Si Poyo Mula Bercerita..
segalanya mengenai dirinya..bukan poyo yang lain..
Khamis, Februari 16, 2012
BABY DAPAT ANAK LAGI
Kat kampung aku ni..atau lebih tepat la..kawasan temnpat tinggal aku ni keebanyakan rumah-rumah kat situ mesti akan bela Kucing.Setiap rumah,tak silap aku..paling maksimun kucing yang depa bela adalah tiga ekoq dan kebanykkannya adalah kucing betina..Dan kucing pondan sekoq ada kat kawasan tu.kucing pondan tu nama Mimi milik Tokcik aku..wakakakakakkakaa..
Oleh sebab Baby dikatakan satu-satunya kucing jantan yang ada kat kawasan ni..Maka secara tak langsung kalau ada kucing betina yang bunting memang sah tu anak Baby sebab aku pernah nampak dah dengan mata kepala aku sendiri yang Baby dok asmaradana dengan Kucing-kucing jiran aku..Dulu memang ada kucing jantan dua tiga ekoq kat situ..tapi kucing jalanan la..tak bertuan kan..tapi bila Baby dah teow depa sampai cedera parah dan depa pun lari la..So,Baby ni kira raja kawasan tu..So memang sah la kalau mana-mana kucing betina Bunting..tu anak Baby kan..
Jadi,semalam..Pinas ada panggil aku pi rumah dia sebab katanya Baby dapat 5 ekoq lagi anak dan seekoq anak angkat..Ada seekoq Kucing betina jalanan yang selalu makan kat tepi rumah aku dah beranak..Jadi oleh sebab Pinas ni kesian kat kucing tu..Jadi dia tumpangkan kucing tu dan anak-anak dia dok dalam rumah dia..Malah dia la yang jadi bidan kucing tu..Jangan terkejut..Aku rasa sepanjang hidup Pinas..Dah berapa ekoq kucing dah dia bidankan..Memang susah la nak cari orang yang macam Pinas ni..Kira berhati mulia la..Yang seekoq anak angkat tu pulak dia amik bagi kucing betina ni tolong susukan sebab mak anak kucing ni mati kena langgar kereta..so dia kesian la sebab anak tu baby lagi..mata pun tak terbuka lagi..Jadi dia try tumpangkan kat ibu tu..ibu tu ok ja..So jadi la anak angkat..hahahhaha..
Anak Baby ni memang comel-comel..Kaler putih campur bertompok hitam...Ada jugak yang hitam keseluruhan..Tapi takdak sekoq pun yang ada bulu corak macam bulu Baby..Depa punya bulu pun memang sah iku tbulu Baby stail bulu kembang sikit-sikit dan gebu (Baby kucing campuran persian dengan kucing biasa..)Asalnya kucing Cikgu adik aku, Azhan sebelum dia bagi kat Azhan..Masa tu Baby kecik lagi..besaq sikit dari tapak tangan aku...Jadi secara tak langsung anak Baby ikut baby punya Gen..hahahhahah..Tapi Pinas ada bagitau aku yang bila anak-anak kucing ni besaq sikit dia nak bagi kat sapa-sapa yang mau sebab Kucing belaan dia yang sekoq lagi bernama Memey(dey..apada taruk nama bini Norman Hakim..hahhahah) pun mengandungkan anak Baby jugak..Yang ni memang disahkan jugak anak Baby sebab Pinas nampak depa dok asmara baik punya ataih katil dia..wakakakkaka..Pandai betul Baby cari tempat nak hinggut..hahhahahhahahah...So Ofcoz la Pinas nak tumpukan pada anak-anak Memey lagi dari anak Ibu jalanan yang menumpang kat rumah dia tu kan..wuuuuu!!
