Jumaat, Mei 29, 2009

Boring gua!!

Aku dah borink tahap cipan,tenuk,angsa...
xlarat nak layan google sampai terbeliak biji mata..
xlarat nak layan cerita bl...,hehehe..
xlarat nk singgah blog orang dh..
semua dah tak larat..
aku rasa aku nak balik..
tido ke..melantak ke..
hape ker..
janji aku tak ngadap pc nih dah..
arrrrggghhh!

nak balik..!!!
huahuahuahuahua..

Blik dulu..assalammualaikum!

Aku tak suka sangat cantikkan diri,tak suka sangat nak bermakeup

Orang slalu tegur aku..

"Eh..hang selamba badak je kuar rumah x sikat rambut.."

Kadang2 mak pun tegur aku..Tapi aku rasa sikat rambut buat membazirkan masa je..baik aku terus kuar umah pas bersiap..ok pa..kan sekarang ni kalo rambut kita jadi kot mana pun org tak kisah..serabut ke..hape ke..orang akan pikir..fesyen la tu..So,biar la aku tak sikat rambut,jadi kot mana pun..fesyen.

Kadang2 adik kawan2 adik lelaki aku tegur..

"mak aii..sejak bila ko pakai blusher ni..Pehhh!"

Sejak bila plak aku pkai blusher?seumur hidup aku,xpenah pkai blusher..tak teringin pun nak pakai.Tapi depa tetap sangka aku pakai.Pipi aku mmg selalu merah.macam pakai blusher.Kalau aku berasa malu,lagi bertambah merah macam badut.Tapi aku bukan hina badut,tu kerja halal..cuma aku cakap pipi aku merah macam pipi badut bila merasa malu.Dah semulajadi merah,tak payah ar nak gatai pakai blusher.Orang perempuan lain,yang berpewatakan perempuan tulen pulun nak pakai blusher,nak bagi cantik,tapi aku yang berpewatakan tak berapa nak perempuan ni dh ada yang semulajadi.Aku pikir,ni anugerah tuhan.

Rakan sekerja aku,selalu tegur..

"Hari ni Poyo pkai gincu..terkejut Den!"

Ya..ya...aku jarang pakai gincu,sebab aku tak berapa suka.Tapi mak cakap orang perempuan kena gak pakai gincu.Baru nampak seri.So,aku pun pakai.Walaupun kadang2 tengah bawa kereta,tiba2 ja aku amik tisu,lap bibir aku..tangan dh gatai,bibir rasa rimas..lap jela.

Tapi abah selalu tegur

"Awat mata hang ni?dah macam hantu abah tengok..pakai celak tebal sangat!!"

Ya..ya..aku suka pkai celak..eyeliner...kaler hitam..walaupun la ni eyeliner depa buat macam2 kaler tapi aku suka kaler hitam ja..kaler len?penah beli,warna biru..tapi last aku pakai masa konvo kat Poli.Pastu aku taktau pi campak kat mana..biarkan..aku mula minat pakai eyeliner start dari skool menengah.tapi aku pakai bila aku kuar ngan family ja..malu nak pakai bila kuar ngn kawan2..Aku pakai eyeliner cam gothic bukan sebab terikut ngn kawan2..tapi atas diri sendiri.sebab tu malu nak pakai bila kuar ngn kawan2.bila masuk Poli aku buat2 tak pandai pakai..sebab kawan aku yang nama Puteri lagi cantik bila pakai bila pakai..dia lagi Gothic dari aku.So aku pun pura2 la tak pandai pakai..senangkan?

Bila aku dh keja ni,kawan2 selalu cakap..mesti hang dah lawa la,mesti dah pandai pakai makeup.Tapi kawan2 silap..aku macam dulu jugak..tetap oarang yang sama,selekeh tak sikat rambut kadang,tak pakai gincu,tak pakai bedak..aku still orang yang sama,kelam kabut.

Muahahahaha!

bulan sabit bercium dan syok sendiri

Semalam aku bawa mak pi pekan Bm..pi pasar,beli ikan..kat sana harga murah.Dalam perjalanan nak ke BM,kami lalu pekan Penanti dulu..maik aiii..bendera bulan sabit bercium merata sepanjang jalan.Bendera depa ja..bendera lain takdak..baru aku ingat,nak pilihan raya la katakan..pastu mak cakap..

"Depa ni syok sendiri ja mak tegk..dh tau depa akan menang..xpayah la nak buh poster,bendera sana sini..rugi duit ja.."

Syok sendri?hahahahaha..mmg syok sendiri pun..
tapi aku jumpa gak poster BEBAS...Lambang payung...
alololololo..kiut jer..

Rabu, Mei 27, 2009

The Phantom Of The Opera

Mulai hari ni aku akan post jugk entri pasal lagu n video klip feveret aku..
kalo dgr lagu2 ni mengingatkan aku zaman masa muda-muda belia dulu..
muahahahaha..

Kali ni aku postkan lagu The Phantom Of The Opera nyanyian kumpulan Nightwish.Aku memang minat kumpulan ni gila babas tahap ICU dah..



ni dah tringat zaman skool dlu..

