Jumaat, Julai 30, 2010

Al-Fatihah...

Semalam,tengah aku melayan filem kat HBO,tiba-tiba aku terima mesej dari Faizal,kawan sekelas aku masa belajar kat Politeknik Kulim dulu.

kawan2 sekelian..Al-Fatihah kpd MUHAMMAD FAIZ BIN ABD.HALIM telah meninggal dunia..beliau akan dikebumikan pada pagiesok sebelum solat jumaat.



Masa tu aku rasa marah sangat,sebabnya memang Faizal suka bergurau.Tapi kali ni gurauan dia agak tak patut la..sebab ni melibatkan hidup mati seseorang.Jadi aku pun terus call Faizal,soal dia betul ka apa yang dia mesejkan kat aku ni..niat nak marah Faisal tak jadi bila Faizal bersungguh-sungguh mengiyakan apa yang dia mesejkan kat aku tadi dalam nada sebak.Aku yang mula-mula macam nak marah tak jadi..rasa macam tak percaya..betul ka Faiz dah meninggal?cepatnya..apa penyakit dia..masa tu rasa insaf muncul..masa tu aku fikir..ajal boleh datang bila-bila masa ja..Rasa baru ja aku jumpa dia kat Reunion kat Batu Feringgi hujung bulan 5 haritu..dia gembira ja bergurau-gurau ngan kawan-kawan termasuk aku.

Aku ngan Faiz tak la rapat sangat,tapi baik la jugak.Kami satu kelas memang baik antara satu sama lain.Faiz pun suka bergurau dengan aku.Kadang-kadang kami buat asaimen satu kumpulan.boleh dikatakan sifat tolong menolong antara kami memang ada.Bukan antara aku dengan Faiz ja,tapi dengan kawan-kawan kelas yang lain.Banyak aktiviti kami buat bersama.Kadang-kadang makan bersama satu kelas..tapi hari nibila salah seorang dari kami dh takdak..rasa kekurangan plak..

Pagi tadi yang aku tahu,Faizal,ika dengan Ana pi umah arwah kat Kulim.Aku tak dapat ikut sebab aku ada kerja.Pagi tadi masa aku terikat buat aku tak boleh nak cari ruang ke Kulim.Dan pagi tadi jugak ika ada masej..

Arwah tersenyum ja..sedih tengok..simpan pukul 11..ika dh pi keja..

Tadi ada kenduri doa selamat untuk Rostam,kawan sepejabat aku.Mingg depan dia ada operation jantung kat IJN..cian..umur baru 25 dah da masalah jantung..masa kami baca yassin tadi..aku sedekahkan jugak untuk Faiz...
Al-Fatihah untuk Arwah..

Dibawah ada beberapa gambar Faiz bersama kami masa belajar kat Poli dulu..ada banyak lagi gambar..tapi rasa sedih ja nak upload banyak2..



Faiz dan Lan



belakang:Lan dan Faisal
Depan:Faiz,Aku dan Suphai



dari kiri:Faiz,Amy dan Faizal




Dari kiri:Faiz,Lan,Abg Bidi dan Faizal


P/s:Faiz meninggal akibat kemalangan dengan lori.Aku tak pasti samada dengan lori biasa or lori treler.Aku tak pasti lokasi sebenar dia kemalangan.Samada di Sungai Ular or Sungai Lembu..Kedua-dua lokasi di Kulim,Kedah.

Rabu, Julai 28, 2010

Vampire kegemaran saya..depa punya kegemaran?mana aku tau..apa punya turrr!!

Kadang-kadang aku fikir..Si Edward Cullen tu tak la hensem sangat..kadang-kadang aku rasa dia bukan macam real vampire ja..aku rasa vampire kat bawah ni baru betul-betul vampire..ganas..romen-romen..bunuh-bunuh..sedey-sedey..suma depa sapu...wakakakakaka..

1) Louis de Pointe du lac (Interview With Vampire)

Ni gambar lama gua ni..tahun 1994..gua sekarang dah ada 6 anak dah ni...haiya..


2)Lestat de Lioncourt (Interview With Vampire)

Wei..ni la watak paling huduh aku trima..miss poyo tunjuk kat orang plak..malu den..

3)Bill Comptom (True Blood)

Aku tengah dating pun lu orang mau amik gambar ka?gigit kang!!

4)Peter Loew (Vampire Kiss)

La ni rambut gua dah botak dah..gua tukar profesion jadi Ghost Raider plak..

5)David (The Lost Vampire)

Memang masa ni gua nampak macam bad boy la..sekarang ni?dah boroi daaaa!!


Ni kalau depa ni muda-muda lagi..memang dah lama aku tersyok kat depa..Opppss!!

Millennial Temple






Ini adalah Milennial Temple (atau Temple Mount) yang telah dirancang pembinaannya di atas tapak Masjid Al-Aqsa. Rekabentuk dan senibina Millennial Temple ini telah dirancang bertahun-tahun dan ada jurupelan yang mengkaji senibina kuil-kuil Yahudi terdahulu seperti Ezekiel Temple dan Solomon Temple untuk menghasilkan senibina Milennial Temple ini selama 30 tahun.

Untuk merealisasikan Milennial Temple ini, pihak Jesuit dengan kerjasama 'The Masonic's Papacy' di bawah kawalan Freemasonry dan pemerhatian Zionis Antarabangsa menjalankan plan yang digelar 'Roadmap War' di mana mereka ingin membersihkan tapak itu dari kewujudan Masjid Al-Aqsa dan di antara perancangannya yang telah atau akan dilaksanakan ialah:

*menjauhkan orang Islam dari Masjid Al-Aqsa supaya melupakan masjid itu atau berasa tidak ada kena mengena dengan masjid itu dengan menyebarkan di media-media atau gambar-gambar Masjid Al-Sakhrah (Dome of The Rock-berkubah emas) sebagai Masjid Al-Aqsa yang sebenar sedangkan Masjid Al-Aqsa berkubah hijau dan terletak lebih kurang 91.44 meter dari Dome of The Rock.