Jadi aku rasa aku nak la Bagi anak-anak tu kat sapa-sapa yang yang berminat..Aku taktau nak bagi kat sapa ni..Sapa-sapa yang sudi memang dipersilakan la..Sebgai Tuan,aku kena la bertanggungjawab atas keonaran yang telah Baby buat kat kucing-kycing betina semua tu kan..Kadang-kadang aku pun dah rasa malu bila ada ja orang mai mengadu yang Baby suka-suka hati mak bapak dia pi Kongkek kucing depa..Macam semlam..lepaih ja aku pi tengok 'cucu-cucu' aku..aku pun panggil la nama Baby kan..Rupanya dia dok ligan plak kucing betina Bro Marzuki yang dok sebelah rumah Pinas..Aku tengok muka Bro tu dah lain macam bila tengok kelakuan tak senonoh Baby tu..Jadi aku ni terpaksa jugak la tangkap dan dukung Baby balik ke rumah aku walaupun Baby tengah stim time tu..Tau la kan kucing kalau stim lepaih tu aku plak pi potong stim dia..di cakaqnya tangan aku..wuuuu!!
Setakat ni ada lagi tiga ekoq kucing yang mengandungkan anak Baby tak termasuk Memey kucing Pinas la..Aku taktau la apa nasib anak-anak kucing tu nanti bila depa dilahirkan.Argghhh!! sayang la bila dok pikiaq anak-anak yang bakal depa lahir tu secomel bulu Baby...huhuhu!!
| Reaksi: |
Jumaat, Februari 10, 2012
SAYA PREGNANT..MIMPI JA PUN...
What the fish betul la tetiba ja mimpi pasal pregnant..
Mimpi la benda lain ka..ni pasal Pregnant..kalau aku dah kawin takpala nak mimpi kan..
ni aku tak kawin lagi dah mimpi ni memang aneh betoi la..hahhahhahahahha..
Dah la dalam mimpi tu aku alahan teruk..Incik Bachok sampai kurus sebab jaga aku..Lepaih tu dalam mimpi tu..Doktor dok wat test macam-macam kat aku sebab aku disyaki mengandung kembaq lima...Hahhahahahhahaha...Kembaq lima gila subiq betoi la aku ni..hahahhahaha..
Ni abang Syed punya pasal la ni..dok cerita pasal bini dia masa pregnant kena test macam-macam ngan doktor sebab mengandung kembaq tiga...Aku punya la ngeri dengaq dia cerita sampai kepala lutut aku lemah..Punya la takut(teruk betul..benda macam ni pun aku takut..hahhaha) sampai bawa ke mimpi-mimpi..hahahhahahaha..
| Reaksi: |
Rabu, Februari 08, 2012
SHAH JAHAN SEORANG SUAMI YANG SETIA....UNTUK MUMTAZ MAHAL OK..UNTUK ISTERI YANG LAIN?HAAAAAA...

Shah Jahan
Shah Jahan atau nama penuh baginda, Shahab Uddin Muhammad Shah Jahan 1(tudia,panjang nama dia..kalah nama aku aihhh...) merupakan Sultan Empayar Mughal di India start dari tahun 1628 hingga 1658. Shah Jahan yang lahir pada tahun merupakan cucu kesayangan tokwannya yang merupakan Sultan Empayar Mughal sebelum Shah Jahan amik alih iaitu Sultan Jalaluddin Muhammad Akbar atau nama glamer dia Akhbar yang Agung.
Pada tahun 1607, Shah Jahan pun pi la kahwin dengan Arjumand Banu Begum,seorang gadis yang baru berusia 14 tahun.Standard la tu kan..orang dulu-dulu kahwin umur 14 tahun,tok aku yang dua orang tu pun kahwin umur 14 tahun,sebab tu depa dapat cucu umur yang muda,tapi bila tengok pada mak aku,memang konfom dia dapat cucu lewat la sebab anak dara dia ni dah umur 25 tahun(bulan mac baru capai umur la) ni pun tak kahwin lagi..muahhahahahha..kesian mak aku..tua-tua baru dapat cucu..wat dehell betoi la..Ok-ok,sambung balik cerita..heeeeee!
Arjumand Banu Begum iaitu cucu kepada seorang bangsawan Parsi dan selepas perkahwinan, Shah Jahan telah memberikan gelaran "Mumtaz Mahal" yang bembawa maksud Mutiara Istana..Hamboihhh..macam gelaran manja gitu kan...Ni Incik Bachok ada ka patut bagi gelaran manja kat aku Baby Boy..Wat the fish betoi la..mai mana Boy tu aku pun taktau kan..hahhahahahahhahah..Semak otak aku pikiaq..puiiiii!
