip sikit punya panjang drama hari ini dalam sejarah..sekali takleh publish sebab tiba-tiba bos masuk dalam bilik kasi kerja..lagi 2 3 perengan tu..so,bila kerja dah setel..nak sambung menulis takdak mood.Jadi aku tulis pulak Siri bercakap dengan jin.Sekali bos datang,kasi kerja lagi..takdak nak perabih cerita..bila dah setel kerja..takdak mood nak sambung tulis..
Kena tunggu balik rumah kot..baru mood mai dengan senang hati riang ria merry Christmas kot..
huhuhuhuhuhuhu..






Loh..kena tunggu balik rumah ka?huuuu..

SALAH TAIP

CURI PANJANG?
HAHAHHAA...

CURI PANJANG

Sunyi sepi ja opis aku.
Aku rasa kebanyakkan staff dah start cuti pa..Staff lama kan banyak cuti..
Aku pun start dari 25hb ni sampai la 3hb bulan depan,tahun depan aku cuti..
hahahahhaha..gila panjang jugak aku dapat cuti..
ngeeeee!

Isnin, Disember 20, 2010

LAGU H1N1.PATUT DENGAR.HAHAHA

Sila dengar nasihat depa..
hihihi




Aku geli dengar suara laki-laki ni..
Hihihihi

HARGA GULA NAIK DAN TAYAR KERETA MANA BUNGANYA OK?

Pernah dengar tak pasal lawak Hang Tuah fail SPM?
Kali ni..pencipta dia ada lagi keluarkan satu lawak tranlate pasal gula.
Aku tak sangka si BOYZONDANET ni kreatif gila la..
hahahahha




Lawak la..
Tuan Haji tu..
hahahhahhaha

AKU DAN MOTOR

Masa aku mula-mula dapat lesen dulu,benda first yang abah tanya aku ialah nak motor apa?
Hahahahaha..bukan nak ucap tahiah ka..apa ka..terus tanya aku motor apa aku nak.Padahal aku baru dapat lesen L ja pun.Jadi oleh sebab aku taktau pasal motor-motor ni,jadi abah pun bawa aku pi kedai motor.Sampai ja kat kedai motor,aku jadi tak keruan.Bukan sebab ada mamat hensem ka..hapa ka..sebab banyak asangat jenis motor,jenama..ahh!! susah betul buat pilihan.Time tu adik aku dok tunjuk-tunjuk motor 125.Gila ka aku nak naik 125...hahahah..macam la aku rempit sangat.Mak plak berkenan kat LC...beria ja suh aku pilih tu.Kalau aku amik motor tu,sah-sah mak yang naik sakan..wawawawawa..
Dan abah plak dok suruh aku ambil motor jenis skuter.Sesuai dengan aku perempuan ni..macam la perempuan sangat.Pening punya pening dok pikir nak ambik motor apa,lasy-last aku ambik motor Kriss 100.Hahahahahahaha..tak rock lansung adik aku kata.

Tapi dengan motor tu la aku harungi bersama-sama dalam hujan mahupun panas.Aku dah pi merata dengan motor tu.Pi praktikal dengan motor tu,pi kelas dengan motor tu,tapi bukan bertahun-tahun pun..takat 6 bulan ja..hahahah..lepas tu MIRA pun muncul dalam hidup aku.Macam kera dapat belacan,aku asyik bawa MIRA ja..Masa aku dok rumah sewa time belajar dulu,dua-dua kenderaan tu aku bawa sekali..Tapi kawan aku yang dok bawa motor tu pi kelas,aku naik MIRA ja..Lepas tu..aku tak bawa dah Kriss tu..





Beberapa tahun kemudian,satu pagi..
Aku naik motor kriss ni pi klinik ambik MC...
hahahahhahha...
Dan teruk sekali ialah,balik dari klinik..hujan turun lebat gila..
hahahahhahahahha..
Tu la..tak pernah-pernah dah nak naik motor tu..tiba-tiba naik..
Mau tak hujan..hhahahahaha
Padan muka aku!!

Kalau nak tahu..aku pandai bawa motor sejak aku umur 9 tahun..siap wiley(betul ka ejaan aku ni?) lagi..Sepupu aku yang dok kat belakang jatuh terduduk..hahahhahahah..Gila betoi..
Sekarang ni..kedudukan signal pun aku dah tak ingat..nak guna signal..rupanya tu adalah hon..
hahahhahahhaha..teruk betul la..




Errrr..saya bukan la Kriss 100 yang dimaksudkn Miss Poyo yerr..Saya model ja dalam blog ni..

JANGAN PAKSA ORANG..TAK BAIK..

Aku jnis mls nak upload-upload gambar ni..Kalau upload pun time aku betul-betul rajin ja..kalau tak..memang takdak gambar aku yang tak termasuk dalam blog ni..Cisss..apahal aku cerita pasal malas nak upload gambar ni..aku nak cerita pasai lain..