*menjalankan propaganda Islam sebagai punca keganasan dunia dan melancarkan perang salib ke atas keganasan (sebenarnya ke atas Islam).
Jadi Islam dikambinghitamkan-rujuk peristiwa 9 September

*merekrutkan sebahagian orang Islam sebagai Masonik (selalunya orang-orang yang berpengaruh, para pemimpin dan ahli perniagaan)- Dalam Malaysia pun ada,fikir-fikirkan lah..

Kemudian apabila Milennial Temple siap, mereka akan menabalkan 'The Black Pope' untuk menjadi Raja Satu Kerajaan Dunia (One World Government) yang menjalankan Order Baru Dunia (New World Order) selain menjaga keturunan Yahudi sebagai bangsa pilihan Tuhan.

Ini adalah perancangan Jesuit;Nasrani dan Freemasonry/Zionis;Yahudi untuk menghancurkan musuh mereka sepanjang zaman;Islam.


Rujukan dari MistisFiles.

Kursus Lagi!!

Haiya...baru ja balik dari kursus Basic Broadband Restoration,hari sabtu ni,aku kena berlepas kat Taiping semula sebab aku kena kursus untuk Advanced Broadband Restoration plak dah..Manyak penat la ini minggu amoiiii..sudah la esok da Kursus untuk OSHE kat Butterworth...Pengsan maaa....

Selasa, Julai 27, 2010

Di mana dia,cincin emas saya..cincin emas saya dah tentu dipajak gadai..can mali can eh..eh..can mali can ketipung payung

Rumah aku dimasuki pencuri..
Kerugian hampir 10ribu..
Laptop Mirul,PS2 Azhan ngan tabung dia,subang emas Alia dan tabung dia,Cincin emas ngan gelang kaki aku ngan tabung kosong aku(hahahaha..gurau ja..),duit tok hampir seribu ringgit dan gelang tangan tok hadiah arwah tokwan abis disebatnya..

Kalau aku jumpa sapa-sapa pencuri ni..siap ar aku kerjakan dia..!!
Geram betul..macam nak cincang dia lumat-lumat bagi makan hanjing..
hidup pun tak guna..menyusahkan orang..baik mampus ja...
Bukan menjana masa depan negara pun orang-orang macam ni..
kalau masuk penjara pun rugi duit rakyat bayar cukai ja,dok kasi depa makan free kat penjara..
Haissshhh..aku memang hangin betul la dengan pencuri-pencuri ni..
Haiiipppp!!!!

Isnin, Julai 19, 2010

Dadih

Aku da masak dadih..tapi terlupa nak bagi kat Incik Bachok..
Mesti dia marah...
kan?

Kursus! Kursus! Kursus!

Esok, aku kena pergi kursus kat Taiping selama tiga hari berkaitan dengan broadband restoration.Pada masa yang sama aku kena plak kursus kat Penang berkaitan dengan Teaming with Passsion.Jadi aku ajukan masalah aku ni dekat Incik Pegawai 1 dan Incik Pegawai 2.Depa dua cakap,aku terpaksa cancel yang Teaming With Passion tu dan pi kursus kat Taiping.Masalahnya sekarang jumaat ni aku cuti.Kursus kat Taiping sampai jumaat,sedangkan kursus kat Penang tu sampai hari Khamis ja.Nak tak nak aku kena cancel cuti aku.Padahal aku akan pi bercuti hari jumaat ni dengan Family aku.Mak aiii..tensionnya....tapi aku dah wat keputusan,Pas ja abis kursus pukul 5 ptg jumaat ni,aku akan pecut kereta pi tempat kami nak bercuti tu..
huuuuuuu!!!

Susah betul nak kuruskan badan balik

Aku rasa cerita kat bawah macam takdak kena mengena dengan tajuk ja...



Sabtu lepas,aku keluar shopping hadiah besday abah untuk esok.Seperti yang dijanjikan jugak,aku kena belanja Incik Bachok makan Pizza sebab Sepanyol menang Piala Dunia aritu..

Nak beli hadiah kat abah memang susah,dari dalam kereta lagi aku dok pikir,apala aku nak beli ni.Pikir punya pikir,last-last aku amik keputusan nak beli baju jugak untuk abah.Baju kemeja untuk abah pakai ke opis.Yela,beli baju senang.Boleh pakai selalu,banyak gunanya.



Pastu,aku pulak rambang mata nak pilih baju,semua cantik-cantik..nampak smart.Padini best,Polo best,D'urban best..segalanya best.Duit pun kena best.huhuhuhuhu..Last2 dapat jugak sehelai..Lepas bayar,apa lagi..makan time!!!





Ni la rupa Pizza yang baru je dipelahap oleh dua makhluk bosar..


Muka tahan lapaq,tapi kontrol sebab da orang nak amik gambar


Aku susah ati btoi la bila tgk muka ngan tangan aku yang makin besaq gedebaq ni

Lepas ja melahap dengan rakus,kami amik keputusan nak tengok wayang,agak hampa bila cerita Predator Incik Bachok da tengok seorang diri masa filem tu mula-mula kuar dulu.Cerita Ong Bak pun sama.Aku memang teringin nak tengok,tapi rasa tak best plak bila Incik Bachok da tengok,nak tengok cerita biaq sama-sama tengok cerita yang kami tak tengok lagi.Kami pun pilih cerita Mantra walaupun mula-mula rasa macam nak tengok cerita Leonardo Dicaprio yang baru tu.

