Selasa, Ogos 31, 2010

Nak crita,tak jadi..

Aku baru ja nak cerita pasal serigala adian,tapi dah ngantuk tahap tenuk la plak..
esok na pi kerja awal..
Esok la aku cerita..
huhuhuu

Mak Nak Menyerang..hiaapppp!!

Mak cakap setiap kali dia abis tengok cerita Bukit Kepong ja.mesti geram dia naik mendadak..marah dia memang tahap zeus dah..dan mak cakap dia rasa macam nak menyerang..
Aku taktau mak nak serang sapa..Guan Eng kot..
hahahahahahaha..

"Haiya..jangan serang gua..gua talak salah..gua talak terlibat dalam ini kes.."

Dialog diatas hanya rekaan penulis..

DEmam lagi

Bila aku baik deam,mak pulak demam..bila mak demamIncik Bachok pun demam..
Semua demam..

Iklan Trojan

Ingat iklan ni..teringat masa kat Taska ABIM dulu..





Teringat jugak kat Arwah Tokwan Non sebab dia selalu ajuk budak tu cakap kalau mengusik aku..
Makin nak dekat raya,makin aku rindu kat dia..
huhu...

Bukit Kepong

"Apa u buat..wa suruh rekrut melayu jadi macam kita..bukan jadi AP(Assistant Police)"
Ayat sempoi dalam cerita Bukit Kepong.Kata-kata seorang Ketua Komunis.Abah pun gelak..


"Orang melayu susah..kuat semayang.."

"Kalau macam tu,Lu ikut meleka sembahyang..baru celita pasal kita.."


Alia terkedu sambil bekata..
"Aiyoh..sampai macam tu sekali.."


Sekarang komunis moden banyak kat Malaysia..tapi ramai tak sedar..
bertepuk gembiralah anda semua...





Aku ATAS PAGAR

Orang semua pakat bubuh tajuk merdeka..aku nak buh tajuk apa?

Satu ja aku nak cerita pasal merdeka ni..

Orang kita memang merdeka dari segi fizikal..
dari segi mental..aku rasa tak kot..
Termasuk la aku..
hahahahaha..


Sapa ak paham sudah..hanya aku dan diriku ja yang paham kot..
huhuhuhuhu..

WAN

Kadang-kadang aku rasa jeles pada dua orang adik laki-laki aku sebab depa dapat teruskan nama keluarga kami iaitu WAN pada anak-anak depa bila depa dah beranak pinak nanti sedangkan aku tak boleh sambung warisan nama anak aku nanti dengan nama WAN melainkan laki aku ada nama depan dia WAN.

Tapi tokwan aku,bukan arwah tokwan Non..Tapi Tokwan Im ada berpesan,kalau ada anak nanti,nama last anak aku kalau rasa nak bubuh,bubuh la..
namanya ialah..ROMANI..

Aku rasa ni mest ada kena mengena dengan nama keluarga Tokwan belah arab sana..

Dua orang sepupu aku yang dah guna nama ni..

1)Muhammad Anuar Rahimi(aku rasa tersilap tulis tu..ataupun makcik aku memang nak buh nama rahimi tu kat anak dia...)

2)Muhammad Yusuff Romani..


Anuar anak Makcik aku,Yusuff anak maksu aku..
Depa dua orang adik perempuan Abah aku...


Kami dari keturunan WAN Kedah,bukan WAN Kelantan nah..

KAWANLAH

Sekarang Azhan tak main dah Facebook-facebook ni..
Dia dah layan KAWANLAH...
Bagus hang Azhan oiii..
menepati saranan kakak hang ni..
Jangan main Facebook sangat..


Tapi KAWANLAH tu apa?
huhuhu..

Cuti Merdeka..apa aktiviti di waktu pagi?

Tadi aku keluar dengan mak pergi beli barang-barang untuk memasak waktu berbuka nanti.Mentang-mentang la hari ni hari cuti umum,pekan Tasek Gelugor punyala Bizi dan jem umpama bandar New York.Sana sangkut,sini sangkut..parking kereta ikut suka hati yang penting depa happy ja.Melayu,cina dan India sama naik.Indon dengan Bangla turut serta dalam aktiviti menyesakkan market Tasek Gelugor serta kawasan sekitarnya.Aku punya tension sampai aku rasa nak angkat kereta kat depan aku ni ke tepi.Tapi apakan daya,aku bukanlah Superman..(macam tajuk lagu plak dah..)

Lepas ja aktiviti beli dan tawar menawar,aku bawa plak tok ngan mak pi kedai perabut.Tujuannya bukan nak beli perabut,tapi tok nak beli tikar getah plak nak taruk kat dapuq rumah dia sempena raya ni..sakan aih tok aku ni..bukan dia dok kat umah tu pun..dia dok ngan family aku haa..

Cina perabut tu(ni gelaran untuk cina yang jual perabut,ada 5 buah kedai prabut kat Tasek Gelugor,tapi cina ni glamer skit la walaupun kedai dia kecik)bukan main bizi lagi..dah tu,bila nak raya ja jadi sombong plak dalam menetapkan harga barang dia..tiap2 tahun macam tu,tapi orang mai jgak beli kat dia sebab dia pnadai amik hati pelanggan.Tambah-tambah bini dia orang Filipina tu..ramah nak mampus..cakap melayu punya la fasih.Laki bini cakap bahasa melayu ja.Bini dia tukang jahit..hang suruh la dia jahit apa pu..suma dia sapu..cantik lagi kemas plak tu..

Tadi,cina perabot tu bagitau mak,oleh sebab bulan puasa ja dia bizi,jadi dia import adik ipar dia 3 orang dari Manila untuk tolong depa laki bini.Pandai noh hang cina perabot,adik-adik ipar dia muka macam pelakon filipina..patut la banyak pompuan masuk kedai dia..rupa-rupanya sambil pilih barang,dapat layanan dari mamat hensem tau cakap omputih ja..Dari pompuan muda macam aku,sampai la ke nenek tua macam tok aku..pakat kerumum..hahahahha..
Lepas ja beli barang..mak pun beli jugak..kami balik la..sekian sahaja cerita aku kali ini..


Tengok la nanti..malam raya nanti kedai dia licin..memang betul punya cerita..barang dia habis di jual setiap kali sampai malam raya.macam crita cerita Abdul tu..yang kedai licin sebab orang mai amik barang..macam tu la umpamanya..gila etoi..

Bulu Baby

Tadi aku tengok Baby melompat-lompat umpama kangaroo bila aku dengan Azhan mandi kan dia dengan shamppoo jenama sunsilk...Lepas ni,bulu baby lurus umpama rambut rebonding..

Isnin, Ogos 30, 2010

PHANTASM

Dulu..masa abah beli tape ni dan pasang kat rumah,malam tu terus aku tak boleh tidur..malam-malam lari tido dengan mak dan abah..Abah memang marah betul bila aku buat perangai takmau tidoq sorang-sorang.Tapi sapa suruh abah dok beli cerita seram dulu..
huhuhuhu




Layan cerita Dog Soldier lagi bagus...
kikikiki..

DEMAM

Bila aku baik demam..
mak pulak demam teruk malam ni..
huhuhu

CUTI

Masa sekolah dulu,kita cuti ikut apa yang tertulis dekat kalender.Kalau tertulis kata cuti raya seminggu,seminggu la kita cuti..Depaavali,raya cina,semua pakat-pakat cuti.Memang seronok la bila cuti sebab tak payah pi sekolah,tak payah nak mengadap cikgu garang sebab tak siapkan kerja rumah takpun tak payah gaduh dengan dengan kawan sebab kawan amik kerusi kita padahal kat kaki kerusi tu dah tertulis nama kita.Bila cuti merdeka,lagi teruja sebab pagi-pagi boleh tengok orang kawat kat TV.Gamak rasa TV1 punya siaran tak ceria kaler dia,tukar pi TV3.Kira teruja la kalau bercerita pasal cuti masa zaman sekolah.Cuti Nuzul Quran,Awal Muharam,Besday Agong,Hari Buruh,Kalau negeri yang ada Sultan,cuti ikut Besday Sultan.Kalau negeri yang pakai Gabenor macam Penang,cuti ikut Besday Gabenor.Kira masa zaman sekolah memang penuh dengan aktiviti cuti jela..

Bila masuk pusat pengajian tinggi(tinggi ker aku blajar?kuang3x..),cuti boleh dikira banyak lagi..cuti raya,cuti besday gabenor atau sultan,cuti hari buruh..macam-macam cuti kita boleh dapat..bila cuti depa semua meronda sakan.Aku yang pakai kereta,balik melepak kat rumah mak.tu pun dah cukup seronok sebab nama pun cuti kan..

Cuti boleh buat kita rasa segar walaupun masa cuti kita kena masak,kemas rumah.Cuti buat kita rasa best sebab dapat pi berjalan-jalan dengan family walaupun kadang-kadang abah aku tak boleh cuti sebab kerja.Memang marah jugak la sebab apa abah tak cuti,bapak orang lain yang kerja kerajaan terutamanya bila time cuti,depa cuti..

Bila aku aku masuk zaman pekerjaan baru aku tau sebab apa setengah orang tak cuti masa kena cuti.Sebab tu tugas depa.Contohnya sepupu aku,dia technician kilang.gaji ribu-ribu..tapi ada masanya waktu cuti umum dia terpaksa kerja sebab permintaan barang yang tinggi,kalau dia cuti,sapa nak tengok mesin,kalau mesin rosak,sapa nak baiki..bila mesin tak dibaiki macam mana barang nak siap,kalau barang tak siap,macam mana nak ual,kalau tak jual macam mana nak dapat duit,kalau takdak duit,macam mana nak bayar gaji pekerja..

Macam abah aku,dia kena siapkan projek dia..kalau projek tak siap macam mana orang nak dapat line telefon,line tenet..kalau tak dapat orang marah,maki hamun dalam paper..kata tenet lembap..aku dulu pun maki-maki jugak..bila dah kerja,baru aku nampak rupa sebenarnya sampai abah tak cuti..

Macam Incik Bachok jugak..permintaan terhadap barang tempat dia kerja tinggi..kalau semua satu kilang cuti,macam mana orang nak dapat hard disk..bukan malaysia,satu dunia nak pakai hard disk..kalau hard disk takdak,macam mana nak jual..kalau tak jual,macam mana nak dapat duit..kalau takdak duit,macam mana nak bagi pekera gaji(kes Incik Bachok macam sepupu aku ja...hahahaha)

Kiranya dunia indah bercuti panjang masa sekolah tak sama dah bila kita masuk kerja.Kalau kita kena bertugas,kita kena laksanakannya..kalau nak cuti ja..baik tak payah kerja..Dok rumah je seumur hidup..cuti la sampai mati.

Aku pun taktau pa benda aku melalut ni..
aku cuma kesian sebab esok Paklong aku,Pakngah aku,Abah aku,sepupu-sepupu aku,Incik Bachok dan rakan se opis aku kena kerja walaupun cuti umum..Sebab tu aku tulis entri ni..
hahahahahahha..

Bukan kata esok ja..masa raya pun depa kena kerja..
Kesiannya...

Usik

Sekarang ni kan..Incik Bachok memang kuat mengusik.
Kadang-kadang betul-betul buat aku geram.
huhuhuhuhuhu!

Cuti

Elok-elok ja aku masuk opis,semua orang soal aku..
"hang tak cuti ka mira?"
"Awat mai harini..?"
"Haiii..bos cuti..assistant dia tak cuti ka?"
"Cuti dah abis ka mira?"
"Simpan cuti untuk raya ka?"

Haaa...mentang-mentang la esok cuti Merdeka semua orang tanya aku awat tak abis cuti ja harini kan..sekali harung..