Aku rasa kan,lepas ni aku takmau ajak Incik Bachok naik permainan-permainan yang boleh menyebabkan isi perut terkeluaq la sebab semalamm aku paksa Incik Bachok naik Challenger dengan aku.Dia beria la takmau naik sekali..tapi aku paksa gak..sebab aku suka naik menatang tu..Jadi dia naik gak..Masa menatang tu berpusing,aku dengar suara dia ja menjerit paling kuat,aku ngan Alia relax ja sebab kami selalu naik..Bila turun ja dari benda tu,aku tengok muka Incik Bachok pucat gila,jalan pun tak betul,nak termuntah..Kesian plak..
Waaaa..
banyak kijam la ini awek..
hahahahhahahahha....

Kesian betul..aku ingat lai muka dia camna semalam..
Waaaa....kesian..

SEHARIAN

Owh..baru aku tau..kelmarin..satu entri pun aku tak tulis..
betul-betul mengejutkan..
Hohohoho..


Pahal dok tulis pendek-pendek ni..
Chalo pi makan..

AKAI KELING

Hari ni aku MC..
hahahahhahahha...


Semalam balik dari Pesta lewat,maka hari ni bangun pagi ja terus sakit kepala gila-gila punya.
Tak pi kerja la..Pi amik MC kat doktor..
Doktor kata kat aku..

"Akai keling.."

Hhahahahahhahahhahaha..
hahahhahahha..

Doktor pun tau..

Sabtu, Disember 18, 2010

AGENDA ESOK HARI

Esok kalau takdak apa-apa hal..aku akan chalo ke Pesta Penang bersama adik-adik aku dan jugak family Makcik aku.Kalau tahun lepas aku hanya pi dengan adik-adik aku ja beserta dengan Family Makcik aku,tahun ni Incik Bachok turut serta.
Tapi antara pesta dengan Genting Highland,aku suka pi Genting lagi..
wawawawawawwaa...

Esok awal pagi,aku nak kena pi Penaga dengan Mak Abah.Macm besa la dua laki bini tu pi Penaga nak beli ikan.Satu kerja plak nak tunggu nelayan naik ke darat.Beli terus kat nelayan baru ikan segar mak kata.Belum tercela dengan ketul ais.Macam-macam la mak abah aku tu.
Hari ahad ja,situ la Depa pi.Hari Khamis hari pi sampai ke Kuala sana noh..Sekali dengan Aloyah dok merabat kat bot nelayan semata-mata nak beli ikan tengiri kepala bapak punya besaq..
hohohohoho..

Lepas tu,nak hantam makan laksa kat sana jugak.Mak kata ada satu kedai laksa kat sana sedap nak mampus..
Feveret aku tu..
hoooo!





Sebenarnya lagu diatas takdak kena mengena dengan cerita aku.Saja bubuh bagi hilang boring..
Aku kan suka lagu ni..
hahahahahaha

LAGU YANG DIA SUKA

Kalau aku minat muzik yang jenis ghotik,metal keras..yang dark-dark..bingit-bingit..terjerit-jerit.Lain plak dengan Incik Bachok.Dia layan muzik jenis macam ni..Relax ja dengar..




Sebelum ni,aku taktau pun pasal kumpulan ni.Lagu depa pun aku tak pernah dengar..Tapi sejak aku kawan dengan Incik Bachok,dia kenalkan aku dengan kumpulan-kumpulan yang dia suka..Relax ja baii dengaq lagu depa-depa ni..
hahahahhahahhaha...

MUKA CANTIK,TAPI PERANGAI HUDUH..

Aku rasa ramai orang pernah terkena dengan spesis makhluk macam ni.Maksud aku,pernah ada pengalaman buruk dengan orang-orang macam ni.Aku sebenarnya bukan la nak kutuk perempuan sangat,tapi ada setengah perempuan yang berperangai macam ni buat nama perempuan jadi buruk.memalukan kaum ja.

Ada macam-macam jenis orang yang muka cantik tapi perangai huduh ni.Ada yang muka cantik,tapi punya sombong nak mampus.Dengan kawan-kawan sekelas,kawan-kawan satu sekolah ka,tempat kerja ka..atau satu institusi pengajian ka,bukan main menyombong nak mampus.Aku pernah alami benda macam ni masa kat Politeknik dulu.Budak tu belajar satu jabatan dengan aku,tapi dia budak Diploma la.Orang dia memang cantik,pandai bergaya..putih bersih..Tapi macam aku cakap tadi..sombong nak mampus.Pernah satu kejadian,aku masuk tandas,dia pun dalam tandas.Masa aku masuk tu,dia yang tengah pelbetul tudung dia.Dah dia pandang aku,aku pun senyum la..tapi dengan muka kelat nak mampus,dia pandang aku atas bawah,lepas tu terus keluar tandas tanpa balas senyuman aku.Kurang sopan betul.Lepas tu,aku dengar ada orang dok bercerita kat aku,depa pun terkena.Tapi yang peliknya..dengan budak sama cantik dengan dia,dia layan elok plak..mentang-mentang aku selekeh..orang macam ni pun ada ka?

