Selasa, Februari 28, 2012

TYPO

Aku ni sebenarnya ada satu masalah besaq yang buat aku selalu kena teguq dengan bos-bos aku atau kawan seopis aku.
Masalah terbesaq aku ni ialah aku ni selalu salah ejaan tak kira la kalo aku buat report ka..hantar emel ka..tulis cerpen ka..mesti akan salah punya la ejaan aku..hahahhahha..

Aku ingat lagi masa aku masuk Semester 4 lepaih buat Latihan Industri.Aku kena buat Laporan Latihan Industri..Lecturer yang jaga aku untuk Latihan Industri tu..Apa nama dia tah..Gelak mengekek bila dia baca report aku..Mau tak gelak..pertkataan silap..dah tu perkataan yang ada huruf 'P' tapi pi takdak..Contohnya 'Pulau Pinang' jadi 'Ulau Inang'..mau kawan tu tak gelak..sebab keyborb aku plak time tu rosak tang huruf 'P'..hahhahahahahahah..




La ni pun sama la..banyak kali jugak la dalam emel aku bos aku dok teguq..hahha..
Contohnya yang ni la..



From: Incik Pegawai 1
Sent: Monday, February 27, 2012 6:00 PM
To: Miss Poyo Binti Pakcik Amair
Subject: RE: JADUAL STANDBY

Nak kaut apa?

From: Miss Poyo Binti Pakcik Amair
Sent: Monday, February 27, 2012 5:48 PM
To: Pegawai Security 1; Pegawai Security 2; Pegawai Security 3
Cc: Tuan Eksejkutif; Incik Pegawai 1; Incik Pegawai 2
Subject: FW: JADUAL STANDBY
Importance: High

Tuan,


Berikaut adalah jadual stanby yang diminta.

TQ

________________________________________
From: Tuan Eksekutif
Sent: Monday, February 27, 2012 4:20 PM
To: Miss Poyo Binti Pakcik Amair
Cc: Pegawai Security 1; Incik Pegawai 2; Pegawai Security 2; Pegawai Security 3
Subject: JADUAL STANDBY

Sila e-mail kembali jadual standby kita kpd pihak SECURITY.

TQ

RNO NORTHERN, NOTHING IMPOSSIBLE

TUAN EKSEKUTIF
ZFT ZONE 5 BUKIT MERTAJAM





Hahahhahahhahha..adoila...aku tak perasan sampai la Pegawai aku emel kat aku balik..hahhahahahahhahaha




P/S :Nama kena tukaq atas sebab-sebab rahsia..hahahhaha





Ahad, Februari 26, 2012

SELAMAT ULANG TAHUN

Hari ni..Genap 6 tahun kereta MIRA aku tinggal bersama aku..
Dan selama 6 tahun ni jugak..segala pahit manis hidup aku.tak kira la aku gembira sampai gelak sorang-sorang dalam MIRA aku ni dan jugak time aku sedih..sambil aku bawa dia..aku menangis meraung dalam kereta aku ni..Kiranya dia la tempat aku luah perasaan...hahhah


Dan aku jugak nak ucap terima kasih sepanjang tinggal dengan aku MIRA aku ni tak banyak songeh kot-kot la nak rosak ka hapa ka kecuali beliau eksiden atas kecuaian aku sendiri..hahhahahahha...

Dan aku jugak ucap terima kasih pada MIRA aku sebab sama-sama lari dari JPJ dulu time masa Enjin dia tak berdaftar lagi dengan PUSPAKOM dan berani mati lalu hari-hari depan JPJ Kulim masa aku study kat Politeknik dulu nak balik ke rumah sewa aku walaupun kami berdua sama-sama tau yang Enjin dia yang dah ditukaq tu tak berdaftar lagi..hahahha...


Aku jugak nak ucap terima kasih sebab sama-sama terjun dalam lumpuq masa nak ke site pembinaan tempat aku kerja dulu padahal orang lain nak masuk site pakai kereta besaq-besaq yang sesuai dengan tanah berlumpuq..Aku ja pakai MIRA aku..hahhahaha....

Dan aku jugak nak ucap tetima kasih walaupun penah eksiden dengan kereta.motor..basikal dan terjunam dalam sungai cetek la jugak kan takat lutut air dia...dan jugak pernah langgaq bontot lori.Tapi still laju jugak....hahhahahahha...

Dan Petang tadi aku rasa bangga gila bila petang tadi setelah aku dah tak lama bawa dia..tiba-tiba ja aku bawa dia berjalan-jalan dia still laju macam biasa sampai aku boleh potong dalam keadaan sesak dan jugak menyelit-nyelit celah-celah lori..hahhahahhaha..

Terima kasih sebab bertahan dengan pemandu yang gila kelajuan macam aku...Heeee!!!!