Selasa, Mei 26, 2009

Jiran aku ganas,bini aku kool

Sejak kecil,Men cukup takut pada jirannya yang berketurunan Cina yang juga seorang gangter di kawasan perumahan tempat dia dibesarkan ini,sebuah flat.Sebelum zaman kegemilangan maknya sebagai pengusaha kantin yang berjaya, sebelum maknya mampu membeli sebuah tanah lot tepi pantai dan sebelum maknya mampu membina sebuah rumah besar di atas tanah lot itu,Men sekeluarga tinggal di flat tersebut.Maknya membeli salah satu unit rumah flat tersebut hasil dari jualan kuih ditepi jalan.Dan kini,setelah berbelas tahun meninggalkan rumah flat tersebut Men serta isteri dan anak sulungnya yang baru berusia beberapa bulan itu menjadi penghuni rumah tersebut.Itupun maknya yang suruh tinggal disitu setelah Men menyatakan hasrat untuk tinggal berasingan.Kalau maknya tidak garang macam singa,jangan harap la dia nak tinggal disitu.

Setiap hari bila Men keluar dari rumah untuk ke tempat kerja,Men akan terserempak dengan jiran Cina gengsternya itu.Men cukup takut melihat wajah bengis jirannya yang pintu rumahnya mengadap pintu rumah Men.Jarak dari pintu Men Ke pintu Cina gengster itu cuma 3 kaki sahaja.Men akan cepat-cepat pergi bila cina gengster itu mula mengusharnya dengan pandangan pelik.Men takut juga nak meninggal isterinya bersendirian bersama anak yang masih kecil itu.Tapi apakan daya,terpaksa.

Ziah berasa bengang yang amat sangat.Sejak berpindah ke rumah flat ini,hatinya tak tenang.Cina yang tinggal berdepan rumahnya itu betul2 melampau.Setiap hari Cina itu akan memasang radio kuat-kuat sehingga menganggu tidur anaknya.Pernah sekali dia menyuruh suaminya pergi menegur cina itu.Tapi suaminya tak mahu.Dia tahu suaminya takut.Semua orang di flat ini taku pada cina itu,cina itu gangster.Malah ada gangster-gangster lain tinggal disitu.Dan kesemuanya cina.Cuma ada beberapa kerat orang melayu dan india sahaja tinggal disitu.Dan semakin lama semakin berkurang.Mereka mula berpindah.Tidak tahan kerana tinggal dikalangan para gangster dan tidak tahan kerana flat ini sering menjadi serbuan pihak polis.Maka tinggal la Ziah serta suami dan anaknya dikelilingi orang cina.
Hati Ziah membara,makin kuat plak radio cina ni.Ini tak boleh jadi,dia mesti lakukan sesuatu.Dengan langkah yang kool,Ziah pergi ke rumah Cina itu yang berhadapan dengan rumahnya.Pintu rumah cina itu diketuk.
Tok! Tok! Tok!
Pintu dibuka luas,cina itu sedang berdiri dihadapannya dengan hanya memakai singlet dan seluar pendek.Ziah nampak ada tatu berlambangkan naga di kanan lengannya.Muka berparut dengan wajah bengis.Ziah tak takut.Dia mencuri pandangan ke dalam rumah cina itu,kelihatan tiga orang anak lelaki cina itu yang juga gengster seperti bapa mereka sedang bermain mahjung dengan ibu mereka.

"Budak kecik,lu mau apa?"

Cis.Mentang-mentang la Ziah itu bertubuh kecik seperti budak tingkatan dua.Berani dia memanggil Ziah seperti itu padahal dia sudah tahu Ziah sudah mempunyai anak seorang.

"Apek,gua mau cakap sikit sama lu"

"Apa???"

"Apek,lu hari2 budak radio kuat2 kalau lagu sedap takpa juga.Ni lagu sepatah haram aku taktau"

"Abis tu lu mau gua buat apa?"

"Apek,lu pun tau gua ada anak kecik,lu lagi mau buka kuat2 ka itu radio?macam mana anak gua mau tido,nanti bila dia nangis2 bising lu marah plak suruh dia diam padahal lu la puncanya.Lu jangan la bagi hidup gua susah,lu bagi hidup orang lain susah lu punya fasal la,tapi jangan bagi hidup gua susah.Nanti gua kasi hidup lu pulak susah baru lu tau!"

Cina itu ternganga,bini dia ternganga dan anak2nya juga ternganga.
Dan Ziah pulak,dengan langkah yang cukup kool masuk semula kedalam rumah meninggal cina itu yang masih ternganga di depan pintu rumahnya.
Sejak itu,cina itu tidak lagi membuka radio kuat2.Setiap kali suami Ziah yang bernama Men itu keluar hendak ke tempat kerja,Cina itu akan tersenyum pada Men.Begitu jugak isteri dan anak2nya yang juga gengster itu.Men hairan,seumur hidupnya tak pernah cina itu sekeluarga senyum padanya dan kehairanan dan kepelikannya itu di ceritakan pada isterinya.

"Loh,hari tu Ziah pi sound dia suh diam sikit jangan wat bising.Sebab tu la dia jadi camtu kot"
jawab Ziah selamba sambil meneruskan aktiviti memasaknya.
Men menelan air liur..mak aiii..Bini aku,kool gila lah!

Isnin, Mei 25, 2009

Cinta Tiga Segi

Ketika aku 1st time menonton video klip ini adalah semasa aku sedang menghadapi krisis dengan lelaki yang menyakitkan hati itu dan mula menjalin hubungan dengan Encik Bachok pada masa yang sama.

Satu kebetulan..

Kiss While Your Lip Are Still Red




Tapi itu dulu...setahun yang lalu..


P/S:Sampai sekarang aku masih mencari filem cinta keluaran negara Finland ni yang bertajuk Lieksa!

