Rabu, Jun 27, 2012

FILEM HOLLYWOOD YANG MESTI DITONTON SEPANJANG ZAMAN

Aku punya perangai ialah kalau aku baru habis buat satu-satu kerja..aku tak teruih buat kerja yang lain plak..sebab kalau aku buat kerja yang lain plak secara terus menerus..secara otomatik kapla aku blur..So,sementara aku rehatkkan minda aku jap..aku senaraikan 10 buah filem Hollywood yang mesti ditonton dan jugak feveret aku la ni..aku ambil dari pelbagai grene..senang..weee!!!


10. THE POLAR EXPRESS (2004)






Filem ni mengisahkan seorang budak lelaki yang tak berapa percaya dengan kewujudan Santa Claus dan jugak kewudujan rkediaman Santa Claus dekat North Pole..Jadi dia ni dah baca macam-macam pasal Santa Claus ni..tapi tak cukup kuat jugak nak dia percaya Santa Claus tu wujud.Jadi,masa malam sebelum hari Krismas,Sebuah keretaapi magic berhenti dekat depan rumah dia dan destinasi keretapi tu ialah ke North Pole..Budak ni yang macam mamai-mamai ni pun naik la keretapi yang Konductornya ialah Tom Hanks punya suara la..hahahahhaha...So bermula la pengembaraan budak ni dengan beberapa budak lain yang terpilih menaiki keretapi magic ni ke North Pole..Syok ooo tengok filem ni..ada gembira,sedih..macam-macam emosi bercampuq dalam filem Animasi ni..Weee!!





9.EDWARD SCISSORHANDS (1990)





Edwards Scissorhands adalah salah satu filem yang aku suka tengok masa zaman kanak-kanak aku.Dan jugak filem ni hasil karya pengarah yang paling aku minat sekali..Tim Burton.Banyak filem dia yang aku simpan sebagai koleksi filem feveret selain dari filem Edward Scissorhands ni.Filem ni mengisahkan seorang Ibu yang juga seorang direct Selling jenama Avon(hahahahhahahaha..kelakau) secara tidak sengaja telah bertemu dengan seorang pemuda yang agak unik sebab bertangan gunting yang tinggal berseorangan di dalam sebuah rumah besaq di atas bukit..So,wanita ni yang kesian dekat mamat gunting ni(lakonan Johnny Depp) bawa balik ke rumah dia untuk dijadikan anak angkat..San se Edward ni jatuh cinta pada anak perempuan pompuan(Lakonan Winona Ryder,masa ni dia sweet sangat..hahha) direct Selling ni..So,sepanjang Edward jadi anak angkat dia..macam-macam yang jadi pada diri Edward dan jugak keluarga depa yang sehingga satu masa mengancam keselmatan nyawa Edward tu sendiri..Siot je kalau aku tengok filem ni..tang last mesti aku nangis tengok adegan Edward ukir rupa bentuk anak pompuan direct Selling ni dengan ais setiap tahun sampai perempuan tu tua setiap kali krismass mai..Wuuuuuuu!!!





8.STARWARS (1977 - 2005)




Nah Amik!! semua filem aku taruk jadi satu poster..hahahhahahaha




Sama jugak dengan filem Edwards si tangan gunting..Star Wars adalah satu lagi filem yang jadi filem kegemaran aku dari zaman kanak-kanak sehingga la sekarang.Filem ni jugak jadi filem kegemaran adik aku si Mirul.Kami dua orang memaang minat benda yang sama dari kecik macam kembaq..hahahahahha..
Tapi di antara semua filem aku lebih minat kepada filem yang terdahulu lagi..dari Episode IV hingga episode VI dimana time kesemua episode tu adalah di zaman Era Darth Vader berleluasa dengan kejamnya..hohohoho..Dan aku memang minat gila dengan karektor Darth Vader walaupun dia jahat dan jugak karektor si kembar Luke Skywalker dan Princess Lea..Kiranya karektor ketiga beranak ni aku minat la..habis cerita..kalau la aku ada duit..aku dah beli semua barang mainan berkaitan dengan Star Wars ni Aziz M. Osman..hahahahhahahahhahah!!!