Ada jugak yang muka cantik,tapi pendengki nak mampus.Tak boleh orang orang senang sikit,lebih sikit dari dia.Mula la angin dengki dia mai.Daripada baik,tiba-tiba ja tunjuk perangai tak suka dengan orang yang dia dengki..jeles la tu.Mula jauhkan diri,marah-marah orang tu.Mula la cakap,bukan ada apa pun dekat orang tu,kenapa dia je dapat lebih..kenapa dia ja hebat.Halooo..kalau orang tu senang dari hang..rezeki lebih dari hang..tak payah la nak jeles sampai takmau cakap dengan orang tu.Sebaliknya berdoa la pada Allah supaya hang pun dapat sesuatu benda tu sama seperti orang yang dengkikan tu...ataupun doa dapat lebih sikit ka..Ni tak..oarang pun heran dengan perangai hang..tiba-tiba ja jauhkan diri..Selalunya orang macam ni takkan berjaya dengan perangai huduh dia ni..kalau berjaya pun..mesti ada sesuatu yang tak kena dalam hidup dia..pada pandangan aku la..Sebab mak aku cakap pada akhir-akhir zaman ni,Tuhan bayaq cash ja setiap perbuatan buruk kita..hahahhahahhaa..Isshh,serius sikit mira oiii..


Ada yang muka cantik,tapi berlagak kaya.Orang macam ni memang bermasalah betul la.Merata tempat aku jumpa.Kalau dia memang kaya takpa..ni hidup sederhana ja pun.Tapi bila cara hidup dia tu,macam dia tu betul-betul kaya la sepadan dengan kecantikan dia.Nak semua yang hebat-hebat ja,yang mahal-mahal.Duit takdak.Yang masih belajar tu tak ke menyusahkan mak bapak.Duit pinjaman habis,biasiswa habis..dok minta plak duit mak pak..Kalau mak pak tak boleh kasi,nak korek duit kat mana?paham-paham sendiri la..Yang dah bekerja,berhutang merata semata-mata nak kelihatan mewah.Ishhh-ishh,tak ke menyusahkan diri sendiri dan jugak orang lain yang dia hutang tu.

Ada yang muka cantik,tapi kaki buli.Haaaa...yang ni paling aku benci gila-gila sebab mangsa bulian dia tu mesti orang tak cantik atau kurang cantik macam aku.Huhuhuuhuhu..Aku ada seorang kawan,dia ni sederhana ja muka dia..tapi aku dengan dia,aku selekeh lagi.Dia kira kemas pandai la jugak bergaya.Tapi dia lurus sikit dan tak reti nak defend diri dia.Masa kat Politeknik,dia duduk sebilik dengan seorang budak perempuan,memang cantik gila-gila la.Ramai orang minat.Masalahnya budak perempuan cantik ni suka buli kawan aku.Dah la semua bekalan makanan kawan aku dia sebat tak minta,lepas tu dok suruh kawan aku buat itu,ini..semua la..Ya Allah..tolong la..tak malu ka sampai baju hang pun nak suh orang ironkan..Isshhh..teruk-teruk..

Ada yang cantik tapi perasaan lawa.Hahahahahha..maksud aku ialah..dah la cantik..tapi dok perasan lawa gila-gila..terhegeh-hegeh dengan orang laki-laki konon-kononnya semua orang laki minat kat dia.Pleezz la..walaupun pada hakikatnya memang betul.Tak payah la gedik macam tu sekali.Menyampah tau dak.Aku bukan la dengki..tapi tolong la..jangan la buat macam tu.Hang ingat orang laki suka sangat perangai gedik hang?Lepas tu,dah la perasan lawa,lepas dia anggap kalau boleh semua orang tak lawa.Dia ja lawa..hahahaha..Mental ka weeii?

Ada yang yang cantik,tapi angin tak tentu pasal.Dia ingat kalau dia lawa,dia boleh buat angin kus-kus dia tu ikut suka hati dia ka?Kalau time baik..hang baik..kalau time hang punya angin tak berappa baik.Habis semua orang kalau boleh hang nak kuntaukan.Cisss..hakktuiiii..Tarak heran la kak dengan perangai hang..Apa punya punya orang.Bila angin tak baik,suka suki hang ja marah orang dikhalayak orang ramai.Tak malu ka?mana maruah hang sebagai orang perempuan?Kat lutut?Tak boleh cakap elok-elok ka sama orang lain walaupun hang tu angin tengah tak baik.Orang macam ni memang susah orang nak baik dengan hang.Berseorangan la..Apala..

