Jumaat, September 30, 2011

SOALAN LAWAK

Ada seseorang tanya aku..
Adakah Incik Bachok sedingin Edward Cullen?
Sebab dia baca entri aku sebelum ni..aku ada tulis Dingin tu maksudnya Incik Bachok..hahahahhahahaha...


Maaf yerr...telahan anda salah!!!

Walaupun Edward seorang yang dingin...Beliau lemah lembut dan romantik..
Tapi Incik Bachok..Hehhhhh!!!
hahahhaha...

KEPADA PENANGGAH

AWAT AKU TAK BOLEH TULIS KOMEN KAT BLOG HANG NIHH!!
HANG BOLEH PULAK TULIH KOMEN KAT BLOG AKU..
ADAKAH INI PROPAGANDA BARAT..
JAWAB..JAWAB!!


HAHAHHAHA..

MR TAN PANG TONG

Mr Tan Pang Tong adalah seorang lelaki berbangsa Cina berumur 52 tahun.Seperti cina-cina yang lain..Mr Tan Pang Tong juga membina keluarganya di Pulau Pinang..Tapi Mr Tang Pang tong...Arrrgghh!! panjang sangat aih nama dia aku nak tulis!! dah la aku pemalas..Mr Tan sudah la!


Ulang Balik...



Mr Tan adalah seorang lelaki cina berusia 52 tahun.Seperti cina-cina yang lain,Mr Tan membina keluarganya di negeri Pulau Pinang.Tapi dalam masa yang sama Mr Tan bukan la seperti cina yang lain yang membina kkerjaya mereka dengan bisnes-bisnes dan memegang ekonomi Pulau Pinang hatta sekelian Malaysia hendaknya.Mr Tan membina kerjayanya dengan menjadi seorang Penyelia Teknik disebuah syarikat Telemunikasi terkenal kat Malaysia sejak berpuluh tahun yang lalu.Tapi agak kurang bernasib baik jugak la Mr Tan ni sebab dah la kena posting kat kawasan paling hujung sekali kat Pulau Pinang iaitu Nibong Tebal..Lepaih tu kat opis dia duduk tu hanya dia seorang saja staff yang ada.Bayangkan opis yang 3 tingkat tu..sorang staf saja yang ada..Agak kesunyian jugak la keadaan Mr Tan ditempat kerja..Hari berganti hari..bulan berganti bulan...tahun berganti tahun..akhirnya lagi 3 tahun Mr Tan nak pencen pun Mr Tan masih berkhidmat di situ.


Satu hari,Mr Tan kena attend satu kursus anjuran syarikat dia bekerja.Nak tak hendak Mr Tan pun pi la jugak kursus tu sebab boleh la jugak beliau relaxkan otak dia yang dah beku dengan kerja yang tak sudah-sudah tu..Beliau attend kursus tu pun sebab ada kawan-kawan dia dari kawasan lain bagitau kursus tu punya la best..enjoy memanjang.Dan memang betul kata rakan sekerja dia..kursus tu memang enjoy sampaikan peserta siap boleh menari-nari lagi kat atas pentas..Mr Tan yang bakal dapat cucu tu pun dah lupa diri menari Chicken Dance...Agak dasyat la kursus tu sebab penulis pun pernah attend kursus tu jugak awal tahun yang lalu..hahhahaha..

Ok-ok..dah hilang fokus...ahahhahaa...


Sedang Mr Tan berjimba-jimba dengan rakan sepasukan,Mr Tan nampak kelibat seseorang.Seseorang yang Mr Tan betul-betul kenai..Seseorang yang selalu bersembang sakan dengan Mr Tan melalui telefon opis yang free itu..Dengan kamera DSLR yang bersangkut dekat leher beliau itu sambil mengambil gambar aksi peserta..Mr Tan mengklasifikasi kan seseorang tu adalah Mira.Rakan sekerja beliau dari Bukit Mertajam.Yaaa..itu Mira!! Dengan suasana yang bising itu Mr Tan menjerit memanggil Mira.Tapi panggilan Mr Tan itu tidak disahut apatah lagi dilayan.Malah Mira hanya memandang Mr Tan sepintaih lalu saja sebelum dia bergerak ke termpat lain.

Mr Tan hampa dan kecewa..Keseronokkan dia untuk berbual sakan dengan Mira bertukaq duka.Awat Mira tak pandang Wa?! Awat Mira tak sahut panggilan Wa?! Awat Mira macam tak kenal Wa?! Mira sengaja ka buat-buat tak kenai Wa?! mentang-mentang la banyak olang muda kat tempat ni..Wa yang sulah tuwa Mira tak layan..Kata Mr Tan dalam hati la..

Tapi Mr Tan rasa Mira bukan macam tu..Mira baik..Mira sangat ramah..Mira pernah datang tolong Mr Tan buat kerja bila tiba-tiba saja jumlah kerosakan telefon dan streamyx mendadak kat Nibong Tebal walaupun time tu bulan puasa dan sampai demam time raya sebab buat kerja dalam hujan.Mira suka berbual dengan dia..Mira selalu buat lawak dengan dia..Mira suka bercakap sambil diselang seli dengan ketawa walaupun cerita yang mira sampaikan tak lawak..Mira sama-sama jawab exam streamyx dengan dia last-last Mira dengan dia fail teruk..Dia yakin Mira tak nampak dan dengar panggilan dia..Sebab tu Mira tak layan panggilan dia..Mr Tan masih jugak nak teguq Mira.

Hari kedua Mr Tan nampak Mira lagi.Kali ni Mira tiba-tiba berdiri sebelah dia.Tapi Mr Tan masih hairan awat mira tak bercakap dengan dia..?Mira hanya senyum saja bila pandang dia..Jadi dalam kebingitan muzik dan apalagi tah la yang depa dok cakap-cakap kat depan tu..Mr Tan pun bercakap dekat Mira..


"Mira..jumaat sebelum raya lepas u Mc aaa.....??"Mr Tan mula ayat berbicara.Suara Mr Tan antara jelas dan tidak jelas sebab bising sangat.

"Yaa..saya Mc.."Jwab Mira.Lepaih tu depa berbual panjang..bual agak lama jugak..Mr Tan buat lawak..mira gelak..kadang-kadang mira tak gelak..Bila Mr Tan sembang hal kerja..Mira buat muka blur..macam tak paham pulak..Sembang punya sembang last sekali Mr Tan teringat sesuatu..

"Mira..Wa punya CA sula tamat tempoh loorrr..nanti I fax bolang balu kasi lu la.."Mr Tan sembang lagi..


"Apa?borang CA?Borang apa?"soal Mira,tapi belum sempat Mr Tan balas pertanyaan Mira,Mira pi dekat kawan dia plak..Kacau daun betul la...

Tapi Mr Tan hairan..awat Mira taktau apa itu borang CA..Mr Tan syak sesuatu...Masa rehat Mr Tan capai henset dalam kocek seluaq dia..Nombor hanset Mira dicari..Baru dia nak tekan punat call..Mr Tan tukaq pikiran lagi pulak dah..Dia cari pulak nombor talipon opis Mira...Dia tekan punat call..10 saat kemudian panggilan dijawab..

"Halooo..Mira ke tu?"Soal Mr Tan..


"Yala..mira la ni..Mr Tan ka tu..?hahhahahhahhahahhah"Dengaq dah Mira gelak kuat...Mr Tan menelan ayaq liuq dia..


"Haiiiyaaaa!! Wa sula salah olang maaaa.....Wa ingat lu...rupanya orang lain!!! Wa manyak malu lorrrrrrr" jerit Mr Tan.Talian talipon di putuskan..Mr Tan rasa malu..malu sebab dia salah orang.Malu sebab mata dia dah ceme...Mr Tan malu semalu malunya..





* Dari pandangan pikiran Mira pulak...

Aku heran la..awat Mr Tan ni?meroyan ka?dah call aku..lMenjerit-jerit lepaih tu letak telefon plak..tau la dia attend kursus Teaming With Passion..aku pun pernah join..tapi takdak la semangat macam tu sekali...!! Dasayat la orang tua ni..Heran betul la..

Khamis, September 29, 2011

DINGIN

Dingin itu maksudnya sejuk...


Dingin itu musim sejuk..


Dingin itu maksudnya sedih...


Dingin itu sifat


Dingin itu maksudnya Incik Bachok..




Apa aku merepek ni labu!!!!

Rabu, September 28, 2011

HAL OPIS

Satu hari Miss Poyo tengah online..Online apa..lu pikir la sendiri..
Tiba-iba beliau mendapat PM dari rakan seopis beliau yang bernama Rostam.Rostam adalah pengantin baru yang tak baru la jugak..Kalau diikutkan pangkat..Pangkat Rostam lagi tinggi dari Miss Poyo..Tapi ada Miss Poyo kesahh?? hahaaaha..


Rostam : Weiiii!!!

Miss Poyo : Apa?

Rostam : tadi hang ada isi borang keluaq opis untuk aku dak?

Miss Poyo : Ada...tapi bos takdak nak sain..dia da meeting..


Rostam : takpa..tapi aku nak minta hang tolong aku sangat-sangat..tolong la suruh bos sain claim aku..banyak sangat tu...

Miss Poyo : ok la..nanti aku pujuk rayu DOREAMON tu..suruh dia sain claim hang..haaahahahaaahaaahhahahah...


Rostam : Bagus..macam tu la NOBITA..selalu pujuk rayu Doreamon tu..aahahahahaahhaah...


Miss Poyo : Kuaq ajaq!! panggil aku NOBITA noh!!!!



Takpa Tam Takpa...haaahahaaa..
Minggu depan siap la hang..hahaahaahhaaa

EKSITED!! :)

Gila eksited aku sekarang ni..
tak pernah aku rasa eksited macam ni..lagi 3 bulan pun rasa mcm 3 tahun nak tunggu..tapi 3 bulan ni rasa sat ja..pejam celik..pejam celik sat ja sampai tarikhnya..hahahhahhahha...
Lagi Eksited sebab banyak benda dah setel..
Wahh!! macam nak nikah plak dok setel macam-macam ni..

Relax mira relax..jangan teruja sangat..tak elok...
Relax la nihhhh...


Yang penting saya dah jumpa lelaki yang punya ciri-ciri watak dalam drama Jepun/Korea yang selalu orang idamkan selama ni walaupun perwatakan tu tak berapa digemari oleh aku..tapi watak tu jugak aku dapatkan..hahhahahahaha...

Jadi anda bila lagi??





P/S : Merapu sikit malam ni..heh!

Selasa, September 27, 2011

LAGU FEVERET : LUCKY - JASON MRAZ & COLBIE CAILLAT

Lagu ni dah lama..time ni aku baru ja kapel dengan Incik Bachok..
Mula-mula kawan tak berapa nak baik..kemudian jadi kawan baik sebab apa saja aku boleh cerita dengan Incik Bachok walaupun Incik Bachok time tu pendiam dan sometime perengus jugak(actually sampai la sifat perengus tu ada..hahahha) dan kemudia kami kapel..Kami kapel jarak jauh wokeyyyhhh..setahun lebih jugak la kami bercinta jarak jauh..

Masa tu aku dah kerja kat company architecture sedangkan Incik Bachok dok study lagi kat Politeknik Tanjung Malim..Bayangkan la beliau sanggup turun penang sebulan sekali jugak la atau pun dua bulan sekali semata-mata nak jumpa aku kat Pulau Pinang ni..So kami pun pi la dating-dating kat batu Feringgi la..padang kota lama..Gurney Drive..kelas kau jah..hahahahahahha..Jadi bila dengaq lirik lagu ni ada jugak la persamaan dengan kami time tu..bukan semua sama la..
Nak layan lagu ni jap...Zassssss!!