CITY OF THE LIFE AND DEAD : NANKING MASSACRE

Kalau siapa yang amik tau Sejarah negara cina,mesti tau pasal Sejarah Nanking yang mana Masa Jepun berjaya menduduki Nanking pada tahun 1937..Banyak rakyat Nannking dibunuh secara kejam dan yang kaum wanita dan kanak-kanak pun di rogol secara kejam gila babi sebelum di bunuh tentera Jepun..Keadaan kejam ni berlarutan selama 6 minggu dimana setiap hari ja atau setiap masa rakyat Nanking dibunuh dan dirogol serta diseksa secara kejam oleh tentera Jepun.Dianggarkan la kan...sebanyak 250 ribu hingga 300 ribu orang mati dan tu pun belum tentu angka sebenar sebab ahli sejarah berpendapat lebih ramai lagi di syaki dibunuh sebab angka yang aku bagitau tadi tidak termasuk dengan mayat-mayat yang mati dibakaq hidup-hidup dan jugak mayat-mayat yang kena campak dalam Sungai Yangtze.
Dbawah adalah gambaq real punya mangsa-mangsa tentera Jepun ni..Yang hat mangsa rogol yang teruk-teruk punya gambaq aku tak taruk la kat sini..huuu!


Mangsa yang dikenakan hukuman pancung






Mangsa yang nak di tanam hidup-hidup..








Antara mayat mangsa rogol..yang ni ok sikit gambaqnya...huhuhu








Lagi mangsanya..seorang kanak-kanak yang nak dikebumikan





Mayat nak dicampak dalam Sungai Yangtze






Pagi tadi aku ada tengaok filem China bertajuk The City Of Life And Dead.Apa yang aku cakap..pagi-pagi lagi aku dah rasa trauma gila lepaih tengok filem ni..huuuuuuu!!
Dan filem ni amat ganas dan tak sesuai ditonton budak bawah umur dan orang lemah semangat sebab cerita ni penuh dengan adegan kejam gila babi..bunuh-bunuh orang..bakar orang hidup-hidup,tanam orang hidup-hudup..campak budak kecik dari tingkat tinggi ke bawah samapi pecah badan..dan adegan rogol yang keterlaluan..Waaaaaaa!!!!


Dan sampai la aku dok ingat adegan ni semua..Cibai betul la!!
Dulu aku dah trauma tengan Filem The Platoon...Yang dok rogol-rogol dan bunuh orang Vietnam tu..Ni pasal Nanking plak..wuuuu!!



Filem ni tahun 2011 punya kot..tapi sengaja di hitam putihkan..TQ..



Khamis, Februari 23, 2012

KAKI MENYICAH

Aku dok perhati la kan..Tabiat pakcik-pakcik kat opis aku yang depa suka buat ialah lepak kat pantri sambil menyicah buah-buah..Tak kira la buah apa pun..limau ka..pelam putik ka..jambu batu,jambu air..mesti nak menyicah dengan kuah rojak..Atau pun depa tumbuk sendiri garam belacan dengan cabai melaka..Peerrggghhh!!


Paling best sekali..sambil menyicah..depa sembang sakan sambil bergosip jugak kadang-kadang tu..hahahahhaha..Kalau dipikirkan balik..Agaknya ini la rupanya opis yang mana dimonopoli oleh orang lelaki kan..orang perempuan ada dua orang ja..Jadi segala sifat dengan perangai perempuan secara otomatik diambil alih oleh depa la...hahhahahaa...Lawak betoi la..!

Isnin, Februari 20, 2012

MISS POYO MEMBEBEL PASAL JODOH PLAK DAH!

Zaman mak ayah kita dulu..atau zaman tok nenek kita dulu la..Jumlah orang baik banyak..Jumlah orang yang berperangai tak baik berapa kerat ja..Sebab tu la walaupun depa berkahwin tanpa depa kenali hati budi pasangan depa dulu sebelum kahwin depa still bboleh hidup bahagia aman damai sentiasa..Takdak gaduh-gaduh..takdak cerai berai..kalau berselisih paham pun..sat ja..pastu baik semula..


Tapi zaman sekarang ni.. Awat Walaupun pun kahwin ataih dasar cinta..Tapi still lagi boleh bercerai berai..Ada jugak yang kawin atas pilihan family..Taupun kawin dengan siapa-siapa yang depa kenal tanpa bercinta dulu ka..Tapi still lagi boleh bercerai berai..bergaduh berparang..naik mahkamah turun mahkamah bagai..


Sebabnya ialah orang zaman dulu..kebanyakkannya baik hati nuraninya,baik budi pekertinya..baik tingkah lakunya dan baik la segalanya pun memang ramai..Yang berperangai tak baik berapa kerat ja.Tapi zaman sekarang ni..oarang yang berperangai tak baik memang ramai gila babi..paling bahaya yang muka baik tapi rupanya perangainya Ya Allah..simpang la malaikat 44 dapat orang macam tu.Orang yang baik perangainya berapa kerat ja..boleh dibilang dengan jari..hanya orang yang bernasib baik ja dapat orang baik macam tu.


