Rabu, Julai 25, 2012

RAYA LAMBAT LAGI DAH PIKIR PASAL KUIH RAYA..HAAAAAA!!

Sebenarnya aku ni kalau dari segi membuat kuih muih biskut raya ni..bukan kepakaran aku la..Aku actually tak minat tau dak nak buat kuih-kuih raya ni..biskut-biskut raya ni..Selalunya aku akan beli ja..bELI pun kuih yang aku betul-betul makan ja..yang aku tak makan aku tak beli pun..
Tapi bila dipikirkan balik..daripada aku beli kuih tu sampai dua ratus biji,3 ratyus biji..baik aku buat sendiri kan?sebab aku rasa kalau buat sendiri untung lagi..taukey kuih raya kot yang rugi..muahahha..

Masa aku kecik-kecik dulu..aku suka makan Almond London..So mak aku pernah buat kuih tu sampai seribu lebih untuk santapan aku ngan adik-adiuk ja..Banyak gilos..tapi habios siot..Tapi bila dah besaq-besaq ni..kesukaan pada Almond London tu dah kurang..kadang-kadang tak teringin langsung.huhuhu..
Aku more suka pada kuih samprit(betoi taktau la ejaan nama kuih ni.)

Tambah-tambah semprit yang Makcik aku(adik abah aku) buat..Itu adalah resipi turun temurun dari Tok aku tu,yang lainnya..acuan kuih samprit ni lain sikit..bunganya lebih kecik..dan acuan dia bukan dari plastik macam yang samprit la ni..Acuan dia acuan tembaga kot(jenuh la aku nak cari acuan tu..acuan tu pun turun temurun sampai kat makcik aku tu....heeeee!!) setiap tahun kalau pi rumah dia..memang aku tibai kuih tu dulu la..hahahha..Dan satu lagi kuih sarang semut..Itu pun aku suka dari kecik tu..dan sampai sekarang tak berubah kesukaan aku tu berbanding Almond London...

So bila aku pikiaq pi..pikiaq mai..aku rasa dua jenis kuih tu adalah lebih baik aku try buat..Tudia..tak pernah buat kuih raya tiba-tiba ja nak buat ni..hihihi..
Jadi langkah pertama..aku minta resepi Samprit dan Sarang semut tu kat makcik aku..Makcik aku dah bagi pun..Jadi aku rasa aku memang konfom la nak buat kedua kuih ni..tengok la dua minggu atau seminggu sebelum raya aku cari bahan-bahan dia..Nindia..Miss Poyo yang selama ini terer(terer keerrr?) pada masakan jenis berat-berat macam lauk pauk..nasi-nasi..segala jenis mee,bihun..laksa..sup-sup..tomyam..masakan barat..india..Chinese..tetiba ja nak buat kuih raya yang bagi aku buat kuih raya lagi suasah dari masakan lain..So, Kita roboh saja dinding susah itu..Yeaaaahh!!!

Harap-harap kuih raya aku ni menjadi la..huuuuu!!


Nak tau macam mana kuih semperit tu?Sila la google..aku takdak gambaq semperit aku sendiri..SEmperit yang aku nak buat ni orang panggil Semperit bunga..Sekian,terima kasih!!

Selasa, Julai 24, 2012

RESEPI RAMADHAN:MAKARONI BAKAR

Bila mai ja bulan puasa,aku suka sangat nak makan makaroni bakaq yang dijual dekat Pasar ramdhan Bertam Indah kat Kepala Batas,Penang(kena sebut Penang gak sebab kat Kedah pun ada tempat nama Kepala Batas jugak..muahahhaha).Brother yang jual Makaroni Bakaq ni menurut makcik aku adalah bekas Chef kat Mutiara Hotela ka hapa hotel tah..aku tak ingat la..makcik bagitau aku dari time aku kerja ngn Mr Arkitek dulu..mana nak ingat kan...

Tapi bila aku beli Makarono bakaq kat Brother ni..satgi time berbuka mesti ada orang akan pau makaroni aku..huhuhuhu..Memang makan tak puas siot..orang tamak macam aku kena makan banyak-banyak..baru ada kepuasan.hahaahha...

