Ahad, Ogos 30, 2009

Niat Mulia Aku Terbantut

Hari adalah hari yang gembira,happy2 dan hari untuk shopping2..
Dengan semangat waja takmau mengalah aku pun buka laptop,cucuk broadband dan mula buka laman web maybank..Aku syak Encik Raja dari bahagian kewangan dah masukkan duit gaji dalam akaun aku..Dah lama aku tak ushar akaun aku..dah seminggu..Al maklum la sebelum ni aku dah kuarkan banyak duit..sampai bleh shopping 2 helai suar,baju lagi..juadah berbuka puasa lagi..kira belen dia banyak lagi dalam purse aku.Tapi semangat shopping yang tengah naik tahap maksima,aku cadang nak kuarkan duit lagi.Laman web maybank aku masuk..aku login..aku klik kat akaun summary..aku yakin,memang dah masuk..kalau masuk,harini aku shopping,esok cuti merdeka boleh shopping lagi..alangkah bahagianya aku di muka bumi ni dengan bantuan semangat shopping tanpa semangat merdeka ni.Heeeeee.....!

Lambat plak nak loading ni.Kaki dah terketar2 ni..nak start enjin keta,trus blah pi bank kalau betul gaji da masuk..


Jeng jeng jeng...

Baki Akaun Anda : RM 49.49

Cisss!!!

Cilakak betul..rasa macam nak baling ja laptop ni ke dinding rumah..lantap pi harga dia 4 ribu pun..aku tak puas hati!!!!

Hancur sudah hati aku yang mulia ni nak bershopping..

CITTT!

Sabtu, Ogos 29, 2009

Tengah lepak santai

Malam2 camni taktau nak tulis pa.
aku tengah pk masa depan ni.
Bila nak berjaya semua impian aku ni
huhuhuhu..

Khamis, Ogos 27, 2009

Impian Di Bulan Puasa Yang Tak Kesampaian

Aku tgk jam dh pukul 2 lbih..baik aku blah balik je dari opis..bkn ada keja pun..elok aku keluar je dari pintu opis aku tengok hujan lebat yang amat..angin kuat.Tapi apa aku peduli,aku nak balik jugak..lagipun aku naik keta,bukan motor..xdak terkesan air hujan kat badan aku..aku turun tangga..sampai kat tingkat bawah aku nampak Abang Backhoe ngn Encik Abu dok sembang baik punyer...cisss..keja tak buat..baguih betoi..Depa tengok aku,aku tengok depa..aku sengih ja..depa sengih balik..Aku pi kat keta..start enjin keta dan vrooooommmm...

Hujan lebat gila..aku tengok pokok bergoyang kiri kanan umpama sedang menari dangdut..macam buat video klip Iwan ngn Amelina plak..sebab pokok2 tu disimbahi air hujan..tapi yang bezanya..pokok2 ni disimbahi air hujan semulajadi,sedangkan aku pasti video klip Iwan ngan Amelina tu cuma disimbahi air paip..tp akibat kemahiran jurukamera depa..nampak mcm air hujan..itu cuma spekulasi liar aku..usah percaya..

Aku terus memandu,dari 80km/j aku tukar ke 40km/j.Hujan lebat beb,mana leh bw laju2..kang terbabas walaupun aku yakin pada keempat2 tayar yang aku baru tukar 2 minggu lalu hasil sapotan abah aku,pesanan mak suh bw slow2 tu yang aku bw pelan-pelan tu..Aku tgk kat cermin belakang,berderet ja keta mengekor blakang aku..Mcm konvoi plak..

Aku teruskan pemanduan aku,aku tgk pakcik rempit,makcik rempit,mak rempit,minah rempit suma dok berhimpun ramai2 bawah satu hentian bas..aku syak depa wat perhimpunan haram sempena kekurangan gula ni..tapi fikiran baik aku ckp depa nak berteduh..nak elak dari ujan..takpa la..kalo wat perhimpunan haram memang aku langgar sekor2..menyusahkan orang atas pagar macam aku ja...