Kami declare sebagai kapel tahun 2008 bulan November.Lagi dua bulan ja ni nak masuk 3 tahun dah kami kapel..Harap-harap jangan la kami lupa Ulang tahun kami ni macam tahun lepas,,dah sebulan lepaih baru ingat..masing-masing sibuk..hahahahhaha..

KATAK

Selalunya la..bila kanak-kanak nakal macam aku masa kecik-kecik dulu dok kacau katak or bermain-main dengan katak..gerenti la kaum orang tua,ibubapa terutamanya la mesti cakap camni..

"Men lakatak tu..satgi dia pancut kencing kat mata hang buta baru tau.."

ataupun..

"Haaa..kacau la dia...satgi dia lompat melekat kat p**n tu baru tau..susah nak tarik..tunggu guruh bunyi baru dia lepaih.."


hahahahaha...lawak gila la amaran diatas...yang paling tak tahan sekali amaran kedua tu..hahahah..Ayoyoyo..budak perempuan mesti takut la dengan amaran tu sebab ni membabitkan alat sulit orang perempuan..hahahahhahaha...
Tapi kan..betoi ka amaran tu..??atau satu cara untuk takutkan budak nakai supaya depa tak main dengan katak yang dianggap kotoq tu...
Katak ni..bagi aku la..tak kotoq pun..bagi orang yang tinggai kat kawasan yang ada bendang macam aku..memang dok tau la katak dok dalam mana kan..ofcoz la dalam bendang..kalau kotoq sebab dia dok dalam bendang..maknanya ikan keli sama ikan sepat yang dok melepak dalam bendang tu kotoq jugak la kan..hahahhahaha..


Apa yang buat orang takut dan geli dengan katak ni mybe sebab rupa bentuknya yang huduh tu tambah-tambah katak puru.Lagi satu katak pisang..Ya Allah..licin ja badan hijau dia tu..eiiii...
Dulu..masa aku kecik-kecik dulu..takat pegang katak puru lepaih tu taruk dalam baju orang takdak hal la..tapi la ni..jadi geli gila..Mengada betoi la aku la ni..menyampah!

Apa yang aku tau la kan...katak ni ada 5000 spesis tapi dua ja yang aku kenai pun..katak puru dengan katak pisang..Katak bukit aku penah gtengok..badan mengerutu macam katak puru tapi badan dia besaq gila..! Ayoyo..takut gila beta..hahahhaha....

Kalau dalam bahasa Malaysia katak dipanggil katak..dalam bahasa Indonesia katak dipanggil kodok(Malaysia pun ada yang panggil kodok..contohnya cucuq kodok la..hahahaha),dalam bahasa latin depa panggil Saltare dan bahasa Greek plak depa panggil katak dengan gelaran Anura kot..pandai-pandai ja aku ni kaannnn...


Awat aku nak cerita pasai katak plak malam ni..Sebab tadi aku nampak ada katak puru besaq punya dok melompat sebelah Baby kucing aku...Yang bestnya Baby pun lari lintang pukang bila tengok katak tu...hahahaahhha..Baby ni memang takleh harap la...hahaha..Bila aku tengok baby..aku teringat Incik Bachok sebab dia memang geli gila dengan katak ni..Silap la..masa besday dia aku patutnya hadiahkan dia katak yang berbalut dalam kotak..baru gempak..hahahahhahahhaha... Orang yang takut,geli dan Fobia pada katak macam Incik Bachok ni digelar Ranidaphobia..Ngehngehngeh..











Mesti aku glamer lepaih ni sebab gambaq aku masuk dalam blog Miss Poyo yang hampeh ni..heee!!

DARAH KETURUNAN

Sesuai dengan darah keturunan aku..

Aku dah tau nak buat tema apa..ARABIAN...

hahahhaha..Sebenarnya ada satu lagi darah keturunan aku..siam..

Takkan aku nak buat tema Siam kot..

Karang kena seksi-seksi plak pemakain dia..kennnnn..!!










Ok la tu Miss Poyo Buat stail ni..heee








Baik buat stail Arabian..sopan la sikit kan..Majlis yang baik-baik ni kena pakai yang elok-elok la..karang melopong plak golongan tua kan..



Haa...sebut pasai darah keturunan aku kan..Sebenarnya aku masih ada lagi sedara mara belah arab sana yang tinggal di Madinah sana.Menjalankan bisnes dekat sana..Dan selalu jugak datang ke Malaysia ni..Tapi aku tak pernah jumpa depa..Abah aku bukannya pernah bawa jumpa pun(sambil berbisik)muahhahahhahaha...Dan dulu..masa Tokwan Im aku masih sihat sejahtera..dia rajin jugak la pi rumah depa kat sana tu..







Macam mana boleh ada darah arab?




Dulu..masa zaman penjajah British dulu(masuk sejarah plak..) Abah kepada tokwan aku..Iaitu Wan Mahmud telah belayar ke Mekah menaiki kapai laut untuk menunaikan Haji.Dia dengan family diaberamai-ramai la pergi sebab time tu hanya orang yang kaya ja mampu pi ke Mekah..(sekarang ni anak cucu dia tak kaya dah..hahahhahahahah)..Sampai saja kat mekah..parent Wan Mahmud ada mengambil seorang budak perempuan berbangsa arab untuk dijadikan anak angkat lepaih tu depa pun bawa balik la budak perempuan tu ke tanah Melayu...sama ada kedah ataupun Pattani..aku keliru la..hahahahha..




Tapi rancangan depa nak buat budak perempuan arab berumur 12 tahun tu sebagai anak angkat bertukaq jadi menantu bila budak perempuan tu dikahwinkan dengan Wan Mahmud iaitu moyang aku..Jeng..jeng..jeng..hahahhahhaha...Kelass kau dapat kahwin ngan anak orang kaya..hahahaha...




Oleh sebab Wan Mahmud ni orang ada-ada la jugak time tu..menurut mulut orang-orang tua kaum kerabat tokwan aku..Wan Mahmud ada 4 orang isteri..sebab tu la muka adik-beradik Tokwan aku lain-lain ja semua..Kecuali tokwan aku dengan abang dan adik perempuan dia ja muka sama sebab depa dari ibu yang sama.




So..macam tu la alkisahnya..Macam mana plak yang darah siam tu..







Kedua ibu bapa Wan Mahmud ni bukan dia keturunan WAN yang banyak berterabur kat Kelantan tu yang.. Tapi Wan dari Kedah.Wan di Kedah ni ramai yang orang sangkut pautkan dengan suami mahsuri Wan Darus tu la..ataupun Wan Mat saman..ala..yang buat terusan kat Aloq Setaq tu la..hahahhahahahahha...Dan menurut cerita Tok aku la iaitu isteri Tokwan aku..hahhahahaa..kedua parent Wan Mahmud ni adalah campuran melayu dan siam dari Bangkok..Sawadikap..hahahhahahaha..Dan tok aku sendiri iaitu bini tokwan Im aku jugak berdarah siam kerana datuk dia adalah seorang siam yang peluk islam untuk mengahwini bini dia yang beragama islam..Paham dak cerita aku ni?Adoyaiiiiii...Tak paham lagi taktau la..panjang lebaq aku crita...


Tapi bukan sapa pun nak baca pasal keturunan aku kan..Aku bukan artis ponnn..hahahhaha.......ok..malas la nak gelak panjanh..aku baru ja balik dari kuar ngan family aku..Dan jugak beli goody beg..Wahh!! cantik gila...tunggu bulan 12 nanti bru aku upload gambaq..wakakkakakka...


Sekarang aku dok pikiaq..benda apa aku nak taruk dalam goody bag tu nanti..Hmmmm! pening aihh!!








TAK SUKA TEBAL

"Sayang mekap tebal-tebal nanti siap la sayang!!"


"Kalau mekap sampai tak nampak muka sayang yang sebenar siap la.."



Hahahahahahaha..siapa kata semua orang lelaki suka perempuan yang mekap tebal ataupun mekap gila babi sampai tak nampak muka asal..Ada lelaki yang suka muka natural pasangan dia..hahahahhahahahaha....

Isnin, September 26, 2011

KALER

Putih dan ungu..
setel satu bab..
Oh..dak-dak..dua bab dah setel..
sabtu ni try setel bab yang ketiga plak..



hahahahahahahahah....

Jumaat, September 23, 2011

NAK HANSET ITUUUU!!!

Dah masuk 3 hari aku tak tulis blog sebab aku cirit birit..

Yaaa..aku cirit birit sampai aku letih gila-gila dan doktor kasi aku ubah tambah tenaga.

Dan bila aku cirit birit baru aku boleh pikir jamban apa yang paling bagus sekali untuk diguna time nak berak..

hahhahahhah...





Ok-ok..aku dah melalut..

Sebelum ni aku ada tulis yang aku minat gila nak pakai hanset SonyE C902...

Akhirnya impian aku nak pakai hanset tu terlaksana jugak..

Aku guna punya guna hanset tu gila-gila punya lasak bersesuaian dengan aku yang lasak ni sampaikan keypad hanset ni separuh dah hilang..main tekan ja butang putih yang tinggal tu..

Semua calar balar siap kemek lagi..hahahha..ganas tak aku..dah tu..balut plak dengan salotape sampai orang kat opis aku dok gelak kat aku hari-hari..Tapi aku still jugak pkai hanset ni sebab aku sayang gila-gila kat hanset ni walaupun beliau dah huduh..Selagi beliau memudahkan aku untuk taip mesej..memudahkan aku untuk buat panggilan atau terima panggilan..mudahkan aku untuk 3G dengan Incik Bachok..selagi tu la aku akan guna dia cukup-cukup..







Tapi semalam..setelah setahun lebih aku guna C902..Akhirnya..pintu hati aku terbuka jugak nak beli hanset baru....Yaaa....Hanset baru dari keluaran SonyE jugak...tapi aku tau..mesti ramai yang pikiaq aku nak beli Sony Xperia Ray yang baru tu ataupun aku nak tunggu coming soon punya Xperia arc S..HAHhahhahha..jangkaan anda meleset!!!











Miss Poyo takmau kat aku dah..sob..sob..sob..!!






Aku sebenarnya..berkenan dekat!


Jeng..jeng..jeng..jeng!!



*
*
*
*
*
*

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

*
*
*
*
*
*
*
*



Owhhh!! saya begitu berbangga sekali menjadi pilihan Miss Poyo!! Owwwwfhhh!! kelasnya nyahh!! Ahhhhh!!!





Cakap la apa pun kat aku..tak pandai pilih hanset ka...ketinggalan zaman ka...kedekut taik hidung masin ka..sip duit ka apa ka...janji aku dah berkenan kat hanset ni dan aku bukan lah seorang yang sennag nak berkenan dengan mudah kat mana-mana hanset sebab aku seorang yang setia...Fewwiittt..So,langkah paling mudah sekali..bulan depan mybe..lepas aku setel hal ehem..ehem aku ngan Incik Bachok!!! aku akan dapatkan VIVAZ U5..!!


Yiehaaaaa!!

Selasa, September 20, 2011

ULANGTAHUN

Lagi dua bulan aku dengan Incik Bachok akan sambung ulangtahun percintaan kami yang poyo ni yang ketiga tahun...Dan harap hubungan kami akan ke jinjang pelamin dan direstui..

Bulan 12 ni tak sabaq aih nak tunggu..Gatainya aku!!!!
hahahahahahahhahahhaha

Isnin, September 19, 2011

SAYA TAKUT DARAH..SAYA OK!

Sebenarnya...rahsia paling terbesaq sekali yang boleh aku dikutuk kaw-kaw punya ialah aku takut darah..hahahahhahahha..serius walaupun aku orang kata kahaq,buas..tidak berhati perut..serbu tak pakai helmet dan macam-macam lagi gelaran yang memang ada jugak benarnya.Tapi jauh disudut hatiku yang keras ni...rupanya aku memang takut darah..






