Isnin, Ogos 29, 2011

UCAPAN RAYA DARI MISS POYO

Assalammualaikum...

Wah..ni kira first time aku tulis entri dengan bagi salam dulu..hahahahha....
Pejam celik pejam celik akhirnya dah hampir sebulan kita semua berpuasa..mybe esok atau lusa kita raya..bergantung pada pakcik pengumuman raya tu la nak bagitau raya bila kan..hahahhaha..

Sebenarnya aku sedaq jugak sepanjang bulan Ramadhan ni tak banyak entri aku tulis..baik cerita lawak mahupun info-info yang tak berapa betul yang selalu aku taruk dalam blog ni..hahhaha..Bukan sebab malas or takdak idea..tapii tak sempat..Dulu kat opis aku ada masa gak tulis blog..tapi sekarang padan muka aku..apa pun tak boleh..hahahahahha..
Kalau tak memang sepanjang bulan puasa memang banyak la benda yang nak cerita kat sini..

Dan sekarang aku demam la plak..Nak raya ni demam mai plak..ni first time ni aku demam time nak raya..ni mau banyak hari jugak la baru baik ni..Aku kan jenis susah nak sakit..tapi sekali dapat sakit..Mau tau arr teruk tak teruk kan...
Tapi walaupun demam aku still jugak buat tanggungjawab aku memasak serunding daging,rendang ayam..dan juadah untuk raya seperti tahun-tahun lepas..Mak aku?Haaaa...senang hati la dapat anak yang pandai masak tapi malas mengemas ni..hahahahahahahaha...


Haaa...lupa nak bagitau yang aku tak jadi buat nasi daging raya pertama ni..Abah suruh buat nasi beriani ayam la plak..Nasi beriani pun nasi beriani laa...sebelum ni aku memang dah pernah buat banyak kali dah..Tak percaya tanya la Incik Bachok..dia pernah makan nasi beriani buatan aku..Hikhikhikhik...


Adoiyai..apa aku merepek ni..Aku just nak bagi ucapan raya ja..ni dah melalut ke macam-macam dah ni..Huuuu!!


Di kesempatan ni aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua rakan blogger yang sudi baca blog aku yang tah pape ni..Sapa yang dok Penang atau Kedah..sila la mai beraya kat umah aku..Lima hari berturut-turut tau rumah aku buat rumah terbuka..Tapi raya pertama memang konfom la ada kat rumah sepanjang hari..Macam tahun lepas..sampai malam orang mai rumah aku..Tapi kalau lain-lain hari raya nasib la yeerrr..time tu kami satu family pi beraya plak..tapi juadah tetap kami sediakan sebab kadang-kadang depa mai beraya kat rumah aku malam-malam..Adoi...!!


Tahun ni malam raya konfom tak dapat main mercun dan bunga api sebab hari-hari hujan ja..Daru pagi sampai malam..huuuu!!

Sabtu, Ogos 27, 2011

KHIDMAT LEMBU

Tadi masa tengah layan kemas bilik aku..Aku dok terpikiaq la jugak kan..apa la aku nak buat nanti bila raya ni..Yelakan..aku ni sejak akhir-akhir ni memanjang ja bizi pasai kerja..semua pasai raya aku tak pikiaq dah..baju raya..mercun..pelita..langsir apa semua yang berkaitan raya aku tak pikiaq..pikiaq kerja..kerja..kerja..Dok nampak muka bos baru aku ja dok suruh buat itu ini..minta itu..minta ini....huiii...naya ooii naya...





Jadi hari ni aku cuti kan..jadi aku pikiaq la nak masa apa sepanjang minggu raya ni kan..Mak pulak join sekali memikiorkannya..kira ok la kan..Macam-macam tahun lepaih..Dari raya pertama sampai raya kelima memang ada la juadah kami sediakan sebab rumah kami ni memang selalu jadi tumpuan time raya..huhuhu..Jadi dah pikiaq semua tolak semua bajet-bajet pa semua..Ni dia..





1. Raya pertama mak nak buat nasi daging..Jeng..jeng..jeng...Sedap ni..kelas mak raya pertama jamu tetamu makan nasi daging..hahahhahahahha...




2.Raya kedua aku nak buat bihun sup tulang..Tulang kaki gitu..Ewah!! mampus la dua hari berturut-turut makan daging..belum campur serunding yang aku nak buat lagi ni..Sapa yang ada






3.Raya ketiga aku nak buat spagatti..Taruk daging cincang..bebola daging apa semua kan..Fuyooo!!








4.Raya keempat aku dah start kerja..so mak yang akan masak laksa la..huwaaaa!! raya keempat dah kerja la....






5.Raya kelima nak masak Lontong...yang ni mak masak la..Mybe aku kerja kot sabtu tu....Huuuu!!






6.Raya keenam...Yeaahhh!! time ni Incik Bachok nak mai beraya..Tengah dok pikiaq nak masak apa ni..Adoyaii!! time boyfriend nak mai..time tu la blurr nak masak apa..huhuhu..




Bila dipikiaqkan balik la..Kebanyakkan juadah hari raya tahun ni banyak guna khidmat lembu la..Ayam takdak sangat..Yala..betul la..khidmat lembu yang banyak ni..Heee!!






Haaaa..baru hang tau Miss Poyo..betapa pentingnya kami dihari raya..heeee!

Selasa, Ogos 23, 2011

MAT PIT BERNAMA CASTELLO DAN SELIPAR JEPUN

Kawasan tempat tinggal abah aku dulu adalah kawasan hitam.Maksud aku kawasan hitam ni bukan sebab semua benda kat situ hitam..Tapi kawasan hitam sebab Pakngah aku cakap dia kawasan tempat mat piit banyak lepak..so,depa panggil kawasan hitam la..Kalau takat selipar jepun hilang depan rumah ni kira perkara biasa la...Ni mesti kerja Mat Pit curi pastu pi jual plak..Apa punya low class punya mat Pit la..selipar Jepun pun nak rembat jual kat orang ka?




Satu pagi yang nyaman dan damai..Tak pagi sangat la..mybe tengahari hari kot..Hmmm..Tak tengah hari sangat kot mybe petang dalam pukoi 2 3 petang..Mybe la..Ahh!! aku taktau la waktu kejadian..Senang!


Maksu aku nak keluaq bersuka ria bersama suami..Err...bukan..kawan dia kot..huhuhuhuhu..Jadi bila dia keluar ja depan pintu rumah dia..Dia dapati yang selipar jamban kesayangan dia..tak la jamban sangat..Tak jamban la sebab budak-budak la suka pakai selipar jenis tu tiba-tiba hilang..Jadi maksu aku pun cari la sekeliling rumah dia..tapi tak jumpa jugak..Kecewa sebab dia punya selipar hilang,maksu aku pun menyumpah jugak la barang dua tiga das makian..Pastu dia pun contact Castelo..






Castelo ni bukan la Rosyam Nor mahupun mamat cina mana ka yang nama Castelo..Castelo ini adalah seorang mamat melayu yang tak murtad lagi walaupun dia nama castelo..Nama dia tu pun bukan la mak pak dia beri atau dia sendiri yang nak orang panggil dia dengan nama tu..tapi orang kat kawasan tu panggil Castelo ni sebab kepala dia botak macam Rosyam Norr dalam filem Castello.Pekerjaan Castello jugak tak la gangster sangat sebab dia punya kerja hanya tukang curi selipar..seluar di penyidai kain orang dan kadang-kadang pasu bunga orang pun dia curi untuk dijual bagi memenuhi hobi dia yang unik iaitu menghisap dadah..








Hmmm..da jugak yang ingatkan aku noh!!







Jadi maksu call dia bukan la untuk menyiasat sapa yang ambik selipar dia yang kurang lawa tu..tapi nak beli selipar baru kat Castello.Mana tau Castello ada stok baru ka..Malam tadi maksu dengar Castello ada buat Opss rembat dan lari disekitar kawasan kampung..Mana tau..untung-untung dapat kasut jenama Jimmy Choo ka dengan harga RM15.Jadi Castello pun datang la bersama karung guni dia yang dia bawa selalu kemana dia pergi termasuk la time dia buat Opss rembat dan curi..Dalam karung guni tu mau tau la..Macam-macam ada termasuk la Blander..




"Lu mau apa?"soal Castello elok sampai ja kat rumah Maksu..Cara dia cakap pun dah tau dia ialah penghisap dadah yang sejati..


"Aku nak kasut..ada tak?"Maksu soal plak Castello dengan muka garang..Orang macam Castello mana leh buat baik..nanti naik lemak..