Aku teruskan pemanduan aku lagi.5 minit akan datang aku akan sampai umah..tgk2 da panggilan tipon plak..aku ushar dlu no dari sapa..alamak!!! dari Head opis aku yang kat Ampang tu plak..Aku stop keta tepi jlan,tutup radio.matikan enjin keta..takut depa syak aku dalam keta,aku terus jawab..

Orang Opis:Halo..Kak Hawa ni..

Aku:Ye Kak Hawa..

Orang Opis:Kak Hawa baru je fax surat blablabla..tlong check sat..pastu blablabla.. check pelan blablabla..Encik Afandi blablabla....Cepat sikit..blablabla..blablabla..

Aku:baiklah...

Orang Opis:Kalo ada papehal..call opis tau..bye..

Aku:ye..bye..


Aku start enjin keta..aku wat pusingan drift...Dengan muka kecewa akibat impian nak masak awal petang ni tak tercapai..aku bawa hati yang lara ke site opis semula..

Lidah aku rasa pahit

Apa yang aku nak makan masa berbuka ni hah?
Nak masak apa?
beli jela kot..tapi nak beli apa?
Aiiiyoohhh...pening pala betoi la..
Kalau tak sihat masa bulan puasa macam ni..pi pasar ramadhan pun x lalu..
rasa macam tak best langsung..tak syok..
tengok lauk pun tak lalu..tengok kuih lagi la..sama ja..kebanyakkan gerai jual kuih yang sama ja..
baik aku buat sendiri..puas hati..
Sekali sekala buat la kuih lain sama..kuih tradisional india ka..cina ka..afrika ka..Amerika selatan ka..baru menjana lidah sikit..ni asyik2 donut,buah melaka,puding2..tepung talam..seri muka..tak best!
Ayaq pun aku tengok jenis yang sama ja..soya,jagung..cincau..tebu..ayaq sirap..ayaq teh bunga..ayaq oren..cipta la ayaq dari buah len sama..Ayaq buah ceri ka..ayaq dari sayur-sayuran ka..
ni asyik dari buahan yang sama ja..apa barang..tak menjana tekak langsung..

Bila aku tengok lauk2 pun sama..
Asyik2 gulai ikan..ayam masak merah..ayam bakaq..ikan bakaq..ikan keli..apani..perut aku pun takmau trima dah..
masak la ikan naga ka..arowana ka..baru cantik ja bila tengok lauk tu..berkilat2..
Pi pasar ramadhan ni..lauk yang tu jugak..kuih yang tu jugak..ayaq yang tu jugak..
Pi pasar ramdhan sana pun macam tu jugak..
Aku dah jelajah separuh pasar ramadhan kat Seberang Perai ni..sama ja..
Tension betoi la..

Baik aku masuk hutan berburu rusa..baru sedap..!!!



P/s:Aku teringin Arnab putih..bukan untuk makan la..Buat bela..takmau aku kena sumpah ngn bapak si Megasari dalam cerita Senandung Si Dayang tu..huhuhuhu..

Rabu, Ogos 26, 2009

Selamat Berbuka Puasa

Lagi 3 minit untuk waktu berbuka puasa bagi seluruh negeri Pulau Pinang..
Selamat berbuka..

Selasa, Ogos 25, 2009

Membebel dan bebel dan bebel..