Sebab tu walaupun orang bercinta 10 tahun lamanya..belum tentu dia dapat tau perangai sebenarnya pasangannya kecuali bila dia dah kawin nanti baru dia tau perangai yang sebenarnya.Sebab memang lumrah manusia..bila dengan pasangan kita ja bila kapel-kapel ni..semua benda dia nak kontrol..Bagi nampak baik ja..Tapi bila dah kawin..dah duduk sekali dalam satu rumah,satu bilik..memang tak boleh nak kontrol dah..Kalau dapat pasangan yang suka berak merata atau pun kencing malam..tu nasib la..hahhahahahah..

Dan walaupun kita berkahwin tanpa bercinta dulu dengan pasangan kita jangan harap la korang akan jadi pasangan terbahagia dalam hidup yang fana ni macam orang dulu-dulu sebab macam aku tulih kat ataih tadi..Orang zaman sekarang ni nak jumpa yang baik-baik pun payah...Walaupun mamat/minah tersebut tu pilihan parent..belum tentu jamin kebahagian yang sewajarnya..Mau terkena yang gay takpun lesbian ka..Kaki jantan atau kaki betina ka..ataupun terkena yang taik dadah ka..lagi naya bai..lagi naya...


Sebab tu la orang kata nak pilih pasangan pada zaman la kena hati-hati..Jangan main rembat ja..Takut makan diri kita...Siapa yang susah..kita jugak..

Sebenarnya nak pilih pasangan yang perfect pada zaman la ,memang susah...nak ikut kita punya taste memang payah la..kalau macam tu memang tak jumpa la...Setiap manusia mesti ada kekurangannya..Sedangkan diri kita sendiri pun ada kekurangan,macam mana pulak kita nak cari yang perfect macam watak drama korea kan..hahahhahaha...
Jodoh tu dah ditentukan oleh Allah..Jangan la sebab kita dok kalut cari jodoh yang perfect seperfectnya..Last-last kita terlepas jodoh yang sepatutnya untuk kita..Bila kita dah terlepas jodoh yang sepatutnya dan berkahwin dengan orang lain..Tu yang jadi kes bercerai berai tu..huuuu! Nak jumpa balik dengan jodoh sebenar kita balik tu bukan senang tu....

Harta,pangkat,darjat,muka cute nacam pelakon korea,badan tough macam The Rock bukan penentu kebahagiaan kita...Tapi agama dan hati nurani yang baik tu penting..Bila hatinya baik..dia boleh jaga kita dengan elok walaupun hidup dia tak seberapa,sebab kalau hatinya baik dia boleh jaga mak bapak kita yang dah makin tua dan tak sihat tu dengan baik dan sebab hatinya baik dia juga boleh bergaul dengan adik beradik dan sedara mara kita dengan elok.

Harta boleh dicari,pangkat boleh dapat kalau berusaha dan rajin,muka cute macam pelakon korea boleh dimekapkan,badan tough macam The Rock boleh dibina di Gym..Tapi hati nurani yang baik dan imam yang ada tu memang tak boleh dicari..tak boleh nak dibeli dan tak boleh nak dibuat..


So,pandai-pandai la kita sama-sama berpikir yang baik dan yang buruk untuk diri kita..
Jodoh bukan benda main-main..nak kawin jangan gopoh-goph..takut tersilap pilih..merana..

Sekian terima kasih..TQ..

Khamis, Februari 16, 2012

BABY DAPAT ANAK LAGI

Sebelum ni aku ada cerita yang kucing jantan kesayangan aku yang bernama Baby ni kaki mengongkek dan dah dapat 4 ekoq anak hasil hubungan pedofilia dia dengan kucing betina tak cukup umur milik anak Toksu aku, Pinas nama dia(nama manja).Nah ni cerita selanjutnya....(Macam drama da..ada cerita selanjutnya plak..)


Kat kampung aku ni..atau lebih tepat la..kawasan temnpat tinggal aku ni keebanyakan rumah-rumah kat situ mesti akan bela Kucing.Setiap rumah,tak silap aku..paling maksimun kucing yang depa bela adalah tiga ekoq dan kebanykkannya adalah kucing betina..Dan kucing pondan sekoq ada kat kawasan tu.kucing pondan tu nama Mimi milik Tokcik aku..wakakakakakkakaa..

Oleh sebab Baby dikatakan satu-satunya kucing jantan yang ada kat kawasan ni..Maka secara tak langsung kalau ada kucing betina yang bunting memang sah tu anak Baby sebab aku pernah nampak dah dengan mata kepala aku sendiri yang Baby dok asmaradana dengan Kucing-kucing jiran aku..Dulu memang ada kucing jantan dua tiga ekoq kat situ..tapi kucing jalanan la..tak bertuan kan..tapi bila Baby dah teow depa sampai cedera parah dan depa pun lari la..So,Baby ni kira raja kawasan tu..So memang sah la kalau mana-mana kucing betina Bunting..tu anak Baby kan..