"Kasut tumit tinggi gua takdak..semalam depa simpan dalam rumah..selipar gua ada.."Jawab Castello dengan mata kuyu macam di gam.

"Selipar nak buat apa..mana padan selipar orang laki.."Maksu cakap plak..




"Helo brader..ni bukan selipar laki..ni selipar perempuan..aku rembat semalam..baik punya..RM10 wa kasi lu..ni selipar mahal ni..bukan selipar jamban.."Kata Castello sambil mencari-cari dalam karung guni dia..Tengok la betapa teruknya si Castello ni samapi jantina orang pun tak leh cam.Maksu aku yang perempuan dia panggil Brader..Rosak..rosak..



Maksu aku pun tunggu la dengan sabar Castello nak tunjuk selipar baik punyeerr dia tu kat maksu..Muka maksu yang berseri sudah menjadi masam bila tengok selipar tu..Matanya yang bersinar-sinar dah bertukaq jadi mata hantu raya...



"Cilaka hang!! ni selipar aku bangang!!! hang rembat kat rumah aku lepaih tu hang nak jual balik kat aku..b**i Castello!! P**i betoi la!!"Tiba-tiba maksu sumpah Castello..Rupanya selipar yang nak dijual oleh Castello tu adalah selipar maksu yang hilang tu.



"Selipar lu ka brader??wa tak perasan la selipar lu.."Castello bagi alasan..Semalam beliau lalok..mana la nak perasan rumah sapa yang dia mai rembat..



"ahh!! Aku tak peduli..aku nak balik selipar aku!!"Kata maksu sambil merampas selipar beliau dari tangan Castello.



"Lu jangan macam ni brader..wa penat tau tak cari rezeki ni..lu nak amik free plak..wa bagi lu RM5 dah la..diskaun sebab ni selipar lu.."Kata Castello separuh tak puas hati dengan tindakan maksu itu.



"Kepala hotak hang..Ni selipar aku..apasai plak aku nak kena bayaq!! Ah!! tarak..aku nak amik balik selipar aku!!"Kata maksu kasar sambil memkai seliparnya itu..


"Ok..ok..wa bagi lu RM1 je,,boleh la.."Rayu Castello.Tapi rayuan beliau langsung tak dipedulikan maksu..Maksu teruihh naik motor skuternya lalu berlalu dari situ..



"Apala lu ni...wa nak buat bisnes pun dengki.."Kata Castello sambil berlalu dari situ dengan muka tak puas hati.





Apahal plak muka gua masuk sini!! Arrgghh..wa bukan gila glamer la!!Tutup muka!!

Isnin, Ogos 22, 2011

JIMAT ELEKTRIK

Haaa...kaedah yang nak ditunjukkan ni memang sesuai la dengan Incik Bachok untuk jimat elektrik kat rumah dia sebab sejak akhir-akhir ni aku tengok bil elektrik dia naik mendadak semacam ja..Tidoq buka lampu ke?Takut hantu?hahahahahahahaha...





video




Rasa macam kat asrama ja..huhuhuhu..

Sabtu, Ogos 20, 2011

DAH LAMA TAK TENGOK

Tiba-tiba ja teringin nak tengok filem The Little Vampire..Crita ni memang bwst gila..dulu bila aku tengok crita ni rasa macam aku pun ada jugak dalam filem ni.hahhahaha..Apa punya imaginasi la..Ah!! Layan jap la..Rindu plak kat watak-watak family vampire ni..heee!!




Apaaa??Miss Poyo rindukan kami?kami ni jangan katakan rindu..kenai dia pun dak..huuii!!


BILA PREDATOR BERTUKAQ JADI WOLFMAN

Hahahahahaha..


Lawak aarrr..Tadi aku buka Info dia tulis tajuk Predators.Cerita terbaru Predators yang Adrien Brody tu berlakon la..Sambil pegang remote ASTRO aku layan tenet jugak..Lepas tu aku tengok balik tivi.Tapi aku heran gak la awat Crita Predators ni macam cerita zaman dulu-dulu ja..macam zaman Victoria pkai kain kembang tu..Bukan filem Predators terbaru depa terperangkap kat satu planet lain ka..Kena lawan ngan Predators..





Oleh sebab permulaan Predator aku tak pernah tengok..Jadi aku pikir mula-mula jalan cerita macam tu la..Heran jugak awat plak ni..Awat muka Adrien Brody lain macam ni..hahahha..Layan la jugak..






Apa la lu Miss Poyo..hidung gua lain dari yang lain pun lu takleh beza dengan pelakon Wolfman ka?mangkok betoi la..





Lepastu ada adegan orang kampung kena srang dengan serigala..Bila masa plak ada serigala dalam filem Predators ni..Layan jugak la..mybe serigala watak tambahan kot..hahhahhaa...Tapi awat muka Adrien Brody tak muncul lagi ni?awat da muka mamat lain plak ni?Bukan Adrien Brody Askar kan dalam crita Predators?Last-last sampai pertengahan tak tunjuk lagi pun adegan yang aku tengok sikit-sikit dulu masa Mirul pasang DVD kat bilik dia..Aku pun try tengok Info..
Rupa-rupanya...filem ni tajuk WOLFMAN..Ceh,,dah separuh filem ni dah aku tengok..layan pi la sampai habis..
Aku syak mesti aku tertekan remote ni..sebab tu bertukaq siaran..Huuu!!






Kecewa Gila!! Miss Poyo takbleh beza antara aku dengan Werewolf..Huuu!!!



PENING PASAL BAJU RAYA

Sebenarnya tahun ni aku pening pasal baju raya..

Tahun ni aku nak pakai baju raya kaler kuning.

Then Incik Bachok cakap dia tak payah beli baju melayu kaler kuning la sebab dia dah ada warna tu raya dua tahun lepas..Kira pakai balik jela..lagipun dia bukan pakai dah pun baju Melayu tu lepas raya dua tahun lepas tu..Jadi ok jela..lagi pun boleh jimat..Duit yang spent untuk beli baju melayu tu leh buat benda lain yang penting jugak..






Then tiba-tiba mak aku plak pi beli baju kurung kat aku kaler biru..Lawa la plak..Jadi dah mak da beli..baik warna biru ni aku buat baju raya pertama ja..Jadi aku bagitau la Incik Bachok yang aku nak pakai baju kaler biru raya pertama..Jadi dia kena beli jugak baju melayu kaler biru..

Dia cakap dia dah da baju kaler biru..Raya tiga tahun lepas..Tak payah beli..Aku pun ok ja..






Tup-tup dua hari lepas dia bagitau plak kat aku yang dia rasa tak tentu lagi nak pakai baju kaler biru sebab takut tak padan dah sebab badan dia kan dah naik..hahahaha..debab nok..hahahhaha..Jadi dia nak pakai baju kaler kuning plak dah..Aiiyoohhh...kena cari baju kaler kuning la plak..Haiya!!







Jadi raya pertama pakai baju kaler Kuning,Raya kedua pakai baju kebaya kaler hijau yang aku tempah dulu tak amik lagi kat tukang jahit,raya ketiga pakai kaler biru yang mak beli..raya keempat pakai balik baju Maroon yang aku buat masa kenduri kahwin paksu haritu..Baru pakai dua kali..Heeeeee!!

jadi aku hanya perlu beli baju kurung kaler kuning..kasut dan selendang jela kan..

Huhuhuhuhu...






Lagipun aku memang time raya suka pakai simple-simple ja..Takdak la vox bagai beli baju samapi harga beratus-ratus..Lagipun sekarang ni kena jimat sebab taraf hidup dah tinggi..semua barang mahal..kalau ikut kata hati..mati la bai...hujung bulan makan rumput jela..muahhahahahah..Lain la kalau gaji mahal..memang tak kisah la kan..huhuhuhu...













Miss Poyo,hang ni time raya asyik pakai kebaya dengan baju kurung ja..cuba la ubah pesen sama..try pesen macam aku ka..kelas kau di pagi raya!

Jumaat, Ogos 19, 2011

LAGU RAYA FEVERET : SELAMAT HARI RAYA - SALOMA

Lagu ni setiap kali aku dengar mesti teringat zaman kanak-kanak aku yang kutip duit raya samapi ke Mahgrib..hahahhaha..Bayangkan la berapa kampung aku bersama adik aku dengan sepupu-sepupu aku jelajah..sehari kami bleh dapat dua ratus lebih..Fuyoo!!
Macam-macam pengalaman dan perangai tuan rumah kami jumpa..hahahahahha..Yang bagi duit siam pun ada..yang rumah banglo tapi bagi duit raya sekupang pun ada dan yang rumah papan buruk ja..tapi bagi duit raya RM5 tuh..
Tu la orang kata janganpandang luaran ja..Lagi besaq rumah..lagi banyak hutang la tu..sebab tu la kasik sekupang ja..hahahahahahah!!