Hitam putih,dia cucuku

Non bingung,samada dia mahu menerima atau menolak pinangan Cik Ah itu.Cik Ah adalah tokey kantin sekolah menengah yang menjadi tempat dia mencari sesuap nasi untuk keluarganya sebagai tukang sapu sampah.Cik Ah adalah golongan Ada2.Rumah Cik Ah sangat besar.Cik Ah ada kereta,masa zaman tu,memiliki kereta berjenama seperti kereta yang Cik Ah pakai sekarang dikira kaya.Sedangkan dia,hanya mampu membeli sebuah basikal tua sebagai kenderaan untuk dia ke sekolah itu.Baru sekejap tadi,kawan-kawan yang sama pangkat dengannya,tukang sapu sampah,ada memberi nasihat.

"tak payah la trima pinangan Cik Ah tu..nanti suma cucu2 hang hitam.Cam laki Cik Ah"Mat memberi nasihat.Nasihat Mat disokong Abu dan Husin.

Hitam.Kerana laki Cik Ah hitam maka dia patut tolak lamaran Cik Ah tu?
Kerana laki Cik Ah berdarah arab dari Madinah jenis kulit hitam macam Bilal bin Rabah maka dia patut tolak lamaran Cik Ah itu?
Selama ni dia tak pernah tengok muka anak lelaki Cik Ah itu yang hendak di padankan dengan anak perempuan dia.
Mungkin anak Cik Ah bekulit cerah..sama macam Cik Ah yang dikatakan berdarah campuran siam itu.
Adakah kalau dia menerima lamaran Cik Ah itu,maka bakal cucunya akan hitam ataupun putih.
50-50..
Pening Non dibuatnya.




Pagi ini non rasa gementar,menunggu menantunya Men membawa khabar berita.
Tiba2 kereta milik Men meluncur laju masuk ke perkarangan rumah.
Menantunya itu adalah anak kepada Cik Ah.Yang dia keliru samada mahu terima tau menolak pinangan dia itu 2 tahun yang lalu.Menantunya tidak hitam,tidak putih.Yang sedang2 saja...

"Ayah,jom pi hospital..dah selamat.."kata menantunya sambil menarik tangannya.Dia tersenyum sambil mengekor di belakang menantunya itu diikuti isteri dan 3 orang anaknya yang masih kecil.Adakah Cucunya hitam,atau putih?
Bila melihat dia gembira..
cucuku putih melepak,matanya hitam bulat,rambutnya lebat..
Cucunya putih melepak..
Non gembira.


Angin petang bertiup nyaman.Setelah pulang dari kedai makan yang diusahakannya sejak 3 tahun yang lalu Non bersiap2 mahu keluar,membawa cucunya.Hasil perkahwinan antara anak perempuannya dengan anak lelaki Cik Ah,yang berkulit sedang2 sahaja..
Dia tersenyum girang,sambil membawa motor dan cucu perempuannya yang duduk di dalam raga motor,dia melawat rakan2 sama pangkatnya dulu semasa bekerja di sekolah.
Dia mahu tunjuk pada mat,Abu dan Husin.
Walaupun besannya hitam,menantunya yang sedang2 sahaja..tapi mereka mampu memberi zuriat yang putih melepak.Dia mahu memberitahu bekas rakan sejawatnya itu..

"walaupun putih atau hitam cucu aku ini.Dia tetap cucu aku.Yang bakal menjaga aku hingga akhir hayat aku"katanya bila dia bersantai di depan rumah kawan2nya.

P/s:cerita ini adalah kisah benar hasil penceritaan arwah Encik Non dan di tokok tambah oleh cucunya yang cerah masa kecil dan gelap semasa besar.

Jumaat, Mei 22, 2009

Aku tak suka kau,kau datang jgak kat aku..xmalu..!!!

Aku tak suka kau..tapi kau datang juga kat aku..
aku halau kau..kau lari kejap..pastu datang balik..kau xtau malu ke hah??
Tok aku dok ngadu..kau asyik melepak je kat depan rumah dia..
apa kau ingat dia akan berkenan kat kau ke?
Aku suka jantan yang ada janggut..kau pun ada..tapi ada aku kisah?blah la weii..
aku benci tengok muka kau..tersenyum ja..kau ingat aku jatuh hati?
Hari tu kau menyandar kat keta abah aku,marah sakan orang tua tu..kau buat tak kisah je..
sampai abah aku kalau datang kat umah tok,naik motor jek..takut kete dia calar..
Kau selalu dok buat bising kat depan umah tok..kau ingat suara kau sedap?
Hari tu paksu nyaris langgar kau ngn kete dia..kau relax je datang jugak..
kau ni spesis apa hah?xpaham bahasa betul..
Jiran tok aku pun tak tahan ngn kau dah..memekak je malam2..
hari tu ko wat sumbang kat blakang umah tok..eiii..geram betl aku..cam nak terajang ja kau ngn betina tuh..kaki aku ni dah lama tak terajang orang..kau nak rasa?
Sejak kau datang kampung tok aku dah tak amam,dah la kau dok wat bising..suka je bagi kotor laman umah orang..
Woi kambing!!!
Pegi ar lepak kat umah tuan kau..yang kau dok datang kat umah tok aku apasal??
Siap ar..aku tangkap kau..sembelih kau buat masak kurma..
Tengok arrr!!!

Tag..Tag..Tag..

Aku belum jawab tag dari Sarah Aziz lagi..kepada Sarah Aziz..,aku akan jawap gak tag kau tuh dgn gambar poyo aku..muahahahahaha..

Khamis, Mei 21, 2009

kehilangan

Laptop hilang pulak dah..
Sekian terima kasih..

P/s:abah berpotensi mahu membeli laptop lagi..LUV U ABAH!!

Kawan aku kawin..aku plak pening..