Jadi,semalam..Pinas ada panggil aku pi rumah dia sebab katanya Baby dapat 5 ekoq lagi anak dan seekoq anak angkat..Ada seekoq Kucing betina jalanan yang selalu makan kat tepi rumah aku dah beranak..Jadi oleh sebab Pinas ni kesian kat kucing tu..Jadi dia tumpangkan kucing tu dan anak-anak dia dok dalam rumah dia..Malah dia la yang jadi bidan kucing tu..Jangan terkejut..Aku rasa sepanjang hidup Pinas..Dah berapa ekoq kucing dah dia bidankan..Memang susah la nak cari orang yang macam Pinas ni..Kira berhati mulia la..Yang seekoq anak angkat tu pulak dia amik bagi kucing betina ni tolong susukan sebab mak anak kucing ni mati kena langgar kereta..so dia kesian la sebab anak tu baby lagi..mata pun tak terbuka lagi..Jadi dia try tumpangkan kat ibu tu..ibu tu ok ja..So jadi la anak angkat..hahahhaha..


Anak Baby ni memang comel-comel..Kaler putih campur bertompok hitam...Ada jugak yang hitam keseluruhan..Tapi takdak sekoq pun yang ada bulu corak macam bulu Baby..Depa punya bulu pun memang sah iku tbulu Baby stail bulu kembang sikit-sikit dan gebu (Baby kucing campuran persian dengan kucing biasa..)Asalnya kucing Cikgu adik aku, Azhan sebelum dia bagi kat Azhan..Masa tu Baby kecik lagi..besaq sikit dari tapak tangan aku...Jadi secara tak langsung anak Baby ikut baby punya Gen..hahahhahah..Tapi Pinas ada bagitau aku yang bila anak-anak kucing ni besaq sikit dia nak bagi kat sapa-sapa yang mau sebab Kucing belaan dia yang sekoq lagi bernama Memey(dey..apada taruk nama bini Norman Hakim..hahhahah) pun mengandungkan anak Baby jugak..Yang ni memang disahkan jugak anak Baby sebab Pinas nampak depa dok asmara baik punya ataih katil dia..wakakakkaka..Pandai betul Baby cari tempat nak hinggut..hahhahahhahahah...So Ofcoz la Pinas nak tumpukan pada anak-anak Memey lagi dari anak Ibu jalanan yang menumpang kat rumah dia tu kan..wuuuuu!!


Jadi aku rasa aku nak la Bagi anak-anak tu kat sapa-sapa yang yang berminat..Aku taktau nak bagi kat sapa ni..Sapa-sapa yang sudi memang dipersilakan la..Sebgai Tuan,aku kena la bertanggungjawab atas keonaran yang telah Baby buat kat kucing-kycing betina semua tu kan..Kadang-kadang aku pun dah rasa malu bila ada ja orang mai mengadu yang Baby suka-suka hati mak bapak dia pi Kongkek kucing depa..Macam semlam..lepaih ja aku pi tengok 'cucu-cucu' aku..aku pun panggil la nama Baby kan..Rupanya dia dok ligan plak kucing betina Bro Marzuki yang dok sebelah rumah Pinas..Aku tengok muka Bro tu dah lain macam bila tengok kelakuan tak senonoh Baby tu..Jadi aku ni terpaksa jugak la tangkap dan dukung Baby balik ke rumah aku walaupun Baby tengah stim time tu..Tau la kan kucing kalau stim lepaih tu aku plak pi potong stim dia..di cakaqnya tangan aku..wuuuu!!


Setakat ni ada lagi tiga ekoq kucing yang mengandungkan anak Baby tak termasuk Memey kucing Pinas la..Aku taktau la apa nasib anak-anak kucing tu nanti bila depa dilahirkan.Argghhh!! sayang la bila dok pikiaq anak-anak yang bakal depa lahir tu secomel bulu Baby...huhuhu!!

Jumaat, Februari 10, 2012

SAYA PREGNANT..MIMPI JA PUN...

Semalam aku mimpi aku pregnant.
What the fish betul la tetiba ja mimpi pasal pregnant..
Mimpi la benda lain ka..ni pasal Pregnant..kalau aku dah kawin takpala nak mimpi kan..
ni aku tak kawin lagi dah mimpi ni memang aneh betoi la..hahhahhahahahha..

Dah la dalam mimpi tu aku alahan teruk..Incik Bachok sampai kurus sebab jaga aku..Lepaih tu dalam mimpi tu..Doktor dok wat test macam-macam kat aku sebab aku disyaki mengandung kembaq lima...Hahhahahahhahaha...Kembaq lima gila subiq betoi la aku ni..hahahhahaha..

Ni abang Syed punya pasal la ni..dok cerita pasal bini dia masa pregnant kena test macam-macam ngan doktor sebab mengandung kembaq tiga...Aku punya la ngeri dengaq dia cerita sampai kepala lutut aku lemah..Punya la takut(teruk betul..benda macam ni pun aku takut..hahhaha) sampai bawa ke mimpi-mimpi..hahahhahahaha..

Rabu, Februari 08, 2012

SHAH JAHAN SEORANG SUAMI YANG SETIA....UNTUK MUMTAZ MAHAL OK..UNTUK ISTERI YANG LAIN?HAAAAAA...