Aku memang pantang kalau tengok darah dalam apa jua keadaan la..darah kena tikam..darah eksiden..darah orang beranak..orang cedera parah..kepala pecah..kaki putus..muka kemek..asalkan benda yang aku rasa boleh mengeluarkan darah(terutama manusia la) aku akan jadi lemah kepala lutut..sendi-sendi tidak mampu nak beroperasi dan jugak lembik seluruh badan kecuali darah haid ja tak buat aku jadi simpton-simpton di atas..hahahhahaha..






Tapi aku memang minat cerita ganas yang berunsurkan bunuh-bunuh orang.yang tunjuk darah memercik la..Tau dak betapa aku gagah juga diri aku ni nak bagi boleh tengok jugak cerita macam tu..Tapi cerita pasal makan orang aku memang tak leh tengok tambah-tambah cerita Cannibal Holocoust...Gila crita tu buat aku fobia sampai la..Plezz jangan dok pekena aku bagi aku tertengok filem ni sebab kemungkinan anda akan lihat bagaimana saya meroyan ok..hahahha..




Jadi sekarang aku berkira-kira nak derma darah ka tak..mana tau dengan menderma darah mybe aku akan hilang takut pada darah...

(kaki dah lembek..malas nak tulis..tangan dah mengeletar..)










Kepala pening..nak muntah..kaki mengeletaq bila tengok gambaq



BABY BOY

Ok..agak geli..tapi tu panggilan yang Incik Bachok beri untuk aku..
Agak geli jugak la aku yang perempuan ni dipanggil Baby boy..Ingat aku Pengkid..
Wawawawawawawawawwa!

Benda ni dah lama..saja baru hari ni nak tulis..hahaha..
Adakah cheq dipanggil Baby Boy sebab perangai ganaih-ganaih manja cheq selama ni ka?
hahahhahahahahhahaha...Tolonglah..

Ahad, September 18, 2011

KALAULAH INCIK BACHOK PEMAIN BOLA SEPAK

Baru-baru ni..tak silap aku baru ja jumaat lepas..aku ada tanya pada Incik Bachok.Kenapa dia tak jadi pemain bola sepak sedangkan dia minat dengan bola dan ada jugak seorang kawan dia yang jadi pemain bola untuk Penang(jangan dok tanya sapadia..bukan terkenal pon..pemain bola kat Penang memang tak terkenal..aku pun tak kenai depa..hahahahah)






Kata Incik Bachok sebab badan dia berisi kot..dan satu lagi..stamina dia agak kurang(stamina sila jaga ok..untuk kesejahteraan kita bersama di masa hadapan..hahahhahaha ..;p)...Katanya kalau main futsal memang ok..tapi kalau main bola sepang kat padang..memang la jadi hampeh..hahahha..Ok..ok..memang betul pun aku dah tengok cara Incik Bachok main bola masa opis Incik Bachok melawan dengan Opis aku masa company aku buat acara sukan untuk seluruh Penang dulu..agak lawak ook..hahahha..






Tapi kan..bila aku aku pikir balik..kalau la masa Incik Bachok Adjust aku time tu dia dah jadi pemain bola yang tak terkenal mybe..Aku takkan layan kot..sebab aku takmau jadi macam budak Elia Jejari Runcing tu..Tak pasal-pasal kena kutuk kat FB dengan Awek baru Apek bernama Dahlia Teck tu..



"Tak pandai jaga tunang..jaga la badan yang gemuk tu"



Macam cilaka kan ayat..tapi ni bukan ayat sebenaq la..tapi ayat dia lebih kurang macam tu la..So,walaupun kalaula Incik Bachok jadi pemain bola yang terkenal dan adjust aku,aku takkan layan.So,aku takkan terima Incik Bachok kalau beliau adalah pemain bola sepak..Heee!!










Mak ngan abah aku selalu pesan..kalau bab laki ni..sediakan payung sebelum hujan dan jangan bermain dengan api..Sekian Terima kasih.






Minah Poyo ni memang nak kena nih!! aku baling bola ni kat kepalo mu baru berakal kot..nak kutuk aku plak..puiii!!


PESANAN SEORANG PENGUNDI

Sebenarnya..kalau bab mengundi untuk pilihan raya ni memang satu bab yang sensitif sebab ia melibatkan hal politik..
Aku ni sebenarnya dah bosan sebenarnya dengan orang-orang muda sebaya aku yang cakap banyak hal politik tapi mengundi pun tak pernah..apatah lagi nak daftar mengundi kan...
Tak guna la kalo hampa cakap banyak mengalahkan pak menteri tapi bila tanya dah daftar mengundi ka belum cakap tak lagi..
Deyyy pirah..Kalau betul la tak puas dengan cara kepimpinan sekarang pi la undi..tukar pimpinan kita..tak payah la bising-bising weh..benci gila tau dak..very annoying gila babi..
Yang paling bestnya..ada plak yang cakap..


"Buat apa mengundi..kalau undi pun memang dapat kat kerajaan jugak..SPR tu ataih tangan depa ja..takleh watpa dah.."


Dey tambi..!! buat lawak gila la dengan ayat hang ni..hahahahhahhaha..kalau betul la apa hang cakap ni...macam mana plak Penang,Kedah,Kelantan,Selangor boleh dapat kat pembangkang..haa..cer citer..cer citer..Apa pembangkang tu pun main duit jugak ka nak kasi menang?hahahhahahha..Tolak yang Perak la..tu special kes ok..

Diam la wy..nak perubahan..just undi ok..tak kira la hang tu fahaman politik apa..undi jela..Tak rugi satu sen pun..Just pangkah dan blah dari dewan mengundi..tu pun tak boleh..Boleh blah la ngan bersih..Ambiga..reformasi kepala bapak apa semua tu..Negara ni kita punya..kita ja yang boleh tentukan arah tuju negara kita ok..Kalau hang pi mana-mana negara pun..cara dia still sama jugak..dengan mengundi..Filipina,Indonesia..Thailand yang selalu bergolak kat selatan negara depa tu..Afrika sekalipun..Rwanda,Somalia..Semuanya mengundi..Termasukla negara Yahudi Israel..Amerika..Britain..Negara maju macam Jepun pun..guna cara mengundi la mangkok nak tentu sapa pemimpin depa yang boleh bantu depa..bersuara untuk depa...

So,takkan you all yang dari negara aman damai sejahtera dan bersopan santun(tang sopan santun buat aku nak muntah ok..) tak boleh mengundi kot..
Stop menjerit mengarut dan bercakap yang bukan-bukan buat habis air liur ja..Just diam dan pangkah.

Ni terima lagu yang boleh korang rasa sentap buat seketika kot..Walaupun aku tak berapa berkenan kat Namawee ni..Tapi lagu ni very nice ok! :)








P/S : Jangan tanya apa fahaman politik aku or parti mana aku sokong..Aku ibarat lalang ok..(yang mana tak paham..aku atas pagar) mana aku rasa terbaik aku ikut..mana aku rasa tak baik..aku tak ikut..Ikut keadaan yang berlaku kat Penang..aku rasa aku tau kot nak undi sapa..Peace yoo!!

Sabtu, September 17, 2011

PELAKON KULIT HITAM YANG AKU MINAT SANGAT-SANGAT

Ok..Aku tau..kebanyakkan anak dara macam aku mesti minat pelakon Hollywood berkulit Putih..Tipu la kalau depa kata depa tak minat Chad Michcael Murray..Tak pun Johnny Depp ka..

Tapi kan..ingat pelakon kulit putih ja ka best..Pelakon kulit hitam pun best maaa...Nindia aku nak senaraikan pelakon kulit hitam feveret aku..callo betey!!





1.Denzel Washington










Mamat ni memang pelakon serba boleh.Apa saja watak yang di lakonkan tak kira jahat ka..baik ka..jiwang ka..semua dia sapu bersih.Paling aku suka sekali watak dia dalam filem JOHN Q.Filem pasai seorang bapa yang sanggup jadikan hospital sebagai tebusan dia dan paksa doktor dan pihak pengurusan hospital bunuh dia bagi dapatkan jantung dia untuk derma kat anak dia yang saki jantung.Damnn!! aku menangis gila bila tengok filem ni sebab dia bawa watak bapa tu memang terbaik kasi aku nangis..





Dan filem kedua terbaik lakonan dia ialah filem MAN ON FIRE.Dalam filem ni..Denzel berlakon sebagai seorang pesara askar yang bekerja sebagai bodyguard kepada anak orang kaya lakonan Dakota Fanning..Dalam filem tu..Dakota cute gila..comel!! hahaha..aku nak cerita pasal Denzel Washingto daa..bukan Dakota.Dalam filem tu..Dalam filem tu Dakota diculik dan Denzel sedaya upaya nak selamatkan Dakota sebab dia anggap budak tu kawan terbaik dia selain dari anak majikan dia..Filem ni buat aku menangis jugak walaupun tu filem aksi..hahahaha..



Selain dua filem tu..aku suka jugak filem Mississippi Masala(filem percintaan terhalang antara remaja kulit hitam dengan remaja India),Glory(filem pasal perang saudara yang berlaku kat Amerika masa tahun 1862.dalam filem ni Denzel jadi hamba abdi yang lari dari tuan dia dan masuk tentera),The Siege,The Bone Collector dan Book Of Eli.





2.Will Smith













Aku rasa aku kenal si Will Smith ni sejak aku kecik lagi sebab mak aku suka layan sitcom komedi




The Fresh Prince From Bel-Air..ok mak aku gila betul kat Wil Smith dulu walaupun da kawin..hahahahahaha...Aku start minat Will Smith lepaih aku layan filem Men In Black dengan Mirul.Memang lawak gila filem tu,samapi la aku boleh layan filem tu berulang kali..hahahhaha..Sebenarnya rumah aku banyak gak la simpan filem-filem lakonan dia sebab Mirul pun minat dia..(dia dengan mak aku tang ni memang satu kepala la..).



Jadi oleh sebab dok layan filem dia slalu..aku pun terminat la..Lagi pun Will ni bukan saja pandai berlakon lawak ja..Watak jahat,serius..sedih..semua dia boleh sapu..Paling aku suka sekali ekspresi muka dia dalam filem I am Legend.Memang tekanan jugak la kalau jadi satu-satunya manusia yang hidup kat bandaraya yang musnah sampai takdak seorang manusia pun dek kerana satu virus..Lain-lain filem the best yang Will pernah berlakon filem Indipendence Day(filem pasal makhluk asing serang bumi),Hitch(watak dia sebagai doktor love memang lawak..hahahha),The Pursuit of Happyness (kisah benar pasal seorang homeless yang ditinggalkan isteri dan trpaksa jaga seorang anak lagi sehingga menjadi seorang Stockbroker yang berjaya..Filem ni bukan saja buat aku menangis..mak pun sama..waaaa),Hancock dan jugak I,Robot.




3.Samuel L. Jackson














Yeahhh!! I like this man very much..Dia la satu-satunya pelakon yang bermuka serius tapi berlakon lawak?(pada pandangan aku la) Paling suka sekali lakonan dia dalam Snake On The plane ngan watak dia dalam filem Die Hard With A Vengeance bersama dengan Bruce Willis.Walaupun filem tu filem aksi..tapi agak lawak la dengan gelagat dia yang tak sekepala dengan Bruce Willis tu..Sebenarnya selain filem lawak dan aksi..Filem berunsur drama macam filem sedih Mother And Child pun dia berlakon gak..Siot filem tu sedih pasal anak haram yang ditinggalkan ibu dia..lepaih tu bila dia besaq..dia pulak mengandungkan anak haram..Tapi bukan Samuel la yang pegang watak ibu tu..dia berlakon watak tukang bagi mengandung..hahahhahaha..Lain-lain filem lakonan Samuel L.Jackson dalam koleksi aku macam filem Lakeview Terrace,Freedomland(film ni agak hot la sebab perkauman sikit),Coach Carter dan film A time To Kill.