Sekarang ni jangan harap la nak dapat duit raya..Bagi duit raya kat orang lain ada la..Sepupu aku yang sama-sama kutip duit raya dengan aku pun dah mula bagi duit raya kat sepupu-sepupu yang lain yang masik kecik lagi..Huiiii..

Part yang paling aku suka dalam lagu ni mesti la part yang ada budak kecik nyanyi tu..heee!!








Selasa, Ogos 16, 2011

LAGU RAYA FEVERET : PULANG DI HARI RAYA - NOORKUMALASARI

Masa aku tinggal di Ipoh dulu dengan family aku sebab abah aku ditukarkan kat sana..Bila time balik raya ja mesti aku suka dengaq lagu ni..Pendek kata abah siap beli cd dia la..Bila nak balik dari Ipoh ke Penang..lagu ni mesti mau kena dengaq la..hahahha..

La ni..abah pun dah ditukarkan balik ke Penang dan lepas tu bila aku dapat kerja satu company dengan abah aku pun aku di posting ke Penang jugak..memang takdak maknanya la jadi perantau macam dulu..hahahahahaha..Tapi lagu ni akan jadi feveret aku sampai bila-bila sebab bila dengar lagu ni aku akan rasa feel sebagai seorang perantau walhal aku memang dok ngan parent aku..memang tak payah kalut-kalut nak balik kampung macam orang lain..
Wahahahahahahahhahhaha!









POLIS YANG BERLARI LAJU MACAM ROBOT T1000 DALAM FILEM TERMINATOR 2

Aku tengah bawa kereta,maklumlah baru balik dari kerja kan..Tapi tah macam mana hari ni aku balik ikut jalan jauh.Aku ikut jalan Sungai dua.Gila hapa aku hari ni tetiba ja naik Highway dari Permatang Pauh ke Sungai Dua..hahahahahah..buat habis minyak ja..dah la minyak mahal la ni..




Sampai ja kat sungai dua..Jalan jem gila babi la..Kenapa la aku ngok sangat pi lalu kat Sungai dua ni yang memang konfom hari-hari jem.Adoila..tension betul la..yang ptong kiri ada..yang main menyelit ikut suka hati dia pun ada..Aku nak menyelit tak bleh la plak..Sebab aku bukan naik MIRA..Aku naik Honda Civic plak dah..bila masa aku beli Honda Civic pun aku taktau la..Banyak jugak duit aku ni noh..Dalam dok tension jem teruk ni..baru aku tau..Jem buka sebab apa pun..Ada Roablock plak kat simpang tiga Sungai Dua tu..What the hell time saat genting macam ni Polis buat roadblock plak dah..Dah la puasa..memang hilang sabaq la walaupun aku cuba bersabar..





Sekali aku sedaq yang aku tak pakai tali pinggang keledar..hahahha..Aku ni memang kalau bawa kereta memang tak pakai tali pinggang keledar..Memang habit aku la..Walupun mak aku dok berletiaq hari-hari suh pakai tali pinggang keledar..Tapi masuk telinga kanan keluaq telinga kiri jela...hahahahaha..Bila ada roadblock macam ni baru la terocoh-kocoh nak pakai kan..Tali tah macam mana tah masa aku tarik tali pinggang keledar ni..tali dia tersangkut plak dak..Aku tarik berkali-kali pun sangkut jugak..Adoi!! kereta aku dah makin dekat dengan mamat polis ni..Mati la aku..aku takmau kejadian kena tahan dengan brader JPJ 2 tahun lalu berulang..Satgi tak pasai-pasai aku pi mengaku sekali lagi aku ni budak miskin sebab takmau bayaq saman..hahahhaa..Panik punya pasal....Sampai ja giliran kereta aku lalu kat tepi mamat polis tu,aku terus pecut kereta aku gila-gila punya lauju..Tetiba ja aku pi menyelit potong memotong kereta kat depan aku..Aikk..tetiba ja Honda Civic aku bertukar jadi MIRA plak.??Magic betoi..!!







Dengan kuasa enjin yang ada pada MIRA,aku pun pecut gila la..Aku tengok polis tu dok kejaq aku..tapi last-last aku nampak dia berhenti berlari.Jadi aku pun gelak la..Padan muka kau bang pulis..sapa suh buat roadblock time ni..Orang semua kalut nak pi buka puasa la bai..Tengah gelak kuat-kuat sorang diri..Tetiba aku tengok kat cermin sisi aku..Mamat polis tu berlari kejaq aku.



Aiikk!!! macam mana dia boleh lari laju ni..tetiba ja dah ada kat belakang aku.Aku pun apa lagi..Pecut lagi laju ja..Berdecit-decit bunyi MIRA aku bila aku tukaq gear..Tudia punya power enjin dia..mau tau arr beribu habis..kepuasan memuaskan.Gerenti mamat polis tu tak dapat ligan kereta aku..Tapi malang jugak nasib aku sebab makin laju MIRA aku..makin laju dia berlari..Gila aku teringat adegan Terminator 2 yang mana robot jahat yang menyamar jadi bang pulis ligan kereta yang bang Arnold pandu tu..gila laju dengan muka serius..oh!!


Aku pun jerit kuat-kuat la takut punya pasai sebab aku nampak tangan dia macam nak capai belakang MIRA aku..Tiba-tiba..


"Woi Mira!!! hang nak bangun pi kerja pukoi berapa ni dah pukoi 6.30 woiiii!!!"




Sekali mak aku gerak aku bangun pi kerja da..Mimpi rupanya..Ciss!! Ingatkan bulan puasa ni aku tak mimpi merepek..Tapi mimpi jugak..Haiya!!







Ciss..jangan hang samakan aku dengan Bang polis tu Miss Poyo..Sebab aku ni polis Special hang tau..Boleh caiq-caiq jadi liquid Metal..bang pulis tu pa barang..hak tuiiii!!

Isnin, Ogos 15, 2011

EDISI PUASA : MAKAN KFC DALAM JAMBAN

Masa aku kecik-kecik dulu..Bila time bulan puasa ja..Aku banyak habiskan masa aku kat rumah Tokwan Non..Kiranya bila abah balik kerja,dia ngan mak akan pi melepak berbuka puasa kat rumah Tokwan Non aku la..






Satu hari..ketika bulan puasa tahun 1995..time tu aku baru darjah 2 la..Abah yang balik kerja bawa balik satu kotak besaq KFC..Memang best gila la sebab dapat berbuka puasa dengan KFC sebab aku puasa letih nak mampus..Nampak ja KFC rasa berbaloi la plak kan puasa aku..Tapi malangnya bukan semua orang yang berbuka dengan makan KFC..Yang pulun dok makan aku dengan paksu jela..yang lain-lain lebih suka melantak nasi lagi..Oleh sebab hanya kami dua ja yang makan KFC yang abah beli tu..maka tinggal belen banyak jugak la dalam kotak tu..Tok pun simpan la untuk sahur..Tapi bila time sahur pun..bukan semua makan KFC tu..paksu dengan aku ja yang pulun makan sambil mata terpejam..Tak pasal-pasal sos termasuk dalam lubang hidung aku..ahahha,..sebab aku nak suap ayam kat mulut..tersilap landing kat lubang hidung daa..Jadi oleh sebab kami ja makan..makanya belen pun ada lagi la dan tok aku pun simpan kotak KFC tu bawah tudung saji ataih meja makan...







Esoknya...tiba-tiba ja suasana panaih gila..Dah berapa kali aku pi mandi tapi tak jugak dapat hilangkan kepanasan aku..Dah la panaih...dahaga bukan main..lepaih tu lapaq pulak..Nak kuaq pi main pun tak boleh..sebab time posa ni memang tak larat gila..Jadi aku pun mundar-mandir dalam umah Tokwan macam cacing kepanasan..Sikit-sikit masuk bilik air basuh muka..Memang teringin jugak nak telan air paip dalam bilik air tu..tapi bila pikir balik kejadian aku kantoi minum air paip kat belakang rumah jiran aku lepaih tu kena cubit barang dua tiga das dari mak aku..aku pun matikan hasrat aku..