Aku dapat 2 undangan ke kenduri kawin..wahhh!! hari yang sama..dua2 kawan aku..Sorg kat Sungai Petani,Sorang kat Kulim..Aku kat Penang nih,dah pening..huhuhu..rasa cam nak g dua2 skali..tp sempat ker?kalo xpegi,kang kalo aku kawin dorang xmai plak..(wah..sudah berpikiran jauh..pdhal benda tuh mybe jd 2 ,3 tahun akan datang..hohoho!)

Relax..gua akan usaha jugak pegi 2 2 tempat..
yang penting..Semangat!!

Aku berkawan dengan mereka..salah ka?

Aku tgh jalan2 ngn kawan di satu pekan...Pekan ni xde bsar sangat..Pekan Ipoh..masa tu baru balik dari tuisyen..aku x ingat nama tempat tuisyen tu..yang aku tau tempat atas restoran Pizza Hut berdepan dgn Pasaraya Oceon..tp sekarang pasaraya tu xde dah..dh abis round2..dh nk petang..kmai dh balik..lapar la plak..so,kami singgah mcD..pastu kami teruskan perjalanan nak balik..tetiba aku rasa ada org panggil nma aku..aku boh layan..dgr lagi..

"Wooiii...Wan!!!"

Sapa la plak dok terjerit2 ni..?aku kalis bdn aku ke belakang..tgk2 kawan sekelas aku..nma dia Nur Diana..tp aku panggil dia Nana..Mak aii..cara berpkaian dia dasat..budak black metal,masa tu tgh heboh pasal black metal....cam hantu dah..subang bertindik sana sini..bibir itam..mata hitam suma..kuku itam..suma itam..org dia putih plak..Aku tau dia mmg bdk black..jadi aku x trkejut sgt..dia peluk aku..masa tu ramai ushar aku pelik..tp aku wat xreti..kwan2 mula dh jauh2..aku tau dorng mesti malu dan segan..dia kenalkan aku ngn bofren dia..sama gak..lg truk..pas sembang jap kami bw haluan masing2..aku balik..dia xtau pi mana..masa dlm bas..kawn2 kutuk dia..aku diam ja..dia kawan aku..walaupun dia camtu..tapi dia pandai mate..dia selalu ajar aku..salahkah aku?

*******************************************


Aku tgh jalan nak ke kelas,masa tu dh abis rehat..aku seorang pengawas..jd masuk kelas lewat sikit..tetiba aku dgr ada suara beberapa org budak perempuan..bergelak sakan..macam jalang dah..rakan setugas ajak aku pegi ushar tgk..kami pegi..aku nmpak 3 org bdk perempuan duduk terkankang kt tepi longkang sekolah..aku pegi kat dorang..aku tegur..

"Relax ar wan..ko dok kecoh2 apa..join ar kami.."

salah sorg dari mereka membalas teguran aku..dari gaya dorang kau tau..depa tgh khayal..aku periksa poket dorg..ada bbrapa biji pil..rakan setugas nak lapor pada cikgu..tapi aku larang..aku suh dia relax dulu..bru kesalahan pertama..rakan setugas aku akur..dia dari kelas lain..dia terus blah sbb xmau ketinggalan kelas..aku duduk lepak dgn mereka,mereka bdk kelas aku..

"Kalau korang kesian kat aku..korang ikut aku msuk kelas..aku dh tlg korang.."

mula2 dorang ketawa jek..pastu dorang mula serius..dorang ikut aku..xde khayal sgt pun..besa2 ja..sejak dr hari dorang selalu tegur aku..kdg2 mai sembang ngn aku..kdg2 aku rehat ngn dorang..Dorang bohsia..mak pak x amik tau hal dorang..malam2 dorang dok ikut mat rempit meronda..kadang2 xmai sekolah..kawan2 mula marah..dorang takut aku terikut..tapi aku cma nak kawan..walaupun dorang mcm tu..dorang bgus,pelajaran dorang ok..dorang boleh skor..dorang pandai dari aku..kadang2 aku suh dorang ajar aku..suh mai umah ajar aku..masa dorg byk ngn aku..blajr2..blajar..tp sayang..belum smpat aku amik pmr ngn dorang..aku kena pindah...kat sekolah xdak sapa yang suka kwan ngn dorang..aku ja..dorang menangis..aku trharu..salahkah aku?

***************************************************


Pindah kt sekolah baru..aku terpaksa duduk kelas second last..padahal aku dulu aku duduk kelas kedua terpandai..tapi aku terima ja..tempat aku depan skali..btul2 aku depan papan hitam..padahal kat skool lama aku aku duduk kat blakang skali..ngn budak2 laki..tapi aku terima ja..
dalam kelas..suma nak kawan ngn aku..suma nak cakap ngn aku..bdk melayu,cina,india..yelah,aku datang dari sekolah bandar..dorang sekolah kampung..rasa mcm selebriti..bdk2 kelas pandai pun nak kawan ngn aku..aku layan suma..tapi aku rasa terasing walaupun dalam ramai2..dorang tak sama jiwa dengan aku..
Aku mula menyendiri..tiada lagi perangai gila2..tiada lag prangai cam laki..xdak lagi suara riuh rendah aku..aku jadi pendiam..walaupun aku lepak ngn dorang..aku suka melayan fikiran aku sendiri..
Sebelah tempat duduk aku..bdk perempuan..orgnya selekeh..selekeh dari aku..dia diam ja..dalam kelas xdak sapa nak kawan ngn dia..dia paling bodoh..aku cuba ckp ngn dia..tapi xtau nak mula kot mana..satu hari,cikgu marah dia..depan kelas..sebab dia dapat markah kosong dalam pelajaran bi..teacher aku suh dia belajar ngn aku..aku pandai bi..
Tgk2 dia tegur aku dulu.dia tanya..itu,ini..aku jwap..lama2 suma pelajaran dia tanya aku..aku jawap ja mana yang aku tau..lama2 aku selesa ngn dia..walaupun dia selekeh,aku tetap pi rehat ngn dia..aku tau kwan2 yang lain mula dok kutuk..bdk kelas lain pun sama..tapi apa aku peduli..bkn hangpa kasi aku makan..lama2 aku mula berani wat lawak ngn dia..dia mula ketawa..baru aku tau..dia sgt cantik kalo tersenyum atau ketawa..Lama2 aku jd baik ngn dia..aku selalu ajak dia datang umah belajr ngn aku..pelajaran dia makin naik..bukan sebab aku..aku bkn pandai pun..sebab diri dia sendiri..sebab dia ada semangat..semangat dia datang sbab dia rasa happy..yang mendorong dia utk blajar..