7.SAVING PRIVATE RYAN (1998)




Saving Private Ryan adalah salah satatu filem perang yang aku akan nangis bila tang last cerita ni nak abis...hahahhahahahah...Hati aku jenis cepat tersentuh jugak la noh...hahahhahahhaha...
Filem ni mengisahkan setelah kejayaan tentera berikat menawan pantai Omaha pada D-day, Ckaprten John H.Miller mendapat tugasan menyelamatkan seorang Prebet James Francis Ryan dari Unit Payung terjun setelah pihak atasan dapat tau..2 lagi adik beradik Ryan mati dalam perang yang sama..So,bermulalah perjalanan Kapten John H.Miller dan 6 orang bawahan dia menjalankan misi menyelamat Private Ryan ni..Aku rasa aku dah buat Review pasal filem ni ni dlu..so,malas la nak cerita panjang berjela kan..hahahahhahahaha!!



6.TERMINATOR 2:JUDGEMENT DAY (1991)





Dalam banyak-banyak filem Terminator,aku paling suka yang nombot dua ni..
Selepas ja cubaan nak bunuh Sarah Connor gagal dalam filem Terminator.Skynet hantar plak satu lagi robot terminator diberi nama T-1000(Robert Patrick)  yang canggih untuk membunuh anak Sarah Connor iaitu John Connor yang apabila dia besaq nanti dia akan menjadi pemimpim kepada manusia untuk melawan Skynet.Jadi John Connor pada masa hadapan pun hantar plak robot terminator yang telah di program semula iaitu robot T-800(Arnold Schwarzenegger) yang sebelum ni ditugaskan untuk membunuh Sarah Connor mai lindung si John Connor masa dia kecik plak..



5.THE THING(1982)








Filem The Thing adalah filem Horror Sains Fiksyen yang paling menakutkan la setakat ni..Filem ni pernah di remake semula pada tahun lepaih,2011.Tapi aku rasa karya John Carpenter ni paling ganaih la..hahahahhaha..Walaupun filem dibuat dalam tahun 1982..tapi memang cukup horror..siot je tak boleh tidoq malam lepaih tengok filem ni dok bayang makhluk-makhluk tu masuk ikut tingkap bilik aku..tambah-tambah yang kepala orang jadi labah-labah tu..ahahhahahaha...Filem ni ni memgisahkan kejadian menakutkan yang terjadi kepada sekumpulan saintis yang bertapak dekat Reseacrh stesen kat Antartic.Walaupun filem ni berkaintan dengan Alien..Tapi alien ni tak macam filem Alien yang dok dibikin selami ni..Nak cerita pun tak reti..tengok sendiri la..hahahhahahaha...



4.POWDER (1995)






Bila aku tengok filem ni..aku rasa betapa kejamnya manusia..tak kira la dari pelbagai bangsa..sama ja..dari negara mundur..sampai la ke negara yang maju,kalau ada benda yang pelik sikit.Mesti akan jatuh hukum teruih yang pelik itu tak elok dan mesti dijauhi atau dimusnahkan..
Macam filem ni,Mengisahkan Jeremy Reeds, seorang Albino yang disisahkan masyarakat sebab kulit dia itu yang dianggap berpenyakit dan malang.Malah bapak dia sendiri tak terima dengan keadaan dia tu masa dia baru dilahirkan lalu dia dijaga oleh tokwan dia..Jeremy atau nama panggilan dia Powder tinggal dengan datuk dia sampai besaq dan hobi dia membaca.Bila tokwan dia meninggal..Seorang pakar psikology ambil dia dan sekolahkan dia..Malangnya bila dia masuk ke sekolah dia disisih,diejek dan sebagainya yang teruk-teruk tu dapat kat dia..huhuhuhuhu..Tanpa diketahui sapa-sapa yang Powder ni mempunyai akai yang amat bijak,ada power telepathy lagi..berkebolehan baca fikiran orang dan ada kuasa paranormal..huhuhuhu...




3.JURASSIC PARK (1993)





Filem ni mengisahkan seorang billionair yang terlampau kaya telah membina sebuah taman tema yang diberi nama Jurassic Park disebuah pulau milik dia sendiri.Dan taman tema yang macam zoo tu pun terdapat pelbagai dinosour dari pelbagai spesis yang dibuat jugak oleh billionair ni hasil DNA darah dinosur yang terdapat dalam fosil nyamuk zaman dinosour jugak..huhuhuhu...