So,sebelum puasa hari jumaat haritu..Bersempena dengan besday abah aku..aku pun belajaq la cara-cara buat Makaroni Bakaq..ingatkan susah..senang siot..aku main gaul-gaul ja bahan-bahan pastu pi bakaq..jadik siot..hahahahhahahah...Nah...mainak bagitau cara buat dia..


Bahan-Bahan:

1.Makaroni (jenama apa pun takpa)
2.Sos Spagetti.(Jenama apa pun takpa..tapi yang aku buat ritu guna jenama Maggi)
3.Telur
4.Daging/Ayamh kisar
5.Sotong(penganti pada cendawan..aku tak lalu makan cendawan)
6.Udang yang dibuang kulit(bogel)
7.Bawang putih(ditumbuk)
8.Minyak Masak
9Mozarella Cheese
10.Sos Cili
11.Mayonis
12.Butter



Cara Membuatnya.

1.Mula-mula rebus Makaroni.Kalau makan seorang ja..rebus setengah paket atau suku pun takpa.sebab nanti dia kembang.Tapi kalau anda seorang pelahap..rebus sampai 5 peket pun takpa..hahaha..Masa rebus tu..sila buh garam dengan Minyak masak sikit ya..Bila makaroni dah kembang dan lembut(masak latu),Tos kan dia.

2.Lepastu,tumis bawang putih dalam kuali..dengan minyak masak la..takkan ayaq plak kan...hahha..Bila dah naik bau..masukkan daging/atau ayam kisar.Pastu masukkan sotong dan udang..kacaukan ia..Pastu masukkan tomato..kacau lagi..Pastu masukkan Makaroni..Kacau lagi..Lepastu masukkan sedikit Sos Spaggeti sebab nak bagi warna makaroni tu merah sikit..Pastu kacau..

3.Bila semua bahan-bahan tu dah sebati..Tutup api..lepaih tu baru buh teluq..Kacau-kacau sampai teluq tu sebati..INGAT!!(Cewahh!) Telur dibubuh bersama bahan bila api dah ditutp tau..


4.Sapu Butter pada bekas yang kita nak guna untuk bakar makaroni..Lepaih dah sapu butter..buh makaroni dalam bekas tu..ratakan dia bagi cantik-cantik..Lepaih tu taburkan Mozarella Cheese ataih makaroni tadi..Lepaih tu buh pulak sos cili ataih Makaroni..Dan last sekali buh mayonis.

5.Kemudian bakar dalam oven dengan suhu 120 darjah Celcius selama 45-60 minit.

6.Makaroni bakaq selamat landing dalam perut anda..hahhahahahahhaha!!




Kalau nak tengok rupa bentuk Makaroni Bakaq tu macam ni..Sila pi GOOGLE Images..Taip Makaroni Bakar.Akan terkeluaqlah gambaq Makaroni Bakar kat skrin Laptop,PC,Tablet,I phones,Samsung Galaxi anda..Sekian terima kasih.

Klu-Klu Bahan masakanya.:




 Sos Spaghetti



Butter




 Mayonis





Daging/Ayam kisar




Sos Cili



Bahan-bahan yang lain..pandai-pandai la hampa..muahahaha

Isnin, Julai 23, 2012

AIR YANG AKU SUKA MINUM TIME PUASA

Setiap kali mai ja Bulan Puasa,aku ada air tertentu yang akan akan minum time berbuka..Kalau tak bulan puasa,memang aku jarak la nak minum-minum air ni..Apatah lagi teringin..Jarang-jarang sekali la nak minum..Tapi kalau bulan puasa..boleh kata hari-hari aku nak layan minum..