Ok..ok..aku nak tambah lagi dua..tapi oleh sebab aku dok layan tv ni..jadi bersambung esok ya...(tu pun kalau aku ada mood nak sambung..) hahahahahha....










Turn aku bila plak poyo??!!

HARI BOSAN..LAYAN GAMES OF THRONES SAMPAI SAKIT JIWA!

Hari ni hari yang bosan nak layan tenet...

Hari ni nak layan TV sampai muntah darah..

Hari ni dan jugak tengok dua episod crita Game Of Thrones..





Aku benci gila dengan watak Permaisuri Cersei Lannister..tapi aku mesti nak jugak tengok adegan dia..sebab aku rasa bila tengok muka dia macam nak tikam-tikam ja dia..Good Job Lena Headey sebab hang buat aku menyampah gila dengan watak permaisuri tu..Perempuan gila sakit jiwa..bermukah dengan abang kembar sendiri sampai dapat 3 orang anak..


You're Sickkkkkk!!!








*cakap dalam hati* serabut aku ngan miss poyo ni..nak tikam aku plak..!! Nanti nk ngadu kat abang aku..

Jumaat, September 16, 2011

JALAN SAJA...

Satu malam di kedai dua ringgit...

Tokey kedai dua ringgit : cekak yang u pakai ni..u beli kat sini kan?

Aloyah : butul..apa pasat?

Tokey Kedai dua ringgit : comel maaa....ihihihi..

Aloyah : Eleh..tu nak wa beli lagi kat kedai lu la tu...


Tokey Kedai dua ringgit : hihihihihi...


Aloyah : semua belapa ni?(sambil tunjuk barang)


Tokey kedai dua ringgit : semua sikali sembilan ringgit dua pulu sen..tapi takpa..semilan ringgit suda la..dua pulu sen saja..kasi jalan la...




Tak dua ringgit pun..hahhaa

HOBI TERBARU BABY

Sekarang ni..kucing aku ada hobi baru..Suka main dalam bendang..
Eiii..benci gila la bila badan dia bau bendang..
Arrrggghhh!!
Benci..benci..benci!!(Padahal aku dulu pun berbau bendang gak..hahahha)

Rabu, September 14, 2011

PEMBETULAN PASAL HULAGU KHAN..TAH BETULL..TAH TIDAK..

Ada jugak pendapat kata..Hulagu Khan jugak menjadi tokoh penting dalam penyebaran Agama Islam tu sendiri sebab lepas ja kejadian penjarahan dan kekalah terhadap tentera Morke..Hulagu menyesali perbuatan dia lalu mengumpul balik semula para cendiakawan islam bagi memulakan perabadan baru..

Tapi aku blur skit la kan...
Apa yang aku baca la..Si Hulagu ni menyebarkan agama islam sampai ke Azerbaijan dan banyak la jugak askar Monggol peluk islam..Tapi status agama Hulagu aku tak dapat kesan lagi..samada dia masih pegang kepada agama nenek moyang dia iaitu agama Syamaniah ataupun dia peluk agama kristian ataupun dia peluk agama islam sebelum kematian dia..
Sebab aku bukan la pakar sejarah ataupun belajar sejarah dalam mana-mana uni..jadi kebanyakkan maklumat yang aku tulis nampak macam bercanggah jela sebab aku baca banyak buku..dari lain-lain pengarang..baca Wiki lagi..jadi ada kekeliruan la sikit kan..hahahhahaha...


Lagi pun ada satu buku tu..kelauarn tahun 1977 tak silap aku la..dia kata antara tokoh-tokoh islam ni termasuk la Hulagu Khan..Adoi...Rasa macam nak masuk Universiti ja belajar Sejarah lebih tinggi lagi..baru tak keliru..hahahahahah

HULAGU KHAN...KAKI PEMBANTAI..

Tiba ja nak sembang pasai Hulagu Khan..hahhahaha...
Jangan la pikir bukan-bukan kat tajuk tu..Pembantai..Sesungguhnya Hulagu bukan la seorang Gay...hahhahaha.... Tapi aku malas nak crita panjang..Banyak aku dah cut-cut..malas nak taip..pi baca buku sendiri la pasal Hulagu ni..hahahhaha..










Hulagu Khan









Hulagu Khan ialah cucu kepada Genghis Khan yang merupakan ketua bangsa Mongol dan pengasas Empayar Mongol..Hampir separuh dari Asia kita ni dibawah pemerintahan Empayar Mongol..Kira depa ni mula-mula dah konker Asia la..kalah British..hahahahhah....
Hulagu Khan jugak adik beradik kepada Arik Boke Khan,Mongke Khan dan Kublai Khan(tapi Kublai la glamer la..hahahhaha).Bapak Hulagu Khan ni bernama Tolui dan mak dia pulak bernama Sorghaghtani Beki..Amboi..tergeliat lidah aku aih bila sebut nama mak dia..Mak dia ni adalah perempuan Nasrani.


Setelah membesaq menjadi seorang lelaki gagah bagaikan johan..beliau mengahwini plak Dokuz Khatun,seorang puteri beragama Nestorian Kristian dan memang rapat gila dengan sedara mara Isteri dia.Malah panglima si Hulagu ni pulak kebanyakkannya beragama Kristian.Tapi tak pasti plak Hulagu ni peluk agama Kristian ka dak..Ah..abaikan pasal agama dia..kita bukan nak cerita pasai agama dia ka..agama bini dia ka..sedara mara ka..agama bukan punca seseorang tu jadi jahat..seseorang tu ja yang gunakan agama untuk berbuat jahat...kan.....!!











Hulagu Khan dan Bini beliau..Dokuz Khatun...








Kalau nak tahu..Hulagu ni la yang bertanggungjawab menggulingkan pemerintahan Bani Abassiyah di Kota Baghdad..Bukan calang-calang orang la mamat ni..Kota Baghdad yang merupakan Kota paling canggih masa zaman tu..kota yang jadi pusat kebudayaan dengan pendidikan..Kota yang pertahanan dia baguih la masa tu..boleh jatuh ke tangan Hulagu Khan..Gila hebat betoi la mamat ni kan..


Tapi kalau nak tau..masa Hulagu Khan menyerang Kota Baghdad..banyak la kekejaman berlaku.. Mula-mula Tentara Monggol dibawah kuasa Hulagu sampai kat Kota Bghdad minta Khalifah Al Musta'sim menyerah,tapi kawan tu plak takmau..jadi Hulagu marah gila la sebab permintaan dia di tolak,masa kejadian tu berlaku masa bulan November 1257.Jadi bila dah marah sangat-sngat(ego seorang pemimpin camtu la..) dia pun apa lagi..pi serang la Kota Baghdad kan..Memang tentera Mongol ni kuat-kuat belaka la...Sampaikan Tentera Baghdad takdan nak buat apa lagi..dah Kioks!! Tanpa belas kasihan..tentera Mongol bunuh habis semua tentera muslimin..



Berlawan pi mai..pi mai..last-last sekali masa 13 Januari 1258,Kota Baghdad jatuh la ke tangan Hulagu..Kira lama jugak la depa berperang tu..Teringat plak Perang Troy...lama jugak tu depa berperang masa perang tu..Eh..apa aku nak masuk cerita pasai troy plak ni..ishhh!!



Sambung balik cerita pasal penaklukan mamat ganaih ni..





Serangan Tentera Mongol Ke atas kota Baghdad





Masa Hulagu dengan tentera dia dapat tawan Baghdad..Selama seminggu jugak la rakyat Baghdad diseksa.Menurut saksi la(macam ruangan gosip plak..hahhaa) sepanjang minggu tu depa dengaq orang menjerit..menangis..Paling kesian..anak-anak dara kena rogol kat tepi jalan ja..dah kena rogol..kena bunuh..kena bakaq hidup-hidup lagi..Lepaih tu nasjid-masjid depa peruntuh,perpustakaam..hospital habis depa bantai..sekolah pun depa balun jugak..Doktor..cikgu..ahli astronomi..segala pakar-pakar habis kena bunuh..Buku-buku pendidikan dari bidang kedoktoron,matematik..astronomi habis depa lempaq masuk dalam sungai Tigris sampai satu tahap tu warna sungai tu berubah jadi hirtam dek dakwat buku yang tentera Mongul buang tu..Baghdad yang terkenal dengan pusat ilmu pengetahuan dunia punah teruih..huuu!!



Paling tak best sekali..Khalifah Al-Mus'tasim kena tangkap..lepaih tu depa sengaja bagi dia tengok sendiri macam mana rakyat dia kena rogol..kena sembelih..kena dera..Sampai dia tak sanggup nak tengok..Lepaih depa dera jiwa dia..last sekali dia pun kena jugak bunuh dengan Si Hulagu ni dengan cara dibalut dengan karpet..lepaih tu dipijak oleh berekoq-ekoq kuda.Anak dia semua kena bunuh..tinggal perempuan ja hidup tapi kena rogol beramai-ramai..lepaih tu depa pi hantaq pi Monggol buat jadi pelacur..Ishhh..kejamnya....




Boleh dikatakan hampir ratusan ribu orang disiksa dan dibunuh time tu,Dan ada setengah pendapat sejarahwan bagitau sampai satu juta sebab rakyat Baghdad time tu memang ramai..Sejak kejadian tu..Baghdad jadi mundur teruih...Sampai la sekarang...





Tapi sehebat mana pun si mamat Hulagu ni..Akhirnya dia kalah jugak la ditangan sedara dia sendiri iaitu Berke Khan.Sebabnya si Berke ni masuk islam dan bekerjasama dengan Kerajaan Mamluk yang memang si Hulagu tu nak serang..Bila ja Berke dapat tau sedara dia nak serang kerajaan Mamluk kat Mesir..Berke ni pun hantar pasukan dia bantu Khalifah Saifuddin Qutuz mempertahankan kerajaan dia dari serangan Hulagu..Maka terjadi la perang suadara antara Hulagu dan Berke..Ni baru boleh dikatakan betul-betul perang saudara..hahha..sebab yang berperang ni adik beradik kan..Tapi last-last si Hulagu ni kalah jugak bila dia terpaksa balik Mongol dan serah tugas dia kat palingma dia si Kitbuqa tu(mamat ni paling kejam sekali masa serang Baghdad).Dia balik kat Mongol bukan apa..sebab Morke Khan meninggal..Pada masa yang sama Berke pu hantar jugak surat kat Morke mengadu kenakalan si Hulagu ni.tapi takdan nak sampai..Morke plak mati kan..Berperang la sampai satu saat tu..Kitbuqa mati kena bunuh dan bila dah ketua mati..askar bawahan pun down la kan..last-last tentera Mongol berjaya jugak dihalau dari Syria...Tudia..sampai ke Syria tu depa berperang..jangan main-main..dasat ooo orang dulu-dulu..aku memang kagum gila la..sebab dulu-dulu takdak senjata canggih..tapi tengok kuasa depa macam mana..




Agaknya..terkejut dengan kekalahan dia tu..Hulagu pun meninggal dunia..Tempat dia diganti oleh anaknya yang kemudian meneruskan usaha bapak dia ni menentang Berke..Kiranya Berke ni banyak berjasa jugak la kan..




Dibawah ni video macam mana si Hulagu ni serang Kota Baghdad..kira macam dokumentari la..





Ok..otak blur sat...

SELAMAT HARI RAYA..MAKCIK DARI LENGGONG!