Aku kan rajin pakcik-pakcik oiii..sebab tu aku mai..
hahahahahaha..perasan!

Ahad, Ogos 29, 2010

Kuih Raya

Sebelum tidur,kena pikir dulu kuih raya jenis apa yang patut dibelikan..
Tahun ni memang tak buat kuih raya sebab busy kan..
Masa kerja dengan Incik Arkitek dulu takpa la nak ponteng kerja pun masa bulan puasa balik awal nak buat kuih raya.takdak sapa nak kawal aku,aku a kawal diri aku..hahahaha..maklumlah,kerja kat site mana da punch card kan..kalau aku balik awal pukul 11 pun bukan sapa nak tau..hahahaha..
Tapi oleh sebab kerja ngan TM ni..aku punya kebebasan agak tersekat la...kerja kena jaga,kalau tak tak dak harapan nak jadi tetap tahun depan,nama aku kena jaga dan yang penting,nama abah aku kena jaga jugak..
Ni apa melalut pasal kerja ni..aku nak cerita pasal kuih raya la samdol..

Tahun ni aku rasa aku nak beli kuih..

1.Samprit
2.Tart Nenas
3.Almond London
4.Sarang Semut
5.Biskut Cornflake
6.Mazzola
7.Kacang-kacang
8.Maruku..(Najib kata 1 Malaysia)
9.Kuih Loyang
10.Tempeyek
11.Halwamaskart


Wah..aku rasa ada lagi ni sebab abah dok sebut nama kuih lain jugak ni..
Macam selalu la kan..abah kalau bab raya-raya ni lagi semangat dari mak..
bunga-bunga,langsir-langsir..abah suka la tu kan..
hahahhaha..lawak ar...
dah la kuat berleter macam kaum-kaum ibu..
kiki..

Wawasan 2020

Sedang dalam mood berbangga dengan apa yang Mahathir dah lakukan pada negara ni...
Ganti la dengan sesiapa pun..

Pak Lah..
Najib..
Anwar Ibrahim..
Nik Aziz..
Lim Guat Eng..
Hishammudin Onn..

Or sapa-sapa berangan bagus nak jadi PM..
memang susah nak ganti Mahathir..
Tanpa Mahathir..
Mundur la kita macam Indonesia..
Tak pun macam Filipina..



Yang penting..Yahudi memang anti gila kat orang tua ni sebab dia suka kritik Yahudi secara terbuka..aku suka..!! hahahahaha..


Baru habis tengok Dokumantari pasal Mahathir kat History Channel..mau tak semangat...
hahahahah

pelita

Aku tengok abah dengan azhan punyala pulun pasang pelita keliling rumah..last-last hujan turun..kesiannya kat depa..huhuhu

Tengok boleh..terpengaruh jangan

Aku benci betul la kat episod penghujung drama bersiri Band Of Brother kat HBO ni.
Eleh..konon-kononnya tunjuk la askar Amerika jumpa satu kem tahanan Yahudi.Konon-kononya Nazi dok dera Yahudi,tak kasi makan,bakar hidup-hidup..siap buat muzik latar sedih,bagi sapa yang tengok rasa simpani nak mampus kat Yahudi-yahudi ni kan..lepastu siap cakap plak Nazi kejam,Hitler jahat nak mampus.Konon-konon orang Jerman Kejam la kan bakar prempuan Yahudi yang mengandung hidup-hidup..bagitau la 6 juta orang Yahudi kena bunuh dengan Nazi.Si pelakon pun buat penghayatan watak terbaeekkk..konon-kononnya askar AMmerika baik punya kan...
Pandai betul Tom Hank selaku penerbit drama ni buat cerita yeee..

Yang sekarang ni Askar Amerika dok rogol perempuan islam,liwat budak lelaki islam,rogol perempuan mengandung sampai terberanak korang taknak buat cerita pulak ek..taknak buat muzik latar sedih-sedih pulak ye..
Yang Yaudi dok bunuh-bunuh budak-budak kecil,sembelih pakcik-pakcik tua secara membabi buta korang tutup mata plak kan..cilaka betul..

Heiii...geram betul aku,tu la popaganda barat..secara halus je boleh pengaruh minda orang-orang macam kita ni..
Tom hank la hebat..pandai blakon,pandai buat filem..
Tengok cerita Mel Gibson lagi best..memang dah tau dia anti Yahudi..
Awek dia bangsa Yahudi tu pun hari-hari dia dera..
ingat dia saja-saja kapel dengan perempuan Yahudi?

Eiii..aku geram betul la tengok cerita Band Of Brother ni..dah masuk episod berapa dah ni..
Geram-geram pun aku tengok jugak..
hahahhaha

Aku Bukan Anak Mami..tapi aku bukan la Melayu tulen..tapi aku bangga berdarah melayu jugak

Aku bukan anak mami.Abah aku pun bukan mamak maidin ka hapa ka nah..
Tak susur galur mami mamak dalam darah aku.
Jangan dok panggil aku anak mami nah walaupun aku asal Penang.
Berlambak orang melayu kat Penang..Jangan dok ingat kat Penang cuma da anak mami mamak dengan Cina saja nah..


Sekian,terima kasih.

Kalau la Pekan Tasek Gelugor jadi macam..

Bayangkan la pekan Tasek Gelugor jadi macam cerita ni..



Eiiii....

Mirul,nanti beli DVD cerita A Nightmare on Elm Street yang terbaru plak tau..tak sabar nak tengok Freddy Kruger bunuh budak-budak bawah umor 18 tahun..
hahahahaha..kejamnya aku..

ngantuk!!

Tak pernah aku rasa semengantuk ni..ni kes berat ni..dah tahap sipunden dah ni..
huuuuuuuuuuuuuuuu!

Sabtu, Ogos 28, 2010

BOHEMIAN GROVE



Mesti ramai tertanya-tanya Bohemian Grove ni sapa?Mamat Hollywood mana plak minah poyo ni minat..
Bohemian tu bukan la artis Hollywwod atau pun nama anjing belaan Paris Hiton Jenis Chihuahua tu..Bohemian Grove adalah satu kelab sosial yang ditubuhkan untuk tujuan pertemuan para hamba,kuli dan pencacai Dajal Laknatullah.Menurut fakta yang dicanangkan kepada umum,Bohemian Grove ini adalah kepunyaan kelab kesenian San Francisco yang mengumpulkan para pencinta seni,artis dan karyawan.Ni apa punya tur laa..dengan lagu depa pun dah tau dah lirik depa macam mana kan..

Bohemian Grove terletak di tanah seluas 2700 ekar atau 11 km persegi di Sonoma County,California.Kebiasaannya terdapat slot selama 2 minggu di dalam bulan Julai,di mana ahli-ahli kelab ini akan berkongsi minat yang sama terhadap hasil-hasil seni.Aktiviti-aktiviti kesenian akan dijalankan pada waktu itu.Terdapat bualbicara,ceramah,seminar dan pameran ketika sesuatu kem sedang berlangsung.

Itu hanya permukaan sahaja.Ketika para artis sedang berparti,sebenarnya di sana berlangsung pertemuan-pertemuan para presiden,jutawan perniagaan,jeneral tentera,para pemimpin dan cendekiawan.Mereka menjalankan perancangan di sini untuk menentukan hala tuju organisasi mereka adakalanya setelah pertemuan-pertemuan ritual besar mereka seperti The Feast of The Beast.Ketika pertemuan,mereka wajib menjalankan beberapa ritual yang menyerupai amalan jahiliah Eropah dahulu kala;amalan-amalan pagan Era Kegelapan Eropah!

Ada satu cerita Hollywood tahun 60an,apa tajuk dia tah..masa tu abah da beli tape cerita tu(zaman aku kecik-kecik layan tape ja....)pasal Bohemian Grove ni la..main sihir-sihir sikit..

Iblis ni memang la suka kalau manusia macam kita ni dok buat benda tak senonoh macam penyembahan berhala,ritual pagan dan amalan jahiliah animisme.Semakin dekat manusia dengan amalan yang tidak menggunakan akal yang sihat,semakin dekat pula mereka dengan restu Iblis tadi.Rahib-rahib Iblis sanggup berbaring sambil bergolek-golek di atas najis dan kotoran untuk sampai kepada makrifat sihir dan 'magick'(Ni apa punya bengong punya ritual la..tak paham aku).Yang lain pula memakan daging manusia dan minum darahnya(kanibal pun ada..aduyaii).Ada yang berzina dan merogol gadis secara kejam.Budak-budak lelaki dan perempuan yang tidak berdosa dihantar ke Bohemian Grove untuk dijadikan hiburan para Elit ini sebelum dikorbankan kepada syaitan!

Parti-parti Halloween adalah amalan jahiliah tahap kanak-kanak ribena sahaja di Bohemian Grove.Amalan 'Sweets and Trick or Treat' untuk dewa-dewi Druid,Witch's Familiar Spirits,Huge Bonfires,Jack-O-Lantern and Trick-or-Treat atau Druid Trick-or-Treat serta pelbagai lagi amalan Halloween hanyalah mainan artis-artis yang mabuk tadi,sedangkan pada masa yang sama para Elit telah menukar pakaian sut mahal mereka dengan jubah-jubah para rahib syaitan yang menyeramkan.Mereka bergerak menyembah berhala-berhala sementara yang lainnya memegang obor-obor sambil menyanyikan syair-syair memuja Iblis!(Alangkah menyesalnya aku sebab masa aku muda-muda sekolah menengah dulu,aku betul-betul memuja kumpulan metal yang terlibat ni..)



Bukanlah namanya Presiden Amerika jika dia tidak mengetahui langsung di mana letaknya Bohemian Grove.Tidak mengapa jika orang yang bergelar Mr. Presiden tadi tidak tahu di manakah Jemapoh dalam peta dunia namun tidak bagi Bohemian Grove.Para pencacai Dajal amat-amat merindui untuk menunaikan 'haji' di kelab ini.Tidak sah segala ibadat dan perhambaan mereka kepada Si Hodoh Dajjal Laknatullah jika tidak berkesempatan mengunjungi dan bermaksiat di dalam kelab ini sebelum menutup mata di dunia yang fana.Antara yang mengunjungi kelab sosial ini adalah:



-Ronald Reagan

-Richard Nixon

-George H. W. Bush

-George W. Bush

-Alan Greenspan

-Dwight D. Eisenhower

-Robert Novak

-Arnold Schwarzenegger (hasta la vista babeh konon..)

-Dick Cheney



Simbol Bohemian Grove adalah burung hantu.Burung hantu adalah simbol kuasa gelap dan sihir(hampa ingat depa suka-suka buat cerita Harry Potter tu?tapi aku minat jugak kan samapai perabih duit kat wayang semata-mata nak tengok cerita ni..hahahaha..Padahal abah dok bagi hint-hint dah pasal cerita ni..).Burung hantu adalah teman para ahli sihir dalam legenda-legenda Barat.Di Bohemian Grove,terdapat berhala burung hantu yang besar,digunakan untuk upacara pengorbanan besar-besaran.

SEJARAH BOHEMIAN

Bohemian berasal dari kata Bohemia,di mana terdapat dua definisi penting.Pertama,dari konotasi 'Bohemian lifestyle' yang menggambarkan kehidupan para gipsi yang ringkas dan 'moderate'.Warisan kepada 'Bohemian lifestyle' ini adalah para hippies dan penghisap candu.

Keduanya ialah dari nama sebuah wilayah kuno yang terletak di tengah Eropah,kini sebahagian dari Republik Czech.Bohemia adalah sebuah wilayah bersejarah dan selalu muncul dalam mitos-mitos klasik Eropah,tentang sisi gelap ahli sihir yang terbang dengan batang penyapu dan tukang tilik.