Dah pi bilik air..aku dok mundar mandir plak kat daput..Masa kat dapuq tu..aku ternampak la tudung saji atas meja..Tetiba ja aku teringat yang tok aku taruk ayam KFC bawah tudung saji tu..Jadi pelan-pelan aku buka tudung saji tu..Tudia ada 6 ketul ayan bergolek baik ataih pinggan..Masa tu,aku nak macam ayam KFC tu dok panggil-pangil aku ja suh makan depa..Terdorong dengan nafsu liar aku yang tahap dewa ni..Aku amik seketul ayam tu taruk dalam poket suar pendek aku lepaih tu aku berlari keluaq dari rumah tok ke belakang rumah.Masa tu rasa lega gila la sebab aku punya perangai takdak sapa perasan..Jadi aku keluaqkn ayam tu dari poket seluaq aku..fuh..bau dia best gila..baru ja aku nak masukkan dalam mulut..aku teringat plak nanti kantol plak..so aku cepat-cepat masuk dalam jamban blakang rumah tok aku tu..Msa tu umah tok takdak jamban dalam rumah..Jamban ada kat luaq rumah..Ala..jamban yang dinding dia buat dari Zink tu..La ni jamban tu tak wujuk dah..hahahhaha







Tengah baik punya dok mencangkung sambil melayan makan KFC..Tiba-tiba aku rasa macam dinding jamban tu diketuk..Gila takut aku hampa tau..sapa plak ketuk ni?


"Woi!! sapa ni?!!"

Aku try tegur..








Tiba-tiba jamban tu bergoncang kuat..Aku apa lagi..jerit kuat-kuat la..gempa bumi ka hapa macam dalam cerita omputih yang abah dok tengok tu..Lepas tu aku dengar ada suara laki gelak kuat-kuat..lagi kuat dia gelak..laki kuat bergoncang jamban tu..huhuhuhu..






"Sapa ni??jamban tokwan aku runtuh satgi!!??"Aku jerit kuat sambilmenangis..Suara tu gelak lagi kuat..






"Mira..hang dah berdosa..hang tak posa...sekarang aku nak makan hang pulak..Akulah hantu jamban..hahahahahah.."



Gila punya takut punya pasai..aku buka pintu jamban lari kuat-kuat sambil terkencing dalam seluaq masuk dalam umah..Masa tu aku pikiaq memang aku tak selamat la..mati la aku jadi makanan hantu jamban..hahahhaha..

Masuk ja rumah aku panggil Toikwan aku lepas tu aku bagitau tokwan aku yang hantu jamban nak makan aku...






"Hantu jamban nak makan hang ka?ka hang la hantu jamban tu??!!!"







Tudia tokwan cerkah aku..sambil tarik telinga aku..Adeh..adeh..adeh..!!!Almak..!! Aku lupa nak buang tulang ayam KFC ni tadi..takut punya pasal..aku gengganm kuat-kuat tulang ayam tu..hahahha..Kan dah kantoi..Masa tokwan dok tarik telinga aku tu,aku nampak paksu angkat ibu jari dia kat aku..


Cisss!!! aku dah tau..hantu jamban tu mesti paksu aku!! Cisss!!!








Ciss!! apa kelas makan kami dalam jamban..Tak senonoh punya miss Poyo!! Puiii!!

LAGU RAYA FEVERET : SELAMAT HARI RAYA - FAZIDAH JONED

Sekarang aku akan siarkan pulak Lagu raya feveret aku dari aku kecik sampai la aku besaq tua bangka ni..Untuk pilihan pertama..Kita layan lagu nyanyian Fazidah Joned!!!
Heeeeee!!






Heeeeee..tak menyabor dah aihh nak raya..hahahah



Ahad, Ogos 14, 2011

BUNTU BILA BLOG JADI GILA

Argghhh!!

Blog aku memang problem la!!!

sat bleh komen..sat tak boleh komen..tension gilak!!

arrgghhh..ada ka hero-hero yang boleh bantu aku ni??!!








Hmmm..kesian plak kat Miss Poyo ni..nak tolong ka takmau?

AWAT JADI MERENG NI??

Hahahahahhha..aku dok heran la selama ni man pi aku punya follower,mana penerangan pasai diri aku..mana semua tu kan..rupanya depa melepakkat bawah..hhhahahahhaha..

EDISI PUASA : BERBUKA DENGAN KOREK TAHI HIDUNG

Masa aku kecik-kecik dulu...abah dengan mak kalau nak beli baju raya untuk kami adik beradik mesti pi kat Sungai Petani..Ala kat jam besaq tu..depan kamdar tu..depa ada buka kedai-kedai jual baju kurung,baju melayu..segala baju ada kecuali baju dalam...hahahahahahahaha...




Satu hari di bulan puasa tahun 1996..masa tu nak penghujung bulan puasa la..Abah dan mak bawa kami adik beradik yang masa tu ada 3 orang ja..Azhan tak wujud lagi..Aloyah pun baby lagi pi la kat Sungai Petani..Time tu memang bizi gila..jalan kat Sungai Petani sesak..Dah tu nak beli baju raya pun bersesak jugak..Time tu peniaga pakat-pakat nak lelong barang yang depa nak jual terutama sekali kuih raya..Mau tak ramai kan..Lepas ja beli apa yang patut..Kami pun bergegas la pi kat kereta..Sampai ja kat kereta dah start enjin bagai..abah aku tak boleh keluar plak dari parking sebab jalan kat parking pun jem jugak..yang dok cari parking..yang nak keluar dari parking..Semua bercampuq aduk..mau tak sesak kan..





Agak lama jugak la abah aku nak kuaqkan kereta dia petak parking sebab kereta lain tak bagi jalan..macam sial jugak la perangai..korang dok cari parking tapi orang yang nak kuaq dari parking hampa tak bagi laluan..samapi tahun depan pun blum tentu dapat parking kan..Akhirnya..ada jugak sebiji kereta yang aku tak ingat jenis apa bagi laluan..Lega rasanya..Yela kan..time tu dah pukul 6 lebih nak masuk pukul 7 dah..nak cepat-cepat pi kedai makan la nak berbuka kan..





Tapi masalah plak timbul kat ataih jalan raya sebab jem sakan plak kan.dok dengaq bunyi pin pon pin pon..Mak pulak dah berletiaq panjang sebab rasa kami memang tak sempat dah nak pi ke kedai makan.Lepas tu rasa tak puas hati jugak kat abah sebab sebelum nak balik tadi..mak nak beli air la kat situ..kot-kot la kalau tak sempat pi kat kedai makan..boleh berbuka dalam kereta..dah abah tak bagi plak dah..katanya sempat..sekarang..nah ambik..memang pada firasat aku time tu..memang takdan la..huhuhuhu..






Last-last azan dah berkumandang kat Radio...Aku tengok mak dok tercari-cari sesuatu dalam laci kat dashboard kereta tu..cari apa taktau la..Yang tu aku tak peduli..yang aku peduli la ni ialah kata-kata tokwan Non kat aku sehari sebelum tu..






"Mira..kalau hang buka puasa..jangan dok lengah-lengah..tak baik..."






Oleh sebab kata-kata tokwan aku tu tergiang-ngiang kat telinga aku macam kata-kata Yoda tergiang kat telinga Luke Skywalker dalam cerita Star Wars tu..Aku pun panik,..Tokwan kata tak baik ni..mana boleh jadi ni..kena buka jugak cepat-cepat walau apa pun trjadi..Jadi aku teringat yang Tokwan pernah bagitau..kalau korek taik hidung boleh batalkan puasa..sama macam kita makan masa time puasa la..secara otomatik terbatai puasa kita..Jadi oleh sebab pada pikiran aku kedua-keduanya sama jala kalau time berbuka pun..Jadi aku secara otomatik korek hidung aku..hahahahahha...




Tengah baik punyeerrr korek hidung..tiba-tiba mak hulur botol air mineral kat aku..Rupanya dalam laci kereta ada botol air..tapi aku tolak pemberian mak tu dengan elok..






"Takpa mak..Ceq dah buka puasa pun ni.."




Mak yang hairan pandang aku..



"Hang buka puasa dengan apa?"Soal mak.








"Dengan korek taik hidung.."Jawab aku sambil tunjuk taik hidung setempek kat jari aku..ahhahahahhahahhahahha...




Abah yang tadi muka tension terus gelak sakan..Mak pun sama la..

Aikk..awat gelak?salah ka?hahahahhahhahahaha...









Haiya..tak senonoh la hang ni Miss Poyo..ada ka berbuka puasa dengan korek lubang aku..chuiiissshhhh!

Sabtu, Ogos 13, 2011

PASANG PELITA

Sekarang ni..aku terpikir-pikir la jugak sama ada nak pasang pelita ke atau tak kat keliling rumah aku macam tahun yang sebelum-sebelum ni..

Tapi masalhnya la..pelita yang ada ni dah hilang..Aku letak kat belakang rumah aku..tengok-tengok da hilang..