Ok la..malas aku nak cerita panjang pasal orang cantik ni,kang orang kata aku dengki kat orang cantik plak.Hahahahhahahahaha

ADA KAT DIA RUPANYA...

Hahahahahhahahah..
Rupanya kad bank aku ada kat Mirul..
Penat aku call Maybank suruh blok kad aku..
Last-last ada kat Mirul..Mangkuk ayaun betoi..
Aku riuh-riuh tadi..dia boleh diam..Pastu bila dia nak amik kad nama kompani apatah yang nak offer dia kerja dengan depa kat dompet dia..
Riuh panik dok hairan kat sapa dalam dompet dia..
hahahhahaha..
Aku pun lupa..khamis malam jumaat tu,aku suruh dia tolong cucuk duit kat aku..aku pening nak pi kluaq rumah..
dia kasi duit kat aku..kad lupa kasi..apada..


Caisshhh!! buat kecoh boleh minah poyo ni..

KAD HILANG!!

Allah!!
Kad bank aku hilang plak dah!!
pi mana plak..Hari khamis ada lgi..
Isshhh!!!
Geram betoi la!!

Jumaat, Disember 17, 2010

THE PHANTOM OF THE OPERA

Adik aku yang paling bongsu,Si Azhan tu paling tak suka lagu ni.Bila aku buka ja lagu ni,muka dia mesti berubah,macam takut pun ada..
Hahahhaha..
Malah,bos aku masa aku kerja dengan Incik Arkitek dulu pernah datang kat meja aku bila PC aku mengeluarkan lagu ni.Itu jam kerja kat site,aku sorang ja pompuan..aku mesti buka volume lagu kuat-kuat sampai kabin nak runtuh.Bila bulan puasa aku pasang nasyid la..Time tak puasa,lagu-lagu camni berkumandang la..





Bagi yang taktau..lagu The Phantom Of The Opera ni adalah lagu yang diambil dari Filem The Phantom Of The Opera.Filem ni plak diangkat dari sebuah novel karya seorang penulis berbangsa Perancis bernama Gaston Leroux.Kali pertama buku ni diterbitkan pada tahun 23 September 1909.Kerana keglemaran novel ni maka Hollywood pun berbesar hati la menerbitkan novel tersebut ke filem pada tahun 1925 pada kali pertamanya.Selepas tu banyak la orang dok buat filem ni dalam pelbagai versi.Last Novel ni di filemkan pada tahun 2004.Masa tu Amy Rossum jadi heroin dia.

Selain filem,novel ni jugak diterjemahkan dalam bentuk teater..
Fullamak..ayat macam Cikgu BM da..
hahahahhahahha..

Tak silap aku la..Novel ni dijadikan salah satu novel dalam sukatan matapelajaran sastera BI kot..tak silap aku la..Untuk tingkatan 3.Tapi masa aku Tingkatan 3 aku baca novel The Prisoner Of Zenda...
Huhuhuhuhuhu..

CIKGU TUISYEN COMEL MACAM MUSANG

Hahahahahha..
bodoh punya sarikata..
buat aku gelak terguling-guling ja baca tadi..
hahhahahaha..





EncikNordin ni pandai buat lawak la...
Teringin aku nak jumpahang..
hohoho..

LIKE FATHER LIKE DAUGTHER..

Masa aku kecik-kecik dulu,menurut Makcik aku la..aku ni mulut banyak tapi lambat nak boleh berjalan.Mybe sebab dulu aku agak tembam..(sekarang pun sama la..).Oleh sebab aku ni suka bercakap potpetpotpet,jadi depa..(Makjang aku dan Makcik aku la..) suka sangat berbual dengan aku walaupun itu jam aku baru umur 3 tahun.Macam-macam depa bersembang dengan aku,tah apa yang aku merapu pun aku taktau.

Time tu aku dah tau mak aku kerja apa..abah aku kerja apa..
Seingat aku mak aku bekerja sebagai mak,abah aku bekerja sebagai Telekom..hahahahah..
Sebagai Telekom??apa benda jawatan Telekom itu?Ikut sedap otak aku ja pikir camtu.Nama pun budak kecik lagi comel kan..hahahahahha..perasan gila!
Masa tu,bila abah aku OT sabtu atau ahad,mesti dia usung aku dengan mak aku sekali.Setel ja kerja dia,teruih la dia bawa kami pi berjalan-jalan kan..
Kagum sungguh aku dengan abah aku time tu..hahahaha
Lagipun time tu abah memang manjakan aku sebab aku cuma satu-satunya anak dia.Apa aku nak semua dia bagi..yang aku takmau pun dia bagi jugak termasuk pelempang kalau aku nakal nak mampus..hahahahhhaa..


Satu hari,makcik aku soal aku..