Mumtaz Mahal telah melahirkan seramai 14 orang anak untuk Shah Jahan.Tudia banyak gila anak..mampus la dok beranak tiap-tiap tahun sampai 14 orang anak..Aku pun tak sanggup,ni kalau buat team bola ni memang sempoi ni..Berikut adalah nama sebahagian dari anak-anak mereka berdua la..
1.Huralnissa Begum (1613)
2.Jahanara Begum (1614) - Yang ni Puteri kesayangan Shah Jahan
3.Dara Shikoh (1615) - yang ni Putera Kesayangan Shah Jahan
4.Mohammed Sultan Shah Shuja Bahadur (1616)
5.Roshanara Begum (1617) - Puteri yang yang menjatuhkan Shah Jahan
6.Badshah Mohinnudin Mohammed Aurangzeb (1618) -Putera yang menjatuhkan Shah Jahan
7.Sultan Ummid Baksh (1619)
8.Surayya Banu Begum (1621)
9.Sultan Murad Baksh (1624)
10.Gauhara Begum (1631) - Anak yang last.Mumtaz mati masa lahirkan dia
Lagi 4 orang taktau pi mana..hahhahahhaaha
Cuba tengok tahun anak-anak Shah Jahan lahir..yang hat mula tu semua selang setahun..Fuh!! Ni baru oarang kata sayang bini..Kesannya dapat anak la..hahahhahahaha..
Anak dari dua bini tua Shah Jahan aku taktau la plak kan..sebab bini dia yang lain-lain tak glamer macam Mumtaz..bokpa aku nak amik tau kan..hahahhahahha..
Mumtaz Mahal ni selalu ikut Shah Jahan ke medan perang. Patut la Shah Jahan sayang dia...mana dia pi minah ni ikut kan..Tapi last-last Mumtaz Mahal meninggal dunia jugak masa nak lahirkan anak ke 14. Sebaik saja Mumtaz meninggal,hidup Shah Jahan pun macam terumbang ambing,kecewa,sedih..kesunyian..suka termenung sampaikan sapa yang lihat keadaan dia ni pun rasa sedih jugak..Aku tak pasti la jugak kan kot-kot ada orang yang try pujuk Shah Jahan ni kahwin lain ka lepas Mumtaz mati sebab zaman la ni..aku dok tengok..kalau sapa-asapa yang bini depa mati ja..adala kawan-kawan yang hampeh dok cucuk suruh kahwin lain..Tanah kubuq bini kawan tu dok merah lagi..depa dah mula rekemen pompuan lain dah...hampeh betoi la...Tapi aku rasa Shah Jahan tak kahwin lain kot sebab lepaih bini dia meninggal dunia, setahun lepaih tu..dia pun bina la Taj Mahal untuk bini dia..Nama Taj Mahal tu pun sempena nama Bini dia jugak la...Haa...laki macam ni memang susah la nak jumpa..huuu!
Tapi nasib malang menimpa Shah Jahan bila dia dah tua sikit anak kesayangan dia, Dara Shikoh (beliau bukan anak dara..dia adalah lelaki..cuma nama dia saja dara wookeeyyy..hahhaha) mati dipenggal kepala oleh dua lagi anak baginda iaitu Puteri Roshanara dan Putera Aurangzeb.Bila Dara Shikoh mati..Puteri Jahanara yang merupakan puteri kesayangan beliau dibuang daerah manakala Shah Jahan sendiri digulingkan kerajaan dia oleh anak dia yang dua orang tadi dan Aurangzeb pun naik Tahtha mengantikan dia yang dihukum kurung(takkan nak tulis penjara plak..dia bukan dok dalam penjara kan..hohghoho) di Agra.Dimana tempat dia dikurung tu,dia boleh lihat la Taj Mahal sepanjang hayat dia sehinggala h dia jatuh sakit pada tahun 1657 dan pada tahun 1666..Sepanjang dia sakit,Puteri Jahanara yang jaga dia.Akhirnya Shah Jahan pun meninggal Dunia.....Jenazah Shah Jahan disemadikan bersebelahan dengan Mumtaz Mahal atas arahan Aurangzeb sendiri.