Bohemia berasal dari perkataan Jerman iaitu Boi-Heim,bermaksud 'tempat tinggal orang-orang Boii'.Orang Boii adalah sukukaum Celtic;satu bangsa purba Eropah yang diketahui amat pekat dengan ritual pagan mereka setaraf dengan Druid.Sebab itu para Bohemian gemar memakai jubah-jubah sihir menyerupai para pendeta Celtic dan Druid Kuno.Sehingga kini para peminat warisan pagan Druid masih menjalankan upacara khas di Stonehenge.

Para Bohemian diketahui menyembah berhala burung hantu yang melambangkan dewa Moloch atau Baal.Moloch adalah dewa orang Kanaan yang sukakan korban kanak-kanak.Sememangnya ada pengorbanan manusia di sini namun ini adalah amat sulit dari pengetahuan khalayak.Hanya para 'survivor' yang terselamat dari program 'mindcontrol' CIA yang dapat mengingati kembali apa yang berlaku di Bohemian Grove.

Seorang peguam dari New York,Joseph D. Redding (ahli Bohemian Grove) telah menceritakan tentang The Cremation of Care,satu upacara penting di Bohemian Grove pada tahun 1893:

"Perhatian telah diberikan,dan para rahib Druid sedang membawa simbol-simbol kelompok mereka pada pakaian mereka.Lebih 500 orang menghadiri upacara ini,ketika cahaya elektrik dan lampu kalsium digunakan untuk menerangi acara itu.Di sana terdapat orkestra dan kumpulan koir.Mazbah Druid dan batu tempat pengorbanan terletak kemas di tempatnya.Encik Redding berkhidmat sebagai Rahib Tertinggi Bohemia.Kemudian tiba lapan rahib Druid membawa enam tawanan yang dirantai-seorang Gaul,seorang Roman,seorang orang gasar dan dua orang dari Utara Jauh.Setiap tawanan mendapat pembelaan namun telah diputuskan untuk dihukum mati.Hanya Gaul,yang mewakili Bohemia,yang dapat bertahan dan menghindari hukuman itu..."

Seterusnya adalah lakonan pelakon-pelakon berpakaian melambangkan syaitan cuba untuk menyelamatkan 'Care' dari dalam keranda mayat.Upacara itu penuh dengan perbuatan olok-olok diambil dari amalan jahiliah pagan.

Bohemian Grove mempunyai banyak kem seperti Mandalay dan Hillbillies (jumlahnya telah mencapai 104 buah kem).Di sinilah para Elit pencacai dan kuli-kuli Dajal berbincang sambil menikmati hiburan tanpa batasan (hingga melepasi batas-batas kemanusiaan) tentang halatuju perancangan Iblis dan Dajal ke atas Bumi.Contohnya Projek Manhattan yang berjaya menghasilkan bom atom telah direncanakan di tempat ini pada tahun 1942.Polisi-polisi Illuminati seperti pengurangan populasi,penyebaran wabak,dana kepada industri hiburan dan seks atau plan peperangan sudah biasa diputuskan di kelab elit ini.



Mereka akan berbincang dan terus berbincang di Bohemian Grove.Kemudian mereka akan melakukan hubungan homoseksual sesama mereka atau merogol mangsa-mangsa mindcontrol atau pelacur-pelacur yang dibawa khas.Sebelah malamnya,syaitan-syaitan manusia ini akan menyembah dewa-dewi pagan seperti Marduk,Baal,Amon-Ra,Moloch,Ishtar atau Semiramis.Pengorbanan manusia dilakukan sama seperti yang dilakukan oleh pendeta Celtic dan Druid beribu tahun dahulu.Walaupun mereka orang terpelajar,lulusan universiti dan para pemimpin yang disegani,namun di sini mereka bertukar menjadi orang gasar yang hauskan darah manusia,memuja burung hantu dan terlompat-lompat,terjerit-jerit seperti orang sasau memuja syaitan dan pokok-pokok.






Pelbagai perancangan telah dirangka untuk menghadapi 2012 dan abad Aquarius.Namun para pencacai ini tidak sedar Tuhan yang menciptakan mereka dari setitis mani sehingga menjadi bayi yang lemah dan merah,telah memutuskan perancangan-Nya lama sebelum mereka dilahirkan di dalam dunia yang fana ini.Mereka semakin bangga dan mendabik dada,yakin dapat mengalahkan Islam,agama yang diredhai-Nya .Tema Islamophobia,911,imej Osama dan serangan ke atas Iraq telah diputuskan di sini.Para Elit ini mesti menambahkan kemaksiatannya di sini untuk menambahkan kuasa sihir hasil restu Iblis.SEmakin hebat kemaksiatan dan kejahatan yang dibuat,mereka percaya,semakin banyak pula aura kesaktian yang mereka terima.Di tahap ini,segala ilmu Matematik,Fizik,teori-teori perniagaan dan ekonomi,kedoktoran,hukum-hukum Antropologi mahupun kemahiran teknologi yang membuatkan semua umat dunia terkagum-kagum dengan mereka termasuk anak-anak Melayu yang hormat dengan taraf keduniaan mereka yang hebat,telah runtuh di Bohemian Grove.Ilmu-ilmu dunia itu langsung tidak berguna apabila mereka telah berubah menjadi orang gua yang dungu,pekak dan bisu.

Apabila perancangan mereka semakin menunjukkan hasil yang membanggakan,mereka semakin gembira dan yakin,padahal mereka di dalam proses ditipu dan dijahanamkan oleh Tuhan Yang Maha Berkuasa dan Maha Keras Azab-Nya.Para Bohemian telah diistidraj.Apabila nyawa mereka di tenggorok nanti,barulah mereka sedar apa yang berlaku,ketika itu Iblis,dewa yang dipuja mereka,berlepas diri dari perbuatan-perbuatan bodoh mereka itu.

“Dan (ingatlah) ketika syaitan menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan (dosa) mereka dan mengatakan, “Tidak ada (orang) yang dapat mengalahkan kamu hari ini, dan sungguh, aku adalah penolongmu.” Maka ketika kedua pasukan itu telah saling melihat (berhadapan), syaitan balik ke belakang seraya berkata, “Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu; aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihat; sesungguhnya aku takut kepada Allah.” Allah sangat keras seksaNya.”

(Surah al-Anfal, 8:48)



SAYA MERUJUK MISTISFILES

Tekken

Ala Incik Bachok,awat beli DVD TEKKEN..nak belajar skill berlawan ka sebab tak puas hati selalu kalah bila main game Tekken dengan Cheq ka?
hahahahahhahaha..

Riang Ria Perabih duit gaji..

Baru balik dari shopping2 dengan Incik Bachok..
Bayangkan aku kuar dari rumah pukul 11pagi,sampai la baru balik kan..
Memang letih nak mampus walaupun aku tak puasa..
kuang3x..
tahun ni raya first aku pakai baju kurung biasa kain cotton ja..sama kaler dengan baju melayu Incik Bachok..raya kedua,baru bergaya sikit..hahahahahhaha..
Kasut aku dah beli,tudung kat mak dah beli,baju kedah untuk kedua orang tok aku dah beli..menepati piawaian betul perbelanjaan aku kali ni..
Minngu depan,aku keluar lagi untuk shopping dengan adik-adik aku..acara ini mungkin akan dihadiri oleh Incik Bachok mengikut keadaan semasa dia..
Tujuan kami akan keluar shopping minggu depan ialah,membeli kain pelikat lalala untuk tokwan dan abah,dan caparela untuk Azhan.Untuk Alayoh kuih lapis tu,aku taktau nak beli apa dh sebab dia ni memang cerewet tahat koala..

Tapi yang best dan lawak antarabangsanya masa berbuka tadi,kedai makan yang aku dan Incik Bachok makan tu,selang dua tiga biji bangunan dengan kedai makan yang family aku hadap untuk berbuka.Lagi bestnya,jumlah harga makanan yang dilahap aku dengan Incik Bachok adalah RM26.OO.yANG fAMILY aku lahap pulak sampai RM260(jgn terkejut,memang family aku kaki makan dan duit banyak habis untuk makan ja).Nampak tak persamaannya disitu adik-adik semua...

Daripada aku melalut tak tentu hala..baik aku berehat sebentar bersama MCD yang aku beli tadi dengan Incik Bachok..
huuhuuhuuhuhu!

Jumaat, Ogos 27, 2010

Alamak!!

Alamak..minyak wangi yang Incik Bachok belikan untuk aku bulan lepas jatuh terhempas berderai..
marah betul dia..
huhuhu..

Khamis, Ogos 26, 2010

Pinjaman Peribadi

Bila aku contact Makjang aku sebab aku nak buat pinjaman peribadi,soklan 1st yang makjang tanya ialah..

"Hang nak pinjam ni,sebab nak kahwin ka?"

Hahahahahahahahaha..kenapa ek bila sebut ja pasal pinjaman peribadi,orang mesti pikir sebab nak kahwin..
Makjangku sayang yang cantik..banyak benda boleh dibuat dengan pinjaman peribadi tu selain dari kahwin..
hohohoho...

Anak

Bila aku tengok Ida dah mengandung sekarang,teringin plak nak ada anak sendiri..
Anak aku si Baby tu dah genap usia setahun..
Sapa-sapa ada anak kucing yang comel..
sila la sedekah kat aku..aku kempunan nak anak kecik ni..
kikikiki..

Bajet Raya Tahun Ni

Waaahhh..gaji aku dah masuk la...sabtu ni boleh la shopping riang ria hari raya bersama-sama Incik Bachok kan..wah-wah..seperti tahun sebelum ni,tahun ni kami akan beli baju sama kaler..tapi aku tak pasti lagi nak beli kaler apa..wah,gempaq juga la nak cari kaler baju raya tahun ni..huhuhu..Oleh sebab tahun ni aku agak kekurangan sikit la dari segi kegajian aku ni,jadi tahun ni aku beli cadang nak beli dua pasang baju raya jela berbanding tahun lepas..sampai 4 pasang..nah amik ko! Oleh itu,aku kena beli baju yang harganya berpatutan,tak boleh dah nak beli yang harga sampai seratus lebih macam tahun lepas..huhuhu...
Jadi tahun ni aku dah senarai siap2 baju dan barang2 untuk dibeli..

1.Baju raya dua pasang + tudung dua + 2 paasang kasut (mybe satu kot..huhuhuhu)
2.Dua helai tudung untuk mak..(mak dah beli baju dua pasang..jadi aku beli tudung jela..)
3.Baju kedah untuk tok belah mak dengan sehelai kain batik..
4.Baju kedah untuk tok belah abah dengan sehelai kain batik
Depa dua ni tiap2 tahun dapat macam-macam dari cucu depa.Jadi aku kena beli lain dari yang lain sikit untuk depa..baru tradisional..hahahahha..

5.Sehelai kain pelikat untuk Tokwan belah abah
Kalau ada Arwah tokwan Non,mesti aku akan beli sehelai untuk dia..aku rindu dia sangat2..sedihnya....

6.Sehelai kain pelikat untuk abah pakai masa semayang rasa sebab abah kalau pi semayang suka pakai kain,selesa katanya..Abis semayang raya baru dia pakai baju melayu dengan seluar jeans.Abah aku kan Rockers dulu...kikikiki..

7.Kuih raya..hmmm,aku dah tempah kat makcik aku dua jenis kuih raya,tapi bila dia kata dia nak start buat kuih raya minggu depan,sebab minggu ni dia bizi jumpa client-client dia kan..jadi aku rasa nak join dia la buat kuih raya,lepaih tu..aku beli lagi tiga jenis kuih lagi..ok la tu..yang lain-lain abah aku dah tempah(abah aku kalau pasal raya dia lagi semangat dari mak..hahahhaha)

8.Tahun ni bajet untuk bunga pai 30 das atau bunga api merdeka dikurangkan dari harga rm300 ke seratus lebih ja..Azhan,jangan protes,kalau tak akak repot polis kata hang main mercun..hahahhahahhahaha...