Pagi tadi macam biasa aku buat kerja aku..tengah layan buat kerja,mesin fax aku pun berbunyi..tu maknanya ada orang hantaq fax kat aku la tu..so aku pun pi kat mesin fax aku..aku sehelai kertas keluaq dari mesin fax tu..sehelai ja pun..Ataih kertas tu tertulis nama Pegawai kat opis sebelah.Oleh sebab pegawai ni ada pesan kat aku kalau ada fax yang tertulis nama dia..sila call dia.Dia ada tulis nama dan no hanset dia kat papan putih(whiteboard) depan meja aku.

So tanpa bangun dari kerusi aku..aku terus dial no hanset dia berpandukan nombor yang aku nampak la...Shit!! mata aku makin rabun gila..tapi aku rasa nombor yang aku tengok tu betul dah...ok la tu..
10 saat kemudian panggilan aku dijawab..terdengaq seorang perempuan punya suara jawab..aku syak ni mesti bini Pegawai tu sebab jam baru pukul 8 pagi kan..opis masuk pukul 8.30..selalunya pegawai tu sampai opis tepat-tepat pukul 8.30 pagi..memang tak syak lagi beliau masih ada kat rumah..tapi untuk dapat kepastian,aku pun tanya..


"Halooo..ni nombor Encik Amir ke?aku soal..

"Ape??"perempuan tu jawab..Aiii..cakap pelet tu...setau aku bini Encik Amir orang utara jugak..sepatutnya dia sebut 'apa' bukanya 'ape'


"Ni nombor Encik Amir ke ni??"aku soal lagi.

"Siape ni?"Dah perempuan tu soal plak..Mesti la soal kan..pepagi buta lagi ada perempuan call.Takmau dia syak bukan-bukan..aku pun jawab aku dari Telekom Malaysia.


"Telekom Malaysia?telekom mana?Lenggong ka?"Dia soal aku lagi...Aikk??mai mana plak lenggong ni...

"Dak..saya Telekom Bukit Mertajam..ni nombor hanset Encik Amir ka?"Aku soal lagi..bengong ka hapa dia ni tanya pasai Lenggong plak..


"Ni bukan talipon Amir ni..Amir mane plak ni..Ni maksik Musalmah Binti Saad ni...Makcik dok Lenggong ni haa..."


"Eh..silap..minta maap la makcik.."Alahai..macam mana boleh kontek sampai Lenggong plak ni..Perak sana noh...


"Eh..takpe..takpe..Selamat Hari Raya..minta maaf banyak-banyak la yeerr.."Loh..makcik minta maaf kat aku pasaipa...?Adoi..tak paham aku...


"Ni nanti datang ka kat rumah makcik yerr..datang beraye"
Tudia..tudia..dia ajak pi rumah plak dah..

"IsyaAllah..kalau saya jumpa jalan pi rumah makcik..saya pi nah..."Aku jawab balik..Lepas tu makcik tu gelak sakan..Seronok??

Lepas bagi salam and letak telefon aku..Aku gelak sakan..Adoi la makcik ni suci gila...hahahha...Baguih noh..

MAZNI DAN BAS

Mazni ialah seorang Kerani bank.Tugas Mazni hari-hari ialah berada dikuanter melayan pelanggan yang datang dengan bermacam-macam tujuan.Nak bayar hutang,nak simpan duit,nak keluarkan duit,nak buat pinjaman..dan macam-macam lagi.Nama pun kerja dekat bank kan.Mazni sebenaqnya baru ja bekerja dengan bank ni..Bank yang agak terkenal kerana cara keislamannya itu..Cewaaahh!!

Oleh sebab baru lima bulan bekerja kat bank tersebut,Mazni tak mampu beli apa lagi..Rumah,kereta,motor malah basikal pun Mazni tak mampu beli.Jadi Mazni pergi ke kerja naik bas.Dua biji bas Mazni naik sebelum sampai ke tempat kerja.Bas pertama dari rumah ke Jetty..Dari Jetty Mazni naik satu lagi bas nak sampai ke tempat kerja pulak.Mazni tak bekerja di Pulau sana..Jadi dekat Jetty Mazni tak payah naik feri la.


Satu hari Mazni tengah tunggu bas kat Jetty untuk pulang ke rumah.Tunggu punya tunggu akhirnya bas yang ditunggu pun sampai..Seperti rakyat Penang yang lain..Mazni berebut-rebut naik bus walaupun iklan kat TV menggalakkan rakyat beratur masa naik bas.Mula-mula memang beratur..tapi bila ada mangkuk hayun mana tah potong line depa..maka semua jadi panik dan berebut naik bas..Mazni pun turut panik berebut sama la..Bila dah bayar tambang.Mazni pun cari tempat duduk..Rupanya banyak kosong..Penat saja Mazni berebut naik bas macam la tak cukup tempat duduk.

Mazni ambik tempat duduk yang tak belakang sangat tak depan sangat.Bahasa paling mudah,Mazni duk di bahagian tengah-tengah bas.Sebaik saja Mazni duduk atas bangku bas,Mazni nampak Man anak sepupu bapak dia pun turut naik bas yang sama.Man yang baru sahaja bekerja sebagai atenden hospital pun naik bus jugak..Nampaknya Man senasib dengan Mazni..Tak mampu beli apa-apa.


Oleh sebab Man ada Mazni rasa dia patut tidoq..Ya Mazni memang kaki tidoq..mana ada kesempatan ja dia tidoq..Cuma dalam bus saja Mazni tidoq-tidoq ayam sebab takut terlepas tempat nak turun plak..Tapi bila Man ada,Mazni pikir mesti Man akan tolong kejutkan dia kalau dah sampai kat rumah depa,jadi Mazni pun tidoq..tidoq..dan tidoq seenaknya..


Tengah baik punya tidoq..Mazni terkejut bila terdengaq bunyi loceng..Mazni buka mata dia..Penumpang yang ramai-ramai dah makin sikit,Mazni nampak Man berjalan mahu turun dari bas.Dalam keadaan mamai..Mazni pun ikut sama..Sebaik sahaja mereka turun dan bas pun berjalan,Man memandang Mazni dengan muka pelik mazni pun pandang Man dengan muka baru bangun tidoq.


"Lorrr..awat hang ikut aku?"Soal Man.

"Kan kita satu kampung..dok tanya lagi plak.."jawab Mazni sambil menutup mulut dia yang sedang menguap.

"Larr...ni baru atas sikit dari kampung Tok Bedu ni..Dekat umah datuk Shariff ni..aku saja turun kat sini nak jumpa kawan aku..hang ikut aku buat apa?


"Laahhhhhhhhh!!!!!"Maxni menjerit kuat.
Akhirnya Mazni berjalan sejauh 2 KM untuk sampai ke Pekan Tasek Gelugoq dan sejak itu jugak la Mazni takmau tidoq lagi ataih bas.

Selasa, September 13, 2011

KELUAR AIRMATA SEPARUH JANTAN AKU BILA TENGOK IKLAN NI...WAAAAA!!

Macam biasa la..aku suka jalan-jalan dalam youtube cari video yang tak pernah aku tengok..Sekali aku jumpa iklan ni..sedih wei...dasat gila....
tsk..tsk...tsk...takmau cakap banyak la...







Waaaaaaaa!!!!

JAMUAN RAYA..MISS POYO HARUS BEKERJA KERAS LEPAS NI

Hari ni ada jamuan Aidilfitri.Company aku yang anjur.Kalau tau lepas jamuan dibuat kat Seberang Jaya.Kali ni depa nak bagi adil sikit kan..Depa buat plak kat belah pulau sana.Dekat dengan opis Incik Bachok..Wah!! Happy la sebab boleh ulang alik pi makan kat situ sampai petang kan..hahahha..


Mula-mula aku memang nak pi..tapi memandangkan aku tak berapa cam sangat jalan nak ke bangunan ESK tu..aku memang batal la niat aku walaupun Incik Bachok dok mesej suruh aku datang gak tengahari tu...Lepastu bila Ida call aku ajak aku join dia ngan laki dia dengan Nana rakan seopis dia yang dah jadi kawan aku jugak..Aku pun apa lagi..Pederas la kereta aku pi Seberang Jaya sebab aku nak tumpang kereta Ida..hahhahaa..


Sampai ja kat sana,Incik Bachok dah pun tunggu kami kat guard room opis dia..Jadi kami berlima pun berjalan beramai-ramai ke bangunan ESK..Sampai ja kat situ..kami apa lagi...Jalankan aktiviti kami..cari makanan !! hahahha...Mula-mula aku dengan Incik Bachok ambik sate 10 cucuk..Lepaih tu Incik Bachok pi amik pulak kambing panggang sampai dua pinggan..Ofcoz untuk kami sorang satu..Lepas tu aku pi amik Charkoteow..Pi amik plak soto..Pi amik nasi tomato..Incik Bachok pi amik Ais kacang..Aiskrim..Buah-buahan..Lepas tu dia pi amik lagi Charkoteow..Bantai pulak sate yang Ida dengan laki dia amik..Amik tu..amik ni..Nah!! amik kau..Kenyang gila..hahahahaha..


Gila babun betol la..kami makan gila banyak hari ni..Siap la malam ni kena Sit Up beratus kali..hahahahahahahah..
Betul..aku kena kerja keras ni bagi hilang lemak-lemak yang aku makan tadi..tadi ada la tiga empat orang tegur kata aku dah kurus balik dah..tapi sikit jela..Kira ok la tu kan..dah turun sikit dah badan aku ni..Jadi kena usaha keras la nak kasi maintain..kalau boleh nak bagi lagi kurus ni..
Yearrgghh!! Usaha keras lagi!!

Ahad, September 11, 2011

TERLEPAS

Aku terlepas tengok cerita The Cave Of The Golden Rose kat TV9..Tu cerita feveret aku masa kecik-kecik dulu..Waaaa!!!

Hampeh betul la!!



Hari ni baru Siri 1 ka?Huhuuhu!!







Aku tau..hang nak tengok cerita ni sangat sebab nak layan muka aku kan..malu plak nak ngaku..heeee!!

KERANAMU NAJIB

Tadi aku pi rumah terbuka Raya Merdeka kat Guar Perahu..Oleh sebab Bik Mama takdak..Bang Najib ja ada..aku ada hati la nak pi makan-makan free kat sana..Si Azhan pulak berangan nak bersalam dengan Bang Najib plak..Siap suruh aku tolong amik gambar lagi..Wahh!! kelas hang punya angan-angan Azhan..Hahahhahaha.Budak-budak ni suci lagi..Dia nak jumpa sapa pun kita layankan saja..Jangan cemari minda depa dengan politik hampeh ni..nanti da besaq pandai la depa pilih kan..macam aku..sapa pun aku tak sokong..sapa yang buat rumah terbuka aku pi ja..janji dapat makan free,politik belakang kira..hahahahaha.






Jadi bermula la perjalanan kami ke sana..Mula-mula pi rumah Incik Bachok dulu..Pastu kami naik kereta Incik Bachok menuju kesana..Masa dalam perjalanan tu..jammed gila..punya la teruk sampai aku rasa nak dekat sejam gak la kami terkandas kat jalanan..Dah sampai kat Penanti..Bang polis kata kena parking kat Jirat Cina Penanti..jadi kami yang bodoh-bodoh alang ni bersama bodoh-bodoh alang yang lain pun parking la kat situ jalan kaki pi Guar Perahu!!