"Miya..Miya..besaq nanti nak jadi apa?"
(Miya adalah nama manja aku masa kecik..Aku bahasakan diri Miya sebab masa tu aku cakap tak teruih lagii..R jadi Y..hahaaha..)

Aku pun jawab la..

"Besaq nanti Miya nak jadi Telekom macam abah!!"
Makcik ngan Makjang aku gelak ja dengan jawapan aku tu..hohoho..

Tahun berganti tahun Makjang sama Makcik aku perhati ja aku membesaq sampai depa pun dah ada anak sampai 3 4 orang.
Depa dok agak-agak aku mybe bekerja dalam sektor pembinaan sebab kebanyakkan pengalaman kerja aku kearah situ sehingga la satu hari aku bagitau depa..

"Akak dapat keerja kat TM..Juruteknik.."

Tau apa reaksi depa..?
Terkejut macam nak nangis..
Aku pun tak paham awat la depa jadi lagu ni kan..
Sampai la makcik cerita balik kat aku mengenai pertanyaan aku mengenai cita-cita time aku umor 3 4 tahun dulu..

Hahahahahahaa..
Mana aku tau kan..
nak jadi lagu ni..
Tapi kemana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi..Betoi dak?



Gambar yang diambil oleh mak

TENSION!! JAUHKAN DIRI ANDA DARI AKU

Semalam gaji aku masuk..
First aku buat sebaik saja gaji masuk ofcoz la bayar hutang..
Hari ni bayar bil-bil..
Lepas tu aku tengok slip gaji aku kat Sistem..
Gaji aku di potong untuk itu..kemudian di potong untuk ini..
Potong kesana kemari..
Fuhhhh!!!!

Tinggal berapa sangat la gaji aku...
Baru masuk gaji semalam,hari ni dah pikir gaji untuk bulan depan..
Walaupun aku tinggal ngan family..ingat senang ka?
Kurang senang gak..takkan semua nak harap kat family aku kan..
aku dah kerja..Semua kena sendiri jugak..
Huhuhuhuhuhu..
Tahun depan aku harap sangat aku tetap..sekarang harap basic ja dengan OT.Tu pun kalau aku buat banyak Ot..kalau kurang,paham-paham la hujung bulan berapa sen sangat aku dapat..
Kalau aku tetap..dapat jugak segala elaun-elaun..kalau tak..Waaaaa..



Jom la poyo..tension sama-sama..Jom la..!!




Tapi takpa!!
Sekurang-kurangnya aku ada kerja daripada setengah orang yang tak kerja langsung.
Dok melangut ja kat rumah kan..
Tarik napas Mira!!!
Jangan biarkan tension menguasai anda!

Fuhh!! Fuuhh!! Fuhh!!


P/S:Hari Ahad ni pi Pesta Penang!!!!!

Khamis, Disember 16, 2010

BERTEMU KAWAN LAMA..DAN TERIMALAH LAGU INI..

Tadi aku lunch dengan Incik Bachok.Masa kami dalam perjalanan ke kereta Incik Bachok lepas lunch sebab Incik Bachok nak mengantar aku kat opis,tiba-tiba aku terserempak dengan kawan baik aku masa aku sekolah Teknik dulu,Mashitah.Alamak..terpecah rahsia aku..selalu aku bagitau dia aku solo..Wawawawawawawa..

Elok ja aku sampai kat opis,Mashitah mesej aku.So,aku terus call dia la.Almaklumlah talian telefon opis aku free.Nama pun kerja kat TM kan...hahahaha..jangan jeles..
Lepas sembang mengingat kembali hal-hal kawan yang lain.Kami baik 8 orang sebenarnya dulu..8 ni la yang selalu cari masalah,kena buang asrama..fly dari asrama..macam-macam la.Dua dari kami dah kahwin dan beranak dah pun.Lepas tu,aku call pulak Puteri,salah seorang dari 7 orang kawan baik aku tu..
Sembang pung pang pung pang..rasa macam kembali ke zaman sekolah plak walhal puteri dah jadi mak budak..hahahahahhaha..
Secara otomatik aku teringat zaman jiwa kacau aku time skool dulu..
Sekarang,terimalah lagu yang aku selalu layan masa zaman jiwa kacau dulu..
huuuuuu!




Dulu aku berangan nak jadi macam Sharon Den Adel si vokalis tu
Bleh blah la..Gila ka?
Itu zaman budak hingusan..bleh la berangan nak jadi camtu..
Wawasan belum muncul lagi itu jam..
Weeeeee1

OHHH..TOKWAN YANG HENSEM..BELIAU SAMA UMOR DENGAN TOKWAN AKU..

Dulu-dulu kalau berkemban dalam filem relax ja..Zaman la ni Ceh!! jadi isu besaq la kalau kes berkemban dalam filem.Mau jadi tajuk utama jugak la..
Bak kata Tok aku..Haprak betul majalah hiburan sekarang..
hahahahahhahahahahha....
Contohnya filem bawang putih bawang merah..