Pusara Shah Jahan dan Mumtaz MahalPARKING KERETA PAKAI JARI
Ini gila dasyat punya stail parking ni..Pakai jari ja pun ni..Aku kalau takat kancil tak kisah..tapi yela kan...untuk rancangan jangka masa panjang memang cadang nak beli kereta besor-besor(kalau mampu la time tu kan..)..Bila pakai kereta besor-besor ni paling susah sekali bukan nak memandu sebab aku kalau bab memandu serah kat aku lerr..dengan lori pun aku boleh buat aksi-aksi selit menyelit kalau diberi peluang,inikan pulak kereta kan..Tapi aku agak fail la bab parking..hahahhaahhaa..aku kalau parking aku sanggup turun kereta mimta orang parkingkan untuk aku..hahhah
Tapi kalau benda alah ni ada jual kat Malaysia..aku rasa aku orang pertama yang booking kot..hahahhahahahhahaha...
Ternganga mamat tu..hahhahahah
| Reaksi: |
Selasa, Februari 07, 2012
ORANG CERDIK PANDAI
1.Orang yang belajar tinggi dan cerdik dalam bidang dia sahaja..maksudnya,dia memang cerdik gila babi..Tapi cerdik dalam satu benda ja yang dia pelajari..Lain-lain benda dia tak pikir..Dia pikir mana yang dia belajar ja..Contohnya dia belajar dalam bidang kejuruteraan Awam..Dia tau habis pasal kejuteraan Awam..tapi dia pandai tak situ ja la..Yang lain-lain..ZERO..
2.Orang yang belajar tinggi dan cerdik bukan setakat bidang dia saja...Tapi semuanya boleh dikatakan dia tau..Dia ambil berat,dia ambil peduli..dia bukan saja belajar dengan membaca saja..tapi dengan memerhati..Kiranya kalau bersembang dengan orang macam ni kita rasa seronok..sebab boleh kata semua benda dia tau ...Dan tak kekok plak nak berkongsi..Haaaaa..!!
3.Orang yang tak belajar setinggi mana pun tapi dia tetap cerdik macam yang jenis nombor dua kat ataih ni..Walaupun orang pandang rendah kat dia tu belajar tinggi..tapi tahap pengetahuan depa tak setanding pengetahuan dia sebab dia belajar sendiri melalui pemerhatian dia dan jugak pengalaman hidup dan dan orang sekeliling dia..
So..pandai-pandai la kita pilih kita ni berada kat kumpulan mana..
TQ.
| Reaksi: |
Jumaat, Februari 03, 2012
SHAH RUKH KHAN BERLUMBA

Hmmmm..macam mana la rupa aku dalam mimpi Miss Poyo ni..mesti menarik..
| Reaksi: |
Rabu, Februari 01, 2012
TEKANAN BILA BERTUNANG
"Senang la cakap macam tu sebelum bertunang,nanti dah bertunang baru hang tau langit tinggi rendah"
Dan aku pun cakap dalam hati..Ellehhhhhhhh!
Dan sekarang baru aku tau macam mana rasanya bila aku dah selamat jadi tunangan Incik Bachok.Aku rasa macam satu bebanan yang berat tiba-tiba jatuh kelepap! kat kepala aku tau dak..sampai aku rasa aku rimas,lemas sampai rasa tak mampu gila nak pikiaq apa-apa dah..Aku pun taktau la apa maksud perasaan ni kan sebab aku bukan orang sastera yang boleh melengun atas batu tepi pantai dok pikiaq inti pati,inti sari hati aku kan..aku orang technikal yang pagi petang siang malam(kecuali masa tidoq la..) dok pikiaq kerja sampai dalam jamban pun dok pikiaq apa lagi kerja yang bos bagi tak setel-setel..huuuuu! Jadi aku pun tak paham la apa maksud perasan aku ni..tekanan aku ni..