Rabu, Ogos 25, 2010

Takdir

Sebelum tidur..dengar dulu lagu nyanyian Opick dan Melly Goeslow..





Macam aku kata pada entri sebelum ni..
lagu-lagu nyanyian Opick memang penuh pengajaran dan keinsafan tambah-tambah orang macam aku ni...(baru blajar pakai tudung kan...)

PUASA DAN RAYA

Selain dari membesar dengan mnonton cerita pi mai pi mai tangtu,aku jugak mnonton cerita senarion setiap pukul 4.30ptag hari sabtu sebelum depa berubah siaran pada malam pukul 9.30 malam,hari apa,aku tak ingat.Senario dulu dengan la banyak beza.Dulu,lawak depa memang menjadi,tapi sekarang agak kureng la..
Yang best lagu-lagu depa la,banyak unsur nasihat walaupun dalam kelakar terutama lagu raya..





Aku dah siap berjoget nih dengar lagu ni..
hihihihi

Tanah dan Rumah

Bila la aku dapat beli sebidang tanah dan sebuah rumah hasil titik peluh aku bekerja sendiri ni tanpa mengharap hasil tinggalan sejarah nenek moyang aku ni?
Melihat akaun KWSP aku ni,lagi 3 4 tahun dah boleh beli sebuah rumah dah ni..
Yippi..yippi..


Bila la aku boleh Deco rumah aku sendiri macam Eric Leong dok buat kat Tv tu?

Selasa, Ogos 24, 2010

Sepetang bersama Suphai di alam maya..

Tadi,sebaik saja aku balik kerja..aku trus on9 dan YM ngan Phai..
Phai ni salah seorang dari 3 orang kawan paling aku baik kat Politeknik dulu.Phai berbangsa siam berasal dari Kelate..Pantai Tok Bali..kat mana tu?huhuhu...
Selalu kalau dengan aku..dia tau gelak ja..bila aku tanya pasaipa gelak..dia kata perangai aku buat dia suka gelak..
huhuhuhu....

Mira Amair: phai..
BUZZ!!!
BUZZ!!!

pravitra suksisai: nper tnsion??
pravitra suksisai: dmam lgi?

Mira Amair: hahahhaha..
Mira Amair: sja tulis..
Mira Amair: xmo org lain kaco..
Mira Amair: hahahhaha

pravitra suksisai: hahaahah
pravitra suksisai: aku kacau xpe?

Mira Amair: ciss..
Mira Amair: ang kwn aku maa..
Mira Amair: kwn baik..

pravitra suksisai: hahahaahah
pravitra suksisai: ye la
pravitra suksisai: tu la aku brani kacau ang

Mira Amair: hahahahhaha....

pravitra suksisai: ang dmam lagi ke?

Mira Amair: dah baik dh..
Mira Amair: batuk ja tak baik lagi..

pravitra suksisai: oo
pravitra suksisai: ang p keja x?

Mira Amair: pi la..
Mira Amair: tadi aku pi..pg2 dh kecoh awat cti lma la..ada yg ckp dah demam plak elok ja aku msuk opis..jngkit dr kat aku..
Mira Amair: bos aku ckp dia tgk aku rasa mcm kt hospital plak..
Mira Amair: hahahhahaha
Mira Amair: apa pnya bos la..

pravitra suksisai: hahaahah
pravitra suksisai: dia kata cm tgk ang kt hspital?
pravitra suksisai: awt muka ang truk ke
pravitra suksisai: demam

Mira Amair: hahahhahaha..
Mira Amair: aku pkai mask la..
Mira Amair: xmau berjangkit ngan org kain..
Mira Amair: alain la..
Mira Amair: lain..silap taip..
Mira Amair: hahha
Mira Amair: aku kn pkerja yg prihatin..
Mira Amair: hahha

pravitra suksisai: haahahahahhaahhahahahahahahahahahahahahaha
pravitra suksisai: cilaka pnya mira
pravitra suksisai: siap pakai mask
pravitra suksisai: hahaahaha

Mira Amair: hahahahahahha..

pravitra suksisai: ptut la org kata

Mira Amair: msti la..
Mira Amair: aku tak posa td..

pravitra suksisai: gila babun ang

Mira Amair: pi drive thru McD...
Mira Amair: bdak amik order ushar aku ja..
Mira Amair: dia bkn nmpak aku..
Mira Amair: aku pakai mask..
Mira Amair: pandai tak?
Mira Amair: hahahhaha..
Mira Amair: aku mai bulan plak..
Mira Amair: jenuh nk gnti..
Mira Amair: hahhaha

pravitra suksisai: ahhaahhaahha
pravitra suksisai: mcm2 ang

Mira Amair: mcm ang xtau..
Mira Amair: pastu mkn kat tmpat letak keta kat jusco perda..
Mira Amair: hahahhahahhahahhaha
Mira Amair: nak masak sat..
Mira Amair: satgi sambung k..

pravitra suksisai: ok2
pravitra suksisai: aku nk blik dulu
pravitra suksisai: hahaha

pravitra suksisai has signed out. (24/8/2010 5:44 PM)

Last message received on 24/8/2010 at 5:41 PM


tengok..aku cerita sikit dia gelak..kalau gayut dengan dia,asyik dengar dia gelak ja.Tapi dia cukup prihatin..kalau pasal agama kita,dia cukup amik berat walaupun dia penganut Buddha yang tegar..
Contohnya kalau aku ralit sembang ngan dia sampai terlupa semayang asar ka..mesti dia tegur..

"Wei,ang tak semayang lagi..mau cari dosa ka?"
peerrrrggghhh..ayat sempoi dari Suphai..

301

Baru aku sedar sepanjang setahun lebih aku berblog..entri aku baru sebanyak 300..ni entri yang 301..
muahahahahhahahha...

Isnin, Ogos 23, 2010

Diketik Tebuan(kisah benar)

Masa tu bulan puasa 2006.Aku tengah praktikal kat sebuah company perumahan kat Bertam.Nak buat praktikal pun kena pakai kabel masa tu.Apa punya turr..nasib baik la makcik aku,adik abah staf kat situ.Boleh la dia jolok aku masuk buat praktikal kat situ sekali dengan sorang kawan sekelas aku,Imah Bachok.Jadi,sebagai seorang pelajar kejuruteraan awam(cewahhh..macam la aku blajar degree) aku ditempatkan disebuah site buat projek comercial Center(la ni dah siap..tumpuan orang2 kaya..)

Satu pagi,dibulan puasa,aku terlamabt sikit nak pi kerja.Mengenangkan site supervisor aku garang nak mampus..aku pun pecut motor Kriss 110 umpama aku bawa RXZ lagaknya(masa tu dalam perancangan nak beli Daihatsu Mira,kancil turbo aku tu.hahahah).Tengah syok memecut,baru aku perasan yang aku terlupa pakai jaket,semata-mata pakai t-shirt ja..paham-paham la kan kalau pakai t-shirt ja tak pakai jaket,bawa motor laju macam komuter jadi baju t-shirt pun mengembang-ngembang sampai sejuk dada aku pagi-pagi tu..

Tengah syok-syok layan sejuk-sejuk tu,tiba-tiba..(macam novel hantu daa..)
aku rasa ada satu bnda berterbangan masuk dalam baju aku,aku pun try la kuis manja-manja dalam baju aku tu..rasa macam takdak pape pun..so,aku pun terus memecut tanpa syakwasangka.Sampai ja kat depan site opis,aku tengok pintu opis dah terbuka dan site supervisor aku dah cekak pinggang sambil usha muka aku yang dok ataih motor lagi dengan muka singa dia.Aku pun macam besa la..guna taktik simpati aku,dengan muka sedih tahap biawak,aku pun turun dari motor pi dekat dia..takdan aku nak psycho site supervisor aku dengan ayat sedih aku,tiba-tiba(brapa bnyak tiba-tiba da...)
aku rasa masa ada sesuatu menatang ketik(gigit) pusat aku.

Nyeeeeettttt(bunyi kena ketik)diiringi satu rasa panas kat perut aku..aku pun jerit sekuat ati..

"Adoooiiiii mak..sakit mak perut aku...!!!!"

Site supervisor aku terkejut,pekerja indon sama angla lagi la gempaq kan...aku selak sikit baju aku,nak tengok menatang pa yang ketik pusat aku ni..tengok-tengok sekoq tebuan jatuh tergolek kat kaki aku..

"Hang kena ketik tebuan ni..pi klinik lekas..suh doktor bagi ubat,satgi perut ang bengkak macam busung"

Busung!!!! dengaq ja kata boleh bengkak macam busung,aku apa lagi..melompat ataih motor teruih ke klinik..sampai ja klinik doktor pun kata..

"Hang kena cucuk ni..satgi bengkak.."
Ala..aku dah la posa,kalau cucuk batal posa aku,tapi kalau tak cucuk kang bengkak macam busung plak umpama yang dikata site supervisor aku.Aku pun setuju la nak dicucuk..Nurse klinik tu bawa la aku pi bili satu lagi,aku pun ikut..pastu dia suruh aku baring atas katil..aiihhh..xkan nak cucuk kena baring kot?masa cucuk BCG darjah 6 dulu tak kena baring pun..tapi aku pun ikut..pastu dia suh aku tidoq mengiring..awat mengiring plak ni?aku pun ikut la..
Doktor pun mai bawa jarum..aku tengok jarum pun dah ketaq lutut..doktor pi kat blakang aku..tak bleh jadi ni..kena tnya ni..doktor nak cucuk katna ni..

"doktor.ni nak cucuk kat mana ni?tangan saya kat sini,bukan kat blakang"kata aku sambil tunjuk lengan aku.

"Doktor bukan nak cucuk kat lengan,doktor nak cucuk kat pungkuq"kata doktor selamaba.Cucuk kat pungkoq?tak bleh jadi ni..kegiatan tidak bermoral ni harus dihentikan dibulan yang mulia ni..tapi ternyata aku terlambat..takdan aku nak buka mulut..doktor telahpun cucuk kat pungkoq aku..
Arrrrrgggghhhhhhhhh!!!


Perut kita sebenarnya tak bengkak macam busung kalau kena ketik tebuan..ternyata aku tertipu..huhuhuhu..

Duit Raya

Masa aku kecik-kcik dulu.Hari raya memang best.Sebabnya pagi-pagi raya lagi sebelum orang balik semayang raya,aku dengan sepupu-sepupu aku sama adik2 aku dah mula berjalan-jalan pi rumah orang nak kutip duit raya.Masa tu kumpulan kami dalam lingkungan 15 orang.haaa..tgk..betapa banyaknya cucu Arwah tokwan ngan tok aku ni..
Dari satu kampung ke satu kampung kami pi..dari rumah,ke setiap rumah.Bayanglan adik aku si Aloyah tu masa tu baru umor 2 tahun pun kami usung jugak cari duit raya.Bila sapa-sapa tanya ni group mana,kmi jawab ni group cucu Pak Non..terkejut depa..
banyaknya cucu Pak Non...Tuan-tuan rumah pun banyak kerenahnya jugak..ada satu rumah tu,dari jauh dengar riuh rendah,sekali kami bagi salam,sunyi sepi trus,ada jugak yang rumah besar nak mampus tapi bagi sekupang ja.Ad sorang pakcik tu siap mengaku orang gaji plak..kata tuan rumah takdak,macam la kami tak kenai dia kan.Yang suruh kami pi beraya kat rumah orang lain dulu pun ada..hahahah..tu la ragam bila kutip duit raya ni..

