Selasa, Oktober 16, 2012

KES

Sebenarnya ada satu kes yang terjadi kat company aku untuk blah Pulau Pinang..Kes melibatkan staff dan Bos dia..Dan aku akan jadi saksi mewakili si staff itu..

SEbenarnya kes tu adalah salah paham bagi aku..Si Bos sangka si staff yang buat begitu pada dia..padahal si staff maksudkan bukan bos dia..tapi orang lain..si bos bawa kes ni ke atas dan si staff dikenakan tindakan..
Ia..sebuah cerita yang panjang..bersangkut paut dengan Facebook..aku salah seorang pengomen..Dan komen aku pun disalaherti walaupun aku puji bos aku Tuan Eksekutif tu..Bukan Tuan Ekseketif tu salah erti pujiaan aku..Tapi si BOS kepada staff tu yang salah erti..Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai la..hahahahha...

Kes ni ni akan dibicarakan pada 31 Oktober 2012 dan 1 November 2012..Lagi lapan hari aku nak kawin tu..Dan aku diminta untuk jadi saksi kepada si Staff ni..Sekarang aku dok pikir-pikir nak jadi saksi ke tak..sebab aku dah rujuk pada yang pakar semua..si pakar beritahu aku yang si staff ni pi mengaku dia buat plak dah..Bila dah buat..dan dah mengaku..apa perlu aku jadi saksi plak..tapi si staff plak bagitau aku dia tak mengaku..So,aku hanya tunggu ja keputusan dan bincang-bincang antara pakar dengan pakar yang lain..

Kenapa la hang pi mengaku kalau hang tak merujuk pada bos hang tapi orang lain..kesian la jugak..
Tah la..aku pun naik risau sebab nanti aku jadi saksi tak berketahuan ni..nama aku effect sama..nak tolong kawan lagi..nak jaga nama baik lagi..adooiiii...

Jadi aku kena tunggu dulu..tengok samda memang dia ada buat pengakuan bersalah atau tak..
Fuh!! rasa macam nak masuk mahkamah sebenar plak..hihihi..

Khamis, Oktober 11, 2012

29 HARI LAGI

Dok countdown plak...
hahhahaahha..Tapi nak bagi tau la..aku semakin stress ni...
Taktau pasaipa..Waaaa!!!

Rabu, Oktober 10, 2012

MEK

Tadi masa aku tengah chatting dengan kakak Incik Bachok..tetiba aku teringat sendiri(sorang-sorang aku la),masa aku ikut Incik Bachok balik ke kampung dia sebab abah dia sakit bulan 7 ritu(aku ada crita kat sini taktau..) aku ada la naik kereta ngan kakak dia dan mama dia..Time tu aku dengar mama Incik Bachok panggil kat kakak dia Mek.Mek adalah nama panggilan untuk perempuan kelatan tak silap aku walaupun dia nama Jennifer pun akan di panggil mek jugak..hahahha..


Tetiba ja aku teringat lagi..(teringat dalam teringat..macam cerita Inception,mimpi dalam mimpi..hahahhahahahahahha),masa aku dok Ipoh dulu..Cikgu-cikgu banyak panggil aku Mek sebab nama keluarga aku WAN.Seperti sedia maklum,orang cakap kalau orang berketurunan Wan ni mesti berasal dari Kelantan.Padahal ada jugak keturunan Wan dari Kedah.

Walaupun aku dah buat penafian demi penafian(macam artis plak..) tapi depa tak percaya..Siap cakap aku ni Kelantan Murtad lagi sebab tak mengaku aku ni orang Kelantan..hahahha..Gelong betul...Last-last aku pasrah jela..


Selasa, Oktober 09, 2012

MINYAK AYAQ

Hari pun sebenarnya dah petang sangat masa aku nak balik tu..Kat langit dah start ada warna-warna oren tanda mahgrib dah dekat.Aku pun bawa Gen2 dengan slow and smooth la konon kan..jalan raya tak bizi mana..sekali selisih ngan kereta aku kereta lain tu..ada la dalam dua tiga..bukan kata tak bizi saja..sunyi nak mampus..