Yang sebenarnya aku bukan nak cerita pasal isu berkembam..
Aku nak cerita yang Mustapa Maarof tu hensem ja..
hahahahahaa..
Alangkah bagusnya Mustapa Maarof ni muda time la ni..
Hehehehe..

BAU ARAK YANG PENING..

Tadi masa tengah melayan buat kerja.Tiba-tiba sorang staff India datang.Macam biasa la aku kan berurusan dengan semua staff under Mr.Eksekutif,kalau ada 49 orang staff bawah Mr.Ekskutif,49 orang la aku berurusan..Termasuk la India ni.Dia masuk bilik aku,then dia tarik kerusi duduk sebelah aku sambil keluarkan hasil kerja dia tunjuk kat aku.Sebab nanti hasil kerja dia aku akan masukkan dalam sistem.

Tapi yang tak enaknya ialah bau yang terdapat kat diri dia,tapi bau arak..todi..aku pun taktau yang mana satu.Tapi memang bau yang salah satu la.Punya la kuat..sampai Pening kepala aku dibuatnya.Sebelum ni ada staff tegur dia jangan pi minum time kerja,tapi dia minum gak.Aduh..sebelum ni bau tak kuat sangat..tapi kali ni..Masyaallah..bila dia cakap,lagi la keluar bau..Hadoii..Rasa macam nak suruh je dia keluar dari bilik aku..Tapi aku bukan jenis tak beradap.Aku tahan je baiiii..

Tapi ya Allah..sampai terseksa jiwa aku.Last-last aku terpaksa jugak bangun dari kerusi aku dan bagitau dia aku kena pi buat kerja kat luar sekejap.Dia pun tak tanya banyak anggik-angguk kepala ja.Lepas tu keluar dari bilik aku.Kalau aku tak bagitau macam tu,alamat lagi lama la dia dok cerita itu ini pasal kerja dia kat aku..Aku bukan takat boleh muntah ja..pengsan pun boleh jadi oooo...

Huhuhuhuhuhuju..




Errrrkkkk..tak tahan aku..

NYARIS DIROGOL PONDAN

CERITA INI ADALAH CERITA SEBENAR,PENULIS MEWAKILI MANGSA SAHAJA MENULIS DALAM BLOG INI.


AMARAN KERAS :ADA DIALOG DIBAWAH MENGANDUNGI UNSUR LUCAH YANG TAK KETERLALUAN.




Masa tu pagi..dalam pukul 6.30 pagi tak silap I la..Lepas sembahyang subuh dan bersiap,I sakit perut.Jadi I pun pi kat Caltex.Caltex kat Gambang..I pun berak la kat tandas Caltex.Lepas berak,I pun keluar dari tandas,isap rokok dulu dalam ruang luar tandas tu.Tiba-tiba seorang lelaki masuk,dia pakai baju hujan..tapi cara dia jalan memang I syak dia mat lembut ni..Dia tegur I..

"Abang buat apa ni..??"

I pun Jawab..

"Isap rokok.."

Lepas tu I tanya dia ni pekerja Caltex ke.Dia jawab ye.I tanya dia Caltex buka pukul berapa.I nak amik duit kat mesin ATM.Dia jawab kejap lagi buka la.Lepas tu dia masuk tandas.I pikir dia nak berak la kot..
Tak sampai 5 minit dia keluar dari tandas.Lepas tu dia pandang I atas bawah.Pelik betul.Lepas tu dia pegang bahu I,dia cakap camni..

"Abang..nak isap boleh..?"Lepas tu dia raba-raba I.I pun tepis la..Dia cakap lagi..kali ni dalam keadaan merayu..

"Boleh la abang..saya nak minum air abang ni..free je..boleh la.."
Kali ni tangan dia makin ligat.Meremang bulu roma I tau dak.Dia terus-terus raba dan nak pegang I punya.I pun tepis sambil cakap jangan.Tapi dia makin ligat.Apa lagi..I pun jerrit..

"Tolong!! tolong saya!!! jangan apa-apakan saya!! tolongggggg!!!!"

(Penulis ketawa sebentar..begitu jugak mangsa..Menjerit macam perempuan je..hahahahhahahaha..kemudian penulis menyoal apa yang jadi selepas itu sambil ketawa mengekek..)

Dia lari lintang pukang keluar dari tandas.I pun lari gak pi kat kereta sambil minta tolong.Kawan kat kereta tanya kenapa.I pun bagitau.Dia pun gelak kat I.
Sebenarnya I bukan apa..I takut tengok muka dia..

(Penulis menyoal kenapa)

Dah la gigi besar..jongang pulak tu..kalau pondan cantik tak la sampai jerit macam tu..