Tak cukup raya pertama,raya kedua pun kami pi beraya lagi..masa tu group kami dah tinggal sikit sebab ada diantara sepupu aku balik ke kampung depa yang satu lagi..Raya kedua,kami tak pkai dah baju2 tradisional ni..kami pakai baju moden plak..ngan skirt pendek(masa tu bdk lagi...)kami pi beraya ke rumah yang sama.Pakcik2 or makcik2 tu bkn nak pasan sebab kami dah berdandan jadi ain sikit.Tapi duit raya yang diberi masa raya kedua cikit la..yang bagi seringgit tinggal lima kupang,paling rendah sekupang..yang bagi duit siam pun da..binawei btul..hahahah..

Dah puas kutip duit raya..kami masing-masing kira la hasilnya..mencecah rm300 jugak la..riuh kat umah tokwan..syok duit raya banyak..Makjang pun offer la suh simpan dalam Bank Islam,dia kan keja kat situ..tapi kami boh layan ja..ahahhaha..
ada yang pi beli basikal la..robot la..patung barbie la..macam-macam..

Tapi sekarang aku tengah susah hati ni,kena prepair duit raya untuk budak-budak plak..Sepupu dah la ramai.blah abah,blah mak lagi,2 pupu..3 pupu,4 pupu..Waaaaa..bangkrap cheq bulan ni makkk!!

!!@!#$%%

Aiisssshhh...tadi da idea nak tulis..ilang plak.!!!
tension!!

Ahad, Ogos 22, 2010

Roswell

Masa akutengok drama bersiri ni,kalau tak silap aku mybe aku masih sekolah rendah kot,tak pun masuk tingkatan 1.Masa tu cerita ni tayang kat TV2 pukul 10 malam.Mak marah suruh pi tidoq pun takpa,janji dapat tengok cerita ni..





Kisah Roswell ni tentang seorang gadis yang jatuh cinta pada seorang lelaki yang jugak satu sekolah dengan dia,tapi laki tu sebenarnya adalah anak alien ataupun lebih senang makhluk asing la..yang mnyerupai manusia dan dijaga oleh manusia.Laki alien ni ada seorang kakak kembar.Kadang-kadang bila aku cuba imbas balik cerita dia,ada iras-iras Twilight plak..secara kebetulan kot..


Sebenarnya cerita ni diilhamkan dari kejadian piring terbang yang terhempas dekat satu pekan yang diberi nama Roswell,Amerika Syarikat pada bulan jun ataupun julai tahun 1947.Sampai sekarang kesahihan tentang piring terbang terhempas tu betul atau tak.Sebab lepas kejadian,pihak tentera terus tutup kawasan terhempas tu dari dimasuki orang.

P/S:Aku ni macam pengkaji paranormal plak..hihihi

Superhero

Tadi,masa aku bersembang secara tiga penjuru dengan Paksu dan Mirul.Tiba-tiba paksu beritahu kami satu berita yang tak best.Paksu bagitau kami yang untuk filem Spiderman yang seterus,mybe si Tobey Maguire tu takkan blakon dah,digantikan dengan pelakon lain.Kami berdua cuba mendapatkan pengesahan yang betul-betul dari paksu,memang betoi sebab Paksu kata menurut sumber-sumber bacaan yang dipercayai(mak aii,macam wartawan gosip Zubir plak),memang Tobey tu takmau berlakon dalam filem Spiderman dah.Dia nak beralih angin memegang watak lain pulak.Mybe waktu cikgu sekolah yang ada kuasa atau pun orang gila yang ada kuasa macam Kluang man kot.

Mesti tak best kalau orang lain yang pegang watak spiderman nanti.Hanya plakon asal je yang boleh hidupkan watak ni dengan berkesan.Kalau Sam Raimi(PEngarah) nak amik pelakon lain,dia kena cari pelakon yang badan kecik macam Tobey dan pandai buat muka sedih,sebab Spiderman kan terkenal sebagai Superhero yang sedih ja..
Tapi takpa,berita yang paksu bagitau ni belum tentu betul kan...kita tunggu..tunggu..tunggu..





Selamat tinggal baju ketat.Gua dah letih dok buat muka letih lagi skema..gua nak buat muka ganaih plak lepaih ni


Kalau Spiderman terkenal sebagai hero yang sedih,hero-hero lain terkenal sebab lain pulak..contohnya..

1)BATMAN - Hero kaya
2)SUPERMAN - Hero Nerd
3)FLASHMAN - HEro doktor
4)IRONMAN - Hero kelakar
5)KELUANGMAN - Hero gila...huhuhuhu

KAIN JARANG

Tadi,tengah mak ngan alia dok pilih-pilih baju kurung..Abah yang dok tengok dari tadi bersuara..
"Awat kain dia jarang sangat ni?

Jawab makcik yang jual baju kurung tu dengan ramah..
"La ni memang pesen orang pakai kain jarang-jarang cheq oooiiii.."

"Kalau macam tu saya nak beli dan pakai seluaq jarang jugak la.."
Abah balas balik dengan muka selamba..
Huhuhuhuhuhu..

Filem lama memang best

Sejak akhir-akhir ni abah berminat nak menonton cerita omputih hitam putih.Kebanyakkannya keluaran sebelum abah lahir apatah lagi aku.Cerita tarantula besar la..semut besar la..sotong kurita besar la..kingkong keluaran tahun 1933 la..(filem asal sebelum depa buat semula pada tahun 2005 lakonan hero berhidung panjang,Adrien Brody dan pelawak berperangai gila-gila,black jack)

Sampai aku rasa penglihatan aku pun dah jadi hitam putih..huhuhuhu

#@#$%#%%^

Ala...mai selsema plak dah...!!!

Sabtu, Ogos 21, 2010

Nyutt..nyutt..nyutt dah hilang

Haaaaa...leganya..lepaih ja aku duduk bertapa dbawah pancuran aiir hujan dalam bilik aiir selama sejam,akhrnya sakt kepala aku hilang serta merta..

Nyutt..nyutt...nyutt(muzik latar bagi sakit kepala)

Hari ni aku memang tension tahap cinpazi sebab kepala aku saki dari pagi lagi sampai la skrg..pastu dok batuk-batuk plak..bertambah sakit kepala aku..Aku adukan permasalahan aku pada mak,dan jawab mak..

"Hang potong pala hang,gerenti tak sakit dah lepaih ni.."

Wah mak..Ceq sakit nak mampuih mak buat lawak lagi noh..
Lepaih tu bila aku dok batuk-batuk kuat pulak mak boleh kasi aku air ais..Aiyaakkkk..
perli aku la tu.Aku harap batuk aku ni cepat la baik sebab menurut sejarah kebatukan aku,aku mengambil masa 2 bulan sebelum pulih sepenuhnya..
Bayangkan jika batuk aku tak baik sampai raya ni..maka tiadalah ertinya nikmat makan aku untuk menikmati baulu cicah sirap...huuuuu..nikmat cicah baulu dengan ayaq sirap hanya lebih sentimetal bila makan di pagi raya.
Kejap lagi aku akan berangkat ke rumah Pakngah aku di Sungai Petani..Mengikut perjanjian aku dengan Makngah aku,dio nok masok aye percik(betoi ka cakap kelate aku nih?).Oleh sebab itu tadi sepupu aku bergayut sakan ngan aku bagitau mak dia dah bersiap-siap melakukan aktiviti pembakaran ayam secara solo sebab 2 orang anak perempuan dia OT harini,manakalaanak dia yang sorang ni demam.Aku tak pasti samada anak dia yang ni demam betoi-betoi ka atau demam kura-kura(pura-pura).

Jadi,aku terpaku kejap tengok citer Starship Trooper 3 kat cinemax..nak sambung balik ni..Eh,tak payah sambung la...Buat sakit pala aku ja..huuuu!

BERMIMPI BERMAIN KAYU TIGA

Semalam,maksud aku bkn malam tadi,tapi semalam.Aku mimpi satu cerita yang tak best gila.Aku mimpi Incik Bachok da perempuan lain.Bila aku tau-tau ja dia da perempuan lain,aku terus pi rumah dia.Aku minta putus.Masa tu perempuan tu pun da skali.Nama Faizatul(gila mimpi sampai da nma..hahhaha).Konon-kononnya alam mimpi aku tu Incik Bachok takmau putus ngan aku,mata siap berair lagi..hahaahhaa..Aku pun dengan menangis bagai nak rak.bagi dia kata putus,samada aku atau budak Faizatul tu..Tapi dia nak dua-dua sekali..Jadi dengan tegasnya aku amik keputusan tarik diri..ayat paling sempoi aku kata kat dia..

"Xpa..i undur diri..u happy2 la ngan budak ni..i boleh cari lain..sekali petik sepuluh yang datang tauuuuu"

Hahahahahaha..dalam dok nangis beria-beria pun buat lawak.Dalam mimpi tu aku punyala sakit ati kat budak Faizatul tu...dok merenggek pegang lengan Incik Bachok..dah tau aku awek incik Bachok,lagi mau kacau..Aku pun marah kat Incik Bachok gak sebab pi melayan..
Incik Bachok punyala pujuk aku takmau putus..terkejar-kejarnya aku bila aku start jalan nak pi kat keta..yang perempuan tu dok tarik-tarik tangan incik bachok tak bagi ikut aku..Lagi la aku hangeeenn!
Aku pun bawa keta aku punya laju..last2 aku eksiden...meninggal..

Terus terjaga..Menakutkan..terus aku hantar mesej kat Incik Bachok,dia tak tidoq lagi masa tu.Aku cerita dari A sampai Z.Dia boleh gelak pastu cakap macam drama tv plak.geram betul..Siap ajak aku pi cari budak Faizatul tu lagi kot-kot memang wujud..hampeh betul!!


Fakta Mengenai Faizatul:

1)Kulit putih badan ramping
2)Umor muda dari aku..
3)kerja kerajaan(berdasarkan name tag dia)
4)Tinggal satu blok ngan Incik Bachok tapi berlainan tingkat
5)Ada kereta Myvi putih

Haaaa..tengok,mimpi yang lengkap siap tau pekerjaan lagi..
Eiiii...ngeri!

Jumaat, Ogos 20, 2010

BORING TAHAP LIPAN BARAb

Awat la malam ni borink sangat ni...
semua cerita tak best..Astro pun tak best..sia-sia bayar bill beratus,dok ulang benda yang sama ja..
Bila jadi macam ni,kira nak marah jela..Incik Bachok plak jadi mangsa padahal dia nak pi main skuner ngan kawan serumah dia..
Orang laki tu la kan..bila boring ja..boleh keluar rumah,malam-malam pun boleh keluar,heng sana,heng sini..
Orang perempuan kalau keluar lewat malam,mak marah,orang mengata,takut jadi macam-macam..

Haiiiyyyyyaaaaa!

DEMAM

Bila la nak baik demam ni...rimas!!

Khamis, Ogos 19, 2010

HERO KETIAK BASAHa

Baru saja aku terima satu lagi maklumat dari adik aku si Aloyah kuih lapis tu..video klip yang buat aku tergelak samai sakit perut..terimalah!!





Yang paling tak tahan skali,tang dialog yang dia cakap..
"rumah kau merah macam hotlink"

hahahhahaha..

Dan satu lagi video klip..sambungan dari yang atas..





Dialog dia paling best skali ngan muka selamber.
"aku report bomba kau buat pembakaran terbuka"
hahhahaha

Thriller VS Gelimat

Yang mempunyai persamaan dalam video klip Thriller nyanyian Micheal Jackson dengan Video klip GeLIMAT dari filem tamil mana tah adalah dari segi tarian dan jugak jalan cerita video klip tu..


THRILLER





GELIMAT






Tapi yang membezakan kedua video klip ni ialah video klip thriller agak seram(bagi aku tak seram pun..ewah!!) manakala video klip Gelimat kelakar abisss!!