Tengah syok ja aku bawa kereta sambil dengar radio..Tiba-tiba ja kereta aku mati enjin la plak kan..Adoooiii..apahal plak ni..tak pernah Gen2 ni mati enjin secara tiba-tiba macam ni kan..So,aku pun berhenti ke tepi jalan.Time tu aku ada kat satu jalan yang kiri kanan hutan..Chaiisshh!! Kereta ni pun satu..kalau nak mati enjin pun mati la kat tengah pekan ka..bandar ka..baru la rasa best sikit..ni kat tengah hutan..mencabar jiwa raga betoi la..aku syak minyak habis..sebab aku tengok lambang minyak kat meter dah naik kaler oren..Apasal plak aku tak perasan eh tadi..bila dah mati enjin baru perasan..Lepaihtu secara otomatik lambang stesen minyak ada kat depan tu..dia tulih lagio 15 km baru jumpa stesen minyak...mak aiii..awat tiba-tiba jauh ni..selalu dekat ja..


Jadi aku dok termenung dalam 5 minit..aaiiihh!1 takleh jadi ni..kena cari jalan ni..burung-burung pun dah berterbangan balik ke satrang ni..aku ja dok selonggok kat tepi jalan ni..Aku dok pikiaq macam mana nak nnuat ni..takkan nak jalan 15 km kot nak pi sresen minyak..?nak call abah ka..adik-adik ka..Incik Bachok ka..hanset pun mati..time ni la dia nak mati pun kan..Isshh!! hampeh.

Tiba-tiba aku dapat satu idea..aku pi bonet kereta aku..aku amik botol yang berisi air..aku buh kat tank minyak kereta aku..bila dah penuh aku try start kereta..Hidup beb!!! Gila baq hang..buh ayaq ja enjin kereta hidup..aku pun apa lagi tekan minyak..jalan la..Tudia nak habaq mai..laju teruih kereta aku sampai aku rasa aku naik Ferrari..punya lagu sampai terbang habis barang-barang keluaq ikut tingkap kereta..muka aku pun berkerut-kerut tanda laju yang amat sangat kan..
Laju punya laju punya laju..last-last aku pun dah sampai kat depan umah aku..tapi malangnya kereta plak takbleh brek..adoooiii..berlanggar la umah aku sendiri..habis hancus terus rumah aku macam kena bom...

Lepaih tu aku pun terjaga dari tidoq..rupanya aku mimpi..hahahahaahhahaha

Khamis, Oktober 04, 2012

CIK

Tadi..masa aku tengah mengecheck emeil aku tadi..Tiba-tiba aku terima emel dari pegawai aku..Sebenarnya emel tu ditujukan pada staff yang lain..Tapi dia CC kat aku jugak.Dalam emel tu dia tulis macam ni..

Sila serahkan Akru masing-masing pada Cik Amira untuk tindakan selanjutnya..




Cik adalah nama gelaran aku sejak aku aku mula berusia 18 tahun lagi..Time tu banyak surat-surat rasmi yang aku terima yang akan bubuh kat depan nama aku Cik..Kalau surat yang berbahasa English,depa akan letak perkataan Miss.Miss dan Cik maksudnya sama bagi orang yang tak paham bahasa English la...hahahhahaha..

Dan selama tu aku dah biasa dengan perkataan Cik tu..Actually..aku selesa dengan gelaran tu..
Tapi seperti sedia maklum..lagi sebulan aku akan tamatkan zaman bujang aku..Secara otomatiknya gelaran Cik di akan ditendang keluar dari barisan nama aku dan digantikan dengan PUAN.
Aku rasa agak janggal jugak la..

Cik Mira,Cik Amira,Cik Wan..Miss Wan..Miss Amira..Miss Poyo(hahahhaha),Cik Farhana..Tiba-tiba ditukarkan ke Puan Mira,Puan Amira,Puan Wan,Mrs Wan,Mrs Poyo..Puan Farhana..agak pelik disitu aku rasa..
Waaaaaaaa!! agak pelik!! Mrs Poyo?!!!

So..aku akan nikmatai gelaran Cik tu sepenuhnya sebelum aku berubah gelaran..
Harap-harap 20 tahun akan datang dapat gelaran Datin plak..hahahahhahahhahha..

Isnin, Oktober 01, 2012

HILANG

What The??!!!!

Blog yang aku dok Follow semua pakat hilang habis pasaipa??
Arggghhhhhh!!! Satu kerja plak aku nak kena bukak satu-satu blog tu then Follow balik!!
Argghhh!! Tension gua!!!!

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!