Apala tajuk yang aku tulis kat ataih ni..hahahhahahahahhaa...







Shah Jahan












Shah Jahan atau nama penuh baginda, Shahab Uddin Muhammad Shah Jahan 1(tudia,panjang nama dia..kalah nama aku aihhh...) merupakan Sultan Empayar Mughal di India start dari tahun 1628 hingga 1658. Shah Jahan yang lahir pada tahun merupakan cucu kesayangan tokwannya yang merupakan Sultan Empayar Mughal sebelum Shah Jahan amik alih iaitu Sultan Jalaluddin Muhammad Akbar atau nama glamer dia Akhbar yang Agung.



Pada tahun 1607, Shah Jahan pun pi la kahwin dengan Arjumand Banu Begum,seorang gadis yang baru berusia 14 tahun.Standard la tu kan..orang dulu-dulu kahwin umur 14 tahun,tok aku yang dua orang tu pun kahwin umur 14 tahun,sebab tu depa dapat cucu umur yang muda,tapi bila tengok pada mak aku,memang konfom dia dapat cucu lewat la sebab anak dara dia ni dah umur 25 tahun(bulan mac baru capai umur la) ni pun tak kahwin lagi..muahhahahahha..kesian mak aku..tua-tua baru dapat cucu..wat dehell betoi la..Ok-ok,sambung balik cerita..heeeeee!




Arjumand Banu Begum iaitu cucu kepada seorang bangsawan Parsi dan selepas perkahwinan, Shah Jahan telah memberikan gelaran "Mumtaz Mahal" yang bembawa maksud Mutiara Istana..Hamboihhh..macam gelaran manja gitu kan...Ni Incik Bachok ada ka patut bagi gelaran manja kat aku Baby Boy..Wat the fish betoi la..mai mana Boy tu aku pun taktau kan..hahhahahahahhahah..Semak otak aku pikiaq..puiiiii!




Mumtaz Mahal



Mumtaz Mahal telah melahirkan seramai 14 orang anak untuk Shah Jahan.Tudia banyak gila anak..mampus la dok beranak tiap-tiap tahun sampai 14 orang anak..Aku pun tak sanggup,ni kalau buat team bola ni memang sempoi ni..Berikut adalah nama sebahagian dari anak-anak mereka berdua la..

1.Huralnissa Begum (1613)
2.Jahanara Begum (1614) - Yang ni Puteri kesayangan Shah Jahan
3.Dara Shikoh (1615) - yang ni Putera Kesayangan Shah Jahan
4.Mohammed Sultan Shah Shuja Bahadur (1616)
5.Roshanara Begum (1617) - Puteri yang yang menjatuhkan Shah Jahan
6.Badshah Mohinnudin Mohammed Aurangzeb (1618) -Putera yang menjatuhkan Shah Jahan
7.Sultan Ummid Baksh (1619)
8.Surayya Banu Begum (1621)
9.Sultan Murad Baksh (1624)
10.Gauhara Begum (1631) - Anak yang last.Mumtaz mati masa lahirkan dia

Lagi 4 orang taktau pi mana..hahhahahhaaha




Cuba tengok tahun anak-anak Shah Jahan lahir..yang hat mula tu semua selang setahun..Fuh!! Ni baru oarang kata sayang bini..Kesannya dapat anak la..hahahhahahaha..
Anak dari dua bini tua Shah Jahan aku taktau la plak kan..sebab bini dia yang lain-lain tak glamer macam Mumtaz..bokpa aku nak amik tau kan..hahahhahahha..

Mumtaz Mahal ni selalu ikut Shah Jahan ke medan perang. Patut la Shah Jahan sayang dia...mana dia pi minah ni ikut kan..Tapi last-last Mumtaz Mahal meninggal dunia jugak masa nak lahirkan anak ke 14. Sebaik saja Mumtaz meninggal,hidup Shah Jahan pun macam terumbang ambing,kecewa,sedih..kesunyian..suka termenung sampaikan sapa yang lihat keadaan dia ni pun rasa sedih jugak..Aku tak pasti la jugak kan kot-kot ada orang yang try pujuk Shah Jahan ni kahwin lain ka lepas Mumtaz mati sebab zaman la ni..aku dok tengok..kalau sapa-asapa yang bini depa mati ja..adala kawan-kawan yang hampeh dok cucuk suruh kahwin lain..Tanah kubuq bini kawan tu dok merah lagi..depa dah mula rekemen pompuan lain dah...hampeh betoi la...Tapi aku rasa Shah Jahan tak kahwin lain kot sebab lepaih bini dia meninggal dunia, setahun lepaih tu..dia pun bina la Taj Mahal untuk bini dia..Nama Taj Mahal tu pun sempena nama Bini dia jugak la...Haa...laki macam ni memang susah la nak jumpa..huuu!