1.Air Tebu

Naahhh!! Air tebu ni kalau ikutkan setiap bulan hanya sekali ja aku nak minum..kadang-kadang selang dua tiga bula baru aku minum..brgantung la pada keadaaan..Kadang-kadang walaupun pakcik mesin tebu dok tunjuk skill baik punya masa dok mesin tebu tu..Tapi aku lek ja...tak teringin langsung..Tapi bila mai bulan puasa..Teruih ja nak minum hari-hari..haahahah..Dia punya nikmat rasa air tebu ni masa dia masuk dalam mulut aku masa time berbuka..hanya tuhan yang tahu...Huuiii..terbaik lahhhh..Tapi oleh sebab air tebu ni brbisa dan bahaya..jadi aku terpaksa kontrol nafsu aku pada tebu..muahahahha!!



Amboi Miss Poyo..Terbangga sat batang aku..Opppsss..batang tebu aku la..muahahahah!!





2.Air Teh Bunga Chrysanthemum


Hammboihhh!! tergeliat aih lidah beta bila nak sebut nama ayaq ni..Aku paling senang sebut air Teh Bunga ja..senang!! hahahaha!! Air Teh bunga ni bila time puasa aku meman teringin gila nak minum hat ada bunga sekali tu..kalo takat minum yang dalam tin Yeos atau dalam Kotak Yeos tu apa barang kan..Hari-hari aku boleh layan...Ni yang hat ada bunga sekali tu..bila minum sambil kunyah kelopak bunga dia..Perrgghhh!! menyemboq ayaq keluaq dari mulut..ahahahhaahha!!



Ada rasa-rasa nak mandi bunga pakai khidmat gua tak Miss Poyo?





3.Air Tembikai



Haaaa...ni yang buat aku rasa pelik ni..Bila aku pi mana-mana kedai makan nak melantak..Mesti aku akan order ayaq lain selain ayaq tembikai..Aku taktau la ni salah sapa..samada lidah aku tak teringin nak order Ayaq tembikai atau nafsu minum aku sendiri yang tak teringin nak minum ayaq tembikai.Tapi bila time bulan puasa ja..Aku teringin gila ayaq tembikai nak diminum masa brbuka..bila aku tengok ayaq tembikai dok melepak ja dalam bekas air kat pasar ramadan tu..aku rasa macam air tembikai dok panggil-pangil aku..

"mai la beli aku..mai la beli aku.."


Hahahahhahahahah...Tambah-tambah bila tengok Air tembikai tu merah yang amat..tu lagi aku suka..Perrgghh!! baru ja aku minum ayaq tembikai campoq ayaq tebu ni..Dan-dan pening..muahahhahahahaha!!




Apasal ko campurkan aku dengan Air Tebu..tak pasal-pasal aku pening sama!!!










4.Lai Chi Kang



Haaaa..Tudia-tudia..Sapa yang tak tau apa itu Lai Chi Kang dia memang mangkok Ayun..muahahahhaha..Kalau kat Penang memang orang panggil Air ni Lai Chi Kang.Tapi aku dengaq kat setengah tempat depa panggil Air Batu Campur..Tapi yang aku tau..Air Batu Campur tu Ais Kacang la kan..Ahhh!! pedulikan nama-nama panggilan dia..yang aku tau Lai Chi Kang ja..
Ayaq ni time tak puasa memang tak teringin langsung..nak minum pun tak mau...Walaupun abah aku rajin dok melayan air ni..tapi aku memang tak boleh layan..Yang Ajaibnya..time posa ja...terus teringin..Bayangkan bila semua bahan-bahan yang terkandung dalam Lai Chi Kang tu brgabung dalam mulut aku..Perrggghhhh!!



Hooiiii!!! Hang curi aku dalam blog mana ni Miss Poyo??Tak guna betul!!









Haaaa..4 ja pun minuman yang aku teringin nak minum time bulan puasa..Bukan banyak-banyak pun sampai seratus jenis kan..Kalau banyak-banyak tu bukan teringin dah tu..Tu nafsu mentedarah dah tu..huahuahuahua..!!




Ahad, Julai 22, 2012

3 TAHUN 8 BULAN 2 HARI

Baru aku sedaq yang hubungan aku dengan Incik Bachok dah genap 3 tahun 8 bulan 2 hari.
Satu jangka masa yang lama bagi aku.
Alhamdullilah..semoga hubungan ni berkekalan..