Tiket wayang.Geli betoi tengok cerita ni,tapi bagi aku tak seram pun..
Lepas ja layan cerita Mantra,Incik Bachok ajak aku makan Aiskrim Baskin Robbin..wahhhh!! tak sangka..Sukanya!!!!!


Rabu, Julai 14, 2010

VOKANIKA '04 PART 3

Aku rasa nak sambung balik..kalau tak dok tangguh-tangguh last-last tak sambung sampai bila-bila.Dan kucing aku si Baby ni dok kacau plak..aku menaip,dia pun nak naip sama..sembelih kang..



JENAKA 5 BB/KFL EPISODE 3


"Hantu perempuan cantik paa...boleh buat bini.."kata-kata Rozhan bermain di tingkap telinganya apabila bila dia mulai teringat akan kisah-kisah hantu pontianak.Farhan mula gelisah.Dari kejauhan dia dia melihat samar-samar satu cahaya.Kali ni dia merasa takut yang amat.Dia mula teringat akan cerita Razif tadi.Semakin lama semakin cahaya itu membesar.Pada waktu itu juga Farhan merasakan jantungnya tidak mampu lagi mengepam darah secara normal akibat degupan yang terlalu pantas.
Tiba-tiba Farhan terlihat sesuatu yang tidak dijangkakan.Dia melihat beberapa orang lelaki berpakaian putih sedang mengusung keranda.

"Ayarrrkkk! hantu keranda!!!" jerit Farhan.Dia segera memecut motor kapcainya walaupun dia tahu kapcainya itu tidak mampu memecut lagi.Segala lubang,ranting dan dahan diredah diredahnya.Farhan tidak peduli lagi,dia harus segera pergi dari situ.Tambahan pula bila dia melihat salah seorang dari lelaki itu melambai-lambai tangan ke arahnya.Farhan tidak dapat mengawal motor kapcainya lalu dia melanggar sebatang pokok pisang.Pandangannya gelap.

Farhan membuka matanya perlahan-lahan.Dilihat seluruh ahli keluarganya mengelilingi dia.
"Bangun pun hang.Kami jumpa hang dok terbaring kat pokok pisang tadi"tiba-tiba ayahnya bersuara.
"Bapak,tadi Cheq nampak hantu usung keranda.Semua pakai baju kaler putih"Cerita Farhan dengan suara yang cemas.
"Mangkuk,itu bukan hantu la..Itu orang kampung yang bawa jenazah Pak Man Tempe yang duk kat hujung kampung nuh..Dia meninggal lepas Mahgrib tadi.Depa nak kebumi malam ni jugak"Abangnya pula menyampuk.

"Cheq tak tipu aihh..Hantu tu siap lambai kat Cheq tadi" Farhan tidak mahu mengalah.
" Itu bapak la bodoh!!" Ayahnya yang diam tadi kembali bersuara.Farhan terasa malu.Hilang sudah kemachoannya tadi.Disaat itu juga dia terdengar motor dan suara orang memberi salam.Itu Aliff dan Zawawi.Alamak!! kalau depa tau pasal tadi mesti kecoh satu kelas esok.Disaat itu jugak Farhan pengsan kembali..


Tamat.....



Nama-nama diatas adalah nama-nama Pelajar Kelas 5BB/KFL yang belajar di SMT Butterworth dari 2003 hingga 2004.Cerita saja rekaan semata-mata kecuali Rafidah yang memang penakut dan penah jumpa bomoh.Ahhh..lupa,pasal suruh beli Char Koew Teow tu memang betul dan aku la yang selalu suruh budak luar beli..Kehkehkeh..Semua nama diatas disingkatkan dan nama pangilan di belakang adalah benar belaka.Nama penulis turut ada tapi terpaksa dipendekkan atas dasar keselamatan negara(tipu ja).Kebanyakkan dari mereka dikenal pasti sudah berkerjaya da berumah tangga.Yang lain-lain hilang tanpa khabar berita.Diharap dapat bertemu kembali dengan budak-budak ni untuk mengimbau kembali kenangan kami sebagai budak kelas paling nakal pada masa tu,setiap hari dirotan,mendapat anugerah kelas terkotor setiap minggu dan Bengkel terkotor setiap bulan.
Tiba -tiba aku rasa nak nangis plak..WAAAAAA!


*Edit*

Ada nama budak kelas yang lain tidak disertakan sebab editor cakap cerita panjang sangat.Mau bolot dua muka surat jugak la.Orang lain pun nak hantar karya depa jugak..Dia edit bagi pendek sikit.Aku Pasrah..waaaa!

???????

Malam ni aku tak dapat nak sambung balik cerita hantu.Tah mana peginya majalah Skool aku tu.Lama dah aku buat cerita tu.Mana la nak ingat jalan cerita kan..kena rujuk balik la..Mybe esok malam aku sambung.Malam ni taktau nak watpa..borink la plak..Mirul plak bawa balik kawan dia.Haiiisssh..dah la muka macam Anding AF..

Selasa, Julai 13, 2010

VOKANIKA '04 PART 2

JENAKA 5 BB/KFL EPISODE 2



Bunyi motor kapcai milik ayahnya seperti meriam buluh tidak cukup kabat memecah kesunyian malam.Lampu jalan kampungnya berkelip-kelip seperti tidak cukup elektrik.Sesekali Farhan tersenyum sendirian mengingat kembali peristiwa yang berlaku pada tengahari tadi.Masih dia ingat lagi muka Rizal yang masam mencuka bila motosikalnya rosak semasa pulang dari sekolah.Nah,ejek aku lagi!!