Tapi nasib malang menimpa Shah Jahan bila dia dah tua sikit anak kesayangan dia, Dara Shikoh (beliau bukan anak dara..dia adalah lelaki..cuma nama dia saja dara wookeeyyy..hahhaha) mati dipenggal kepala oleh dua lagi anak baginda iaitu Puteri Roshanara dan Putera Aurangzeb.Bila Dara Shikoh mati..Puteri Jahanara yang merupakan puteri kesayangan beliau dibuang daerah manakala Shah Jahan sendiri digulingkan kerajaan dia oleh anak dia yang dua orang tadi dan Aurangzeb pun naik Tahtha mengantikan dia yang dihukum kurung(takkan nak tulis penjara plak..dia bukan dok dalam penjara kan..hohghoho) di Agra.Dimana tempat dia dikurung tu,dia boleh lihat la Taj Mahal sepanjang hayat dia sehinggala h dia jatuh sakit pada tahun 1657 dan pada tahun 1666..Sepanjang dia sakit,Puteri Jahanara yang jaga dia.Akhirnya Shah Jahan pun meninggal Dunia.....Jenazah Shah Jahan disemadikan bersebelahan dengan Mumtaz Mahal atas arahan Aurangzeb sendiri.







Pusara Shah Jahan dan Mumtaz Mahal









Maka berakhirlah riwayat seorang Raja yang hebat dan Agung tapi mati dalam keadaan sedih dan tragik..Waaaaaaaaaa!!!! Sedih la plak kan..






Sepanjang hayat Shah Jahan ni,Beliau terkenal sebgai seorang Shah Jahan merupakan seorang penaung kesenian dan reka bentuk bangunan yang terkenal. Tempoh pemerintahannya dikenali sebagai Zaman Keagungan Kesenian Islam. Shah Jahan telah mendirikan banyak monumen.Selain dari Taj Mahal yang membuktikan dia memang penaung reka bentuk bagai ni kan..Dia jugak ada bina bangunan lain antaranya ialah. Bangunan-bangunan lain juga dibina ialah Masjid Mutiara di Tembok Merah Agra, Delhi Tua (Shahjahanabad) (Bukan Delhi dah tua..tapi nama yang dia bina tu Delhi Tua..hahhahaha), istana-istana, Tembok Merah, masjid di Delhi dan Lahore serta bangunan-bangunan di dalam tembok Lahore (sekarang Pakistan).


Jadi..Itu sajalah cerita pasal Shah Jahan bersempena dengan bulan Februari iaitu bulan cinta ni..Valentine Day kan 14hb ni..Tapi nasihat aku..tak payah la sambut..Sambutan Valentine day tu cuba nak peringati seorang Paderi nama Valentine ja..Sapa sambut memang mangkuk la..Sambut Maulidur rasul lagi best...Wuuuuuu!!

PARKING KERETA PAKAI JARI

Ini gila dasyat punya stail parking ni..Pakai jari ja pun ni..Aku kalau takat kancil tak kisah..tapi yela kan...untuk rancangan jangka masa panjang memang cadang nak beli kereta besor-besor(kalau mampu la time tu kan..)..Bila pakai kereta besor-besor ni paling susah sekali bukan nak memandu sebab aku kalau bab memandu serah kat aku lerr..dengan lori pun aku boleh buat aksi-aksi selit menyelit kalau diberi peluang,inikan pulak kereta kan..Tapi aku agak fail la bab parking..hahahhaahhaa..aku kalau parking aku sanggup turun kereta mimta orang parkingkan untuk aku..hahhah


Tapi kalau benda alah ni ada jual kat Malaysia..aku rasa aku orang pertama yang booking kot..hahahhahahahhahaha...







Ternganga mamat tu..hahhahahah

Selasa, Februari 07, 2012

ORANG CERDIK PANDAI

Ada tiga jenis orang yang cerdik lagi pandai kat muka bumi ni..


1.Orang yang belajar tinggi dan cerdik dalam bidang dia sahaja..maksudnya,dia memang cerdik gila babi..Tapi cerdik dalam satu benda ja yang dia pelajari..Lain-lain benda dia tak pikir..Dia pikir mana yang dia belajar ja..Contohnya dia belajar dalam bidang kejuruteraan Awam..Dia tau habis pasal kejuteraan Awam..tapi dia pandai tak situ ja la..Yang lain-lain..ZERO..


2.Orang yang belajar tinggi dan cerdik bukan setakat bidang dia saja...Tapi semuanya boleh dikatakan dia tau..Dia ambil berat,dia ambil peduli..dia bukan saja belajar dengan membaca saja..tapi dengan memerhati..Kiranya kalau bersembang dengan orang macam ni kita rasa seronok..sebab boleh kata semua benda dia tau ...Dan tak kekok plak nak berkongsi..Haaaaa..!!



3.Orang yang tak belajar setinggi mana pun tapi dia tetap cerdik macam yang jenis nombor dua kat ataih ni..Walaupun orang pandang rendah kat dia tu belajar tinggi..tapi tahap pengetahuan depa tak setanding pengetahuan dia sebab dia belajar sendiri melalui pemerhatian dia dan jugak pengalaman hidup dan dan orang sekeliling dia..