Heran betoi la aku..Pi mana taktau?

Tau dak..pelita ni memang penting bagi aku sebab selain rumah aku nampak berseri-seri setiap malam di bulan puasa ni..Adanya pelita ni jugak untuk menyenangkan aku bakaq mercun mahupun bunga api..hahahahahaha..

Tapi tu la...mana pi ni??tension betoi la..




Takkan la nak beli baru kot?Tahun ni aku nak cut cost perbelanjaan aku sempena puasa dan raya..Takmau la berbelanja secara berlebihan sangat..Naya tau dak..Huuuuuu!!

Nampaknya pasang lampu liplap liplap jela..tu pun aku akan minta sponsor beli lampu liplap liplap tu kat abah..

hahahhahaha..



Bijak tak aku?

hahahhahahhaha






Hang ni teruk la..depa dah cilok aku sehari sebelum posa lagi tau dak..tu la..dok letak aku and the geng merata-rata sangat...puuiii!!

Khamis, Ogos 11, 2011

EDISI PUASA : KENTUT BATALKAN PUASA MISS POYO

Selepas ja kejadian kena tarik telinga dengan Arwah Tokwan Non..Aku pun makin serius dalam berpuasa.Mau tak serius..Gila rasa macam nak tercabut jugak la telinga aku sebab kena tarik ngan tokwan.Agaknya mak aku mewarisi bakat tarik telinga dari tokwan kot sebab mak kalau tarik telinga aku bila aku buat pasai..memang boleh lemah jantung..Sakit gila bai...
Takmau kena tarik telinga,aku mula belajar pasal puasa..Masa puasa tak boleh korek hidung..nanti batal puasa..masa puasa tak boleh korek telinga..nanti batal puasa..Masa puasa tak boleh masukkan makanan dalam mulut...nanti batal puasa..Masa puasa tak boleh terover tidoq..nanti batal puasa..Kalau muntah batal puasa..kalau berdarah,batal puasa..pendek kata banyak aihh larangan dia bagi aku yang budak kecik lagi time tu..Ala..time tu rasa macam payah la..baru umuq 7 atau 8 tahun kan...Jadi aku hati-hati la supaya puasa aku tak terbatal..


Satu hari,Waktu tengah hari di bulan puasa..Aku tengah layan tengok tv ngan mak aku..Time tu time cuti..nak kuaq pi tangkap ikan takpun nak main polis sentri memang tak larat la..Aktiviti paling selamat sekali dari rasa letih tengok tv jela..Tengah layan TV baik punya..Tiba-tiba perut aku rasa lain macam..Mula-mula tu buat tak reti ja..Aku tahan jugak la labu rasa sakit perut aku ni..Tapi lama-lama mana tahan baik..Senanknya dia makin memuncak ni..Time tu hati aku rasa panik gila..Macam mana nak buat ni..Takkan nak berak kot..Naya la aku..dah puasa setengah hari ni..Aku try jugak tahan..tapi last-last..

Brookkkkkk!!! proottt!! prottt!!!

Baik punya kentut sambil diiringi bau yang baik punyeerrr...hahahhahaha..
Aku tengok muka mak aku dah bertukaq warna merah padan..Time tu aku dah mula takut..Habis la..habis la..mesti mak aku menggamuk ni..


"Apa hang buat ni Mira??"Mak aku soal aku..

"Ceq terkentut.."Aku jawab dengan muka cuak..Lepas aku jawab macam tu,mak aku tutup hidung dia sambil layan TV balik..Aii..mak aku kurang aktif la plak..Kalau tak mulut dia potpetpotpet..Puasa punya pasal..mak aku jadi pendiam la plak..Tapi pasai mak aku berubah karektor tu aku tolak tepi la ni..Sebab aku dok pikiaq..nak pi makan ka dak..nak pi makan ka dak..Kentut dah..bukan aku sengaja kan..dia yang nak terkeluaq sendiri..Jadi aku pun pi dapuq..mak aku dok tengok TV tak sedaq apa dah..Sampai ja kat dapuq..aku taruk air sejuk dari peti ais masuk dalam gelas..Lepas tu aku minum..Wahhh!! Lega rasanya...bestnya...Masa tu aku dah terima kasih dah kat kentut sebab mengkentutkan dirinya untuk aku..Tengah best layan ayaq..Tiba-tiba..

"La Mira!!! hang buat apa ni??!!"
Soal plak mak aku yang tiba-tiba muncul ka dapuq.

"Ceq minum la..apa lagi.."Aku jawab selamba..hahahahha..

"Awat hang minum??ni kan bulan posa.."Mak aku balas balik jawapan aku..

"Kan Ceq dah batal posa tadi..terkentut.."
Mak tiba-tiba ja gelak dengan jawapan tak bernas aku ni..
hahahahahhaa..punya la kuat dia gelak,satu kampung boleh dengaq ni kalau macam ni punya gelak ..


"Ni Mahzab mana hang belajaq ni?mana da kentut boleh batal poasa..hahahahha"

"Betoi ka ceq batai posa mak kalau kentut??"


"Dak..."


"laaaaa...."


Tapi lepas tu aku langgah lagi ayaq barang 2 3 gelas lagi..Hahahahha..
Baru aku tau rupanya kentut tak batalkan puasa..Kalau berak pun tak batalkan puasa..Buat penah ja tahan berak ngan tahan kentut sebelum tu..hahahahhaha..
Hahahhahaha..Nasib baik jadi time aku umuq 7 atau 8 tahun..kalau aku buat perangai macam ni time aku dah besaq memang aku mangkaq la..hahahahhahahaa

BLOG AKU BUAT PASAI BALIK!!

Awat ngan Blog aku ni..Entri ja ada..Yang kat tepi-tepi ni pi mana habis???
Waaaaaa!!!!

BERLAGAK

Budak yang still lagi study..dah pakai kereta besaq..berlagak la konon..

Takat harta mak bapak jangan nak berlagak dengan aku la..

Belum keluaq lagi dari dunia realiti boleh la..Takat dok dalam alam DUNIA BARU boleh la Eksyen..


Nanti dah masuk dunia realiti..

baru tau langit tinggi rendah..

Puiiiii!!










Senyum wei..senyum..biaq pi la Miss Poyo nak kata pa kat kita..tee hehehe

Rabu, Ogos 10, 2011

EDISI PUASA : MISS POYO MENYAMAR JADI BUDAK INDIA

Tudia..tudia...
Bulan-bulan puasa ni punya malaih nak menulis...lepaih berbuka ja makan banyak gila sampai over kenyang walaupun aku tak puasa..haaahaahahaa..Tapi walaupun aku tak puasa aku tak la hadap sangat nak makan gila-gila khinzir punya macam laki-laki yang menepek kat kedai mamak walaupun takdak sebab untuk depa tak puasa kan..

Bila sebut tak puasa ni..aku teringat masa zaman kecik-kecik dulu..masa First time aku kena puasa..gila betul..Time tu aku baru umuq 7 tahun..Arwah Tokwan Non dah mula arahkan aku supaya berpuasa..Masa tu..tak main la upahh-upah kalau puasa penuh kan..Kena puasa jugak lepaih kena paksa dengan Tokwan..Masa tu..tak rela gila..Dok pikiaq..awat la tokwan nak dera aku lagu ni kan..tapi sebab takut kena marah dengan Tokwan aku puasa jugak la labu..Masa aku start puasa tu pun buat first time masa puasa yang ke berapa hari tah..nak tunjuk jugak kat tokwan yang aku pun boleh puasa macam paksu sebab paksu dok berlagak dengan aku la konon sebab boleh puasa sehari suntuk penuh tak sekerat hari..elehh!!

Masa hari first puasa tu,pagi-pagi masa sahur tu memang semangat la..haaaa..Baru paksu tau aku pun boleh bangun sahur la....Lepaih tu memang takbley tahan baiii..pukul 9 pagi perut aku dok bunyi irama dangdut dah ni..time tu lagu dangdut memang hot arr kan..Nak makan aku tengok kawan-kawan tak makan pun..pakat dok dalam kelas tidoq,baguih depa ni noh..puasa baik punyer..mesti da biasa puasa ni..agak-agaknya bila la depa dah start belajar puasa ni?takkan umuq 2 tahun dah pandai puasa?mushkil betoi la..Tapi yang puasa ni aku tak amik port sangat,aku dok ushar yang tak puasa....Tapi,yang menala pi kat kantin budak cina dengan India ja..So,aku perati ja depa berjalan ramai-ramai ke kantin dengan perasan jeles bagai nak rak..Sampai la sorang budak India kelas aku lalu depan aku..nak ke kantin..aku tak ingat la nama dia..tapi dia suka dandan rambut dia..Aku pun pi la kat budak india tu..Aku pun cakap...