"Farhan buat gaya macho,tapi naik motor kapcai.."masih dia ingat lagi ejekan Rizal dan rakan baiknya Amin.Sudah kedua-dua mereka suka merepek dalam kelas,pastu nak ejek aku plak.Kedua-dua mereka tidak hadir kelas malam tadi.Esok kena la mereka berdua dengan Penolong Kanan,Tuan Haji Razali.Farhan sesekali bersiul tetapi siulannya tidak kedengaran kerana bunyi motor kapcainya yang kuat.Sesekali dia mengingat kembali apa yang dibualkan oleh rakan-rakannya tadi.Semua berkisar mengenai hantu.

"Orang kata hantu langsuir suka melepak kat pokok besar..."Masih terngiang-ngiang kata-kata Syazwan Tapah di telinga Farhan.

"Sape-sape yang lalu bawah pokok tu mesti da benda yang menumpang.Terutama orang yang naik motor"Sambung Hafiz Lumut pulak.Farhan berasa seram sejuk ditambah pula dengan perasaan takut.Sekejap lagi dia akan melalui sebatang pokok tualang.Sebelum pokok tualang dia akan melalui kebun pisang dahulu.

"Hantu suka menyamar jadi pokok pisang"Farhan teringat pula cerita Anaz Lumut.Jantung Farhan mula berdegup kencang.

"Aku pernah jumpa hantu keranda.rupa dia hanya tuhan ja tau"Cerita Razif mula berlegar-legar difikiran.

"Aku pun ada jugak sekali masa tu,sampai tertinggal Syakir kat tempat tu jugak"suara Kamal menyampuk.Farhan tersenyum sendirian.Agaknya macam mana la keadaan Syakir masa tu bila Razif dan Kamal meninggalkan dia.Cerita lucu tadi tidak mampu mengurangkan ketakutan farhan.Suara-suara rakan-rakan yang lain tiba-tiba kedengaran di telinganya.

"Lu tau tak antu cina lompat manyak tinggi ooo..Itu sama tinggi dengan pokok kelapa u tau tak"Aikkk..suara Peter Ong pun ada.Farhan segera mengelap peluh didahinya.Benda yang tinggi-tinggi ni memang dia takut.Tambahan pula Azdlan dan Anas Balik Pulau sering menceritakan tentang hantu galah.Badan Farhan mula mengeletar,tambahan pula dia sedang melalui kebun pisang.Dia memandang kiri dan kanan.Hanya suasana seram menemani perjalanannya.Suara-suara ketawa rakan-rakannya mula kedengaran dimulai dengan suara Akma kemudian Arzuar dan diselang seli dengan suara Amirul dan Aishah.Suara Farhana pun ada?Dia semakin takut...



Bersambung...



Ni nak layan citer Korea plak ni..Dah dua tahun aku tinggal hobi aku.Kena sambung balik..Nanti makin berabuk DVD drama korea aku ni.

Hadiah untuk abah

Tahun lepas,masa hari jadi abah,aku ada hadiahkan abah sehelai baju kemeja lengan panjang.Jenama apa?tak payah la bagitau..malu! hehehehe...
Masa tu muka abah berseri-seri terima hadiah aku tu..esoknya abah terus pakai pi opis.Seronok jugak bila tengok abah pakai baju hadiah dari aku.Hasil gaji aku.Dan sampai sekarang abah masih pakai baju tu.

Beberapa bulan tapi berlainan tahun..

Satu tengahari lepas tamat meeting.Aku duduk berbual dengan seorang staff TM.Sebaya aku,tapi dia setahun lebih awal dari aku dapat kerja dalam TM ni.Kami berbual pasal tempat kami belajar dulu,poiter yang kami dapat masa belajar sampai lah ke kerja yang kami jawat sebelum dapat kerja bersama TM.

"Dulu aku kerja kat Seberang Jaya.Aku duk unit SMC kat sana.Pastu baru aku ditukarkan kan sini.Masuk unit FOS"

"Tu ka?Abah aku pun kerja kat sana jugak..tapi bahagian AND"

"Aku tau abah hang kerja kat sana..."

"Mana hang tau..?"

"Ala..abah hang hingaq macam hang la..sapa tak kenal..hahahahaha..satu TM Penang kenai dia.."Budak ni dah stat mengarut aku fikir.

"Weh,tahun lepas masa besday abah hang,hang da hadiah kemeja lengan panjang kat abah hang kan?"Fullamak..dia boleh tau apa aku hadiah kat abah aku.Biaq betoi..mana dia tau..takut jugak..

"Mana hang tau semua ni plak?"

"Ala..aku ingat lagi..masa abah hang first time pakai baju tu semua orang pakat-pakat tegur,hensem la..nampak muda la..macam-macam la..Pastu bapak hang dok jawab ank sulung aku beli la..sapa teguq dia..dia jawab camtu..Aku pun tegur sekali.Dia jawab camtu la..Masa tu aku tak kenai hang lagi..la ni baru kenai.."

Owh..macam tu..tapi macam mana pulak dia dapat tau aku yang beli?Padahal aku ada empat orang adik beradik.

"Makcik,hang anak sulung..mesti la hang yang beli.Adik-adik hang semua belajaq lagi..apa punya turrrr la hang ni"

Hahahahahaha..ok2..aku lupa plak yang semua orang tau aku anak sulung abah yang berperangai poyo macam abah..hahahaha..