Tapi naik tingkatan 4 kami berpisah pulak..aku masuk asrama..sekolah teknik..Dia?dia teruskan pelajaran dia kat situ jugak..

Aku berkawan tanpa memilih..aku kawan dengan semua orang..waluapun dia miskin,jahat,pencuri,pelacur,gay..pondan..berlainan agama..xdak agama..cacat..
Dia tetap manusia..lagipun aku berkawan bkn sebab nak terikut ngn perangai mereka..
aku berkawan sebagai seorang kawan..itu saja.

Rabu, Mei 20, 2009

kerja xdak,gaji masuk..

Bosan duk kat opis sorang2..baik aku balik..hohohohoho..nak cau dh..hoh!

Aku Sebuah Kancil

Namaku perodua kancil..warna bajuku maroon..aku lahir pada tahun 1995..Tuan pertamaku seorang wanita..nama dia Suria binti abdullah..orgnya cun la sangat..kecil molek..dia jaga aku dengan elok..2 tahun dengan dia tiba-tiba Cik Suria nak tukar aku dgn model lain..aku sedih..makanya aku pun dijual pada seorang lelaki..namanya Harith Bin Adam..orangnya serius..tapi hensem..dia ada byak keter lain..lagi mahal dari aku..tapi bila dia nak pegi opis je..baru dia guna aku..dengan bantuan aku yang pandai menyelit2 ni..maka encik harith selalu sampai awal ke tempat keje..maka encik harith sangat sayang pada aku..tapi malangnya..ibu yang melahirkan aku telah melahirkan seorang adik..namanya Perodua Kelisa..Dan encik harith mahu membela Kelisa pula..aku dihantar kesebuah kedai..di kedai itu aku berkenalan dengan byk jenis model kereta..besar kecik..mcm2 ada..baru berbaik..mereka dibeli orang..tinggal la aku menjadi old skool disini..

beberapa tahun kemudian..seorang lelaki datang..dia melihat2 aku..kemudian dia terus membeli aku..hairan,kenapa ya..punya banyak kereta baru yang dilahirkan kenapa aku pula dibelinya..aku dibawa pulang..rupanya lelaki ini mempunyai 3 buah kereta..dan sekarang 4 termasuk aku..aku berkenalan dengan mereka..yang 1st sekali namanya Citreon..bajunya sangat indah sekali..setiap malam atau hujung minggu..Citreon akan membawa tuan baru aku yang hanya dikenali sebagai Syam ni bersiar2..aku ada mendengar gosip2 liar yang mengatakan si Citreon ni berlumba haram.Yang kedua namanya Citra..bdannya besar..selalunya bila Encik Syam mahu pulang ke kampung atau bercuti..pasti dia kan bawa Citra..untung btul dia..yang ketiga namanya Perodua kancil juga..dia muda 10 tahun dari aku..biasala..bdk remaja...agak sombong..dia sering digunakan oleh isteri encik Syam ke tempat keja..
aku pulak?
aku dijaga elok oleh syam..baju aku berganti..kaki aku berganti..malah jantungku diubah suai menjadi lebih laju..tempat dudukku juga ditukar..mewah btul hidup aku..tapi malangnya..aku hanya membawa isteri encik syam ke pasar..tapi aku gembira..kadang2 adik encik syam akan membawa aku bersiar2 bertemu rakan2nya..

Satu hari..seorang perempuan datang kerumah encik syam..orangnya agak kasar..lagaknya kadang macam lelaki..tapi pemakaian agak feminin..aku rasa dia ada krisis identiti..Dia melihat2 aku sambil tersenyum..kemudian encik syam berkata sesuatu pada dia..dia melompat kesukaan..gila ke hape perempuan ni..3 hari dia disini,setiap hari melayan aku..kadang dia usap..kadang2 dia pandu aku..dia nampak macam sudah jatuh cinta pada aku..ah...! sudah..
Aku mula berfikiran macam2..

Apa yang difikirkan aku jd kenyataan..perempuan yang di kenali sebgai miss Penang ni akhirnya mahu mengambil aku pulang ke negerinya..aku sngat sedih..aku sayang sama encik syam dan isterinya..mereka sangat baik..tapi apakan daya..aku cuma pkerja..hari terakhir aku dirumah encik syam..aku sedih..tambah2 aku lihat muka sedih encik syam...