"Aku nak ikut hang boleh dak?"
Pastu dia tanya aku..aku nak ikut dia pasaipa..dia nak pi kantin..bukan aku puasa ka sekarang..
Aku pun balas..

"Ala..hang diam sudah la...aku nak ikut hang jugak.."


So..lepas cakap camtu..aku pun ikut dia pi kantin..beratuq sama dengan budak India ngan Budak Cina kat kantin..beli makanan..hahahahaahaaaaaa...Siap pura-pura sembang dengan depa lagi walaupun aku tak paham apa..aaahhahhaha
Lepaih tu siap makan dengan depa lagi..hahaahahaa..Dalam hati aku memang niat nak menyamar jadi budak India la kan..Masa tu rasa hebat la sebab aku menyamar jadi budak India sapa pun tak cam..hahaahahahaa..Tapi apa yang depa cakap aku sepatah haram pun tak paham..dok tergelemg-geleng kepala sambil sembang..Lepaih ja waktu rehat..hati pun senang..ahahahahaa..Balik dari sekolah..pura-pura plak letih yang amat konon-konon puasa la..ahaaaahahaa..bijak dak aku masa kecik dulu?aaaaaahahhaha..


Tapi aku kantoi jugak sebab ada kawan paksu darjah 6 nampak aku tak puasa.Dia pi bagitau kat paksu aku yang time tu dah form 1 belajaq kat sekolah menengah kat sebelah sekolah aku..Paksu apa lagi..dia pi bagitau la kat Tokwan kan..Dan masa berbuka tu...aku ni bukan main lagi dok bersila mengadap depan makanan..Sekali tokwan cakap..

"Orang tak puasa pi dok kat ruang tamu.."


Aku buat tak reti ja sebab aku dok pikir tokwan taktau aku tak puasa..
Sekali tokwan cakap lagi..

"Orang tak puasa pi dok kat ruang tamu!!"Kali ni lagi kuat sambil tepuk lantai..Aku punya la terkejut..Lepaih tuTokwan siap tarik telinga aku lagi..ahahahaaaahahahha...Masa tu aku nampak paksu dok tunjuk tanda bagus kat aku..tak guna!!!Sebab Paksu aku kantoi..huuuuu!!!

Selasa, Ogos 09, 2011

LAGU FEVERET : CAHAYA HATI - OPICK

Lagi lagu feveret aku dari Opick..
Bulan-bulan puasa ni..lagu macam ni bertambah menginsafkan..heeee!!






TAK PUASA..ISSHHH!!

Sebenar masuk hari ni..dah 3 hari aku ABC..ABC tu maksudnya Allah Bagi Cuti..ni ayat Rostam la ni..hahahhahahhaha..Yela..aku bukan saja-saja nak cuti berpuasa ni..Tapi dah sifat Azali perempuan..Mesti dapat cuti punya la..Nanti ganti la balik kan..


Tapi aku bukan nak cerita pasal cuti ka..lampu merah ka..hapa ka..Aku nak cerita pasal puasa..ya puasa yang melibat orang lelaki la..orang perempuan tolak tepi sebab kami memang dapat ABC...


Tadi oleh sebab aku ABC dan si Khausar plak tidak dibenarkan berpuasa oleh doktor sebab berat badan dia turun mendadak walaupun dia tengah mengandung,bahaya la kan..takleh puasa la..doktor suruh dia berbuka..So,kami bercadang nak membeli nasi kat Kedai mamak sebab kalau kat kedai Melayu memang tutup la kedai..Jadi kena pi jugak la kedai mamak..Aku tak beli pun..Aku tak lalu makan kat kedai mamak ni..So Khausar jela kan nak pi beli nasi..Kami pi Restoren Pelita kat Bandar Perda..Khausar parking kereta dia betul-betul depan restoren tu..jadi aku nampak la jelas apa yang ada dalam restoren tu..



Bukan nak kata la..Time tu pukul 12.30 tengahari tapi MasyaAllah!! Ramainya orang dalam restoren tu..Takkan nak beli juadah untuk berbuka kot?Pada-pada la time tu baru pukul berapa..Kalau bungkus nasi sekali dengan lauk..nak tunggu sampai waktu berbuka baru nak makan..Tak kembang ke nasi tu..?Haaa..pikir sendiri..




Yang bestnya orang Cina sama orang India takdak pun..Yang banyak melayu laa...Paling banyak sekali muka-muka student..Semua orang tau kawasan Bandar Perda ni kawasan tempat tinggal Student UITM,Politeknik,Kolej Komuniti..Dengan beg sandang depa tu..baru balik kelas agaknya..Dok beratuq amik lauk..Ya Allah!! Tak malu ka wahai lelaki-lelaki oiii...Perempuan dalam tu just ada dua orang.Khausar dan seorang lagi kakak yang aku syak dia pun ABC macam aku..Dah la beli nasi,beli air plak tu..Ingat taruk dalam plastik hitam aku tak nampak apa dalam tu?Aku dok depan restoren tu la bai..Lepas beli ada dua orang budak laki ni..Muka baik yang amat..Tapi dok gelak-gelak sambil cium plastik yang depa bawa tu..Macam cibai kan perangai??


Rasa macam nak ambik gambar ja..lepastu taruk dalam blog ni..haaa..nampak muka sebijik-sebijik..jelas dan terang..Tapi rasa tak baik plak nak aibkan orang..Biaq aku tulis jela...



Lepas tu Khausar pun masuk dalam kereta dan Mengucap panjang..Dia bagitau aku..ni bukan Kaum serani ka,dayak ka.cina ka..ni Melayu yang mai beli ni,takkan tiba-tiba time bulan puasa orang Serani tetiba ja seramai tu plak kan....Sambil dia geleng-geleng kepala dia mengucap panjang berkali..Memang betul kata Kausar..lelaki sekarang ni kebanyakkanya iman rapuh.Susah nak cari lelaki yang betul-betul boleh dijadikan contoh yang baik..Kalau anu korang tu berdarah macam kami takpa jugak..ni anu tak berdarah..apasal pulak takmau puasa?tak malu ka?Buasir kot?hahaahahaha..



Aku pernah jugak jumpa seorang lelaki yang cakap bukan main lagi pungpang pungpang pasal agama..Last-last kantoi ngan aku tak puasa..Cakap tak serupa bikin..hipokrit..Aku tak suka la laki macam ni..Kalau korang tak puasa sebab sakit..Apasal boleh ketawa beramai-ramai plak lepas keluaq dari Restoren?Rasa hebat la sebab orang Pejabat Agama takmai serbu?macam tu?




Kami orang perempuan kalau tak puasa di bulan puasa sebab ABC,sekurang-kurangnya kami ganti jugak walaupun disaat akhir nak dekat Ramadhan..Hampa?Jangan harap la..tera bulan puasa pun melantak..ni kan pulak time bukan bulan puasa..Cabaran lagi banyak...Heh!!



Kadang-kadang aku kesian jugak la kat orang-orang lelaki yang tak puasa ni..Rasa macam dia membazir pahala dia macam tu ja..Dok kumpul dosa ja..Macam ni nak jadi ketua keluarga?Nak jadi pemimpin sedangkan diri sendiri tunggang langgang..Kalau jadi pemimpin negara..Jahanam la negara..Tera la pun dah kucar kacir..Kalau masuk puak-puak macam ni..lagi jahanam..Adoiii!!












Lu jangan pandang serong kat gua arr Poyo,gua makan ni sebab gua tak puasa..Gua tak puasa ni sebab gua kapir..Jangan tuduh-tuduh arrr!!

Isnin, Ogos 08, 2011

TERSILAP ABAH

Masa aku kecik-kecik dulu...sebenarnya sehinggalah saat kematian Arwah Tokwan Non,dia sebenarnya ada bisnes jual nasi campur..Malah ada buka kedai makan kat Pekan Tasek Gelugor.Tapi tiap kali bulan puasa,Tokwan Non akan tutup kedai dia.Gila nak buka kedai masa tengahari..tak pasal-pasal kang kena cekup sebab jual nasi pada orang yang tak puasa..aaahahhahahha..Jadi,nak bagi bisnes dia kekal berjalan lancar walaupun time bulan puasa,Tokwan Non sewa la tapak berniaga kat Pasar Ramadan.Jual lauk pauk dan jugak Ais kacang.Sebagai cucu yang dok dekat dengan dia..jadi setiap hari di bulan puasa mesti la aku menepek kat kedai dia..hahaaa..bukan nak tolong ka hapa..aku dengan Paksu tukang penyebok ja..ahaaaa..tukang perabih lauk..time tu umuq 6 tahun..mana la puasa kan..nak raya teruja plak..nak kutip duit raya..ihihihi..