Tapi tahun ni aku nak beli apa kat Abah hah??Pening dok pikir ni..Nak hadiah tali pinggang,mak dah kasi..dompet pun mak da kasi..kasut pun mak dah kasi..abis tu aku nak bagi apa???
Pening ahh macam ni..Takkan nak hadiah kereta Vios Kot??(Takbleh pakai punya idea..hik!!)
Sabtu ni ni or sabtu depan aku nak pi shopping hadiah untuk abah.Aku rasa kena minta tolong Incik Bachok jugak la nak beli hadiah ni..Sebab Incik Bachok lelaki,abah pun lelaki.Hanya lelaki mengenal lelaki.Tapi kalau idea Incik Bachok pun takbleh pakai..aku tau la nak hadiah apa kat abah..tapi sebab mahal sangat mencecah puluhan ribu..maka aku kena minta tolong Mirul yang dah bekerja sekarang ni.Dia pun pernah menyuarakan hasrat yang sama pasal hadiah tu kat aku.Kena berkongsi la..hikhikhikhik..tapi kena beli lepas raya..sebab masa raya banyak duit nak guna..hakhakhakhak...

Gambar..gambar..

Aku baru ja terima gambar aku semasa di majlis perkahwinan Kak Ain belah lelaki.Walaupun 2 ja pun,tapi takpa,janji gambar aku tersemat dalam album kahwin Kak Ain.Gila glamor betoila..




Ni gambar orang yang sedang lapar tak ingat dunia.Tambah-tambah laki-laki yang tengah tunduk tu..makan nasi sampai membukit gila.Yang pasti muka aku makin tembam dan aku memang tak suka bentuk muka aku yang sekarang ni.Tension ah! Dan aku rasa aku ni mak kepada Fatin dan Incik Bachok abah kepada Fatin..Arrrgggh!!
Aku tak paham kenapa aku mesti buat tambah peace masa aku bergambar.huuu!



Orang-orang yang diatas merupakan staff TM termasukla laki Si Ieda kecuali Incik Bachok yang bermata kuyu tu.Aku taktau apa motif Incik Bachok buat mata camtu.Adakah dia mengantuk setelah makan nasi membukit atau menahan perutnya yang makin kembang.Dan sekali lagi aku tak suka tengok bentuk muka aku.Makin teruk.Beza dengan yang dulu.Itulah faktor sebab aku tak suka bergambar la ni.Tapi part yang paling best dalam gambar ni ialah Bila nampak kelibat penganti berdiri umpama patung kat belakang sana.Sumpah aku pikir yang tu memang patung masa mula-mula aku tengok gambar ni..hahaahahha!
Lepas ni sapa yang nak kawin,jemput aku pi kenduri hampa k...!!

Laksa campur la Pakcik!!

Pakcik kat tempat kerja aku da bertanya..
"makan pa tengahari ni?"

Jadi aku pun jawab.
"Laksa campuq Kampung Patani!!!!"

"Hari-hari hampa makan laksa.Boleh cirit la macam ni...."
Kata pakcik sambil geleng-geleng kepalanya yang botak kat tengah tu..

Ok la pakcik-pakcik sekelian..laksa feveret aku..hari-hari makan pun wa talak kesah punya maaa......



Orang selalu tanya pasaipa aku panggil orang-orang kat opis aku pakcik dan makcik-makcik..??
Jawapannya adalah majoriti pekerja TM di tempat kerja aku sudah berumur melebihi umur bapak aku dan tempoh perkhidmatan depa dengan TM pun melebihi 30 tahun,sama macam abah aku.Malah kebanyakkan depa sama-sama masuk lapor diri bekerja dalam TM yang dulu jabatan kerajaan,JTM dengan abah aku dulu.Yang lagi bestnya,anak-anak depa pulak sama-sama lapor diri dengan aku kat Menara TM dulu..hik!!
Jadi depa pulak dok bahasa diri pakcik dan makcik..takkkan nak panggil kak or abang kot..wawawawawawa!

Isnin, Julai 12, 2010

VOKANIKA '04

Tadi,masa aku dok belek-belek buku yang ada kat almari buku,tiba-tiba ja aku terjumpa majalah sekolah aku yang dulu-dulu.Dari Sekolah kat Ipoh sampai la Sekolah Teknik Butterworth.Jadi aku pun belek-belek satu demi satu majalah sekolah ni.Antara banyak-banyak majalah sekolah yang ada (Lima ja pun..heeee!),baru aku perasan yang aku ada menyumbang karya poyo aku.Bila aku baca balik.Memang aku gelak gila.Memang mengingatkan aku pada zaman skool Tenik dulu.Dan tulisan aku ni memang 50% darinya benar,selebihnya tambahan saja.


JENAKA 5 BINAAN BANGUNAN/KIMPALAN FABRIKASI LOGAM (BB/KFL)



Jam sudah menunjukkan jam 10 malam.Lagi 15 minit kelas malam akan tamat tetapi kelas 5 BB/KFL sudah mulai bising.Cikgu Mazlan kelihatan sudah mengantuk manakala pelajar lain mula membuka pelbagai cerita.Farhan sejak dari tadi asyik mengusik budak Aspuri terutama sekali Rafidah.
"Malam satgi hang tengoklaaa..ada pompuan bawa anak lalu kat tepi tingkap bilik hang"kata Farhan sambil membeliakkan biji matanya tanda keseraman yang amat sangat.Badan Rafidah sudah menggigil.Ketakutannya hanya tuhan sahaja yang tahu.Sudah berapa kali Aspuri diserang histeria.Dah banyak kali dia berjumpa bomoh untuk menaikkan semangatnya kembali.Farhan masih lagi dengan agendanya.Kali ini pelajar luar pula menjadi pilihan.Kelihatan Ellis dan Yin Jing tidak mempedulikannya.