So..pandai-pandai la kita pilih kita ni berada kat kumpulan mana..
TQ.

Jumaat, Februari 03, 2012

SHAH RUKH KHAN BERLUMBA

Semalam aku mimpi akan Shah Rukh Khan lagi.

Tapi kali ini..dalam mimpi aku..Shah Rukh Khan tak buta..Dia celik elok ja..Aku tengok makin hensem adala..hahahaha..Dalam mimpi tu aku nampak Shah Rukh Khan masuk pertandingan lumba lari dengan Salman..Tapi yang tak bestnya..depa berlumba lari sambil bogel..

hahahaha..macam gampang punya mimpi..hahaha...






Hmmmm..macam mana la rupa aku dalam mimpi Miss Poyo ni..mesti menarik..

Rabu, Februari 01, 2012

TEKANAN BILA BERTUNANG

Dulu,sebelum aku nak bertunang ni,ada kawan-kawan yang bertanya kat aku,berapa lama tempoh bertunang aku sebelum aku kahwin.Jawapan aku pada semua kawan yang bertanya mesti sama.Dua tahun baru nikah..dua tahun bertunang baru nikah..Sikit pun tak kurang dan aku memang agak-agak dah dua tahun bertunang baru nikah dah memang konfom.Walaupun ada jugak kawan-kawan dan orang-orang tua yang cakap..tak baik bertunang lama-lama.banyak dugaan,tak manis dipandang orang dan macam-macam lagi la kan yang negetif-negetif depa bagitau aku konon-konon nak bagi aku takut la kan..tapi aku tetap kata dua tahun lepaih bertunang baru bernikah..Ada jugak yang cakap kat aku..

"Senang la cakap macam tu sebelum bertunang,nanti dah bertunang baru hang tau langit tinggi rendah"

Dan aku pun cakap dalam hati..Ellehhhhhhhh!


Dan sekarang baru aku tau macam mana rasanya bila aku dah selamat jadi tunangan Incik Bachok.Aku rasa macam satu bebanan yang berat tiba-tiba jatuh kelepap! kat kepala aku tau dak..sampai aku rasa aku rimas,lemas sampai rasa tak mampu gila nak pikiaq apa-apa dah..Aku pun taktau la apa maksud perasaan ni kan sebab aku bukan orang sastera yang boleh melengun atas batu tepi pantai dok pikiaq inti pati,inti sari hati aku kan..aku orang technikal yang pagi petang siang malam(kecuali masa tidoq la..) dok pikiaq kerja sampai dalam jamban pun dok pikiaq apa lagi kerja yang bos bagi tak setel-setel..huuuuu! Jadi aku pun tak paham la apa maksud perasan aku ni..tekanan aku ni..

Aku rasa status sebgai tunagan orang ni satu benda berat yang perlu aku jaga..Kalau tak jaga..hancuq lebur macam emas kena lebur...huhuhuhu..mau tak rasa berat..dengan dugaan banyak..dari kuasa-kuasa luar..dari kuasa-kuasa keluarga,dari dalam diri aku sendiri,dan mungkin dari dalam diri Incik Bachok yang buat kami boleh gaduh hari-hari dan silap haribulan,benda yang kalau boleh setiap pasangan yang bertunang takmau jadi kat diri depa terjadi kat aku iaitu PUTUS TUNANG(tudia..siap bold lagi tu..haaaaaa)


Sebab tekanan macam ni la buat aku tidoq pun tak lena..sikit-sikit terjaga dari tidoq..sikit-sikit terjaga dari tidoq..lepaih tu berat badan aku bertambah sebab aku jenis kalau susah hati makan banyak..hahahahha..lepaih tu tengah buat kerja tiba-tiba dok pikiaq plak benda ni..buat prestasi kerja aku boleh terganggu sat..kurang keinginan nak bersolek(perlu ka aku bagitau part ni?hahahhahahha),kurang keinginan nak tengok tv walaupun cerita kat tv best gila babi dan jugak kurang keinginan nak memasak padahal tu memasak tu la hobi aku.

Walaupun kawan-kawan opis dok nampak aku ceria..selalu gelak..dok buat perangai loqlaq tiap-tiap hari..Family aku dok tengok aku gelak tiap-tiap hari..selalu buat lawak...selalu usik mak abah aku tapi dalam hati aku ni..Tudiaaaa....Allah ja tau..
Hari-hari aku dok pikiaq..bila la nak kawin ni..tak tahan dah ni..Bukan aku tak tahan sebab aku gatai melerla ka hapa ka..tapi aku nak bebas diri aku dari perasan dan beban ni dan semua aku rasa tau..kalau satu benda yang susah,berat,mendebarkan tu dah jadi..aku rasa..Aaaahhhh! lega....(Ah lega tu adalah ayat yang baik..bukan lucah..hahahaha)