Miss penang mmg agak gila..mentang2 la jantung aku laju dan menjadi kegilaan..dia memaksa aku melajukan pergerakanku..kadang2 aku takut..iyalah..miss penang suka menyelit2 diantara lori tanah yang besar..aku takut aku terpenyek pula..Miss poyo sangat baik..setiap hari bila hendak ke kuliah..dia sering berckap2 dgn aku..kdg2 miss penang akan bawa kawan2 dia menaiki aku..Sekarang miss penang sudah bekerja..tapi dia tetap menggunakan aku..malah dia penah memberitahu abahnya yang dia xkn jual aku..aku gembira sgt2..tapi aku cuma tidak tahan akan keganasan miss penang..dia suka melanggar orang sesuka hati..luka aku di sana sini..tapi miss penang bertindak pantas..pasti dia akan ubatkan aku cepat2..
Walaupun miss penang agak poyo n ganas..aku sgt syang padanya..x lama lagi..aku akan dapat baju baru..mesti aku bertambah kiut lepas ni..hehe..

I LOVE YOU MISS PENANG..

P/S:Kekasih miss Penang yang bernama Encik Bachok itu sangat lemah lembut ketika membawa aku..kan bagus kalau miss penang begitu..aku jeles sama proton satria..bos kau mmg baik!

Lari dari rumah,kena rogol..salah mak bapak ka?

Balik sekolah jumpa jantan kat bus stop..sembang huhahuha..gelak macam jalang.Mak nampak,mak rasa malu..kat rumah ajar baik2..tapi kat luar wat perangai plak..mak terus pegi serang..marah2 tarik msuk dalam keta..sampai rumah kena marah lagi..kena penampar sedas 2 das..merajuk..masuk bilik kunci..mak panggil keluar boh layan..dalam fikiran xde menda lain..pikir nak lari dari rumah...

Bila malam mak panggil makan..tapi takdak jawapan..try buka pintu tapi pintu kunci..mak panggil abang..abang try buka..tapi tak bleh jugak..abang pecahkan pintu..tengok xdak sapa..mak panik..abang panik..ayah yang masih lagi kat tempat keja pun panik..

Naik motor dengan kawan..kawan pulak yang tak boleh pakai..kawan jugak yang hasut suruh lari..tiba2 motor kena sekat..sekumpulan mat merempit bermuka jahat..kena bawa lari masuk dalam ladang kelapa sawit..dirogol beramai2 berkali2 sampai lembik separuh mati kena tinggal..

Bila sedar baru nak nangis..balik pula ke rumah cari mak..padahal sebelum ni maki mak..hamput mak.sebab mak marah je..bila dah kena baru nampak mak..baru nampak abang..baru nampak ayah..

budak2 zaman sekarang..macam tu la..

Isnin, Mei 18, 2009

Aku tinggal diatas pagar..kamu?

Aku memilih untuk tinggal diatas pagar...
Aku tepis godaan Encik Songkok Hitam..
Aku tepis godaan Encik Kopiah Putih..
Aku tepis godaan Encik2 cerdik pandai..yang jadi pembela..kononnya pembela rakyat..dengan cara kekerasan..
Kenapa pula aku yang salah..kamu semua yang salah..kamu suka bagi tekanan pada aku..penipuan yang hanya orang-orang yang tinggal diatas pagar seperti aku sahaja yang nampak..bukan orang2 yang tinggal dibawah,yang taksub kepada kamu..yang sanggup membuta tulikan mata,telinga dan hati..semata-mata kerana lambang kamu..

Encik songkok hitam memberi auta..kononnya hanya orang bersongkok hitam seperti kamu saja mampu menjaga orang2 seperti aku..tapi aku tak nampak pun semua tu..kamu hanya menjaga orang-orang kamu..Harapan orang-orang seperti aku,kamu curahkan pada orang2 kamu,saudara2 kamu?Mereka menjadi orang ada-ada..sedangkan orang seperti aku..semakin banyak menjadi kebanyakkan..belayar tanpa layar..terumbang ambing dilautan tenang ciptaan kamu..aku benci padamu..

Encik Kopiah Putih memberi syarahan..atas dasar agama kononnya kamu boleh bantu orang seperti aku..tapi aku lihat agama bukan lagi no 1..yang penting kejayaan..kamu tidak kisah Encik Sepet mempermainkan kitab kamu..kamu tidak kisah Encik Gelap mengikat nama tuhan kamu di dahinya..sambil menari kesukaan..atas kejayaan kamu..sambil memegang botol air setan..yang penting kejayaan..Aku benci penipuan kamu atas dasar agama..yang aku cintai..
Aku benci padamu..

Encik Cerdik pandai memberi hujahan..hanya orang cerdik pandai seperti kamu membawa perubahan..tapi perubahan dari segi apa?bagi aku kamu sama sahaja dengan Encik Songkok Hitam..kerana kamu juga berasal dari orang2 songkok hitam..atas dasar apa kamu menubuhkan lambang kamu?atas dasar kerana rakyat atau kerana kegilaan kuasamu..yang terbantut ketika ia hampir pada gemgamanmu..
Ada orang2 seperti aku memberi peluang pada kamu..tapi dimana perubahan itu..kami menuntut janji2 kamu itu..Aku Benci padamu..

Kamu orang yang sama..walaupun kamu berlainan cara..Bersongkok hitam,Berkopiah putih dan cerdik pandai..tapi tempat kelahiran kamu sama,tempat kelahiran moyangmu sama..tempat kelahirang moyang kepada moyang kamu kepada moyang kamu adalah dari tempat yang sama..Si Jantung Pisang...berentap la kamu...

kerana orang-orang yang tinggal diatas pagar seperti aku tidak akan terhasut dengan autamu, syarahanmu dan hujahanmu

Aku Cubby,bkn langsing..Ada aku kesah?hohohoho..

AKU DITAG OLEH MISS EIKA..