Hari ni aku sakit tekak..
Hidung berair..
tak sihat lagi la gamaknya..
Aduh..seksa betul la..
nak berkarya tak dak mood..
nak pusing2 site takdak mood..
suma takdak mood..
dah la bil maxis tak sampai lagi..
kaki dah mengedik-ngedik nak pi bayar ni..
lambat lagi ka nak gaji ni..bila la nak hujung bulan ni..
aku nak pi Al Ikhsan ni..
Nak beli kasut nike baru ni..
Nak beli kasut kat Azhan lagi..
nak beli sandal tumit tinggi lagi..
Nak beli tempat letak kuih raya lagi..
nak ejas duit untuk budak-budak masa raya lagi..
Ayoyoyo..
dah la tak sihat..
pikir banyak pulak..
nak sambung blajar..
tah dapat tah idak..
kerja lagi..
mana aku nak keja bulan 9 nanti..
projek dah nak siap..
raya ni la gaji aku yang terakhir..
mak aiiii..
tension betul..
dah la tak sihat..
dok wat tension plak..
petang ni nak makan pa plak..
Mak masak apa ek...?
Tah-tah aku yang masak petang ni..
tapi tak kot..sebab petang ni kena pi rumah tok belah abah..
dia wat banyak kuih..pastu hantar kat rumah tok belah mak..sebab sekarang kami dok dengan tok belah mak..
rumah kami kena renoved secara besar-besaran oleh abah..
tak best la..tak dapat beraya kat rumah sendiri..
lepas raya baru siap sepenuhnya..
Aihhhh!!!..
membebel kuat plak dalam tak sihat pun..
nak blah balik la..
huhuhu..

Isnin, Ogos 24, 2009

Bulan Puasa Tanpa Tokwan

Bulan puasa ni,aku rindu betul kat Arwah Tokwan..
First time sambut bulan ramadan tanpa dia..


Tokwan dan Tok ketika 4 bulan sebelum Tokwan
meninggal dunia..









Cerita Di bulan Puasa

Masa bulan puasa,aku sangat nakal..tapi aku jugak jadi mangsa..
huhuhuhu..



*Masa aku umor 6 tahun...makan jagung rebus depan kawan2 paksu..last2 depa pun tak puasa sekali sebab merasa jagung rebus aku.


*Masa umor 9 tahun,mak upah duit kalau puasa penuh..tapi aku hentam minum air paip kat sekolah..mak bukan tau pun..


*Menyamar jadi budak india dan join depa makan kat kantin padahal aku takdak ciri2 orang india.


*Dipaksa makan makanan yang arwah tokwan beli secara berlebihan kat pasar ramadan sampai muntah..


*Kena marah dengan dengan seorang india sebab paksu letup busut tempat dia semayang dengan mercun.


*Teman makcik pegi semayang terawih,tapi tak semayang pun..pura2 semayang..


*Jatuh tergolek depan rumah masa berlari2 main bunga api masa umor 19 tahun.


*Bagi terbakar pelita plastik abah,pastu tuduh adik.


*beli mercun sampai seratus ringgit tanpa pengetahuan abah..


*Pas buka puasa,baling mercun kat rumah jiran.


*Lari dari asrama sekolah semata2 nak berbuka bersama family.


*Pura-pura datang haid..padahal malas nak puasa masa tingkatan satu


*Umor 10 tahun,kentut depan mak sambil cakap.."Opppsss,terbatal posa la mak.."


*Suruh rakan sekelas masa sekolah beli nasi kat restoran nasi kandar subaidah


Banyak lagi nak gtau..
tapi rasa macam jahat sangat aku ni bila nak senrai semua sekali..
hohohoho..

Ahad, Ogos 23, 2009

I Believe I Can Fly Part 3

"Woi Wan,hang deret ja bagi aku terkejut..kalau aku da sakit jantung camna.Kang mati terbungkang kat sini jugak kot"marah Nab tiba-tiba.Aku hanya tersengih..





"Sorry la Nab..terbiasa dah..aku da benda penting nak gitau hang ni.."


"Pa dia?"soal Nab..

Aku pun cerita la tujuan aku jumpa dia dan kenapa..mata dia sekejap kecik..sekejap membesar dok dengar cerita aku.Kemudia dia angguk..sat kemudian menggeleng plak.

"Jadi hang nak fly ar ni?"soal Nab setelah aku abis bercerita.Bengong betul la minah ni..dalam penceritaan aku tadi aku rasa da dalam lima nam kali jugak aku sebut perkataan 'fly' ni..lagi mau tanya ka?mangkuk betul..

"Yala..takkan aku nak berenang plak.."jawab aku.Nab hanya tersengih..dia tau mesti aku dah bengang dengan dia.Selepas kami buat perjanjian bodoh iaitu Nab akan jumpa aku kat kelas aku,aku pun blah dari kantin,konon2nya nak menuju ke Bangunan Teknik la..tengok2 loceng berbunyi..Ah..lega..tapi malang plak nasib aku bila aku terserempak dengan Pak jek..mukanya nampak menyinga..