Hahahahahhahha

Perubahan muka aku...tak sangka nyahhh!! tak rela tau!!

SEkarang ni muka aku dah tak macam dulu.Maksud aku bukan la dulu aku cantik,sekarang tak.Maksud aku,kulit muka aku ni haa...dulu bukan main licik bak mutiara ditengah lautan lagi..(mak aiii..ayat...),Tak payah pakai krim-krim mcama setengah orang tu,la ni,muka aku dah mula naik manyak ruam-ruam kecik..jerawat pun mula naik,dah macam kulit kerang dalam selut pun da..kikiki..Dulu,kulit aku sebiji jerawat pun takdak kat muka,la ni.aiissshhh..susash ati betul.
Dulu,nak nampak setitik minyak melekat kat muka ni cuuk payah skali,la ni..minyak punyak banyak sampai boleh goreng ikan..hohoho..

Tapi perubahan dari segi warna aku suka,dulu agak cerah gak la..la ni dah beransur gelap sikit..kulit gelap memang aku suka..
Dulu muka aku ceria umpama lampu kat funfair,la ni makim sembam bak lampu kalimantan tak cukup lektrik.Aku pun tak paham awat la ni jadi macam ni kat muka aku..

Yang penting,dulu muka aku kcik ja bak kurma..la ni besar gedebak umpama buak nyok..
waawwawawawwawa

Jalan itik lebih bagus,sihatkan badan..hahaah

Aku kalau diberi pilihan samada nak menghadiri meeting atau berjalan itik keliling kampung,aku lebih suka lagi berjalan itik keliling kampung.Bukan apa,meeting buat aku rasa muak dan rasa macam nak termuntah.Bayangkan duduk dalam meeting seharian.Kalau bulan tak puasa,dah lama aku hentam makan,ni bulan puasa..dari pagi sampai petang..manyak tension la...huuhuhuhuu..Tapi bila aku tengok bukan aku saja yang da perasaan muak bila dalam meeting,tapi orang lain jugak,aku pun amik la secara diam2 gambar depa..xtau la depa prasaan ka tak..hahahah..



Abang syed menunjukkan aksi geram tanda tidak paham sepatah haram apa yang dibincangkan oleh otai-otai kami..


Abg zul memberi penerangan dengan penuh semangat kekerjaan sedang abang Syed mnunjukkan aksi tidak paham secara berdepan..


Haaa...Yazid wat2 relex..padahal dh bosan tahap cipan dh tu..tambah aku lagi la..abang Syed degan selambernya dh tido..


d
Ni la dua org pegawai aku.yang belah kiri tu pegawai 2 dan blah kanan tu pegawai 1.Depa ni saja wat otai ni..tapi lawak nak mampus..hahaha


Aku suka masuk meeting pun sebab dapat makan free ja..kikiki

Lagu dia banyak lucah la..

Masa aku muda-muda belia belasan tahun dulu,aku cukp suka dengar lagu nyanyian Eminem wlaupun aku tau lirik dia memang tak elok untuk di dengar atau memang teruk la untuuk didengar..
La ni?Aku suka dengar lagu macam mana?
hahahahahhahahahahahha...
Lagu kartun!!



Tambahan..masa skool layan lagu ni kat MTV..

Rabu, Ogos 18, 2010

...!!!???

demam..letih..ngantuk..
tak semapat na upload gambar curi aku ambil dalam bilik meeting tadi..
bila dah demam ni semangat nak bermanja memang tinggi..kan bagus kalau incik bachok ada..nak peluk dia kuat-kuat..
letih..nak tidur..huhu

Batuk!

Aku dah agak dah pagi tadi..mesti petang akan batu punya..
nah,amaik hang..aku batuk teruk dah.tension gila..

Kekanda Adinda

Bila aku dengar je lagu Kekanda Adinda nyanyian Atilia ngan mamat Monoloque mana tah..rasa comel pun da..kelakar pun ada..situasi dia dah banyak berlaku kat persekitaran kita.Kisah suami isteri...hahahaha...




Oh Kekanda
Jangan iri hati, Dinda naik pangkat lagi
Oh Adinda
Kanda mana dengki, malah Kanda support bini

Jadi Dinda mahu mengambil masa
Tapi Kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi Kanda mahu cahaya mata

Dinda belum bersedia
Kanda dah beria ria
Jadi yang mana satu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
Oh Kekanda, Dinda perlu berhati-hati, tak rela dikongsi

Kanda kerja overtime, terlebih masa
Itu yang Dinda harus berwaspada
Ini semua demi masa depan keluarga
Dengan Dinda atau sebaliknya

Kanda kerja malam
Dinda kerja siang
Jadi bila nak bertemu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda
Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda
Oh bagaimana? Bagaimana kita nak selesaikannya?
Apa keputusannya?

Oh Kekanda mari nyawa, kita cuba komunikasi
Oh Adinda mari sayang, kita cuba toleransi

Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan
Kanda polar kutub utara
Dinda kutub selatan
Komunikasi, sikap toleransi, itu yang kita perlu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Walau kita sering dengan cara masing-masing
Kanda yang Perdana
Dinda yang Utama
Kanda segalanya
Dindalah nyawa
Kita tetap bahagia bila bersama sama
Bahagia bersama
Bersama selamanya
Bahagia selama-lamanya


hahahahahaha..
pada pendapat aku la...
mesti situasi dia macam ni..
Si bini ni mesti kerja bagus kan..siap naik pangkat lagi..
Si suami ni mesti kerja biasa-biasa ja..yang banyak dia kerja overtime samapai malam..
Dalam sektor perkilangan mybe..
Si bini mesti utamakan kerjaya kan..lagi satu..kalau betul si suami ni kerja dalam sektor perkilangan,memang agak bahaya la..banyak awek2 cantik ooo...aku tau la aku penah kerja kilang dulu sementara aku tunggu hari Konvokasyen Politeknik dulu..
Mestila isteri curiga,kalau jadi pape dalam perkahwinan depa,sekurang-kurangnya si Isteri dah ada backup dari segi kerja.
Lagi satu kan..mesti life depa berbeza..cara hidup mybe..mungkin si laki dari utara,si isteri dari selatan..
paham-paham la..aku dengan Incik Bachok pun banyak berbeza..dari segi cara cakap lagi sampai selalu ja salah paham dan tak paham apa yang nak disampaikan,makanan lagi..macam-macam..tu baru kapel..kalau kawin,lagi susah..huhuhu..
Tapi macam lirik kat atas walaupun berbeza,tapi kena pandai komunikasi,pandai tolenrasi la..tak kira la sorang cakap stail itik..sorang cakap tail ayam kan..



Ok la...nak masuk meeting dah ni..bulan2 puasa kalau meeting mesti tak best rasanya..dah la aku sorang ja perempuan..huhuhuhuhu

Jangan serang aku!!

Hari ni tekak aku rasa tak selesa..hidung pun rasa pelik-pelik ja..macam nak batuk dengan demam ja ni..haissshhh..minta-minta la jangan..sebab aku kalau dah demam ngan batuk ni menyerang,mau sebulan jugak 'depa' hentam aku...

Berbuka ni kena minum air kosong jela sebagai langkah pencegahan..
huuuuu!

Selasa, Ogos 17, 2010

Ahmoi Chantek

Dulu aku gelakkan kawan aku bila dia amik keputusan nak bercinta dengan amoii cina..
huh! macam takdak perempuan melayu dah kat dunia ni..

Tapi bila adik aku kapel ngan amoi cina sekarang ni..
apa kes?

Mungkin aku sudah hilang sifat Humora

Baru aku sedar yang aku banyak delete entri berkaitan antara aku dengan Incik Bachok masa kami da krisis kejap dulu...krisis apa?hahahahaha..pandai-pandai la fikir sebab masa dalam krisis hubungan kami baik-baik saja walaupun hari-hari aku berendam air mata...huuu!macam ayat novel siot..sebab tu aku hilang kejap dalam blog ni...huhuhuhu...

Tapi bila pikir balik..nyesalnya aku pi delete dulu..
huuuhuhu..

Hmmmmmm...

Dah dua tahun aku dok dengar lagu ni..samapi pernah Incik Bachok syak sesuatu tak baik pasal aku kerana lagu ni.Entri mengenai lagu ni dah lama aku delete dan bagi penerangan yang sebetulnya kat Incik Bachok..tapi aku dok teringat ja kat lagu ni sebab lirik dia yang terlalu puitis,...





Sebenarnya,aku dok tercari-cari filem keluaran Finland ni,tajuk dia Lieksa!
Apa maksud Lieksa ek?
Jom kita google...!!!
hikhikhik

Bosan dengan keseronokan buatan Yahudi

Dah mula bosan dengan Facebook..mau cari benda yang lebih berfaedah...harap-harap dapat...
Aminnn!

Skuad Flying Angel

Bila la Mr Eksekutif aku sama Incik Pegawai mau bagi mengembangkan sayap aku ni?Aku dah jadi ahli Skuad Flying Angel ni atau nama saintifik dia Ang-gila..dah tak sabar bawa van baiki kerosakan ni..tak pun bawa viva tu ka? Mengedik-ngedik dah sayap aku nak terbang ni...haisshhh!

Nak Beli Baju Raya,Tapi Duit Takdak..Waaaaa!

Hai..gaji aku lambat gi nak masuk ni..26hb ni baru nak masuk..duit yag sedia ada dah susut dah ni..tinggal 20 je ni..dah la aku tak beli lagi baju raya ni..kang kalau lambat beli kang takdak saiz dah kot..macam tahun lepas,aku baru nak beli lagi 3 hari sebelum raya..mau tak habis semua baju kebaya,baju kurung,baju kurung modem.Semua abis tinggal saiz-saiz yang over ja..nasib baik ada satu kedai tu ok lagi..tapi mau bayar lebih arr..patut ar kedai dia banyak lagi baju cantik-cantik..mahal nak mampus..abis duit aku bayar berlebihan untuk dua pasang baju.huhuhu..
Ni buat aku runsing tahap cipan ni..mau tahun ni kalau takdak baju dipasaran,terpaksa la aku cilok kain batik mak yang baru beli tu berpadan ngan baju kedah tok..ok paa...baru tradisional..huhuhu..

Yang aku runsing lagi ni mana nak tau nanti time aku nak beli baju raya,warna yang aku nak beli ni da abis ka..punah la harapan aku nak berbaju raya kaler coklat..kang adik-adik sama amak bapak aku pakai baju kaler coklat,aku sorang kaler lain nampak macam lain dari yang lain plak.Satgi aku berapa seperti alien dari planet Zuhal plak..mau tak bercucuran air mata aku dipagi raya kang..
Nak harap encik Bachok yang memang kompom pakai baju sama kaler ngan aku tak kira kaler ape pun takbleh gak..dia mesti raya kat kelate noh..haiiiii..
Harap-harap bulan ni masuk la awal sikit gaji..
merana batin aku..
huuuuuu!

Airport kat Kelate..

Aku tau benda ni bukan betul pun..tapi memang bagus gila kalau setiap Airport kat mana negeri-negeri kat Malaysia ni Menggunakan dialect negeri masing-masing disamping bahasa Inggeris dalam setiap sign board depa..macam kat bawah ni..memang unik la..sapa la pandai sangat wat fotoshop camni..hahahahaha..







Kat Malaysia ada 14 negeri..bayangkan la bila setiap negeri yang ada dialect masing-masing tu..memang gempaq habis la..hihihi..tambah-tambah yang Negeri sembilan,Perak dan Penang(amboi..tak tertinggl tu negeri sendiri..hikhikhik..

Isnin, Ogos 16, 2010

Jangan ganas sangat kak..

Kadang-kadang aku rasa aku perlukan C4 untuk letup seseorang biaq hancuss macam Altantuya..tapi aku tak la sekejam tu..