Jauh tu sebenaqnya..3KM nak dekat 4KM jugak la..hahahaha..tapi kami berjalan jugak tau dak..apa ke bangangnya kami ni berjalan beramai-ramai menuju ke Guar Perahu yang jauh tu..Dah berjalam punya jauh sampai berhenti berehat dua tiga kali gak..Lepaih tu bila sampai ja kat Dewan Sekolah Guar Perahu..ramainya Ya Allah makhluk-makhluk dan hamba Allah..Dan macam kem tahanan perang yang aku tengok kat cerita Hollywood ja..(Pasaipa aku kena samakan keadaan tempat tu macam kem perang aku pun taktau la..hahaha)








Masuk ja dalam sekolah tu..kami menuju kat padang sebab depa kata makanan ada kat padang kan..sampai kat padang..MasyaAllah!! keadaan padang tu lecah(becak laa) macam bendang..hahahaha..ni kalau pi tanam padi ni menjadi ni..hahahha..Lepaih tu paling tak best sekali makanan banyak yang habis..What the Fish betoi la...Makanan yang tinggal pun jadi rebutan ramai..memamng patut pun aku kata macam kem perang..cam daif ja..huuuu!!





Masa tu muka Incik Bachok dengan Azhan dah masam macam asam jawa ja..Kami dok rehat sat ataih bangku..Lepaih tu terus balik pi parking balik..Masa yang diambil dari parking ke dewan lepaih tu dari dewan ke parking ialah dua jam..Memang Marathon betul la..hahahhahaha..






Memang best gila perasaan aku hari ni..happy gila..dah la jalan jauh..ketiak basah..berpeluh macam mandi..lepaih tu dapat sakit kaki tapi tak dapat makan..memang happy sangat-sangat! Wadefak betul la!! Huuuu!!








Menyesal aku..menyesal!! Lepaih ni takmau pi mana majlis rumah terbuka anjuran mana-mana lagi dah..buang masa..buang karan..buang tenaga..Keranamu Najib aku sanggup berjalan jauh dengan bertumit tinggi..Kelas kau noks!! hahahahahahha..





Malam ni siap la aku takleh tidoq sebab sakit kaki gila babeng ni..Waaaa!!!









Nah..rasakan kau Miss Poyo..slalu sangat kan kutuk bini aku kan..rasakan pembalasan Si Pitong..hehehe

FIRAUN MANAKAH YANG TENGGELAM DALAM LAUT MERAH SEMASA MENGEJAR NABI MUSA

Sebelum ni aku ada cerita yang aku akan siasat Firaun mana yang tenggelam dalam laut Merah masa mengejar Nabi Musa dulu..Ingat senang ka sebab aku bukan la ahli sejarah yang banyak rujukan nak siasat..aku cuma insan biasa yang bekerja sebagai Technician dalam TM ja pun..hahahhahahah..jadi amik masa lama jugak la..bila nak siap hasil siasatan aku taktau..dah jemu membaca ni..hahahahahahah...

Ni teori dari Omputih sampai ke pak ustaz ni aku baca..makin keliru gila..tapi aku rasa yang para ustaz-ustaz boleh dipercayai kot..
Sudah la Miss Poyo!! buat macam pakar sejarah plak..hahahahahhahaa..

HASSAN AISKRIM

Hassan Aiskrim macam pakcik pakcik lain umur dalam awal 50an..Kenapa aku suka buh umur watak-watak cerita aku awal 50an ?awat tak buh dalam umur awal 60an ka..70an ka kan...sebab aku tulis ikut umur abah aku..sebab abah aku baru awal 50an..jadi watak pakcik-pakcik yang aku tulis kena awal 50an la...Ok..Abaikan..aku dah melalut..







Ulang balik...








Hassan Aiskrim macam pakcik-pakcik lain berumur dalam awal 50an.Dia digelar sebagai Hassan Aiskri sebab dulu dia bekerja sebagai penjual Aiskrim mat kool mat kool kawan ku..mari kita ikut mat kool..main-main selalu..syoknya..syoknya ada mat kool...(aku menyanyi) atau lebih tepat lagi ialah aiskrim jenama Nestle di sekeliling pekan tempat dia tinggal..Tapi kerja sebagai penjual aiskrim telah lama Hassan Aiskrim tinggalkan sejak dari 15 tahun yang lalu(ayat karangan,memang takbleh blah..) sebab Hassan Aiskrim dapat modal membela lembu..La ni,Hassan Aiskrim dah jadi penternak lembu yang berjaya..Pokcik kaya!




Tapi apa yang buat aku musykil ialah..Kenapa dia masih dipanggil dengan gelaran Hassan Aiskrim?padahal kerja menjual Aiskrim tu dah lama dia tinggalkan..Dia dah tukaq profesion jadi penternak lembu..jadi sepatutnya orang kena panggil dia Hassan lembu..Betoi dak?





Adakah penduduk sekitar takmau Hassan Aiskrim terasa kalau orang panggil dia Hassan lembu nampak macam orang perli dia sebagai Hassan yang bodoh macam lembu..Jadi sebab tu kot depa still panggil dia dengan gelaran Hassan Aiskrim..Mybe depa sifatkan dengan memanggil Aiskrim dibelakang nama hassan bunyinya lebih enak kot bersesuaian dengan aiskrim yang memang enak dengan pelbagai perasa termasuk perasa pelangi(Paddle Pop).




Ya..aku makin konfius la ni..aku yang bertanya soalan..aku yang beri jawapan plak..hahahahhaha...












Aku bengang betoi la..sebut bodoh ja mesti kait ngan aku..sebut bodoh ja mesti kait ngan aku...tumbuk kang!!

Sabtu, September 10, 2011

OH JACOB!

Aku tengah layan New Moon ni..bila mai ja time adegan Jacob bertukaq jadi serigala..terus aku gelak sakan..macam aku taktau kan..kalau anak-anak dara(macam la aku bukan anak dara..hahahha) tengok adegan tu mesti terpana gila sebab tengok tubuh body Jacob yang mantap tu bertukaq wajah..


Tapi aku tak terpana langsung..Incik Bachok yang agak boroi tu jugak buat aku terpana bila tengok sebab time adegan tu ja..aku teringat plak filem Vampires Sucks..hahahahhaaha....








Hahahahhaha..takbleh blah gila adegan ni..hahahhaha

MALAS

Setiap bulan selama tujuh hari aku akan datang satu perangai yang gila huduh nak mampus bagi orang perempuan iaitu malas mandi..memang huduh gila perangai ni tapi terpaksa jugak lawan perangai malas aku ni sebab selama tu hari tu aku 'kotoq'.

Tapi lepas ja kejadian 7 hari ni..aku kembali normal..Bodoh punya perangai!!
Memang aku tak suka la dengan perangai diri aku sendiri ni time ni..
Tak Suka!!!!

KEDAI DUA RINGGIT

Dulu aku dok pikir masa kedai dua ringgit baru dibuka kat Pekan Tasek Gelugor mesti harga barang-barang dalam kedai ni hanya berharga dua ringgit ja tak kira la apa jenis barang yang ada dalam kedai tu..

Tapi ternyata sangkaan meleset sebab harga barang dalam kedai tu bukannya berharga dua ringgit pun tapi harga ikut pasaran semasa kecuali berus basuh pakaian memang la harga dua ringgit.Tapi walaupun harga barang dalam kedai tu mengikut harga semasa dan ada yang sampai ratusan ringgit tapi orang tetap ramai jugak orang masuk membeli belah dalam kedai tu dan yang ramai sangat dok menyesak dalam kedai tu ialah orang Melayu dengan orang India ja pun..Orang Cina langsung tak nampak sepanjang kedai tu bertapak kat pekan ni walaupun pemilik kedai tu orang cina..Jadi aku memang muskyil la dengan kedai dua ringgit tu...Dah la cakap tak serupa bikin..kedai dua ringgit tapi harga barang bukan dua ringgit pun..lepaih tu tak nampalk orang cina pun yang beli belah dalam kdai tu..pelik betul la...
hahahahhahahaa....

Jumaat, September 09, 2011

KENA TAX 6% KALAU NAK TOPUP..

Kali aku rasa better guna Pasca bayar lagi untung..Walaupun kena Tax..Tapi rasanya kurang dari yang Topup kot..hahahahahha..

Mlaas nak selidik dan nak siasat betul ka dak teori aku ni..tapi firasat aku kata betul..hahahhahaha...Betul la tu kan...hahahhaha..Kasihan ya orang yang pakai Prabayar..
hahahhahahhahahhahahhaahhaha...

Kalau firasat aku salah..sila teguq..

OH PAKCIK MAN!

Pakcik Man seperti Pakcik-pakcik yang lain tinggal dikampung.Umur pakcik man 57 tahun dan Pakcik Man bukan la seorang pesara Kerajaan mahupun pesara Badan Berkanun.Pakcik Man jugak bukan la pesara Swasta mahupun pesara dari kilang-kilang.Pakcik belum pernah bersara lagi dan takdak istilah bersara dalam hidup Pakcik Man sebab pakcik Man adalah seorang pesawah.Selagi pakcik Man larat dan kuat..Pakcik Man akan membajak sawah.

Pakcik Man bukan la sama macam pakcik-pakcik yang lain sebab kebanyakkan pakcik-pakcik lain di kampung beliau berbini tapi pakcik Man tidak berbini sebab pakcik Man Duda beranak 5 sejak 20 tahun yang lalu..Arwah bini Pakcik Man meninggal semasa melahirkan anak bungsu depa.Musnah harapan Pakcik Man nak ada anak sepuluh orang.Anak Pakcik Man semua lahir selang setahun..jadi tiap-tiap tahun Arwah bini Pakcik Man beranak..Pakcik man target sebelum umur 35 tahun dia dapat 10 orang anak..dah rezeki dapat anak 5 sahaja..Pakcik Man terima.


Pakcik Man macam pakcik-pakcik lain kat kampungnya juga hari-hari lepak dekat kedai kopi hujung kampung milik Talib.Ada masa ja mesti Pakcik Man lepak dekat kedai kopi Talib sebab anak-anak Pakcik Man dah besaq..dah kerja pun ada..yang bungsu ja masih lagi belajar kat USM Pulau Pinang..Nak jadi cikgu kata..Di kedai kopi Talib,Pakcik Man bukan macam Pakcik-pakcik lain yang rabung bersembang macam-macam topik..dari politik sampai ke kisah janda kiah perut kempis tu..Pakcik Man duduk di satu sudut minum kopi dan pekena Mee goreng hari-hari sambil layan baca paper Harian Metro yang memang hari-hari talib beli letak kat kedai kopi dia..
Setengah pakcik-pakcik gelar Pakcik Man takdak nafsu sebab setiap kali depa bercerita pasal kiah janda perut kempis beranak satu tu..Semua orang pakat duduk rapat..tak kira la laki orang..duda mahupun anak teruna..semua nak tau pasal Kiah Janda.Semua orang teringinkan Kiah Janda..Semua orang kutuk bekas laki Kiah janda yang sanggup ceraikan Kiah janda sebab tergila-gilakan minah Indon yang bekerja satu kilang dengan Jamal..Depa syak Jamal kena guna-guna..Semua orang tau Minah Indon pakar guna ubat guna-guna.Tapi Pakcik Man tidak..Dia langsung tak join depa..Yang dia tau baca paper Harian Metro kat satu sudut.SEbab tu orang cakap Pakcik Man takdak nafsu.


Satu hari hari heboh satu kampung yang Kiah Janda Perut kempis dipinang orang.DEkat kedai kopi talib semua bercerita pasal berita tersebut.Kebanyakkannya tak puas hati.Siapa lelaki yang poitong line depa tu?Baru saja dok berkira-kira mahu ambik Kiah Janda jadi bini nombor dua,tiga atau empat walaupun tak mampu..Yang bujang pun tak puas hati,Kiah Janda yang baru umur 21 tahun tu diangan-angankan untuk jadi bini depa walaupun tak bekerja dah di rembat orang.Semua orang kecoh..Talib pun turut kecoh.Masing-masing nak tahu siapakah mangkok hayun yang nak jadi laki kedua Kiah Janda tu..Tapi Pakcik Man diam saja disatu sudut sambil baca Harian Metro.