Satu petang,abah aku yang sentiasa Bizi dengan kerja dia yang tak berkesudahan tu tiba-tiba ja ada melepak sekali dekat gerai tokwan..Aku apa lagi..syok macam beruk dapat asam la kan..boleh pau abah aku boleh beli macam-macam kat pasar Ramadan..Jadi malas nak layan kerenah aku yang macam haprak ni..abah pun layan la bawa aku dari satu gerai ke satu gerai kat situ..Syok punya pasal..aku plak yang dok tarik-tarik tangan abah aku..abah aku ni mengekor ja kat belakang..haaahaa..







Punya la syok beli tu beli ni..aku tak pandang muka abah aku dah..aku tarik tangan abah,pi ke gerai..tunjuk apa aku nak..abah bayar..jalan kat gerai lain pulak..pastu tunjuk lagi apa aku nak,abah pun bayar..aku pi gerai lain pulak..Sampai la satu ketika tu,aku rasa awat pelik sangat tangan abahh aku ni..lain macam ja..tapi aku boh layan..aku tarik-tarik jugak tangan abah aku pi tang gerai lain..abah aku pun aku rasa macam turut ja aku..Aku pun tunjuk nak beli Murtabak..kali ni aku pandang muka abah aku..







Aiiikkkkkk!!!!!







Awat muka abah aku putih semacam..??Awat abah aku kuruih sikit ni??aku tengok abah senyum kat aku.Aku tak balas pun senyuman abah..Sebab..sebab..sebab ni bukan abah aku..Waaaa...Aku pun apa lagi..melalak sakan la..haaaha..Tengok-tengok aku dengaq paksu aku gelak sakan kat gerai tokwan..abah aku pun sama..bukan kata paksu ngan abah..makcik ngan Makjang yang da kat situ pun gelak sakan..Gerai Murtabak selang 4 gerai ja pun dari gerai tokwan..memang nampak jelas la muka depa gelak kat aku..







Tak guna..!! Rupanya depa dah tau aku tersilap pegang tangan abah masa kat gerai pakcik juai dadih lagi..saja abah aku nak tengok gelagak aku..teruja sangat sampai tersilap orang..hahhahaha..Jadi yang pakcik ni pun layan baik punya aku ni..Sebab pakcik tu kenai Tokwan Non..jadi dia layan jela..huuuuu!! Masa tu malu pun ada...aaaahhahah..Sampai hati depa buat macam tu kat aku..haahaaaa....Pakcik tu pun bila abah nak bayaq balik duit yang dia beli kat aku tu,dia takmau..nak belanja katanya..takpala...







Sampai la bila mai bulan puasa ja dan bila pi pasar Ramadan mesti aku teringat peristiwa tu..Cinabeng tul la..Yang paling best..sampai la bila aku nampak ja pakcik tu kat mana-mana tempat kat Tasek Gelugoq ni..mesti aku lari dari dia..hahhahahha..fobia woooo!!



hahaaaaaha..Cam bodoh ja..







Aku sedih!! awat takdak sapa yang boleh pura-pura jadi abah aku lepaih tu beli macam-macam kat aku bila kat pasar ramdan..semua aku kena beli sendiri!! awat Miss Poyo boleh dapat semua tu!! Apa salah ceq tak dapat semua tu!! Waaaa!!!

Ahad, Ogos 07, 2011

BESDAY INCIK BACHOK!!

Aku baru ja balik dari sambut besday Incik Bachok..haahahahaahha..Masuk tahun ni..ni kali keempat aku sambut besday dengan dia..First time sambut besday dengan dia masa tahun 2008.Masa tu besday dia yang ke 19 tahun...hahaaaa..muda kan dia time tu,aku masa tu da umur 21 kot.haaaaa..lawak aarrr....tapi time tu kami just kawan baik ja..kawan baik di alam maya..Langsung tak pernah jumpa...Jadi sambut besday pun dalam alam maya jugak la..hahahaha..




Lepas ja kapel..kami jarang jugak jumpa sebab time tu dia still belajar lagi kat Politeknik Sultan Azlan Shah,Tanjung Malim...Bila ja dia tamat belajar..Dia bekerja kat Kelantan..Sebgai Waiter..Time tu kami dok jauh..nak wish besday pun pakai 3G ja..Aku sempat jugak la kasik dia hadiah gelang tangan..Bila tengok dia pakai gelang tu..da macam gangster plak..hahaahahaa..




Dan tahun ni..tahun kedua kami dapat sambut besday bersama sebab sejak bulan Februari tahun lepas,Incik Bachok dah start tinggal kat Penang..ahaahahaha..Tapi tahun lepas walaupun kami dahh tinggal satu negeri,tapi kami still jugak tak bolehh sambut besday sekali sebab dia kerja time tu..huuuu..Tapi tahun ni,akhirnya..kami berjaya jugak sambut besday sama-sama kat Restoren Bangkok Station kat Taman Pauh(betul ke nama tempat ni??hahhahaha)..

Takmau cerita panjang-panjang la...nak layan gambaq sat..weeee!!








Nindia Besday Boy kita yang tak berapa boy sangat..macam bapak boy pun ada..hahhahaha..






Incik Bachok suap aku macam ni besday aku plak..hhahhahaha..





Ni dia kek buah pilihan aku..kek feveret Incik Bachok...






Adik-adik aku yang turut serta sambut Besday Incik Bachok..






Aku malas nak buh gambar banyak-banyak sebab aku malas dan mengantuk sangat-sangta ni..uuuuu...
Ni lagu khas untuk Incik Bachok..hhahhahaha..





hahaahahhahha..

LAGU FEVERET: SESUNGGUHNYA-UNGU

Haaaa...lagu ni time aku kerja kat site memang selalu dengaq la...Oleh sebab pekerja site banyak yang tak posa dan time rehat makan baik punya..aku banyak habiskan masa aku dalam kabin..dalam kabin pun ada jugak yang melantak..so aku bagi amaran kat depa kalau nak melantak pi kat melantak kat Kabin satu lagi..jadi..sambil layan tenet..sambil dengar lagu ni la..heeee..






Weeeee!!!

TOKWAN SAKIT

Semalam...aku tak tulis kat sini sebab aku pi Baling,Kedah.Tokwan Im aku(abah kepada abah aku) sakit.Biasa la orang tua umur 98 tahun kalau tak jatuh sakit secara tiba-tiba agak hairan jugak la melainkan beliau minum tonik..uhuhuhuhu...Dan sampai la aku heran..awat la tokwan Im beli tanah jauh kat pendalaman kat Baling sana noh..Takut ceq..dah la kampung tu jarak rumah ke rumah jiran jauh-jauh..Lepaih tu rumah Tokwan aku paling hujung sekali kat kampung tu..lepas tu..hutan banat..dan...tanah tokwan aku yang luas nak mampus tu..termasuk bukit la..dusun atas bukit..Dah tu,,jarak dari umah tokwan aku ke pagar 500 meter lebih la...bayangkan la...Aku takut wei..tambah-tambah malam plak..gulap gulita.

Sebenarnya tak banyak yang aku dapat cerita pasal tokwan Im sebab aku dengan dia tak banyak kenangan sangat pun berbanding aku dengan arwah Tokwan Non..Yela kan..aku masa kecik-kecik dulu banyak habiskan masa kat rumah Tokwan Non.Berbanding dengan Tokwan Im.Sebabnya Tokwan Im banyak rumah..paham-paham la kan maksud aku..bleh dikatakan sebulan sekali nak jumpa dia pun susah..Jadi macam mana nak dapat kenangan dengan dia kan..masa besaq ni lagi la jarang jumpa...

Tapi aku masa kecik boleh dikatakan cucu feverat dia la..Walaupun dia ada kat rumah dia yang lain,dia akan call jugak rumah aku nak bercakap dengan aku.Apa yang aku cakap dan apa yang aku mau..dia memang akan turuti dan buat la..Pernah dulu masa aku dok kat Ipoh,aku ada berkenan kat satu basikal yang harga RM1000 lebih..aku bagitau dia ja pun kata teringin sangat nak beli basikal tu..dengan segera dia hulur duit kat abah aku suh abah beli basikal tu kat aku..haaahaa..kiranya time tu kat taman perumahan aku tu,aku la orang first yang pakai basikal macam tu..la ni bersepah la orang pakai..harga pun da murah sekarang ni..uhuhuhuuuuhu..Mybe aku jadi feverat dia sebab aku ni merupakan cucu sulung dia dengan Tok aku..Tapi kalau campur dengan cucu-cucu dia dengan Tok tiri aku,mybe aku cucu yang ke 4 atau 5 kot..huuhuhu..