Kadang-kadang aku perlukan AK47 untuk tembak seseorang didepan aku..
tapi aku tak sekejam tu...


Aku rasa aku nak main mercun bola sepuasnya...
huuuuuuuuuu!

Zaman kanak-kanak..nak pi semula...

Zaman kanak-kanak aku merupakan zaman kegemilangan aku la..memang best gila zaman kanak-kanak aku.Kalau tak rasa kena pukul dengan tali pinggang,penyangkut baju,kena tarik telinga sebab tak reti duduk dia tu bukan poyo la namanya..hakhakhak..
Antara benda yang ingatkan aku pada zaman kanak-kanak aku ialah..




Makjang selalu shampoo rambut aku dengan shampoo ni..kikiki..



Holiday Aiss!! Nostalgia habis la...



Try Cari bedak ni tak jumpa dah..


Beratur panjang-panjang dengan kawan kelas nak amik milo free..hahahaha..



Sekarang mana da Oveltine dibungkus macam ni dah..



Susu Klim..ada lagi tak susu ni?



Setiap kali cuti sekolah hari sabtu dan ahad mesti bangun awal semata-mata nak tengok Dragon Ball!



Setiap petang sabtu,pukul 7.30malam...kat Tv1 ada doreamon!!



Lepas tengok citer ni,mesti lawan-lawan ngan paksu..selalunya aku jadi jahat la..cisss!!


Setiap pukul 5.30 petang kat TV2 ada..Go..Go..Power Ranger!!


Dulu pergi balik sekolah jalan kaki ja..jangan harap abah nak hantar..bila balik sekolah dalam keadaan panas terik,kat tangan mesti da plastik air menet..fuh..hilang dahaga Ceq..



Petang-petang masa tengah main ngan kawan-kawan,bila mamat roti lalu,terus tahan mamak tu semata-mata nak beli super ring..


Balik sekolah je mesti beli kek Hiro kat gerai makcik mana tah kat tepi sekolah..


mesti capai benda ni kalau singgah kat kedai runcit ngan abah..


Tora datang lagi dengan...tu la ayat mat sentul bila iklan Tora start kat TV..hahaha



Kasut sekolah jenama bata..kalau jenis bertali tak reti ikat sendiri,mak tolong ikatkan..kikiki



Buku Tamar Jalis yang buat aku teringat-ingat sampai la...seram siot!


Petang-petang selalu main macam-macam dengan kawan-kawan..macam-macam permainan..contohnya batu selambut(seremban),datuk harimau,tom tom bak..enjit-enjit semut,polis sentri,congkak,tuju kasut,tarik upih pinaang..lumba basikal,galah panjang,masak-masak,pondok-pondok..kawin-kawin..kelakar betul la...
Kadang-kadang rasa macam nak kembali zaman dulu..

Sunyi

Aku masuk Opis tadi tengok-tengok sunyi ja.Takdak sapa pun.Yang ada cuma Pakcik Halim dengan Yazid ja dok mengadap laptop depa...yang lain pi mana?
Hmmmmmmm...
Ni aku musykil ni..
huhuhuhu

Ahad, Ogos 15, 2010

Gambar Arwah Tokwan..

Ala...baru aku perasan..gambar2 arwah tokwan dari dia sihat samapi sehari sebelum dia meninggal tahun lepas dah hilang skali ngan laptop mirul yang kena curi masa penyangak masuk rumah aku dulu.Dah la laptop abah yang lama tu pun rosak..dalam laptop abah pun da jugak gambar Arwah tokwan..nyesalnya tak cuci dulu..huhuhu..
kecewa gila...!!!

Khamis, Ogos 12, 2010

Jom tidoq!!

Awat la lepaih berbua ni terus leti..rasa nak tidoq awal ja..memang tak rock langsung la.Dah masuk irama nasyid dah aku ni..slow jaa...nak tido sayang kat tv..tak tidoq sayang kat katil plak..nampaknya aku kena menuju jugak la ke alam tidur..huhuhuhu...



Malam ni mimpi apa plak ye?semalam mimpi aku satu family bershopping sampai tak muat buh barang dalam kereta.Patu sumbat dalam keta aku..tak muat jugak...banyak duit abah aku?hahahahah..

Interview lagi..hidup penuh keinterviewan nampak...

Tadi Incik Bachok ada call aku.Dia bagitau aku yang dia baru terima panggilan dari sebuah company contruction.Esok dia kena hadir interview untuk jawatan Site Clerk.Wahhhh...Incik Bachok pun macam bakal terjun je ke dalam lembah site-site ni..hahahahahahaha...Hope esok dia berjaya dalam temuduga tu dan kalau berjaya,selamat datang ke dunia panas dan selekeh..kikikikiki..

Goodluck!!


Thank to Naim jugak sebab tolong hantar resume ni kat bos dia..kalau Incik Bachok berjaya,hang ada habuan dia nah..hohoho..

NOSTRADAMUS..HENSEMKAH DIA?HIHIHIHI.....

Tajuk kat atas tu saja lawak-lawak..hahahahahaha..


Miss Poyo agak-agak saya hensem dak?

Sepanjang aku membesar,abah selalu bercerita tentang Dajjal,Yahudi,Hitler,Freemason,lucifer,Tamadun Mayan,Tamadun Islam,Zaman Gelap,Propaganda Yahudi dalam Filem-filem Hollywood dan Nostradamus.Masa tu aku rasa abah aku banyak pengetahuan,benda-benda yang masa tu aku rasa budak-budak sebaya aku masa tu pun tak tahu dan tak paham.Semakin besar,aku semakin berminat dengan benda-benda ni sampai aku banyak membeli buku,menonton History Channel,National Geografic dan macam-macam lagi maklumat yang boleh dicari aku rujuk..

Bila dah ada Internet,aku banyakkan masa aku dengan mencari lebih banyak pengetahuan aku,sehinggakan bila aku berbual balik dengan abah,abah macam terkejut..wah,anak dia lebih jauh pergi dari dia...Salah satu dari maklumat yang aku perolehi yang aku rasa menarik ialah Nostradamus....Siapa Nostradamus?artis ka?tak pun VIP yang ada hubungan sulit dengan artis?Apa yang buat aku minat untuk tahu lebih pasal dia?sebabnya,Nostradamus adalah seorang daripada peramal tentang kejadian 2012 selain dari orang-orang Tamadun Mayan.


Nama sebenar dia ialah Michel de Nostredame adalah seorang pengamal perubatan di Perancis. Nostradamus terkenal sebab dia menghasilkan puisi yang ditulisnya pada tahun 1555.Puisi dia ni jadi perhatian sebab ia seolah ramalan masa depan dan lebih pelik lagi ramalan-ramalan tu betul-betul terjadi contohnya kemunculan Hitler,Peran dunia 1 dan dua dan yang paling tak boleh lupa ialah peristiwa 11 september.
Aku sebenarnya heran jugak la kan..macam mana la mamat ni boleh nak ramal benda-benda macam ni dan kita sebagai seorang islam memang tak patut percaya pada benda-benda macam ni.Yang lebih sedih sekali ada dikalangan orang-orang islam yang berpendidikan tinggi sangat menyangjungi beliau termasuklah beberapa rakan yang aku kenal...Dan sebenarnya..(macam lagu Yuna plak..hihihi)..Tau tak macam mana mamat ni boleh ramal peristiwa yang dah terjadi ni?haaaa..rupa-rupanya...

Dia sendiri pun mendapat semua maklumat ini berdasarkan manuskrip-manuskrip lama yang asli ataupun yang telah diterjemahkan dari manuskrip asal, yang bersumber dari dunia Islam iaitu berpunca dari percakapan Nabi Muhammad s.a.w kepada para Sahabatnya tentang peristiwa akhir zaman. Sebenarnya terdapat sekelompok hadis Nabi yang semuanya berkaitan peristiwa yang terjadi pada masa depan atau lebih dikenali sebagai Hadis Akhir Zaman ataupun Hadis Fitan.(Ni aku baru tau..sebelum ni aku tak tau..jahilnya aku...)

Hadis-hadis ini kurang mendapat perhatian kecuali segilintir darinya yang kebanyakan kita telah maklum iaitu yang membicarakan tentang persoalan TANDA-TANDA KIAMAT seperti kemunculan Dajal, turunnya Nabi Isa dan Padang Mahsyar. Kebanyakan hadis-hadis ini adalah masih bersifat rahsia dan hanya dapat ditemui di dalam kelompok manuskrip atau karya-karya ulama-ulama dahulukala. Kitab-kitab mereka pun digelar kitab-kitab Fitan. Sebenarnya sabda-sabda Rasullullah s.a.w adalah terlalu banyak;melampaui beribu-ribu hadis, maklumlah segala percakapan, perbuatan dan keputusan dari manusia teragung ini akan segera diambil tahu, dicatat dan direkod oleh para Sahabat selama baginda masih hidup di dunia ini. Tidak semua hadis nabi ini dimasukkan di dalam apa yang dikenali sebagai Enam Kitab Hadis Utama iaitu riwayat al-Bukhari, riwayat Muslim, riwayat Ibnu Majah, riwayat at-Tirmizi, riwayat Abu Dawud dan riwayat an-Nasa'i. Masih ada hadis-hadis lain yang sebagiannya adalah percakapan spontan nabi; bukannya di dalam majlis-majlis rasmi atau pertemuan dengan para Sahabat mahupun khutbah-khutbah baginda.(hai..panjang lebar aihh penerangan).


Macam mana mamat poyos ni boleh tau mengenai hadis-hadis ini sebelum dia cilok bagi jadi puisi and then boleh terkenal satu dunia..?macam ni cerita dia....

Menurut cerita para pesakit dia la.,setiap kali berubat,mamat ni selalu baca sesuatu dalam bahasa yang dikenal mereka sebagai bahasa Arab malah kesemua ubat-ubatannya datangnya dari negara-negara Arab.Pastu,adala mamat mana plak boleh jumpa satu manuskrip yang berisi pengakuan dari Nostradamus sendiri yang menceritakan kisah hidupnya, di antaranya terdapat rahsia yang amat besar ertinya kepada kita umat Islam; Nostradamus telah mengaku bahawa datuknya telah mencuri sejumlah manuskrip Baitulmaqdis dan turut juga terlibat bapanya melarikan manuskrip-manuskrip yang sangat berharga dari Baghdad, Mesir dan negara-negara Arab yang lain, dan mereka pun berhijrah ke Perancis (perlu diingatkan bahawa Nostradamus berketurunan Yahudi dan keluarganya berasal dari Jerusalem (BaitulMaqdis) dan datuknya berkawan rapat dengan orang-orang Arab di sana) dan semua rahsia sulit ini diajarkan kepada Nostradamus selaku cucu dan anak mereka, kesemuanya di dalam BAHASA ARAB! Jadi apalah hendak dihairankan dengan semua ramalan Nostradamus ini, jika akhirnya ia berbalik juga kepada sumber Islam yang kita selaku umat Islam telah pun tahu bahawa ia adalah kebenaran.(haaaa..dok agung lagi mamat ni kan..)

Mestila ramalan dia benar sebab dia dok cilok dari sumber Percakapan Nabi kita.Hampeh sungguh la..Kalau tak percaya sila rujuk ramalan-ramaln dia yang banyak terjual kat kedai buku(kedai buku popular pun ada dik-dik nun semua ya..)Lepas tu compare balik tentang pasal akhir zaman ni sama dak dengan cerita yang ustaz atau ustazah kita cerita masa kelas agama dulu,dalam ceramah-ceramah(bukan ceramah politik yee..i hate that!),dan dari kitab hadis.

Sampai disini sahaja perkongsian maklumat saya untuk kali ini,
Kalau aku cerita panjang pun bukan orang nak baca abis kan..sikit-sikit sudah la..