Tiba hari pernikahan Kiah Janda yang tak janda dah tu pakat-pakat datang ke kenduri rumah ibu bapa kiah.Misteri siapakah mapley Kiah janda yang tak janda dah tu harus dipecahkan sebab tak siapa pun tau siapakah gerangannya lelaki itu sebab Mak bapak Kiah pun tak bagitau sapa-sapa pun siapa laki kiah tu.Adik beradik kiah pun turut bersekongkol diamkan diri..Makcik Temah jiran Kiah Janda pun turut diamkan diri.Sampai ja rumah mak bapak kiah..Masing-masing menuju ke dalam rumah kiah..Kiah tengah bersanding..Nasi kenduri depa tolak tepi dulu..Siapa mapley si Kiah ni jugak depa nak amik tau..Masuk ja kat ruang tamu mak bapak kiah,masing-masing terkejut..Rupanya mapleynya Pakcik Man.!!


Ada yang pengsan,ada yang kena sawan..ada yang belah balik rumah macam tu sahaja pun ada.Masing-masing tak percaya.Pakcik Man yang dikatakan takdak nafsu tu rupanya dapat si Kiah.Pakcik Man yang pendiam dan tak gatai tu rupanya laki kiah.Pakcik Man yang ada anak dara sebaya Kiah tu rupanya laki kiah.Pakcik Man atas pelamin tersenyum sakan.Dengan berspek mata jenama RayBan yang dipinjam dari anak sulungnya itu Pakcik Man tersenyum girang.Hari ni baru orang boleh nampak muka gatal Pakcik Man.
Diam-diam berisi rupanya Pakcik Man ni..

Khamis, September 08, 2011

SIT UP

Anda dulu seorang yang bertubuh montok?Perut tidak buncit..tidak terlalu kurus dan tidak terlalu gemuk?Sekarang sudah buncit macam anak lima orang walaupun anda masih anak dara..

Nah!! Saya ada jalan penyelesaiannya!!




Dengan berSit-Up..perut anda yang tiba-tiba buncit boleh kempis kembali...yaaaa..anda tidak percaya??Mari kita tanya pada seseorang yang bersit-up ini...






Amira Ameer(Bukan nama sebenar)




"Sejak berSit-up lebih dari seminggu yang lalu..saya dapat rasakan kekempisan pada perut saya..saya suka bersit-up...!!! nanti perut saya akan kempis kembali...Marilah kita sama-sama bersit-Up...Yeaahhh!!!"



Tidak percaya lagi??..nantikan kemunculan bentuk badan terbaru Amira Ameer dalam masa 2 bulan akan datang!!!








P/S : Aku tension gila ni!!! perut aku makin buncit..tension gila bila tengok gambaq raya aku..mak aku pulak nampak muda..huiiii!!! geramnya!!!! kenapa la hang buncit perut oiii!! dalam masa setahun ja aku jadi macam ni..Arggghhhhh!!!





Sit-UP pun sehari tak sampai seratus kali..ada ati nak ada body mantap macam ni..Tengok ni..aku seribu sehhari tau..Yiaaahhh!!

ROBOCOP NYARIS-NYARIS JADI PARTNER AKU..

Salah satu filem yang mak aku pasang kasi aku tengok bila dia nak start masak masa aku kecik-kecik dulu ialah filem Robocop..Walaupun aku suka tengok Robocop tapi belum tentu aku tergila-gila kepada filem tu macam setengah orang kan..Tapi boleh la kalau nak layan sebab aku suka la tengok robot separuh manusia separuh robot bernama Murphy ni melawan kejahatan sampaikan aku pernah berangan jadi polis pompuan then dapat jadi partner dengan Robocop macam Officer Anne Lewis..hahahhahahah..






Walaupun dah 24 tahun dalam industri perfileman..orang masih lagi ingat aku noh..nak berbangga sat..hahahahhahahha



Tapi bila aku makin besaq..nak jadi partner Robocop bukan la impian aku sebab aku dah boleh pikir mana reality mana fantasi walaupun sampai sekarang aku masih lagi berfantasi dalam mimpi aku..(Semalam aku mimpi kereta aku boleh terbang serata dunia..hahahahahah)..



Lama kelamaan filem Robocop macam luput ja dalam kepala otak aku sehingga sampai pagi tadi masa aku tengah dok bersiap nak pi kerja tiba-tiba ja aku dengaq bunyi tembak pung pang pung pang kat ruang tamu dimana aku syak mesti mak aku tengah layan tv pagi-pagi buta ni kan..Bila aku pi la tengok kat ruang tamu,aku tengan mak layan filem Robocop..hahhahaha...



Jadi macam biasa la aku layan la sama sampai aku teringat balik memori zaman kanak-kanak aku masa aku dok kat Bukit Mertajam..baik punya syok tengok Robocop..tiba-tiba mak tutup tv..




"Loh..awat mak tutup tv??"



"Pi ker..pi kerja..." mak jawab..







Alorrhhhh..mak aku ni potong stim betoi la..baru layan robocop baik punya..mak tutup tv plak..huhuhuhu...Tension betul la..Yang Astro ni pun satu..time pagi-pagi orang nak pi kerja..time tu la dia nak tayang filem best..bengang betul la..Malam-malam dok tayang crita haprak plak..tak puas hati betul la..cuisshhhh!!!

Rabu, September 07, 2011

SURAT TUNJUK SEBAB UNTUK DIRI SENDIRI..CAYALAH MISS POYO!!

Esok aku akan tulis surat tunjuk sebab untuk diri aku sendiri dengan tajuknya, kenapa aku tak datang keja hari sabtu dan ahad masa raya kelima dan keenam...hahahahhaha..

Penah tak orang tulis surat tunjuk sebab untuk diri dia sendiri kemudian tulis pulak jawapan kepada surat tu..haaa..orang lain mesti tak pernah buat...tapi aku buat.Sempoi tak Tuan Ekskutif aku..?hahahhaha..Tengahri hari tadi dia hantaq emel kat aku..bunyinya lebih kurang begini la..


Cik Mira..sila buat surat tunjuk sebab untuk staff yang tidak mengikut jadual kerja hari raya..


Haahahahhahah..dalam banyak-banyak staf yang tak ikut jadual kerja hari raya tu..aku la salah sorang dari staf dia yang tak ikut jadual..Kalau diikutkan..aku kena mai kerja jumaat,sabtu dan Ahad..tapi aku mai hari jumaat ja..Sabtu ngan ahad aku tak pi pun..hahaha..Ala Tuan Eksekutif ni..hari sabtu ahad memang cuti la...tu pun nak berkira ka?Sip btul la..huhuhuhu...
Kesudahannya..esok aku prepair surat untuk staf lain..sekali dengan diri aku sendiri..Cuiissshhh!!


Tapi bila pikir balik cam lawak plak..patut la Yazid tadi dok gelak sakan kat aku masa aku nak balik tadi..pasai kes ni laarrr..Nasib hang baik Yazid..sebab hang memang ikut jadual dengan betul..kalau tak..aku tulis surat kat hang jugak..baru puas hati aku..hahahahhaha...


Hai..nasib..nasib..tulis surat kat diri sendiri plak..hahahhahha..

TIBA-TIBA MISS POYO CERITA PASAL CINCIN TUNANG PLAK..AGAK KEPEREMPUANAN LA PLAK..EUWWWW!!

Sebenarnya Incik Bachok ada bagitau aku yang mybe dia akan hantar rombongan risik sekali ngan bertunang terus bulan December ni..Agak terkejut jugak la kan..Ingatkan apa yang dia cakap selama ni hanya cakap ja..rupanya betul-betul siap dah bagitau parent dia masa dia balik raya hari tu lagi..agak terharu di situ yaa...huuuuu!!





So..kalau takdak aral melintang,dan dah memang aku jodoh dengan dia mybe aku dan Incik Bachok akan bertunang hujung tahun ni..Yahoo!!(sambil melompat sampai terselak kain..hakhakhak).Yang bestnya..Masa hari ahad lepas masa dia mai beraya kat rumah aku..Dia dah bagitau dah mak abah aku...Waahh!! agak berani dan gentlement tau dak bila dia luahkan perasaan dia kat mak aku..Bukan dia luahkan perasaan cinta dia kat mak aku pulak hampa pikiaq..tapi luah perasaan dia terhadap aku kat mak aku..Haaaa..cenggitu la bila mak aku tanya dia betul-betul ka dia mau kat aku sebab nikah kahwin ni bukan benda main-main...Tapi jawapan dia dengar-dengar agak memberangsangkan la sebab time dia cakap kat mak aku tu..aku da kat dapur..hahahahah..Pirahhh!! dok kat dapuq plak macam perempuan Melayu terakhir..Cuiiiisshhh!!








Dan sekarang Incik Bachok bagitau aku yang dia dok pikir-pikir nak beli cincin tunang plak.Tu la kan..kalau dia nak beli cincin tunang siap-siap baguih dok ada la sebab bulan december ni tak lama dah...la ni bulan 9..pejam celik pejam celik sat ja dah bulan december kan..Dan Incik Bachok cakap dia nak beli cincin kat Kelantan sebab harga emas kat kelantan lagi murah kat Penang ni..Aku taktau la pasaipa emas kat Kelantan murah sebab aku bukan amik kisah sangat pasal emas-emas ni..tau beli pakai ja..tu pun aku bukan minat sangat ngan emas ni..bila aku kerja ni ja aku pakai la seutas gelang emas yang mak beli dulu masa zaman sekolah menengah dulu..hakhakhak..Last aku beli cincin emas dengan duit aku sendiri dua tahun lepas..pastu tak beli apa-apa emas dah pun..bila rumah aku kena pecah masuk penyamun dan habis segala emas depa sapu..memang tak beli dah la..hahhaha..fobia..Jadi bila Incik Bachok bagitau kata harga emas kat Kelantan murah dari kat Penang ni agak heran jugak la..sebab apa ekkk??tak paham aku..








Kata Incik Bachok dia nak kasi duit suh mama dia beli ja..Incik Bachok..saiiz jari manis cheq 13 ok...hahahha..bagitau siap-siap tu..Aku ni kalau bab cincin ni jenis apa pun takpa dia nak beli..aku tak kisah..ikut kemampuan dia dan keikhlasan dia la nak bagi kat aku kan..Tapi yang aku tau selalu orang bagi cincin belah rotan kalau bertunang..Sebab masa paksu aku bertunang tahun lepas..dia beli cincin belah rotan..aku tau la..aku follow dia pi beli cincin tunang dengan mak dan makjang aku..hihihi...Jadi aku tak kisah la..Tapi kalau nak beli cincin ada berlian pun takpa jugak..dah kata kat sana murah kan..hahahhahahahhahahahahha....






Tapi aku da surver gak kat tenet rupa bentuk cincin belah rotan selain rupa bentuk yang paksu beli tu..ni kira rambang mata jugak la kalau tengok..tapi aku bab pilih bentuk cincin terkini aku bukan tau sangat..tapi aku nak bagitau yang aku suka jenis yang simple ja..hahahahha...








Nindia rupa bentuk cincin belah rotan..ni aku curik kedaiemasnazman.blogspot




Ok la..aku dah pening pasal cincin mincin ni..ni Incik Bachok boleh la pikir ni..hahahhahahhahahaha...





Selasa, September 06, 2011

AKU DAN SERANGGA..BANYAK KENANGAN BURUK!!

Aku ni..walaupun nampak ja ganas..tapi aku ni penakut jugak..penakut pada serangga..Haaaa...Serangga yang muka ganaih sikit ja memang aku haru biru jugak laa...Kalao kaboi(kumbang) kecik dok merangkak seblah aku pun aku dah menjerit panik..La ni aku nak bagitau serangga mana yang berjaya buat aku gila meroyan kalau aku nampak kelibat depa..Jeng..jeng..jeng..