So,sebelum taman tema tu dibuka...Si Billionair ni telah menjemput beberapa orang pakar untuk memastikan taman Jurassic ni selamat dilawati.Jadi si Billionair ni telah menjemput pakar matematik (Jeff Goldblum),pakar paleontologist,Dr Alan Grant dan kawan baik dia, Dr Ellie Slatter,peguam dia sendiri dan dua orang cucu dia,Tim dan Lex.Tapi malangnya kegemberiaan depa bila tengok dinosour ni hilang sama sekali umpama budak umuq 5 tahun hilang duit dua kupang apabila secara tiba-tiba dinosour bertindak ganaih menyerang depa semua.





2.THE DA VINCI CODE (2006)





Walaupun filem ni penuh kontroversi dengan unsur-unsur keagamaan,kepecayaan,illuminatidan freemason bagai..Penganut Kristian Katolik banyak yang boikot filem ni sebab seolah-olah menghina agama depa,Tapi aku suka tengok jugak.Setakat ni akidah aku tak lari lagi dengan fakta-fakta mengarut mahupun yang menyimpang sebab filem ni ala-ala penyiasatan sikit kan..Filem yang diangkat dari novel yang tajuknya sama jugak macam filem karya Dan Browns ni mengisahkan  pasal menyiasat misteri apakah sebenarnya Holy Grail itu..Umum sedia maklum dari filem-filem lain sebelum ni..banyak yang tunjuk Holy Grail ni adalah cawan yang digunakan oleh Jesus pada malam teralhir sebelum dia disalib.Tapi dalam filem ni..Misteri pasal Holy Grail agak mengejutkan la sebab Holy Grail ni bukan la sebuah cawan.Tapi adalah keturunan dari Jesus yang berkahwin dengan Mary Magdalene.Fuhhhhh!! Tapi nasihat aku..kalau nak tengok filem ni..sekadar tengok boleh la..Percaya jangan..Ini dakyah orang Yahudi nak melemahkan akal fikiran kita dengan fakta yang menyimpang jauh..Sedang orang kristian sendiri tak terima dengan jalan cerita filem ni..apatah kita sebgai orang islam kan...
















1.THE CURIOUS CASE OF BENJAMIN  BUTTON (2008)






Sebenarnya akal aku ni masa mula tengok filem ni macam tak boleh terima ja kejadian yang berlaku dalam filem ni..Perkataan yang terkeluaq dari mulut aku bila tengok Rupa si Benjamin ni ialah "What The Heck!!"
Konfius aku..hahhahahahhaha..
Filem ini bermula pada era tahun 1918 mengisahkan Benjamin Button yang dilahirkan tidak normal sebab fizikal dia nampak macam orang tua gila-gila walaupun dia masih bayi.Tak dapat terima kecacatan anak dia tu..Maka bapak dia pi letak dia dihapan pintu rumah orang-orang tua.Jadi penjaga rumah orang tua-tua mengambil keputusan membela Benjamin Button ni seperti anak dia sendiri..Yang peliknya kes si Benjamin ialah makin dia membesar..dia semakin nampak muda..hahahahahahha...Macam terbalik pulak kan..dan last sekali...semasa Benjamin Button meninggal..dia dalam keadaan bayi..dijaga oleh awek dia..huuuuu!!!




Ok..takat tu ja..sebenarnya banyak lagi pilihan filem yang aku ada..tapi takat 10 jadi la...cow dulu!!









Selasa, Jun 26, 2012

MUSIM DURIAN DAN KESIHATAN MANUSIA SEJAGAT

Sekarang ni ialah musim durian.Dah nama pun musim durian,jadi ramai la orang berpusu-pusu dok beli durian kat sana sini.Tambah-tambah kat Penang ni..kat tepi-tepi jakan merata orang dok jual durian.Nak sedap lagi..ada yang sanggup pi sampai balik pulau layan durian.Contohnya adik aku si Mirul tu.

Bila dah makan durian banyak..masing-masing dah berasa hangat satu badan..Dan bila badan hangat..mula la rasa sakit..tekat rasa perit..demam pun tak kebah-kebah sampai berhari-hari.yang ada darah tinggi..darah naik mendadak..yang kencing manis pun sama la...

Dan hari ni..kat opis aku..ada beberapa orang dah mengadu sakit kepala..tekak rasa perit..dan yang terbaru..Tuan Ekseketif plak masuk hospital gara-gara makan durian..kepala berpusing macam gasing dia kata..hahahhahaha..berapa dozen durian tah dia layan sampai masuk hospital ni..hihihi..

Tambah tadi aku masak pulut plak kat opis..pakat dok layan baik punya la..hahahahahahah..