TAG - CABARAN LANGSINGKAH DAKU

1. Berapa berat dan ketinggian anda sekarang?
sudah 2 tahun aku x timbang la beb..last aku timbang masa kat Poli dulu berat aku 58kg..la xtau berapa dah..tp rmai ckp aku makin kurus..mybe dh trun kot..tinggi aku just 158cm la beb..aku kategori pendek..wawawawawa...

2. Berat yang paling tinngi dalam sejarah anda? usia pada
ketika itu?
ok2..masa aku form 1 dlu..berat aku penah cecah 63kg..hahahaha..gumuk siut..pas masuk sekolah teknik trus bdn aku kurus sket..

3. Apakah makanan sampingan anda untuk memiliki tubuh
langsing? dan kejayaan anda dengan makanan tersebut?
memiliki tubuh langsing..?sejak baby sampai sekarang aku cubby k..jd xdak hati nak jd langsing..penah sekali aku kurus sbb sakit..cengkung..hodoh siottt..xdak mknan sampingan...no way gurl!

4. Berat yang paling rendah yang pernah anda dapat? usia
pada ketika itu?
umor 9 tahun kot..msa tu da asma yg teruk gak ar..kurus selsema babi btul la masa tuh!x igat ar berapa..wei..tu dah hampir 13 tahun la beb!

5. Anda pernah menyertai program pelangsingan?
Nyatakan kejayaaan anda.
hahahahaha..kelakau btoi la...Program pelangsingan?duit aku ckup nak p program pelangsingan..tapi baik aku guna duit tuh utk kasi lagi cun keta aku..kan3..

6. Apakah diet yang anda ambil untuk memiliki berat anda
paling terendah?
Diet?aku xdiet pun..tp aku akui mmg aku mkn nasi sehari sekali dr kcik lgi..itu tabiat k..bkn diet..kalo diet mybe bdn aku secntik Angelina Jolie kot..kokokoko!

7. Apakah menyebabkan berat anda naik mendadak?
Aku mengalami masalah metabolisme rendah beb..

8. Apakah target anda untuk kurus selepas ini?
Bdn aku lbih kurang cam zizie Ezette la..itu org kta..bkn aku..ok pa..xpyah kurus la..

9. Miliki gambar anda dahulu dan kini?
Aku xdak gmbar penuh la..lagipun aku xska ar bergambar..gambar hodoh nak?

10. Sila upload ok?


Ni gambar masa kat Poli..pandai2 la tgk yg
mana 1 aku k..
hohohohohohoho...


Ni gambar terbaru aku..ada yg ckp muka aku mkin susut..
ada aku kesah??!
Amboi..amboi..amboi..

Aku nak tag..

1.Angelina Jolie
2.Zizie Ezette
3.Sapa2 la yg rajin xdak keja..silakan..

Jumaat, Mei 15, 2009

Aku Dan Kerja

hari ni xdak apa2 yg nk di tulis sbb aku bz dok isi borang keja..wawawawawa...

Khamis, Mei 14, 2009

Tok Sunyi,Paksu rimas..

Sejak Tokwan meninggal aku tau Tok rasa sunyi..
dan sekarang Paksu plak rasa rimas sebab..


Pagi2 semasa bersiap nak pi keja..

Tok:Lie,hang kawin la...bleh gak bini hang teman mak bila ang pi keja.
Paksu:Xmau ah ceq!!!



Semasa makan malam..

Paksu:Mak,Ceq amik bibik sorang teman mak n wat keja umah kat mak mau dak?? Tok:Takmau ah mak..keja rumah mak bleh wat sendiri..
Aku:Tah,dari paksu amik bibik..baik kawin..bayar hantaran skali ja..ni bibik kena bayar tiap2 bulan..

Tok:Btul la Lie..hang kawin la..wat teman mak..

Paksu:Ceq nak lari la macam nih!!!!

Dalam kete ke pasar..

Tok:Lie..hang kawin la..bleh bini hang pi market ngn mak..hang xpayah susah2 bawa mak dah.. Paksu:Arrggghhh!!!


Makan tengahari...

Tok:Lie..hang nak sapa?bagitau ja..mak pi cari..
Paksu:Ceq nak keta sebijik lagi..bleh cari dak??



Masa tengok AF..

Tok:Lie..punya byk perempuan yang da..xkan satu pun hang tak berkenan..cakap ja sapa..mak pi pinang..
Paksu:mak oii..ingat cari bini cam cari kereta?cantik sikit..berkenan terus sambar..payah nak cari bini yang bgus mak oii..dapat perempuan tak hormat mak,mata duitan,suka kontrol..baru mak tau..perempuan la byk camtu..satgi bayang Ceq pun mak x nampak dah...

Tok dan Aku n Sepupu:Errrkkk!!!


Mybe sebab tu paksu tak kawin sampai la kot..
tapi lepas tu dan hari2 seterusnya...

Tok:Lie..bila nak kawin..?kawan2 hang suma dah kawin..
Paksu:Ayoyoyo..



Paksu:
Gua nak idup dalam blues pun mak xbagi...