"Wan,ko datang sini kejap!!"jerit Pak Jek pada aku.Cisss...memalukan betul,ada la 2 3 budak laki tersengih-sengih pada aku.Mesti depa boleh menjangka nasib aku lepas ni.


"Aku dapat tau ko tak pegi Blok Akademik,btul ke?"soal Pak Jek sebaik sahaja kami berdua sampai di bengkel Kimpalan.Bengkel ni memang tempat hukuman rotan dijalankan.Maklumlah.Bengkel ni tersorok sikit.Dan muka aku nilah hari2 datang bertandang kat bengkel ni.


"Betul la Sir.."jawab aku..Pak jek terus gelak kuat.Suka la tu..dapat merotan,hobi ke ketagihan merotan guru bahasa inggeris aku ni.Tanpa di suruh,aku terus hulur tapak tangan aku.Pak Jek ni,tanpa belas kasihan terus merotan aku.Sakit siot..tak guna..Tapi takpa..nak balik punya pasal aku sanggup kena rotan walaupun seratus kali pun.


Petang tu jugak,waktu balik sekolah,aku tunggu Nab kat kelas.Aku sengaja menyuruh Putri balik dahulu..dan kawan aku tu macam heran ja tengok tingkah laku aku..tapi aku tak peduli.Biarkan...Setelah agak lama,Nab muncul.Hangin jugak la aku sebab Nab lambat sampai.Padahal jarak antara antara blok Akademik dengan blok Vokasional bukan jauh sangat pun.

"Hang dah nekad ka?"soal Nab.

"Mesti ar..apa hang ingat aku takut ka?eleh..takat pakgad Jo tu,sekali aku jentik dah melayang"Aku jawab dengan angkuh.Padahal dalam hati hanya tuhan saja yang tahu.Takut gila..firts time weh wat benda macam ni.Aku takut sampai aku rasa macam nak terkencing dalam kain.Kemudian kami berdua sama-sama menuju ke pintu pagar sekolah.Dari jauh aku nampak Pakgad tu tengah bersembang dengan 2 3 orang budak laki yang menunggu bas kat tepi pagar tu dan semakin aku nak berdepan dengan pintu pagar,semakin aku rasa banyak gila peluh meleleh kat belakang badan aku dan aku rasa baju kurung aku dah basah.Nasib baik tudung yang aku pakai dapat la jugak melindungi kesan peluh kat belakang badan aku ni.Menyesal gila aku suruh Tini pendekkan tudung aku ni.Kalau aku biarkan tudung ni labuh melayut pun takpa.Selain dapat lindung kesan peluh,aku nampak alim sikit..Cisss..

Semakin lama,aku semakin dekat dan semakin lama aku rasa peluh keluar dari batang tubuh aku macam air paip.Sebaik saja aku melalui betul2 depan pakgad tu,tiba2 pakgad tu ushar aku..dari dia duduk terus berdiri..dia memandang aku dengan pandangan yang tajam.

"Hang mai sini sat"arah Pakgad jongang itu.Habisla aku kali ni.Habis la kerjaya aku sebagai pengawas yang tak berwibawa lepas ni .Mesti aku kena lucut jawatan sebab ditangkap cuba keluar asrama tanpa izin...mAti la..
Pakgad aitu aku tengok makin menghampiri..Aku tengok Nab relax ja muka dia.Macam takdak benda yang tak best berlaku lepas ni.Sebaliknya dia menarik2 tangan aku.
Aku keliru,samada nak ikut Nab atau ikut arahan Pakgad tu.Aku dalam dilema sekarang..



Bersambung.....

Khamis, Ogos 20, 2009

Perjalanan idup aku malam semalam..