Saya Merujuk MISTISFILES

Rabu, Ogos 11, 2010

Lagu di Bulan Ramadhan

Setiap kali bulan puasa,kalau tak dengar lagu nyanyian Opick memang tak sah..tambah-tambah lagu Alhamdullilah dan Taqwa..

Cerita Dua tahun lepas

Incik Bachok hantar masej tadi.Dia ajak aku pi pasar Ramadhan dengan dia esok.Sebab esok dia cuti.Bila dia ajak aku pi Pasar Ramadhan.Aku tiba-tiba teringat pula macam mana kami boleh rapat.

Tu pun bermula dari Bulan puasa 2 tahun yang lalu.
Masa tu aku kerja lagi dengan Incik Arkitek...biasa la bila bekerja dalam site kalau bulan puasa ja aku banyak melepak dalam kabin dari berpanas tengok indon-indon buat kerja..seksa wwoooo..Jadi bila dah dok dalam kabin ja,kerja aku dok on9 saja la..bukan takat aku,kawan-kawan sekerja pun macam tu jugak..melayan chatting,tgk video,tido dan makan pun ada(sapa bekerja di site mesti tahu situasi ni..ngokk betul)

Masa tu FB dah ada tapi aku rasa ramai orang dok layan My space dan Friendster.Aku pun sama la..dah ada akaun FB tapi taktau main kan..layan Friendster jela..masa tu aku dah kenal ngan Incik Bachok ni..tapi kenal macam tak kenal la sebab dia salah sorg dari friend aku dalam FS..dah tu antar komen 2 3 kali je tanya pasal diri masing-masing,pastu senyap.Cuma kadang-kadang ja Incik Bachok hantar komen seperti "i like you","suka tengok u" takpun beberapa kali tanya no fon..tapi aku takk layan la sebab pikir dia bergurau..

Masa hari pertama puasa,aku tengah chatting dengan seorang kawan dari pahang,budak tu aku dah lama kenal..tapi dalam alam maya jela,kebetulan dalam inbox FS aku,tiba-tiba inccik Bachok antar masej tanya no fon.Aku memang payah jugak la nak bagi no fon kat orang terus je bagi emel ym aku kat dia..dah alang-alang tengah ym..ym skali ngan dia la..elok ja dapat,trus dia add aku siap buzz aku lagi..jadi aku berchatting dengan 2 orang skalligus...tapi aku lebih tumpu pada kawan yang dok Pahang tu lagi la...And then,kawan aku yang dok kat Pahang ni minta no fon aku..atas dasar dah kenal lama,aku pun amik keputusan nak bagi..jadi aku pun taip no aku..rupa-rupanya aku taip kat box incik bachok..wahhhh..silap...!!!! lepas aku tertulis no fon Incik Bachok offline..ingatkan dia tak salin...rupanya...


Aku tengah jalam kat Pasar Ramadhan dengan Paksu sambil dengar MP3.Masa tu lagu I'm YOUR berkumandang,dalam pada masa yang sama,aku terima masej..

"hai..saya Ameer..yang praktikal kat KL tu.."
Tau la apa jadi lepas tu kan....



Sikalang..ini mamat sudah jadi saya punya mambang ooooooo....

Bakat membaca Novel...fILEM oMBAK rINDU?

Aku sebenarnya lahir dari keluarga yang suka membaca.Maksud suka membaca ni adalah umum..Apa saja buku yang boleh dibaca aku sebat ja baca.Templet kat klinik pun aku sapu baca jugak kalau rasa betul boring.Aku dapat kesan aku punya hobi membaca ni aku warisi dari bakat tok aku.Mak kepada mak aku.Menurut tok,masa dia tinggal kat singapura dulu,untuk mengisi masa kesunyian dia yang selalu ditinggalkan laki iaitu Arwah tokwan aku,maka dia membaca berpuluh-puluh novel cinta karya bini sapa tah,A.Samad Said kot..taktau la..tapi bini kepada penulis novel jugak la..orang sastera.Semua novel-novel tu dibeli tokwan aku..Bila tok aku berpindah ke Penang,tokwan aku serahkan buku-buku novel milik tok kat Library..library mana aku pun tak tau.Sebab aku bukan pernah pi Singapura pun walaupun mak aku membesar kat Singapura.

Kemudian,bakat membaca tok diwarisi mak aku plak.Menurut tok,mak mempunyai himpunan novel yang banyak sehingga mencecah ratusan..tak sampai 5ratus la...hahahaha..Semua novel tu kemudian dihantar jugak ke Library sebab tokwan kata menyemak sangat banyak-banyak..sayang sungguh..semua novel milik tok dan mak aku ada nilai value yang tinggi tu..huhuhuhu..Tapi sekarang mak masih lagi membeli novel-novel,tu pun stengah darinya dibeli abah sebab abah tau mak minat membaca.jadi agak banyak la jugak kat umah aku novel-novel milik mak...antaranya yang paling terkenal sekali dan pasti orang ramai tau mestila novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashari.

Tadi,masa aku nak cari tajuk-tajuk terbaru novel keluaran Alaf 21,tiba-tiba ja aku dapat tau..google la ni kan..yang novel ombak rindu bakal di flemkan..Eh,bukan bakal memang di filemkan.dalam penggambaran dah pun..Wah..walaupun aku hanya baca novel berbentuk seram,thriller dan penyiasatan.Tapi aku rasa teruja nak tengok filem Ombak Rindu ni sebab aku pernah baca novel ni masa abah beli kat mak dulu
Antara pelakon yang membintangi filem ni ialah Maya Karin sebagai Izzah(wah,sesuai ka maya karin pegang watak Izzah ni),Aaron Aziz sebagai Hariz(sebenarnya aku harap kat Remy Ishak..hahahaha),Lisa Surihani sebagai Mila(aku rasa Lisa surihani patut pegang watak Izzah dan Maya Karin sebagai Mila..hohoho).Pengarahnya mesti la Osman ali.Yang buat cerita Puaka tebing biru dan Anak Halal tu.

Aku teruja gila dan tak sabar-sabar nak tengok Filem Ombak rindu.Harap-harap filem ni boleh menandingi filem Lagenda Budak Setan jugak.


P/S:Aku harap sangat kalau ada orang nak terbit filem dari novel2 karya Ramlee Awang Murshid.I likeeeeee!!

Masa lapang yang digunakan secara berhemah ketika bulan puasa masa kecik-kecik dulu..

Masa aku kecik-kecik dulu,kalau bulan puasa tak tengok rancangan atau drama-drama sempena bulan puasa memang tak sah.Tambah-tambah drama lucu..memang kelakar abis.Slalunya drama lucu-lucu,rancangan best-best mesti disiarkan masa petang hari..tengah lapar pun boleh lupa sebab syok abis layan cerita-cerita ni..siapa-siapa yang dilahirkan pada tahun 80an dan membesar masa tahun 90an memang tau la pasal rancangan-rancangan ni..


1)RUMAH KEDAI

Aku tak ingat sangat tahun bila cerita ni ditayangkan..samada awal 90an atau hujung 80an.Tapi yang aku ingat cerita ni ditayangkan masa bulan puasa ja..tu pun stengah jam ja pun..samada pukul 5.30 ptang or 6.30ptg..tapi dalam area waktu tu jugak la..Rumah kedai ni mengisahkan sebuah keluarga yang ada bisnes kedai runcit..yang aku ingat pelakon dia masa tu Kartina Aziz,Arwah Yusof Mohamad,Harun Salim Bachik(dia ni memang kelakar abis ) dan Arwah Sudiro Sukirman(mesti ramai tak kenal mamat ni..tapi dia glamer masa dalam drama rumah kedai).Aku ngan paksu kalau petang-petang sebelum nak berbuka puasa tu,memang layan abis la cerita ni..hihihi..

2)Naik Tangga Turun Tangga

Haaa...cerita ni pun aku ingat-ingat lupa jugak.Tapi cerita ada ditayangkan masa bulan puasa gak.Tak silap aku cerita ni kemudian sikit dari rumah kedai.Pelakon dia masa tu Rwah Hani Mohsen sebagai anak bujang kepada Rubiah Suparman dan Abu Bakar Omar.Kalau tak silap aku depa ada orang gaji lakonan Arwah Sudiro Sukirman gak kot.Tapi bila imbas sikit-sikit memang cerita ni best la...


3)Lontong

Hahahahaha..dah tulis tajuk die pun dah gelak..cerita Lontong ni memang merapu gila-gila tambah-tambah bila Ogy Ahmad Daud dengan Salleh Yaakub berlakon.Memang sewel abis la..Antara undangan artis dalam sitkom lawak ni mesti la KRU,Ning Baizura,Fauziah Latiff,Shaharudin Tamby,Syanie,Rahmat Mega dan ramai lagi la..memang kecoh gila..

4) Sambal

Ni lagi satu cerita merapu arahan Azwan Ali.Hero dia mesti la pemerapu terhandal masa kinni,Salleh Yaakub.Masa tu Amelina,Maya matahari pun berlakon jugak..heroin dia mesti la Syanie..klakar abis..suka duka family Hamid Gurkha sambut Ramdhan dan Raya..tambah-tambah si bapak kawin dua,lagi kecoh..kikiki...


5)Rancangan Raya bersama Jalil Hamid

Aku tak ingat la rangcangan ni kat Tv apa?tapi kalau dah nama jalil hamid tu memang kelakar abis.ada-ada saja ragam dia..hahahhaha..


Ada lagi sitkom sempena bulan puasa,tapi aku tak ingat la tajuk dia apa.Tapi yang aku ingat kebanyakkan pelakon dia adalah pelakon dari Pi Mai Pi Mai Tang Tu.Apa yang aku ingat dalam adegan-adegan dalam sitkom tu:

1.Imuda,Sabri Yunus dengan Ahmad Busu adik beradik.Imuda yang bungsu,beria-ia nak sambung raya.Malam raya dia tido awal.Jadi si Abang2 ni tanpa dia sedari dah taruk kain kale itam kat tingkap bilik dia..bila dia terjaga ja tengok luar nmpak gelak,dia tido bali..barapa kali dia trjaga dan tido..last2 abang2 dia buka balik kain itam tu..bila dia bangun,dia ingat dah pagi..pulun la pi mandi2 nak semayang raya..last2 dah petang..dia kejar abang-abang dia keliling kampung..

2.Mak si Imuda ni nak buat ketupat.Jadi dia suh si Imuda ni pi cari daun palas..Si Imuda ni punya bongoknya pi redah bukit bukau gunung ganang semata-mata nak cari daun palas kat mak dia..sampai koyak rabak cedera parah..tapi tak jumpa-jumpa..bila dia balik tengok-tengok mak dia dah siap rebus dah ketupat..bila dia tanya mak dia amik kat mana,mak dia gtau beli je..pengsan terus..hahaha...

3.Satu lagi adegan,imuda ikut ahli falak (Sabri Yunus dan Ahmad Busu) nak tengok anak bulan untuk tentukan tarikh hari raya..jadi oleh sebab dia 1st time nak tengok anak bulan,jadi dia tanya depamacam mana nak tengok anak bulan,jadi depa cakap kalo nampak bulan pakai pampers tu la anak bulan..dia ketawa la ingat depa bohong..last2 betul..pengsan kawan tu...


Kalau la dapat jumpa cerita tu balik memang syok gila la...tengok berulang kali pun tak jemu..Sekarang ni ada jugak rancangan sempena Ramadhan dari pelakon-pelakon terbaru..tapi hanya setengah ja yang best pun..yang lain-lain..faham-faham jela...kadang-kadang merapu sangat..

Tapi kalau tengok cerita Diari Ramadhan Rafique...mesti teringat zaman nakal-nakal masa kanak-kanak dulu..kikiki..

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!