(Sekali lagi penulis gelak besar...begitu jugak mangsa.Penulis membuat andaian yang mangsa pernah ada pengalaman buruk dengan hantu gigi..sebab tu la beliau takut pada pondan jongang tersebut.Ini jawapan mangsa)

Tah pape!!!




hahahahahaha..Walaupun lucu,penulis anggap benda ni serius kerana hampir-hampir meragut sesucian mangsa iaitu Incik Bachok yang juga Boyfriend penulis..





Pada pendapat anda,adakah pondan jongang itu seperti ini??

Sampai sekarang mangsa mengalami trauma yang teruk diatas kejadian tersebut.

Kasihan.....

Rabu, Disember 15, 2010

HARI INI DALAM SEJARAH:WATAK-WATAK PENTING EPISOD 1 - KELUARGA NON

Selalu aku dok cerita pasal hari ini dalam sejarah je kan..
Kali ni aku nak tunjuk wajah sebenar watak dalam hari ni dalam sejarah..
Ada dua episod ja pun untuk spesial edition punya cerita ni..
Selamat berrkenalan..



Yang sedang memangku budak lelaki tu adalah Maz,budak perempuan dibelakang tu adalah Idah manakala sebelah Idah tu adalah Lie.Abaikan budak perempuan menghisap jari tu yerr..

Ini aalah gambar Non bersama Ma dan dua dari 6 anak mereka,Ziah dan Kri..



Ini anak sulung Non dan Ma,Jie...
Pada episod akhir specialedition kita akan berkenalan pulak dengan Family Cik Ah
Chow!!


HARI INI DALAM SEJARAH:SUAMINYA ARAB..TAPI SUAMINYA....OH TIDAK..!

Semua orang tau,Cik Ah ada seorang suami berbangsa arab campur melayu.Tapi takdak siapa pun pernah lihat suami Cik Ah tu termasuk Bariah.Dah macam-macam Bariah dengar mengenai Cik Ah sejak dia mula bekerja sebagai tukang sapu sampah di sekolah tu.Cik Ah bini no dua la.Laki Cik Ah ada 4 bini la..Laki Cik Ah rajin balik Madinah la..macam-macam.Dan Bariah pulak yang jenis bizi body ni selalu ja menepek dekat kantin sekolah,sebab Cik Ah merupakan tauke kantin sekolah.Tapi bila dia hendak bersembang lanjut pasal family Cik Ah,dia rasa malu pula.Yela,dia baru sahaja masuk bekerja di sini 5 bulan.Tu pun atas bantuan abang iparnya,Pak Non.



Satu petang,selesai sahaja kerjanya menyapu,Bariah melepak di atas bangku dibawah pokok rambutan berdekatan dengan padang sekolah sambil melihat abang iparnya itu sedang mencabut rumput-rumput liar yang tumbuh dalam pasu bunga.Sejak bersara sebagai askar British dan pulang dari Singapura,Pak non menjawat jawatan tukang kebun sekolah pula.



"Abang Non,pernah tengok laki Cik Ah dak?"Soal Bariah tiba-tiba.



"Dak pun.."jawab Pak non ringkas.



"Dengar kata laki Cik Ah orang arab..betoi ka?"Soal Bariah lagi.



"taktau.."Jawab Paknon lagi.



"Dengar kata Cik Ah bini no dua.Laki dia ada 4 bini,betoi ka?"Soal Bariah lagi walaupun dia tau sikap dingin abang iparnya tu.



"Dia la kot..."jawab Pak Non sambil melangkah pergi meninggalkan Bariah.Banyak kerja lagi dia nak buat daripada melayan mulut Bariah yang macam burung Murai tu.

Kecewa dengan sikap dingin abang ipar dia,Bariah segera melangkah pergi ke kantin.Nak menghilangkan dahaga.Nasib dia baik bila dia ternampak Cik Ah sedang berehat di bangku panjang kantin sambil menyedut rokok daun.Aiikk..selamba badak orang tua ni hisap rokok dalam kawasan sekolah.Nasib baik time tu bukan time rehat bagi pelajar.Dengan segera Bariah menghampiri Cik Ah.

"Kak Ah buat apa tu?"Soal Bariah sambil mengambil tempat disisi Cik Ah.Cik Ah yang mulanya terkejut dengan kehadiran Bariah secara tiba-tiba tersenyum.

"Aku tunggu Men ni haa..takmai lagi plak nak amik aku"jawab Cik Ah sambil menghembuskan asap rokok daunnya.Heran plak Bariah.Selalunya time ni Cik Ah tak balik lagi.Dia akan turut sama mengemas dengan pembantunya bia kantin nak ditutup.Tapi ini hari,Cik A balik awal plak.Tapi peduli apa Bariah.Dia nak selongkar cerita lain sebenarnya.

"Kak Ah,ceq dok tengok hari-hari Kak Ah balik Men yang ambil.Takpun anak yang nombot dua tu..apa nama taktau..."