Aku rasa status sebgai tunagan orang ni satu benda berat yang perlu aku jaga..Kalau tak jaga..hancuq lebur macam emas kena lebur...huhuhuhu..mau tak rasa berat..dengan dugaan banyak..dari kuasa-kuasa luar..dari kuasa-kuasa keluarga,dari dalam diri aku sendiri,dan mungkin dari dalam diri Incik Bachok yang buat kami boleh gaduh hari-hari dan silap haribulan,benda yang kalau boleh setiap pasangan yang bertunang takmau jadi kat diri depa terjadi kat aku iaitu PUTUS TUNANG(tudia..siap bold lagi tu..haaaaaa)
Sebab tekanan macam ni la buat aku tidoq pun tak lena..sikit-sikit terjaga dari tidoq..sikit-sikit terjaga dari tidoq..lepaih tu berat badan aku bertambah sebab aku jenis kalau susah hati makan banyak..hahahahha..lepaih tu tengah buat kerja tiba-tiba dok pikiaq plak benda ni..buat prestasi kerja aku boleh terganggu sat..kurang keinginan nak bersolek(perlu ka aku bagitau part ni?hahahhahahha),kurang keinginan nak tengok tv walaupun cerita kat tv best gila babi dan jugak kurang keinginan nak memasak padahal tu memasak tu la hobi aku.
Walaupun kawan-kawan opis dok nampak aku ceria..selalu gelak..dok buat perangai loqlaq tiap-tiap hari..Family aku dok tengok aku gelak tiap-tiap hari..selalu buat lawak...selalu usik mak abah aku tapi dalam hati aku ni..Tudiaaaa....Allah ja tau..
Hari-hari aku dok pikiaq..bila la nak kawin ni..tak tahan dah ni..Bukan aku tak tahan sebab aku gatai melerla ka hapa ka..tapi aku nak bebas diri aku dari perasan dan beban ni dan semua aku rasa tau..kalau satu benda yang susah,berat,mendebarkan tu dah jadi..aku rasa..Aaaahhhh! lega....(Ah lega tu adalah ayat yang baik..bukan lucah..hahahaha)
Bila aku dan Incik Bachok rancang nak kawin tahun ni dan dah pilih tarikhnya nak nikah tu..aku rasa lega gila..rasa macam...mau tak lega kan..tahun ni jugak kawin..sip la sikit bebanan aku ni dari nak tunggu sampai dua tahun..
Tiba-tiba bila Incik Bachok kata tarikh yang kami pilih untuk nikah tu tak konfom lagi..Walaupun aku kata kat dia ok la...tapi tau dak malam tu aku nangis..Aku menangis sebab aku rasa macam memang aku dah tahan dah nak tanggung beban ni sampai ke dua tahun(ikut yang Incik Bachok cakap la..) boleh gila tau dak..Hari-hari aku rasa susah hati..Lepaih tu,mak aku yang selama ni aku tengok relax ja tak kisah kami nak kahwin bila..tiba-tiba ja bagitau yang dia susah hati selagi aku tak kahwin sebab dia cakap macam-macam boleh jadi..dah la kami dok dekat..Tu yang buat aku lagi la tension kan sebab kata-kata mak tu ada betoinya..Lepaih tu ada pulak pakcik-pakcik kat opis yang aku boleh katakan ada ilmu agama yang lebih sikit pun dok nasihat aku serba sikit yang buat aku rasa Adoi laaaaa..!! Macam mana nak buat ni...yang buat aku terkilan lagi ialah tarikh yang kami dua pilih tu memang cantik dan kena la..(dapat cuti tiga minggu tu kalau amik tarikh tu) dan kalau tak dapat tarikh tu,memang aku rasa ralat dan terkilan sangat-sangat..
Dan bila aku tension hari-hari dan aku dok luah kat Incik Bachok hari-hari sampai dia pun tension dan buat kami bergaduh sakan sebab ni tu yang buat aku lagi terkilan sebab benda macam ni,kami yang boleh gaduh plak hari-hari..huuuu!! Tambah-tambah lagi bila tarikh tahun ni tak konfom lagi..kalau extend ke tahun depan pun blum tentu lagi pulak dah..tu buat aku rasa lagi tension sampai aku terpikiaq..aku rasa macam aku ni takdak jodoh kot dengan Incik bachok sebab banyak sangat dugaan kan..wuuuuuuu!!