Semalam pukul 10 mlm aku dh msuk tido..gila awal..slalu pukul 12 bru masuk tido..tak pun pukul 1 lbih..dah tido awal..pukul 1.30 pagi aku terjaga..trus takleh tido..pastu aku pun msg la encik bachok..lama skit baru dia balas..mybe masa tu dia tak bz ngn keje dia kot..pastu aku bagitau dia yang aku tgh takut..yela..dok dalam bilik sorang2,pastu mula la teringat macam2 cerita hantu..pastu aku terima balasan dari dia...aku bka msg..rupa2nya..masyaallah..gambar hantu..trkejut aku..!! menggigil trus badan..hampeh btul..geram betul aku..sempat lagi mengusik..sejak akhir2 ni kuat betul dia mengusik aku..apala..last2 pkul 4.30pagi baru aku boleh tido..tu pun masa tu aku dgr orang laki bg salam..gila takut nak mampus..aku pnggil mak..pegi tgk kat pintu..loh..mirul rupanya..baru sampai dari melaka...apada...
Padan muka encik bachok..dia balik keje n kol aku,aku tak angkat..yela..aku tido mati la plak..byangkan pukul 4 lbih baru tido..mau tak sedar diri..

Pukul 6 baru aku bangun..try kol dia tgk..tgh layan citer terminator kat laptop abg dia..cisss!!!
xmau layan aku dah..siap suh aku tido blik plak..
Aku pun dengar cakap plak..pi tido smula..last2 8.30 pagi baru bangun...tu pun mak yg gerak..lewat g keje la plak..
aiyahhhh..
apa nak jadi ngn aku nih...
huhuhuhu..

I believe I can fly Part 2

Pagi tu,aku langsung tak ikut kawan2 pi dewan makan.Aku trus pi kelas.Mana tau dapat jumpa dengan Hawa.Walaupun Hawa budak Perdagangan dari aliran Teknik..tp aku heran jugak..pasaipa la kelas si Hawa ni boleh tercampak kat bangunan Vokasional plak..seblah kelas aku plak tu..Sebab tu la budak laki klas aku asyik pi tandas ja..tandas laki seblah kelas Hawa..kelas Hawa suma budak pompuan muka jambu,3 orang ja budak laki kat kelas dia..tu pun 3 3 depa muka jambu gak..Tengah aku dok termenung dalam kelas,tiba2 aku nampak kelibat Hawa,apalagi aku pun jerit panggil nama dia.

"Hah! apasal ko panggil aku"soal Hawa sebaik saja dah berdiri depan aku...

"Ooooo...hang fly semalam ek?"soal aku plak.

"Woi Wan,ko diam sikit la..kang orang dengar masak aku..yela..aku fly..nape?"soal Hawa lagi dengan pelat Ipoh dia.

"mcm mana hang bleh fly wei.pakgad jongang tu tak prasan hang ka?"Hawa gelak ja bila aku soal macam tu..gelak dia makin lama makin kuat plak dah..memang kaki gelak betoi la minah pendek ni.

"Pakgad mana prasan..lagipun dah ramai2 kuar..bkn dia nak belek budak sorang2 kot..yg mana bdk asrama,yang mana budak luar..pandai2 ar..."Hawa memberi jawapn sebelum terus tinggal aku tercengang2 depan kelas..betul jugak..awat aku tak terpikir slamani..lagipun warden pun bukan nak prasan pun kalau salah sorang budak asrama takdak..buktinya Hawa la..dia takdak warden langsung taktau..lagipun budak dorm aku suma prangai sama ja..dari ketua dorm sampai la ke biro disiplin macam aku ni..haram takdak disiplin langsung.kalau salah sorang dari budak dorm wat prangai,langsung tak amik tau..janji hang jaga aku,aku jaga hang..yang tu la ayat Si Azreen Taiping tu,ketua dorm aku yang kaki pukul tu..