Aku rasa sebelum bulan puasa mai ni..mesti ramai yang MC ja memanjang..hahahahahha..

Jumaat, Jun 15, 2012

CUTI HUJUNG MINGGU

Apasal sekarang ni bila mai hari jumaat ja..aku jadi teruja syok semacam ja..
Syok gila sebab sabtu ahad cuti..
Kenapa keterujaan Ini terjadi..??
Nak kata setiap hujung minggu aku keluaq dating tu yang buat aku teruja tak jugak..
Bukan tiap-tiap minggu dating pun..
Tapi dia rasa teruja jugak..huuiiii!!

Isnin, Jun 04, 2012

ABON

Aku bangun pagi-pagi lagi..Lepaih tu aku tengok tangan aku berinai..kaki aku pun sama..Aii..takkan aku dah kawin kot la ni kan..kalau ikutkan aku kawin bulan November ni kan...Tapi kalau kawin awai pun takpa kan..lagi best..hihihihi..

Lepaih tu aku tengak ada laelaki tengah baring membelakang aku.Ni mesti Incik Bachok ni..hahahah..so aku pun gerak la dia kan..Gerak punya gerak..lama jugak la..memang Incik Bachok ni tidoq mati..susah bangun tidoq..aku tau la...Aku dok gerak dia pagi-pagi selama ni..misskol sampai seratus lebih..tak bangun-bangun jugak..ni aku goncang badan dia kuat-kuat pun tak bangun lagi..Adoilaaa...

Last-last dia pun bergerak-gerak jugak..Ni mesti dah terjaga ni..Sekali dia pun beralih tengok aku..
Arrgghhhhh!!! Apasal Abon plak ni???!!!! Argghhhhh!!!!!!!!


Teruih aku terjaga tau dak..Gila ngeri mimpi aku..ada ka Abon plak jadi laki aku..Takut gila..huhuhuhu..
Kalau ya pun nak mimpi..kasi la Remy Ishak ka..Aaron Aziz ka jadi laki aku..Ni Abon...huiiiii...!!!



Apa?Ingat aku ni tak hensem ke???
(dalam slang jawa)

Jumaat, Jun 01, 2012

ENTRI

Apasal aku tengok Entri aku untuk 2012 ada 56 ja..?campoq yang hat ni 57 la..Nampak sangat aku jarang-jarang menulis dah..

Ini tidak boleh jadi..kena giat Aktif ni....weeeee!!

ANTARA LAPTOP DAN SMARTPHONES

Sejak akhir-akhir ni aku tengok laptop-laptop yang ada kat rumah aku terbiaq ja takdak sapa nak sentuh sampai ada yang berhabuk..ada yang dok bawah katil mak aku berminggu-minggu lamanya tanpa orang buka taupun sentuh(sejak rumah aku kena rompak dan semua laptop depa sapu..kami banyak taruk laptop bawah katil..bila malam la..aku dah pecah rahsia plak dah..adoiii),ada yang terhumbam lama dalam almari baju aku..aku pun berasa hairan..awat semua tak teringin nak main laptop ka..dulu.masa rumah aku kena rampok habis laptop kna sapu..pakat menangis la..pakat menyumpah..lepaih tu pakat-pakat pi beli laptop baru sebab kononnya takbleh idup tanpa internet kan..la ni lain plak jadi..bila laptop sorang satu dapat..masing-masing buat tak reti..aku macam biasa..heran campuq blur...


Jadi aku perati la tengok adik-adik aku..apa punca depa jadi lagutu..pakat-pakat mengadap hanset depa 24 jam (kecuali depa main Counter Strikes takpun apa-apa game yang perlu guna laptop la..terutama Azhan la..gila main game)..Aku pu kebelet la hanset depa...OOOOOOooo...rupanya depa pakat guna Smartphones tu la..yang Android-android tu(kalao sebut Android,aku ingat robot R2D2 dalam filem Starwars ja..hahhaha)..yang hanset pakat buleh tengok tenet..main fb..bka youtube bagai tu kan..nak baca Wikipedia pun boleh kat situ...pendek kata semua bulih la..kalau tak orang tak panggil Smartphones la kan..huiii...Patot la depa tak layan laptop dah la ni..rupanya pakat ada hanset hat jenih lagu tu..Alia..Amirul..Azhan..mak aku walaupun pun tak berapa nak Android ja aku tengok tapi bulih main fb kat situ..Abah aku pun sama..Adooiii...