"Farhan,hang toksahla dok mengusik depa.Budak perempuan zaman la bukan macam dulu lagi.Semua berani belaka.Hang dok mengusik depa,ko satgi 'benda-benda' tu dok kacau hang balik"tiba-tiba Danial bersuara setelah sejak tadi dia mendiamkan diri.Seluruh pelajar kelas itu ketawa dengan kata-kata Daniel.

"Betulla..nanti itu olang pelempuan tumpang motor awat baru tau"Yin Jing pula bersuara dengan pelat cinanya.Loceng telah berbunyi menandakan kelas sudah berakhir.Selepas Hidayah mengucapkan salam,Farhan segera berlari menuruni tangga untuk ke tempat letak motosikal.Tak sabar rasanya mahu segera pulang ke rumah untuk menonton rancangan kegemarannya,WWF.Badan Bukhari dan Razimi ditolaknnya ketepi.Mentang-mentang la mereka bertubuh kecil,Farhan yang berbadan besar persisi Gorilla itu sesuka hati saja menolak mereka.

"Ooiiii..Farhan,hang jangan lupa beli Char Koew Teow untuk aku esok malam,sekali dengan Wan Amira dan Suriani"pesan Najib seperti tidak akan bertemu lagi dengan Farhan sedangkan esok adalah waktu persekolahan.Kalau nak pesan pagi esok pun boleh.Farhan hanya mengangguk.Dia sudah faham dengan perangai budak asrama.Sikit-sikit suruh budak luar belikan makanan untuk mereka.Mengidam mengalahkan perempuan mengandung.

Farhan segera memecut motor kapcai milik ayahnya itu dengan laju.Namun tidak juga laju-laju.Dia merasa malu maklumlah terpaksa menaiki motor kapcai milik ayahnya setiap hari ke sekolah sedang rakan-rakan sekelasnya yang lain seperti Aliff dan Zawawi berbangga dengan motor RZX mereka.


Bersambung....



Gila punya panjang cerpen aku ni.Macam mana dalam satu malam ja aku boleh karang cerita ni sampai abis,pastu esok pagi terus bagi kat editor majalah sekolah aku.Gila gaban...La ni..tulis sikit dah nak mengantuk..nampak sangat aku makin tua..huuuuu!

Ahad, Julai 11, 2010

Cuti

Esok aku cuti ganti bersempena hari lahir gabenor Penang.
Takkan nak duduk kat rumah online 24jam kot.
Dah cuti,mesti la mau pi jalan-jalan..
Tapi kan..baik duduk rumah,rehatkan badan.
Ciss macam la kerja aku selama ni panjat-panjat bangunan.

Ada macam bunyi-bunyi pantun sikit la ayat kat atas ni..heeee!

Banana Split

Kalau Sepanyol Menang,aku kena belanja makan Pizza.




Kalau Belanda Menang,dia kena belanja aku makan aiskrim Baskin Robbin.








Aku tak minat langsung pun dengan bola-bola ni.Nak tengok pun tak lalu.Tapi bila Incik Bachok yang merupakan kipas susah mati pasukan sepanyol ni beria-ia ja nak main bet-bet ni,jadi aku melayan jela..lagipun esok kan last bola...leganya...Tak payah lagi nak dengar rungutan-rungutan kalau ada pasukan pilihan yang kalah.








Harap-harap tekaan si Paul tu salah..boleh makan aiskrim...hik!



Dapat makan ni..kenyang tak sudah..huuuu!

Sabtu, Julai 10, 2010

Kenyang Lepas Makan

Tadi,masa aku tengah drive nak ke rumah Fatin,nak pi kenduri Kak Ain,tiba-tiba ja Incik Bachok call aku..Loh,dah terjaga ka?dah beratus-beratus misscall rasanya dari aku tadi dok call dia.Aku pun jawab.
"Sayang..I baru bangun ni..tak sedar u call.Dah pi rumah kenduri ka?"


Aku pun jawab la aku dalam perjalanan nak pi amik Fatin kat rumah dia,pastu trus aku nak pi rumah Kak Ain.

"Hah! tunggu-tunggu..I nak pi jugak..dan kot?sayang tidur la barang dua tiga jam dulu kat umah fatin,I nak bersiap ni,pastu I pi rumah dia..."

Haiiiissssshhh..nasib baik la aku tak bertolak awal tadi.Jadi aku call adik kak Ain si Lan tu,bagitau tak payah tunggu kami..So,dalam masa setengah jam lebih sikit,Incik Bachock sampai..Jadi kami bertiga pun bertolak la..Pi makan kenduri buang sebeban nasi..kami balik..Walaupun tak dapat makan nasi minyak sebab dah abis,dan hanya makan nasi putih biasa ja,kami puas,sekurangnya aku dapat tebus ketidakhadiran(ayat skool ni) aku masa kenduri Kak Ain kat Ipoh dulu..Lepas makan,sembang dengan Kak Ain dan Mengagumi kebesaran rumah laki Kak Ain yang umpama rumah orang kaya dalam cerita hindustan(malu nak ambil gambar tadi..hik!!),kami pun bertolak balik.
Rupanya muka orang yang kenyang makan nasi kenduri macam ni rupanya...

Fatin: Kak,sabaq..baru makan takkan lapaq sampai jadi camni..
Miss Poyo: Aku bkn lapar la..aku tak dapat kawal kekenyangan aku..




Sempat jugak Incik Bachok cilok buah nyok muda kat rumah fatin..Apada...

Bedtime Story...