Waktu rehat,aku langsung tak pi bangunan Teknik,sepatutnya minggu ni aku kena jaga bangunan Teknik waktu rehat..tapi oleh sebab aku pengawas yang tak berdedikasi,ada aku kisah?Ada benda penting lagi yang aku kena wat kat kantin.Sampai ja kat kantin,2 3 orang pengawas tegur aku,sebab tak pi bangunan Teknik..tp aku boh layan ja..lantak pi la kalau depa mengadu kat Pak Jek..lantak pi la kalau aku kena rotan sebab tak jalankan tugas..lagipun memang hari2 aku kena rotan..dah tak rasa apa dah kat tapak tangan aku ni..Aku kena cari Nab,tapi bnyak pulak budak dok melantak..dah la semua pkai tudung,yang mana satu Nab aku pun tak perasan..lama jugak mata aku melilau cari Nab,last2 jumpa jugak..dok melantak bihun sup baik punyerr..ngan budak kelas dia..dengan pantas aku pegi dapatkan Nab...

"Woi Nab!!!!" Nab nampak terkejut tengok muka aku..awat plak dah minah ni..kena serangan jantung ka hapa ni...




Bersambung...

Rabu, Ogos 19, 2009

I believe I can fly Part 1

Hampir tersedak aku bila Nab bagitau dia nak keluar asrama.Angin takdak..ribut takdak..tiba-tiba ja nak jadi budak luar plak dah..ni mesti da tak kena kat dorm dia ni,kalau tak buat apa dia kalut sangat nak keluar asrama.

"Yang hang kalut sangat nak keluar ni pasaipa?hang ada prob ka dengan budak dorm hang?"Aku menyoal Nab tanda nak kepastian..Anis,Ctah ngn Putri mengangguk ja sambil menyumbat nasi dalam mulut depa..pelahap btoi kawan2 aku ni..tambah2 Si Anis tu..tak cukup nasi dia..nasi dalam pinggan aku pun dia sapu..badan maintain ramping jugak aku tgk walaupun pelahap..

"Tahun ni kita nak SPM..Aku rasa kalau klau aku dok hostel..mmg tak bleh blajar ar..asyik sembang ja.."huiii...macam mengata aku sama ja minah ni..aku pun kuat menyembang jugak..waktu prep orang dok study..aku melalak sakan..bukan dengan orang lain..dengan depa2 ni jugak..

"Aku dah tulis surat..satgi aku bagi surat ni kat pakcik Mat Noor..petang esok aku blah kot.."sambung Nab lagi sebelum menghabiskan makanan dalam pinggan dia..Aku diam ja..maknanya pasni salah sorang dari sekutu aku takdak dah kat asrama..kesunyian betul la...

Seperti yang dikata,petang tadi dia dah blah..sedih betul..nanti kalau cuti minggu balik kampung..aku menapak naik bas sorang2 la..kalau tak aku menapak dengan Nab..Aku rasa kekurangan gila bila salah sorang dari kawan baik takdak kat asrama..Apa dah jd dengan Wanted Girl pasni?Aku plak yang Emo..depa yang lain relax ja aku tgk jalani kehidupan harian depa dengan penuh sifat nakal2 manja tu..

Setiap hari dari bangunan vokasional yang mengadap dengan pintu pagar sekolah,aku tengok Nab happy ja melangkah kuar dengan penuh semangat..Tiba2 aku rasa jeles la plak tgk..Nab boleh balik rumah hari2..sedangkan aku tak boleh..Nab boleh makan nasi mak dia masak setiap hari..aku nak makan masakan mak seminggu sekali pun belum tentu..Nab boleh tgk tv setiap hari pas study..aku plak..pas study tido ja..tak menjana minda langsung..dunia luar jadi apa pun aku tak tahu..Kadang2 aku rasa Nab makin cerdik dari aku..semua berita dia tau..Aku?yang aku tahu hari2 aku ngadap muka Pak jek,kena rotan..boleh jadi kematu tapak tangan aku kalau macam ni..Bila balik dorm,aku rasa kosong..walaupun ramai orang dalam dorm..aku rasa macam aku sorang ja..dok memikir..mesti best dok umah...keinginan aku untuk balik umah menebal..sampai nak menangis pun ada..

1 malam,aku tgk salah sorang dari budak dorm aku takdak..masa tu pkul 12 malam dah..kalau tak masa la budak ni ada dah dalam dorm aku..dok menyembang..malam ni..byang hidung mancung dia pun aku tak nampak..