Aku taktau la perasaan Incik Bachok macam mana tapi aku rasa sapa yang pernah lalui benda yang aku lalui ni memang paham la macam mana perasaannya kan..
Dan tadi bila Incik Bachok bagitau yang memang konfom tarikh yang kami pilih tu jadi untuk kami di nikahkan..tu pun aku rasa tension lagi sebab aku rasa macam tak konfom jugak ja..(berdasarkan penceritaannya la..)
Ya Allah!! Teruk betoi la hambaMu ini punya tension..Bantula hambaMu ini..Waaaaaaa!!
| Reaksi: |
BULAN FEBRUARI
Oppssss!! sat-sat..awat mai tang tengah teruih plak ni..kena ada ayat permulaan baru betoi..hahahhahahaha..
Sebenarnya dalam masa yang 2012 ni..dalam masa yang sat ja dah masuk bulan Februari..Aku baru ja dok rasa masih lagi dok sambut tahun baru kat Cameron Highland ritu dengan family aku dan Incik Bachok..tiba-tiba ja..dah masuk bulan Februari..Ada orang kata...selalunya bila masuk ja bulan Februari..masa akan jadi lebih cepat..pejam celik pejam celik..Masuk huung tahun..So,la ni dah masuk 1 Februari..dah petang..baru ja aku rasa pagi tadi aku dok ligan kucing kat depan umah aku sebelum pi kerja..last2 sat ja dah petang..lagi 10 minit nak pukui 3 petang(dari saat aku menulis ni la..hahahahhaa)
Dalam bulan Februari ni..banyak benda yang akan terjadi..Bulan Februari ada besday adik aku Si Mirul tu..Dia lahir 14 Feruari(jangan jeles) maknanya lag 14 hari nak besday dia..mampuih la aku nak pikiaq nak beli hadiah apa kat dia..wuuuuuuu!
Lepaih tu bulan Februari jugak la aku start buat blog ni..Aku start buat blog ni Bulan Februari 2009 selepas dua bulan aku kapel dengan Incik Bachok..Tu pun sebab nak isi masa lapang aku kat site opis aku kan..Asyik dok baca blog orang ja..last-last aku buat blog sendiri..puas hati..
Bulan Februari jugak aku rasa bulan yang ceria bagi aku..Aku taktau la pasaipa la bila bila bulan februari ja..rasa aura ceria tu mai..hahahahahhahaha..
Pendek kata.aku malaih la nak tulih panjang pasai bulan Februari ni..Yang penting..rasanya Aku banyak tumpu kat blog satu lagi kot start bulan Februari ni..
Sorry Macha..sekarang takdak masa nak buat cerita bangang kat blog ni..Sorry aaaaa..(aku cakap kat blog aku..hahhahahhahahahhahhhaha)
| Reaksi: |
Jumaat, Januari 27, 2012
CERITA NIKAH KAHWIN MISS POYO
Jadi blog tu dah pun dibuat..takat ni baru ada dua entri dan macam biasa la..Entri yang mebgarut-ngarutkan..Biasa la..nak tsting-testing memang la macam tu kan..
So..aku dah bersedia nak present blog aku ni..tunggu la dalam beberapa minit..muncul la nanti..
Bajet artis plak aku ni..macam la orang nak baca kan..
Wakakkakakkka.....

Di atas ni adalah kepala blog aku yang baru ni la..Tulisan tu aku tulis sendiri..Biasala..mana penah tulis macam ni pakai paint kan..tu yang agak cacat sikit kan tulisan dia...hahahhahahhahhahhahhahahahaha..Dah macam tulisan budak umur dua tahun baru belajaq menulis..tapi takpa...aku tak heran pun...Janji kepala dia jadi..hikhikhik...
So,dah mula boleh menulis secara serius ni...Jadi blog si poyo mula bercerita ni agak lenggang sikit la kot dari tulisan aku nanti..Kesian hang noh..tapi nak buat macam mana..hang dah bermadu dengan blog baru ni..terima la dengan Redha,,bukan Pasrah..hahahahhahhah..
PERINGATAN PENTING YANG POYO
Gila serius la peringatan aku ni..
Huuuuuu!