Di tangga ke sepuluh..jatuh kepada KUTU..Apa?ingat kutu bukan tergolong dalam kumpulan serangga ka?Kutu ni walaupun pun kecik tapi bahaya tau..ni kalau rambut kita jadi rumah tetap kutu ni memang boleh dikategorikan sebagai pengotoq..tak pandai jaga kebrshan apa semua..Kalau kecik-kecik dulu kena kutu takpala..dok dalam tadika besa la kan..kutu dari kawan-kawan mai menapak masuk dalam kapla kita..mak la dok tolong buang kutu..ni kalau besaq-besaq macam ni ada kutu..woii..aku takut oo ngan kutu..euwwww!!





Meh kita reramai serang kapla Miss Poyo!!











Ditangga kesembilan..jatuh kepada..CENGKEREK!!! Aku takbleh terima betoi la kalau ada orang guna cengkerek pi memancing..dah la bunyi bising..rupa bentuk pun nampak serammmmm...!! Aku kalau nampak cengkerek..aku suruh Azhan tolong la buang cengkerek tu..sebab masa kecik-kecik dulu ada sorang pakcik bagitau aku cenkerek ni boleh masuk dalam kemaluan perempuan..sebab tu la aku cukup takut dengan cengkerek..eiiii...takutnya!!







Ikan suka kami sebab kami sedap la..hang apa tau!!













Di tangga kelapan jatuh kepada BELALANG..Aku cukup takut ngan belalang ni sebab pernah sekali ada sekor belalang ni..Tok panggil belalang kunyit..Besaq nak mampus...Dia tiba-tiba melompat landing baik punya atas hidung aku yang penyet ni..memang ngeri gila la...Kadang-kadang tu kalau tiba-tiba ja aku nampak belalang dok menepek kat dinding rumah aku..Memang aku meroyan jugak la..lari menyorok dalam jamban..Abah aku pernah tau dak tangkap belalang pastu buh dalam baju aku..mau tak fobia kan..huhuhu..






Best oo..layan dalam baju Miss Poyo..hahahhah!!








Tangga ke tujuh jatuh pada..MENTADAK..Ya..walaupun ada orang suka main ngan mentadak..suruh mendatak ajuk tidoq orang la..apa la..tapi aku tetap rasa takut ngan menatang yang kurus kering ni sebab aku tengok muka dia macam garang gila..bayangkan kalau mentadak ni besaq lori treler..agaknya ada tak orang suh mendatak sebesaq tu ajuk orang lain tidoq?Haaa..memang tarak ada aihh..!!






Aku kurus sebab letuh melayan permintaan orang ja..fuh!!









Tangga keenam jatuh kepada KERENGGA..Yaaaa..walaupun aku idamkan badan macam kerengga tapi belum tentu aku suka dengan kerengga kan..Sejarah buruk aku dengan kerengga memang banyak..tak terkira banyaknya..Mesti ramai tak pernah rasa macam mana kena gigit dengan berpuluh-puluh ekoq kerengga kan..yang pernah kena pun budak nakal macam aku jugak atau budak-budak nakal yang kena hukum oleh bapak atau mak depa diikat kat pokok yang ada kerengga macam mak aku kena masa dia kecik-kecik dulu sebab nakal sangat(aku ikut baka mak aku kot..hahaha)..kena ketik(gigit) dengan kerengga memang best gila sakitnya..mau bengkak-bengkak jugak badan..bayangkan bila dia gigit bibir kita..Perrgghhh!! kalah Angelina Jolie tu..hahahaha...








Apa pandang-pandang?nak kena ketik??










Tangga ke lima..Jatuh kepada LEBAH..Haaa...walaupun aku suka makan madu lebah..tak semestinya aku suka dengan lebah kan..bila dengan ja ada orang yang mati kena ketik dengan sekumpulan lebah..memang dah cukup buat aku gerun kat menatang ni..eiii..macam mana la orang dok menternak lebah noh?tak takut ka?eiii...!! geli!!







Apa??aku minat bunga ja..tak minat aihh ketik-ketik orang ni..Miss Poyo saja buat cerita ni..











Tangga keempat jatuh kepada NYAMUK..Yaaa..nyamuk..aku bukan takut sangat pun dengan nyamuk sebenaqnya..taku kecik kotek tu sekali aku penyet-penyet hancuq..tapi aku takut pada penyakit yang dbawa oleh nyamuk tu..Nampak simple ja nyamuk ni..tapi bahyanya tuhan saja yang tau..Nyamuk besa pun boleh bawa penyakit tau..Inikan pulak jenis-jenis nyamuk yang lain..Nyamuk Aedes contohnya ataupun nyamuk tiruk..Nyamuk JE tu..eiii...samak-samak!!





Darah khinzir pun sodap meh!!











Tempat ketiga jatuh pada LALAT..lalat ni tak la takut sangat..tapi bayangkan la betapa kotoqnya lalat ni..boleh cemar kita punya makanan dengan taik-taik yang melekat kat kaki dia lepas dia hurung taik tu..pastu dia mai pulak hurung makanan kita..bayangkan kaki dia pijak makanan kita..pastu taik berpalit sikit kat makannan kita tanpa kita sedari dan nampak..walaupun taik tu sikit kotek ja pun..tapi tetap taik wokehh!!Bluekk!!!










Sedap pa taik!!! tempat aku berteluq tu...












Tempat kedua jatuh pada LIPAS..Yaaa..lipas memang aku takut dan geli sangat-sangat..Lipas pun pandai gigit tau..tambah-tambah lipas yang dok terbang tu..Lipas ni kalau berjalan memang laju..kalau kita kacau sarang dia..tudia...dia laju ja panjat badan kita..masuk dalam baju..Tak boleh blah betoi la ngan menatang ni..memang menggelikan..Pastu..kalau takdak kepala pun boleh hidup lagi..dengan isi dalam dia yang warna putih kuning tu dok meleleh keluaq dari tempat kepala tercabut tu..dengan bau dia lagi..uweekkkk!! nak termuntah aku..!!Cuba tengok lipas dalam hutan..lagi la menakutkan..huuuu!!






Nak berteluq pun tak tenang aihh! depa mai amik gambaq plak!!













Tempat pertamak!! jatuh kepada TEBUAN..Mesti ramai yang gelak kat kat aku kan..sebab tebuan plak boleh jatuh pada tangga pertama serangga paling aku takut..Tapi itu la hakikatnya yang hampa kena terima..Sesungguhnya tebuan adalah makhluk ciptaan Allah yang paling aku takut sekali selain hantu jembalang..hahahahahaha..Sebab apa aku takut dengan tebuan?Sebab aku pernah ketik ngan tebuan..masa aku tengah bawa motor plak tu..Tengah baik bawa motor..tiba-tiba rasa ada benda masuk dalam baju aku..Dan tiba-tiba ja ada rasa satu benda ketik baik punya kat pusat aku kan..bila aku ushar tengak dalam baju aku..ada tebuan siot..belang hitam kuning nak oren tu..mati tebuan tu lepas ketik aku hmapa tau dak..sakitnya tuhan saja yang tau..lemah satu badan..tapi aku bawa jugak motor pi klinik dengan mata berpinau-pinau..rempit gila babi la dok pikiaq aku nak mati dah..Lepaih tu..doktor tanya aku ada sejarah penyakit aapa..Aku jawap Asma..Dia teruih buat injection kat pungkoq aku..tak guna betoi!! doktor tu laki plak tu..dah nampak pungkoq aku yang cun ini rupanya..huuu!! Sebab tu la aku cukup takut dengan tebuan ni..Kalau sapa ada alahan dengan sengatan tebuan ni..boleh mati tau..








Hahahahahahha..tak sangka Miss Poyo takut kat aku..hahahhaa..siap taruk gambaq aku dalam frame lagi ni..hahahhahah...





Macam tu la alkisahnya aku dengan serangga ni..Nak balik dah!!


Isnin, September 05, 2011

BERAYA DI TEPI HIGHWAY

Kelmarin..Incik Bachok temankan aku pi rumah bekas roomate aku masa kat Politeknik dulu kat Nibong Tebal.Ikut kami jugak tak lain tak bukan Aloyah la..Aku tau dah akai budak ni..dia ikut aku bukan apa..dia dok target mana nak tau kan dapat duit raya ka..Dia kan bajet dia budak-budak lagi..hahahhahaa...





Jadi kami pi rumah Suhana naik kereta Incik Bachok la..Rumah suhana ni walaupun dalam Penang jugak tapi boleh tahan jugak la jauh dia sebab dekat sempadan Perak.Silap hari bulan bulan kalau sesat boleh sampai kat Tanjung Piandang noh..hahahahaha..Jadi oleh sebab takut lambat,kami amik keputusan ikut highway jela walaupun kami tau ikut highway pun risiko dia tinggi jugak sebab time tu time orang berpusu-pusu nak balik ke belah selatan..belah selatan tu maksudnya belah perak ka..Kl ka...Yang kerja luar dari kawasan utara la..Bila masuk highway ja..Kereta memang banyak gila..tapi tak sesak la..kira trafik bergerak lancar gitu,..





Oleh sebab trafik bergerak lancar..Incik Bachok pun bawa la kereta dengan hati girang..Tiba-tiba....Jeng..jeng..jeng..Enjin kereta incik bachok tiba-tiba ja stop..mati macam tu ja..jadi Incik bachok pun mengontrol kereta dia(ayat apa ni??) supaya ke tepi hihgway...Jadi aku pun tanya dia..awat enjin dia tiba-tiba stop ni..dia cakap taktau..Dia try start tengok..tak hidup jugak..Jadi macam biasa la..Incik Bachok naik angin gak la..aku tengok dia bukak bodet kereta dia check itu ini..(macam pandai kan..) Last-last dia dapat kesan kerosakkan dia..tapi aku taktau la..rosak apa..malas nak amik tau..Yang aku tau benda tu dia dah tukar sebelum balik beraya kat kelantan..baru ja tukar takdak seminggu dah buat hal kan.,.Jadi dia contact la pomen yang tukarkan benda alah tu dulu kat kereta dia..mau dekat setengah jam baru dapat..mula-mula tu macam takmau mai ja..bila Incik Bachok paksa jugak,..dia setuju gak la..mana boleh tak setuju kan..benda tu dalam guarantee lagi..dah la dekat 3 ratus gak melayang hari tu..





Masa dok tunggu pomen tu mai...ada la sorang pomen cina berenti..tapi Incik Bachok cakap pomen nak mai dah..Cina tu blah..tunggu lagi..Ada dua orang pulak pomen melayu berhenti..Incik cakap ada pomen dah..depa pun blah..Tinggal la kami 3 orang duk bawah panas..DEngan Incik Bachok pakai baju melayu lengkap bersongkok..aku dengan Aloyah masing-masing pakai kebaya dengan baju kurung..Dengan muka tak malu makan kuih raya kat tepi jalan..hahahahhahahah..Nasib baik la Incik Bachok ada bekalan kuih raya dalam kereta dia..dia bawa dari Kelantan..kami tiga orang melantak la kat tepi tu..lantak pi la kereta yang lalu lalang dok ushar..hahhahaha....lama jugak la..last-last nak dekat sejam lebih pomen baru sampai..setel ja keja dia..dia nak pau RM30 dari Incik Bachok..untuk minyak dia nak mai kat kami kot..tapi Incik Bachok bagi RM20 ja...hahahhaha.....

Last-last nak pi rumah su dalam tengah hari bertukar jadi pukul 4 petang baru sampai..tu pun dah sesat masuk Perak dah..Heran jugak tiba-tiba kat tepi jalan ada bendera Perak..rupanya masuk Perak dah..lawak betoi la...hahahha..
Ni la first time aku beraya kat tepi Highway siap makan kuih raya kat tepi jalan lagi tu..hahahahahhahah..

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!