"Wei,Hawa pi mana?"aku soal Suhada,budak kelas PKA2..katil dia seblah katil aku ja..
"Dia takdak,dia pi rumah kawan sekelas dia.."jawab Suhada sambil susun buku dia dalam beg sekolah..
"Aikkk...macam mana tu?"Soal aku lagi..tak faham...
"Dia fly la...masa balik sekolah tadi,dia keluar jugak sekali dengan budak kelas dia..budak tu dok luar.."jawab Suhada lagi sebelum dia baring pejam mata dia..hampeh! takdan aku nak tanya lanjut lagi..dia dah lena...Tapi biar ar..aku dok pikir pasal budak Hawa tu..boleh plak dia wat macam tu..Pakgad tak perasan ka?Yala..budak asrama keluar sesuka hati ja masa waktu balik sekolah..takkan makan rasuah kot..?



Bersambung...

Selasa, Ogos 18, 2009

Meroyan pagi-pagi hari

Seminggu aku demam..asyik tidoq ja..dh baik demam dok bermaharajalela kat opis plak..

Hari ni Encik Bachok ada interview keja..dari rumah sampai ke opis,aku kol dia,tak jawb2 jugak..tidor mati btul la..kalau taruk bom atom kt telinga dia ni pun belum tentu dia nak sedar..huhuhu..

Lagi sebulan projek siap..di mana aku harus menumpang kasih untuk bekerja plak pasni..???nasib2..

Encik Bachok ada bonus keja di bulan puasa..jeles betul la...aku dapat bonus pun bila raya jugak..300 je pun..huhuhu..


Pening ar...layan cite best kejap..hihihihi..

Isnin, Ogos 10, 2009

Balik..

Alia masuk wad...aku terpaksa blah dari opis sekarang...

Nak Beli Tudung..

Tadi,masa nak ke opis..aku singgah petronas sat..nak isi minyak..sbnrnya aku tak suka sangat isi mnyak kat petronas..aku suka isi kat caltex..sbb kat caltex,aku xpayah kuar dari kete,bratur byar duit..pastu kna isi sendri..kat caltex orang tlg isikan..relax jela aku kat dalam keta..hahahahhaha...
Tapi tadi aku just pi byr ja..tgk2 dh da org tlg isikan..bguslah..hihihi..Pakcik tu,yg tukang isi mnyak tu tegur aku..ya la..aku knl dia..slalu gak dia makan kat kedai mak..tahu tak apa dia kata kat aku..?hihihihi..

"Ramai orang bagitau pakcik hang segak.."

dia kata aku segak..segak tu maksudnya cantik la..hahahahahah..aku cantik?cantik ka?btul ka pakcik ni...dia cakap ramai...brapa juta la cakap aku segak..hahahahhaha..

"Ishh pakcik ni..mamandai ja.."

Aku dengan malu-malu kucing pun ckp la cmtu balik kt dia..

"Btul la...bokpa nak tipu..tapi pakcik rasa kalau hang pakai tudung..lagi bertambah segak.."

Errkkk...!!!yala...pakcik ni pak lebai..tau sangat..mesti la dia bagi nasihat camtu kan...
Kadang2 memang aku rasa nak pakai tudung pun..Selamani aku hanya pakai tudung kalau nak pi kelas ja masa kat Politeknik dulu..Kuar dari kawasan Poli..langsung terus free hair..ada hati jugak nak pkai..tapi hati jahat aku ni dok mnghasut xpayah pakai lagi..tapi raya akan datang ni..aku nak beli tudung jugak..dalam 2 helai..nak prepare masuk kawasan kubur melawat pusara tokwan..X payah la pakai selendang lagi..biar tertutup suma..bagus kan..kan3...?

Isnin, Ogos 03, 2009

Aiyooohhh!!

Baru ja nk start mengarang..dah ada keja plak..huhuhu..tension btul Cheq..!!
Balik umah kang la aku mengarang..boleh guna broadband Mirul sat..
seminggu dia da kat umah..cuti sebab H1N1..
Babi punya babi..!!!
hohohoho..

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!