4 jam pada 13 Mei

Semalam aku pi bawa sepupu aku temuduga kat pejabat bahagian Teknologi Pendidikan Pokok Sena,Penang.Jawatan kosong utk Pembantu Tadbir cuma 20 ja..yang lain2 aku xtau brapa plak..tapi yang mai..masyaallah...nk dekat 2ribu..Aku yang dapat tau secara lanjut pasal temuduga ni pun sebab aku bawa sepupu aku mai opis la..wat peneman..aku kan kerani kesepian..dia buka laman web apatah..apalagi..pi la kami..syarat2 kena bawa salinan sijil dan sijil asal beserta 2 keping gambar.Oeh sebab gambar aku xdak..so aku pun amik la gambar segera kat satu kedai gambar ni,tapi hampeh btul la..gambar aku serupa perempuan sangap sex ja..tp nak wat camna..sangap pun sangap la..pi la kt pejabat tuh..mak aiii! ramai seh yang nak amik borang keje tuh..bratur pi la..aku kesian kat sepupu aku ja..so aku layan beratur skali la..no giliran aku..263..mak aiii!! jauhnya...
ok2..relax dlu..lepak2 kat kaki lima bersama para2 siswazah menganggur yang lain dan para2 pekerja kontrak cam aku ni..makin lama aku makin jemu..makin lama aku makin baran..tapi aku tahan ja sebab aku jenis payah nak naik angin..tapi bila dah 4 jam menunggu n baru giliran yang ke 60..dah pukul 2 sedangkan waktu tamat pkul 5 jawatan sikit tapi orang ramai..aku agak2 mmg xdak harapan langsung..cam nak balik opis smula ja..lpak kat opis lagi best! tapi sbb ksian kat sepupu aku pun layan la tunggu..

Last2 sepupu aku cakap..

"Jom blah!!"

Aku apalagi..blah ar..!!

Isnin, Mei 11, 2009

Aku Bermimpikan Encik Muhsin

Semalam..aku mimpi seseorang yang sepatutnya xdak dalam senarai pelakon yang akan muncul dalam setiap episod mimpi2 aku.Aku bermimpikan Encik Muhsin!!! Residen Engineer aku..wawawawawa..kelakar btul..bayangkan,Encik Muhsin dah lama tak datang kat tapak projek ni..nak dekat 5 bulan dah..aku dengar2 dia pi India,maklumlah..Enck Muhsin orang tabligh..Tapi kenapa mesti aku mimpikan dia?padahal aku pun dh lupa kat dia kadang2..Ada ka patut aku mimpi dia bagi ceramah agama kat aku sambil tgk citer Charlie Chaplin kat Youtube(En.Muhsin minat Charlie Chaplin.Dulu,hari2 layn citer mamat tuh kat youtube)

Bangun pagi tadi..aku rasa macam nak gelak kuat2..tapi memandangkan aku tidur kat umah tok..jd aku x gelak..tapi bila aku pandu je keta nak pulang ke rumah,aku gelak kuat2 la..

pukul 6.15 pagi,dalam kancil turbo..bawa dalam kelajuan 20km/jam(jln kampung mna leh bw laju2)..x pasang aircond..buka tingkap and gelak kuat2..
Apa perasaan penghuni rumah2 yang aku lalui sepngjang jalan nak ke rumah aku?
Pontianak mengilai sambil bawa keta enjin kuat???!!!!..waawawawawa..

Dan pagi nih..dah masuk opis dah..aku still lagi gelak kuat2 bila mengingat gaya penyampaian ceramah agama Encik Muhsin sambil tonton Charlie Chaplin..kelakar gilerlah..(wat gaya Aizat masa dapat anugerah AIM)

HOHOHOHOHOHOHO!

Jumaat, Mei 08, 2009

Aku dan minggu keperempuanan aku

Bila aku menghadapi minggu keperempuanan aku..emosi aku aku terganggu dan berubah2.Kejap rasa sedih,kejap rasa nak marah,kejap rasa tidak dipedulikan.Macam2 ada..2 malam lepas..menggunakan kancil turbo aku,aku melanggar motor kesayangan abah.Ya..disebabkan amarah yang menggila dan tidak diketahui puncanya,aku nekad melenyek motor 'rezeki' abah yang dibuat hiasan di depan rumah sejak sekian lamanya..hohoho..dan kesannya,no plate aku patah dan hancur..dan seperti biasa abah hanya diam walaupun aku tau dia amat marah sebab aku melenyek motor yang menjadi kesayangannya itu sejak berbelas-belas tahun yang lalu..nasib baik aku melenyek motor abah yang tak bernyawa tu walaupun kadang-kadang abah anggap dia bernyawa..kalau yang bernyawa macam mana?kalau yang bernyawa mybe babi kot,yang kandangnya 4 km dari kawasan perumahan aku,ataupun pemilik kandang babi tersebut..huhuhu..

Minggu ni juga Darling terpaksa melayan kerenah gila aku seperti bulan2 lepas pada minggu keperempuanan yang sama..hohoho..
selalunya Darling terpaksa mendengar kata-kata aku yang boleh menaikkan anginnya yang sememangnya kepala angin.Tapi demi minggu keperempuanan aku,dia terpaksa menahan barannya mendengar kata-kata seperti ini..
"Sayang benci you! benci you! benci you! benci you! benci you!"

Ataupun...

"menyampah!! menyampah!! menyampah!! taknak cakap dengan you!!!"

Dan kadang2 terpaksa pula pulang segera ke rumah bila dia berada diluar demi melayan aku bila aku mula menghantar sms seperti ini..

Nak you sekarang gak!! nak you!! nak you! nak you! nak you! nak you! nak you! nak you!!!!

Aku kesian pada Abah dan Darling.
Tapi bersabarlah wahai orang tersayangku..
Perangai jelekku ini hanya datang selama 5 hari setiap bulan ja..
huhuhuhuhu...

Selasa, Mei 05, 2009

Aku pura-pura busy

Aku agak bz memindahkan barang ke opis baru walaupun bkn aku yg angkat suma brg2..mat2 bangla yang angkat..hohoho..jd aku tgh susun barang..nanti2 ah merapu kat blog ni..

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!