Kalau kita dok tengok cerita-cerita omputih kan..kita selalu terhidang dengan adegan mak-mak atau abah-abah depa,tokwan-tokwan depa or tok-tok depa akan bercerita sebelum anak-anak depa masuk tidur.Kalau takdak adegan macam tu memang tak sah.Memang anak-anak depa cepat tertidur kot kalau bercerita camtu..?Tapi masa aku kecik-kecik dulu,mak atau abah tak pernah buat macam tu kat aku.Selalu kalau depa suruh masuk tidur,memang terus terlelap.Takdak masa nak dengar-dengar cerita ni.

Tapi ada seorang mamat ni,kalau nak tidur,mesti nak aku bercerita dulu.Mula-mula aku tak perasan sangat,tapi lama-lama aku rasa betul dah ni.Tiap kali dia call aku,aku pun bersembang pung pang pung pang..macammacam cerita aku dok gebang,last-last diam ja..dok hello-hello banyak kali tak menjawab-jawab jugak..bila call balik baru aku tau dia dah tido.Tapi sebelum ni memang tak perasan sangat,sampai la sejam tadi..dia call aku..


"Sayang..cerita la pape pun,i nak tido ni.....Kalau tak dengar cerita tak ngantuk.."

Cissssss!!!!

Aku rasa macam aku ni mak nenek pulak.

Kenduri

Lepas zohor nanti aku akan pi makan kenduri di rumah Kak Ain.Tapi yang aku tengah geram sekarang ni sebab Encik Bachok tak Bangun tidur lagi samapi sekarang.Yang lebih geram dah berapa ratus panggilan aku kat dia tak dijawab.Maknanya dia tak bangun tidur lagi.Maknanya,aku terpaksa tinggal dia.
Huuuuuu!

Khamis, Julai 08, 2010

Abah ada darah rendah

Pagi tadi,akau datang opis lewat.Pukul 10 pagi bru aku terkocoh-kocoh cari parking bila sampai kat apis..tu pun kawasan yang teduh semua dah penuh dengan kereta,terpaksa la berparking kat tempat panas..kesian gen 2..hitam legam la kau.

Aku datang lewat bukan apa,pagi tadi abah aku pening sampai terjatuh.Jadi sebagai anak yang mempunyai kemahiran membawa kereta yang tinggi,aku pun pantas pecut kereta bawa abah aku jumpa doktor di Seberang Jaya.Sempat jugak aku call Encik pegawai 1,nak maklum yang aku masuk lewat hari ni.Bila aku bagitau sebabnya,Encik pegawai 1 terkejut tahap gaban.All-maklum la..Encik Pegawai 1,kawan abah aku jugak.Sama-sama masuk kerja Dalam TM masa tahun 1981 dulu.Tercerita pasal sejarah plak dah.

Selalu aku menyelit-nyelit kat highway pakai Kancil,Kali ni sebab terdesak sangat,aku menyelit-nyelit pakai Gen 2 dan aku rasa abah aku bertambah pening sampai nak termuntah sebab cara aku memandu kot.Nasib la abah..dulu masa mak mengandung,teringin sangat nak anak perempuan.Tapi sekali terkeluar,dapat aku da...jadi mybe sebab teringin sangat nak anak laki tu,tersampuk kat aku,maka aku jadi begini la..

Menurut doktor darah abah begitu la rendah, 90/60.Kalau abah ni perempuan dan tengah mengandung,dah lama kena tahan dalam wad.Lepas balik dari klinik,aku terus hantar abah kat kedai mak,takkan nak hantar balik rumah kot.Sapa nak jaga abah kan..takkan Tok kot..
Jadi kebetulan kedai mak ada 2 bilik tidur,abah pun berehat la kat salah satu bilik tu.Aku pun pantas balik,mandi-mandi nak pi kerja pulak.Dan aku harap yang aku mesti terlepas masuk meeting pagi ni..hehehehe..tapi bila jejak masuk dalam opis ja,tengok-tengok Encik Pegawai 1 ada...

"Ok..jom masuk meeting cepat..!"


Cisssssssssss!

Selasa, Julai 06, 2010

Jaga standard tapi poket kosong buat apa...pirah!!!!

Sekarang ni,aku selalu dengar pasal pengangguran yang melibatkan budak-budak lepasan IPT.Kadang-kadang aku rasa kesian sangat dengan depa sebab belajar penat-penat selama ni,dengan mak bapak depa menghabiskan banyak duit untuk depa dapat sambung belajar.Last-last duduk rumah saja sampai ada yang dua tahun habis belajar,masih lagi dok kat rumah tercari-cari kerja.Sebab tu aku bersyukur sangat bila Allah berikan aku rezeki yang murah,aku mudah dapat pekerjaan dalam masa yang singkat.

Tapi aku memang marah bila ada sesetengah graduan yang baru habis belajar,tapi amat memilih pasal kerja.Benda ni dah lama aku rasa orang dok bincang.Tapi sayang,sampai la ada lagi orang-orang jenis macam ni.Selalunya orang yang jenis macam ni kalau bab kerja memang nak hebat saja.Bersesuaian dengan kelulusan depa yang ada Diploma dengan Ijazah tu.Hellooo..!!zaman sekarang orang yang ada Diploma dan Ijazah tu dah berlambak-lambak dah.Bukan takat orang muda,orang yang seusia abah aku pun banyak yang ada termasuk abah aku.Zaman sekarang majikan-majikan dah tak pandang semua kelulusan yang tinggi tu.Yang penting pengalaman,kemahiran.Kalau belajar tinggi-tinggi tapi satu kerja tak pandai buat,buat apa?merugikan syarikat saja.Kalau zaman bapak-bapak kita dulu boleh la.Jumlah orang yang masuk universiti bukan macam sekarang.Boleh dibilang,sebab tu mudah dapat kerja.Kalau sekarang,nak dapat kerja ikut bersesuaian dengan yang kita belajar,payah.