"Ajonn..."Kak Ah segera bagitau nama anak keduanya bila Bariah menunjukkan ciri-ciri taktau nama anaknya tu.

"Haa..Ajon..tapi kan ceq tak pernah tengok laki Kak Ah mai amil Kak Ah.."Bariah memulakan bicara.Cik Ah hanya tersenyum.Dah agak ah,adik ipar Pak Non yang nampak macam busy body ni memamng mesti akan tanya benda-benda camni punya.Hampeh betul la.

"Awat hang teringin nak tengok laki aku ka?"Soal Cik Ah sambil ketawa.Padahal dalam hati bengkek gila.Melihat respon baik punya dari Cik Ah.Bariah segera bertanya lebih lanjut.

"Ceq dengaq la..depa dok sembang..Laki Cik Ah arab..sungguh ka.?"

"Hala..arab la laki aku..mak dia arab Madinah,bapak dia melayu Pattani."Jawab Cik Ah sambil menggulung daun tembakau.

"Tu ka??arab ni mesti segak laki kak Ah kan?"Soal Bariah teruja.Mendengar soalan Bariah tu,Cik Ah segera ketawa mengekek lucu.

"Hala..tinggi lampai..badan tegap..kulit putih merah..mata bercelak.."Cik Ah memulakan cerita pasal laki dia sambil tergelak-gelak sementara Bariah pulak mendengar dengan rasa kagum.Tak sangka Cik Ah ada laki sehensem tu.Belum sempat Cik Ah menghabiskan ceritanya Men pun sampai.Hampa jugak hati Bariah takdan na dengar sampai habis cerita sehingga la Cik Ah bagitau mybe satu hari nanti laki dia sendiri yang akan menjempuntnya balik.Bariah teruja.Tak sabar nak tengok laki Cik Ah.


Hari berganti hari,minggu berganti minggu,bulan berganti bulan.Bariah tengok yang menjemput Cik Ah hari-hari adalaha anak-anak dia ja.Sehingga lah satu hari Bariah nampak sebuah kereta toyota Corrola kaler putih tiba-tiba muncul depan perkarangan kantin sekolah.Tahun 80an,itu time sapa pakai kereta Toyota kira hebat la.Kagum dengan kereta tersebut,Bariah segera ke kantin.

"Kak Ah..kereta sapa ni?Selalu Ceq tengok kereta Men ja.."Soal Bariah sebaik saja menghampiri Cik Ah.Selalu dia nampak kereta merah milik Men ja.Tah jenama pa..tak stail langsung.Ni baru stail.

"Ni kereta laki aku"jawab Cik Ah sambil tersenyum.

"Yaka??mana laki Cik Ah??"Soal Bariah teruja.

"Dia pi bilik aiq sat..satgi dia mai la.."jawab Cik Ah sambil memasukkan barang-barang kedalam bonet kereta laki dia.Bariah turut membantu.Nak ambil hati sebab hari-hari dapat makan free.

"Haa...tu laki kak la tu"Tiba-tiba Cik Ah bersuara sambil menunjuk pada laki dia.Bariah segera beralih melihat dalam teruja.dalam fikiran dia mesti muka laki Cik Ah macam orang putih..tapi...

Orangnya tinggi lampai,badannya sasa berurat-urat di lengan,tapi orangnya bukan putih pun..tapi hitam..ya..hitam macam orang negro..itu yang Bariah nampak.

"Hensem tak laki kak?"Soal Cik Ah.Laki Cik Ah nampak terpinga-pinga.Dengan soalan bini dia tu.

Baru Bariah tau.Kalau orang Arab tak semestinya kulit putih,hidung mancung dan mata bercelak.Orang arab jugak ada yang berkulit hitam.Contohnya sahabat Nabi,Bilal Bin Rabah.
Ketika itu,badan Bariah lemah longlai..
Huuuuuuuu.

Selasa, Disember 14, 2010

HALANGAN DARI MATA

Malam ni cadang nak tidoq lewat..malangnya mata dah mengantuk.
HUHuhuhuhu..esok aku cuti..cuti kecemasan..sebab aku nak kena bawa adik aku si Azhan daftar ke Tingkatan 1.Tak sangka mangkuk ayun kecik ni dah masuk tingkatan 1..


Aku mengantuk!!!!!

nak cerita apa pun takleh..tak guna!!

BEREHAT KA SANGAP??

Semalam aku melepak kat bengkel Kelvin lepas balik kerja..
Tiba-tiba aku tengok anjing belaan bapak sedara Kelvin berbaring sedemikian rupa..
Buruk betul la..nampak sangat dia anjing jantan,nampak macam ketandusan belaian anjing betina ja....

Apahal aku amik gambar anjing jantan sangap masuk dalam blog ni..??!!
Huuuuuu!


Gua nak berehat pun minah poyo ni mau amik gambar ka??!!

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!