Bila aku dan Incik Bachok rancang nak kawin tahun ni dan dah pilih tarikhnya nak nikah tu..aku rasa lega gila..rasa macam...mau tak lega kan..tahun ni jugak kawin..sip la sikit bebanan aku ni dari nak tunggu sampai dua tahun..
Tiba-tiba bila Incik Bachok kata tarikh yang kami pilih untuk nikah tu tak konfom lagi..Walaupun aku kata kat dia ok la...tapi tau dak malam tu aku nangis..Aku menangis sebab aku rasa macam memang aku dah tahan dah nak tanggung beban ni sampai ke dua tahun(ikut yang Incik Bachok cakap la..) boleh gila tau dak..Hari-hari aku rasa susah hati..Lepaih tu,mak aku yang selama ni aku tengok relax ja tak kisah kami nak kahwin bila..tiba-tiba ja bagitau yang dia susah hati selagi aku tak kahwin sebab dia cakap macam-macam boleh jadi..dah la kami dok dekat..Tu yang buat aku lagi la tension kan sebab kata-kata mak tu ada betoinya..Lepaih tu ada pulak pakcik-pakcik kat opis yang aku boleh katakan ada ilmu agama yang lebih sikit pun dok nasihat aku serba sikit yang buat aku rasa Adoi laaaaa..!! Macam mana nak buat ni...yang buat aku terkilan lagi ialah tarikh yang kami dua pilih tu memang cantik dan kena la..(dapat cuti tiga minggu tu kalau amik tarikh tu) dan kalau tak dapat tarikh tu,memang aku rasa ralat dan terkilan sangat-sangat..

Dan bila aku tension hari-hari dan aku dok luah kat Incik Bachok hari-hari sampai dia pun tension dan buat kami bergaduh sakan sebab ni tu yang buat aku lagi terkilan sebab benda macam ni,kami yang boleh gaduh plak hari-hari..huuuu!! Tambah-tambah lagi bila tarikh tahun ni tak konfom lagi..kalau extend ke tahun depan pun blum tentu lagi pulak dah..tu buat aku rasa lagi tension sampai aku terpikiaq..aku rasa macam aku ni takdak jodoh kot dengan Incik bachok sebab banyak sangat dugaan kan..wuuuuuuu!!

Aku taktau la perasaan Incik Bachok macam mana tapi aku rasa sapa yang pernah lalui benda yang aku lalui ni memang paham la macam mana perasaannya kan..
Dan tadi bila Incik Bachok bagitau yang memang konfom tarikh yang kami pilih tu jadi untuk kami di nikahkan..tu pun aku rasa tension lagi sebab aku rasa macam tak konfom jugak ja..(berdasarkan penceritaannya la..)


Ya Allah!! Teruk betoi la hambaMu ini punya tension..Bantula hambaMu ini..Waaaaaaa!!

BULAN FEBRUARI

Sebenarnya,bulan Februari adalah bulan yang mana..
Oppssss!! sat-sat..awat mai tang tengah teruih plak ni..kena ada ayat permulaan baru betoi..hahahhahahaha..


Sebenarnya dalam masa yang 2012 ni..dalam masa yang sat ja dah masuk bulan Februari..Aku baru ja dok rasa masih lagi dok sambut tahun baru kat Cameron Highland ritu dengan family aku dan Incik Bachok..tiba-tiba ja..dah masuk bulan Februari..Ada orang kata...selalunya bila masuk ja bulan Februari..masa akan jadi lebih cepat..pejam celik pejam celik..Masuk huung tahun..So,la ni dah masuk 1 Februari..dah petang..baru ja aku rasa pagi tadi aku dok ligan kucing kat depan umah aku sebelum pi kerja..last2 sat ja dah petang..lagi 10 minit nak pukui 3 petang(dari saat aku menulis ni la..hahahahhaa)


Dalam bulan Februari ni..banyak benda yang akan terjadi..Bulan Februari ada besday adik aku Si Mirul tu..Dia lahir 14 Feruari(jangan jeles) maknanya lag 14 hari nak besday dia..mampuih la aku nak pikiaq nak beli hadiah apa kat dia..wuuuuuuu!

Lepaih tu bulan Februari jugak la aku start buat blog ni..Aku start buat blog ni Bulan Februari 2009 selepas dua bulan aku kapel dengan Incik Bachok..Tu pun sebab nak isi masa lapang aku kat site opis aku kan..Asyik dok baca blog orang ja..last-last aku buat blog sendiri..puas hati..
Bulan Februari jugak aku rasa bulan yang ceria bagi aku..Aku taktau la pasaipa la bila bila bulan februari ja..rasa aura ceria tu mai..hahahahahhahaha..

Pendek kata.aku malaih la nak tulih panjang pasai bulan Februari ni..Yang penting..rasanya Aku banyak tumpu kat blog satu lagi kot start bulan Februari ni..

Sorry Macha..sekarang takdak masa nak buat cerita bangang kat blog ni..Sorry aaaaa..(aku cakap kat blog aku..hahhahahhahahahhahhhaha)

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!