Tapi,nak dapat pekerjaan yang lain dengan bidang yang kita belajar memang banyak,tapi ikut yang aku tulis diatas tadi la.Memilih!! Kalau takat kerja kilang,kerja kat supermarket,jadi saleman/salegirl ka..atau bekerja sambilan ka..tapi tu la kan..sanggup tak kerja duduk dirumah saja,makan minum berak tong mak bapak tanggung,lepak sana sini dari milih pekerjaan yang bagi mereka menjatuhkan standard.Cisss!! Apa bodohnya pemikiran depa ni.

Ada jugak setengah dari orang-orang jenis macam ni yang memilih nak kerja kerajaan ja.Selagi tak dapat kerja kerajaan,selagi tu dok menunggu ja.Tak pandang dah kerja lain.Padahal kerja lain yang setaraf banyak.Saja gatai dok tunggu jugak.Tak kebodoh ke namanya tu.Apa salahnya hang kerja yang lain dulu,sambil-sambil kerja,sambil-sambil la apply kerja lain..ini tak,dok melangut depan pc.Buka laman web berkaitan mencari pekerjaan,tapi habuk pun takdak.

Kalau bab mengutuk kerja orang lain memang nombor satu.Kalau kerja kilang kata tak stabil,billa-bila kena buang,sesuai untuk orang PMR saja.Kalau jadi jurujual,tak standard la..tak sesuai la,padahal orang yang kerja kilang,jurujual lagi banyak duit dari kau yang habuk pun tarak dalam poket.

Tolonglah,jangan kutuk kerja orang lain sedangkan anda tidak bekerja.Tak malukah anda.Orang yang bekerja kilang boleh dapat gaji beribu,anda yang berpelajaran tinggi,satu sen pun minta kat mak ayah lagi.Dan kerja la yang mana ada,jangan la dok membangkai ja kat rumah,kerja ada banyak,tapi kerana jaga standard,tutup mata seolah-olah kat Malaysia ni kekurangan pekerjaan.
Bodoh!!



Marah pada seseorang yang terlalu menjaga standard dan nak kerja kerajaan ja...

Isnin, Julai 05, 2010

Inikah perasaanya bila kita bakal bertemua family kekasih kita?

Family Encik Bachok akan datang pada awal bulan 8 ni sebab abang ketiganya ada konvokesyen di USM dan Encik Bachok rasa aku patut berjumpa dengan keluarga dia.Memang aku akan jumpa,tapi aku rasa takut ah..takut kalau-kalau keluarga dia tak leh terima aku sebagai teman anak depa.Payah oo nak mengetahui isi hati orang ni.Kadang-kadang aku macam nak menangis ja bila memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang yang bakal berlaku.Yela..selama ni aku hanya berkawan dengan kakak dia pun melalui facebook ja..nampak ok,boleh satu kepala dengan aku.Umur pun sama.Encik Bachok pun ada bagitau yang dia selalu juga cerita pasal aku pada orang tua dia.Tapi yela kan,cerita tidak sama dengan yang sebenar,mana tau aku boleh jadi bukan yang digambarkan oleh orang tua dia selama ni nanti.Aku bukan sempurna sangat dan aku rasa aku bukan lah menantu idaman setiap mak mentua walaupun aku boleh kamcing dengan orang tua yang aku kenal dalam masa 5 minit.Aku perempuan yang banyak cakap dengan pelat Penang yang agak pekat,kelam kabut,cepat gelabah,loqlaq,,kuat gelak,takdak ciri-ciri terkepit-kepit lemah lembut macam perempuan lain.Baru belajar nak pakai tudung,malas mengemas rumah(rajin memasak..hehehe).

Banyak lagi kekurangan pada diri aku.Tambah pula kami berlainan negeri,tu la punca ketakutan aku selama ni.Yela,aku dengar macam-macam cerita orang.Malah ada 2 3 orang kawan aku mengalami masalah yang sama iaitu bercinta dengan orang Kelantan ni,kasih terputus sebab mak kekasih depa nak menantu satu negeri ja.Macam mana kalau ada perangai-perangai atau tingkah laku aku nanti tanpa aku sedari kurang disenangi family dia.Lagi satu aku tengok Encik Bachok punya family ni life dia boleh dikatakan senang jugak la.Rumah besar banglo lagi,kereta pun banyak,mak bapak dia kerja kerajaan dua-dua,mesti cara hidup depa agak berlain dari cara hidup keluarga aku yang sederhana ja pun..rumah tak besar mana,kereta pun ada 2 ja,satu kereta kancil yang aku pakai sejak aku masuk belajar kat politeknik dan satu kereta gen 2 ja pun.Dah tu abah aku kerja swasta,TM ja pun..pangkat pun takat pembantu pegawai teknik ja pun..atas sikit dari jawatan aku,juruteknik.Mak aku bukannya kerja pun,takat buka kedai makan ja pun.Perangai family aku lebih kurang macam aku la,riuh semacam.Tak sama macam family dia.Aku rasa macam tak sepadan kadang-kadang.Tension gila!!Memang payah la...dah la Encik Bachok boleh dikategorikan sebagai kekasih first aku!!!kalau apa-apa jadi boleh merana sat la(boleh kurus aku kalau macam ni).Wahhhh!!!! tensionnya..!! tak pernah aku rasa macam ni.Takut gila gaban..waaaaaa!!! hati aku tak tenteram ni!!!!!

Hari depa mai aku cuti ka tak hah??

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!