Aku ni bab hanset memang fail..apa model terbaru keluaq kat pasaran bukan aku amik tau sangat..yang aku tau..Abah pakai Samsung..Mirul pakai hat lambang Apple separuh dimakan tu(buta kayu..apple dimakan plak..ahhahahha)..Iphone 4s ka hapa ka..yang tertulis kat situ la..Alia pakai Xperia Ray..Azhan ngan mak pakai Nokia...Nokia yang canggih manggih dari aku la..Aku pakai Nokia cekai ja...Nokia Klasik ja..Tu pun Incik Bachok bagi lepaih hanset aku jahanam...hahhahahhahhahah...Incik Bachok pun pakai Samsung gak..Galaxi-galaxi la...


Gua taktau la lagi berapa tahun gua nak hadapi dengan kekejaman Miss Poyo ini...




So,tadi Alia bagi la aku belek hanset dia..yela...aku ni kalau hanset mahai takut nak pegang..takut rosak..aku plak jenis kasaq kan..Aku belek punya belek..try Touch-touch kan..Aiii..Best jugak..hahahhahahahahha..Rasa macam nak boli jugak la..

Tapi bila pakiaq yang tabiat aku suka bagi jatuh hanset 3 kali sehari(ini realiti..betul punya perilaku..hahahha) aku rasa tak patut kot aku beli..buat jahanam ja hanset tu semua...
So,aku taktau la sampai bila aku nak pakai Nokia Klasik ni..Sampai dia jahanam dan lunyai macam Sony Ericsoon James Bond aku kot..hahahhahahha....


Gua dah selamat jahanam dalam tong sampah beberapa bulan yang lalu..Puuiiiiii!!





So..Aku rasa aku hold dulu kot pasai nak beli hanset..kita pi beli kamera dulu..weeeee!!


CUTI

Pagi tadi,Penang dilanda hujan lebat..Cewaaah!! ayat paper..aku ni kalau dah hujan lebat apa semua..mula la rasa malas kan nak pi kerja..tapi pi jugak la..hihihi..Tapi aku keluar dari rumah agak lewat jugak la..dalam pukoi 8.50 pagi macam tu..jadi aku pun bawa la kereta ala-ala kadar..tak laju..tak slow sangat..la ni jarang aku nak bawa kereta laju-laju macam dulu..tambah-lambah la ni aku asyik bantai pakai kereta abah aku..mau tak cermat..hahahhah..kalau pakai Kancil MIRA aku..mau tau arrr..Bas pun boleh melayang kalau aku potong..muahahhahaha..

Jadi,masa aktiviti bawa kereta tu..dalam hujan yang ala-ala kadar tu..aku heran la jugak..awat jalam lenggang ja ni..kalau tak time-time ni jalan sibuk la..jem lagi..dengan lori-lori tanah turun serta dok menambah jem lagi,..ni tak jem pun..bawa kereta pun dengan senang hati tak payah tekan brek tak payah tekan clucth..dengan lampu isyarat aku bantai langgaq kan..haha..jadi aku heran..apahal plak ni kan..takkan pasai hujan pakat-pakat malas nak pi kerja kan..aku pun berpikiaq la dengan ala kadar jugak pasaipa jadi lagu ni..


Sampai ja kat opis..bila aku tengok opis aku pun sunyi sepi..Repair team pun tak ramai yang mai kerja..baru aku tau..cuti sekolah rupanya time la ni..puuiihhh!! apala..patut la minggu ni bila aku balik kerja ja mak aku merungut adik aku mengadap laptop dari pagi sampai malam main game..aku heran gak..takkan Adik aku Azhan ponteng sekolah kot..rupanya..depa cuti..Ciss..Tu la apasainya jalan pun sunyi..kalau tak jem la..sebab dok lalu kat kawasan budak sekolah sama..tau-tau la pagi-pagi time budak pi sekolah..jadi macam mana kan..sesak la..ni budak cuti..nak jem macam mana..mak pak pun cuti sekali la..nak bawa anak-anak pi berjalan..kalau tak Makjang aku pun tak sangkut la berjam-jam ataih cameron sana..hahahahha..


Kenapala aku takdak anak yang dah sekolah-sekolah..ni kawin pun dak lagi..kalau tak..mesti aku turut serta dalam aktiviti mengambil cuti secara beramai-ramai ini..heeeeee!!

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!