La ni Aloyah la yang jadi cucu feverat dia sebab Aloyah pandai amik ati dia..Aloyah yang banyak suap dia makan berbanding aku..Tapi kalau dengan Arwah Tokwan Non..memang aku jaga dia betul-betul la..sampaikan balik kerja pun aku akan singgah dulu kat hospital melawat arwah..Selagi makgud takmai suh aku balik sebab masa lawatan dah tamat..selagi tu la aku melepak bersembang sakan dengan Arwah.Kadang-kadang aku rasa macam diri aku tak adil pulak sebab melebihkan Arwah Tokwan Non berbanding Tokwan Im walaupun Tokwan Non dah 3 tahun meninggal dunia..Huuuuu..


Adoi..aku taktau la nak cerita apa pasal dia..sungguhh aku blur gila..Takat tu ja kot aku cerita pasal dia..uuuuuuu...

Jumaat, Ogos 05, 2011

LAGU FEVERET:BILA WAKTU TELAH BERAKHIR-OPICK

Macam biasa la..aku bila bulan puasa ja mesti layan lagu ketuhanan ja..Selalunya lagu nyanyian Opick..Taktau la pasaipa aku minat gila dengan lagu-lagu dia..heeeee!!!





Untuk lagu-lagu raya feveret aku,aku akan taruk 2 minggu sebelum raya..baru ada feel..hahhahahhaha...

CERITA DI BULAN PUASA

Sebenarnya aku terperasaan jugak..sejak puasa start ni,aku jadi jarang nak post entri baru,jarang nak bercerita cerita baru kat sini..Bukan apa,selain letih pasal puasa ni,aku sebenarnya jadi dah takdak masa plak..Sejak dapat bos baru ni..hidup aku kat opis jadi makin bizi..bos baru ni agak kalut sikit la..Mula-mula tu aku sakit hati jugak la..apa dia ingat aku robot Aiko ka boleh buat kerja cepat sangat...huhuhuhuhu..










Tak payah nak samakan hang dengan aku kalau hang tak segak..








Mula-mula tu aku tension jugak la..tapi Incik Pegawai Pendekar Mata Satu ada pesan kat aku..Suruh aku ikut ja rentak dia..dalam masa yang sama buat dia ikut rentak aku sama..So aku ikut ja cakap Pegawai aku tu..nampaknya macam ok la sekarang ni..taktau la ke depan macam mana kan..So,lupakan pasai Tuan Eksekutif aku..kita cerita pasai lain sebab Incik Bachok pantang sikit dengan Tuan Eksekutif ni..maklum la sebelum ni Tuan Eksekutif bos dia..dah banyak sakitkan hati dia..kang aku cerita banyak-banyak dia mengamuk plak..hahhahah..



Ahad ni..Besday Incik Bachok..so aku akan keluar sambut besday dia Ahad ni kat Bangkok Station..Jadi takdak apa yang nak dicerita sangat la..tunggu ahad ni la..Isnin ni plak ada program berbuka puasa dengan kawan sekelas aku masa Sekolah Teknik dulu..Then ada aktiviti berbuka puasa tang tempat lain lagi kot..tengok la kalau aku dapat pi aku pi..





Dan sekarang ni aku rasa pelik jugak la sebab aku punya letih time puasa dah melampau-lampau padahal aku bukan la kerja kat luar pejabat..aku kerja dalam pejabat ja sepanjang bulan puasa ni berlangsung..cewah!! Tapi still rasa letih jugak..Padahal masa aku kerja kat Kilang Sony dulu..dah la kerja berdiri dua jam..tapi ok ja..tak letih pun..



Masa kerja ngan Incik Arkitek tu lagi dasyat..Dah la kerja kat site..tapak bina kan..hari-hari kena turun site..lepas tu mengadap pekerja Indon,vietnam..bangla..kemboja yang menyantap depan mata aku..lepai tu plak..ternampak ada pekerja mandi bogel kat rumah kongsi..aiiiiyooo..tak pasal-pasal mata aku ternoda di bulan puasa,lepaih tu kena panjat bangunan setinggi 9 tingkat..dah la lif tak siap lagi time tu..tangga pun masih dalam pembinaan..tak sempurna lagi..aku menapak naik dari satu tingkat ke satu tingkat..relax ja broo..Tapi sekarang ni walaupun da dok dalam bilik berekon..sorang-sorang lagi..siap ada radio lagi..tapi still letih..Adoii..awat jadi lagu ni taktau..Nampak sangat aku makin tua kot..lagi 6 taun nak masuk umuq 30..Waaaaa..tak rela Aiii Nyahh!!



Yeah!! kok Miss Poyo udah lihat buruh Indonesia mandi bogel yaa??tubuhnya ganteng seperti aku atau ngakk??!!








Takpala..aku akan sedaya upaya la takmau bagi badan aku letih..la ni aku tak sabaq nak main bunga api ni..nak cari supply bukan main susah..dah la masuk paper dah sorang budak putus jari main mercun..kesian..muda-muda dah takdak jari..So peringatan la..Mercun ni sebenarnya tak bahaya..tapi yang buat bagi bahaya sampai putuih jari apa semua ni sebab ubahsuai la..eii..minta simpang la jadi kat aku maupun kat adik-adik..





Mana mau cari mercun maa???




Lai..lai..mai beli kami..sapa cepat dia dapat..sapa lambat malam raya nganga la jawabnya..






FINAL DESTINATION

Salah satu filem karya Hollywood Yahudi yang aku minat sekali ilah filem Final Destination.Masa first time aku tengok filem ni ialah masa aku Tingkatan dua..Final Destination siri pertama yang mengisahkan sekumpulan pelajar sekolah tinggi yang mengikuti rombongan ke Paris terselamat dari nahas kapal terbang selepas salah seorang dari rakan sekelas depa dok buat kecoh dalam kapal terbang lepas mimpi yang kapal terbang yang depa naiki ni bakal meletup..Tapi malangnya walaupun depa terlepas dari nahas kapal terbang..tapi maut tetap ikut depa sehingga sorang-sorang mati dalam kradan yang agak ngeri la..





Poster filem Final Destination yang First sekali







Sejak dari siri pertama filem ni..aku dah mula suka pada Filem ni dan takkan llepas punya la nak tengok filem ni setiap kali filem berikut dia keluaq kat pawagam..hihihi..




Poster filem terbaru dia







Dan..akhirnya..filem ke lima dia plak nak tayang lepas ni kat pawagam..tak sabaq aihh nak tengok kat wayang..heeee!!



Rasanya abah aku ajak kami tengok filem Cowboys VS Alien...kena pi ni...hahahhaha..dia nak belanja..tunggu lagi..pi jela..hahahhaha..Aku tak boleh bayangkan la koboi berperang ngan Alien..Selalunya aku tengok filem Koboi lawan Red Indians..selalunya aku sokong Red Indians la...sebab depa ni satu kaum yang unik bagi aku..ala-ala pencinta alam sekitar gitu depa ni..hahahahhahahha...






Koboi ada tangan Predator???hmmm..

Rabu, Ogos 03, 2011

LETIH

Tahun ni puasa memang meletihkan..awat taktau..
tahun-tahun lain biasa ja pun..
huiiii!!

Isnin, Ogos 01, 2011

BAU PUASA

Sebenarnya benda ni dah lama aku perasan..tapi takmau buat spekulasi lagi..Aku tunggu dulu selama 3 tahun,baru aku dapat hasil..Yela..Puasa kan setahun sekali..kalau buat kajian sekali ja memamng tak jadi..Jadi hasil kajian aku ialah..Bila time bulan puasa selama sebulan..Satu bau terhasil dijalanan..Yaa..bau yang bila time puasa ja..baru dia ada..Bila tak puasa aku rasa aku tak terbau bau ni..




Bau yang ada campuran makanan..nak kita bau ikan bakaq pun dak..ayam bakaq pun dak..Tapi bau dia lebih kurang macam tu la..Yang bestnya bau ni muncul pukul 2 petang ke atas..Tak caya try bawa kereta sambil buka tingkap..tak payah pakai aircond..Gerenti la dapat bau ni..hahhahahhahahahahhahha





Hmmm...apala minah poyo ni dok merepek petamg-petang puasa ni?Tekanan perasaan kot..

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!