Haaa...Kalau ikut kalender Islam..Kelmarin adalah genap 3 tahun Incik Bachok 1st time mesej aku lepaih berkenalan kat Friendster..Friendster tu..Oldskool gila..hahha..Tau tak lagu apa yang aku denganq time 1st time dia mesej hanset aku..nindia!!




Haaaa..lawak la..Sepoil la kan ada ada orang orang hantaq mesej time aku dengan lagu kat Hanset..Nombot tak kenal plak tu..tah mamat mana tah..



Last-last ambik ko...mamat yang aku tak kenal ni la nak jadi laki aku lagi 4 bulan..muahahahhaha!!

RESEPI RAMADHAN: PUDING BUAH NAGA

Haaa...aku taktau la bulan puasa ja..aku punya mood nak mereka cipta resepi mai..hahhahaha..
Untuk hari ni..aku ada reka satu jenis pencuci mulut..hahahah..dok tak dok terus reka pencuci mulut noh..Nama pencuci mulut aku Puding Buah Naga..hahhahaha...

Aku pun mereka buat puding ni pun lepaih aku tengok buah naga ada dua biji dalam peti aih rumah aku..Ni komfom sebulan depa tak makan buah naga ni..elok la aku buat apa yang patut..lagi pun agar-agar ada lagi kat laci dapur rumah aku..Susu cair baki yang aku buat Sos Lada Chicken Chop pun ada la..kita hamtam ja labu..hahahhaha


Bahan-Bahan :

1.Buah naga
2.Agar-agar(pakai Jelly Powder pun takpa..tapi aku suka guna agar-agar lagi..heee)
3.Susu cair(jenama apa pun takpa..)
4.Gula
5.Air


Cara Buat:

1.Mula-mula rebuih dulu agar-agar sampai dia larut..Rebus dengan ayaq la noh..satgi pi memandai-mandai plak rebus ngan susu cayaq..hahah..

2.Bila agar-agar dah larut..sila buh pulak gula dalam periuk tu..kemanisan gula tu ikut citarasa la..kalau nak manis sangat buh gula sampai sekilo..kalo nk tawar..buh secamcam ja pun takpa..muahahahhahaha..

3. Bila gula sah larut..barulah taruk susu cair dalaam periuk tu plak..tunggu sampai depa mendidih dalam tu..Last sekali baru taruk buah naga..Tapi jangan la taruk seketoi sebiji..kupas buang kulit cincang-cincang dulu la..

4.Lepaih ja buh buah naga yang dicincang tadi..tkacau-kacau adunan tadi..tutup api then boleh la tuang dalam bekas.tunggu sampai dia sejuk baru taruk dalam peti ais.


Lepas ja berbuka balun tiga empat pinggan nasi..boleh la hantam Puding ni plak..Perrgggghhh!! nikmat siot.Ada rasa manis,masam..semua ada..Adunan yang hebat dari tangan berbulu gua ini..hahahha..jangan risau bulu tangan dijaga elok ok..

Sukatan untuk buat puding ni pandai-pandai la hampa sukat.Kalau orang yang dah terer masak masak..dia tak main sukat-sukat ni pejam mata ja dia boleh agak dah bahan-bahan dia nak taruk berapa banyak kan..iihihihi.Bagi yang tak berapa terer masak..pandai-pandai la korang survive...
hahahhahaahhah...



P/S:Gambaq takdak..malas nak buh..lagipun tak payah buh gambaq pun takpa..bila hampa sendiri masak..baru hampa tau rupa bentuk puding ni..hahhahaha..ok-ok..aku bagi klu..Warna Puding ni jadi warna merah jambu nak Purple..Ok Chow dulu!!




TABIAT BERMAIN MERCUN

Kalau tahun sebelum ni aku kalut-kalut dok pikir samada nak pasang pelita keliling rumah ke tak..tahun ni plak.Walaupun baru dua hari berpuasa..aku dah pikiaq nak beli mercun ka dak..Haissshh..macam budak-budak lagi pemikiran aku ni..padahal nak kawin dah bulan 11 ni..muahahahhahhaha!!

Bila dipikir-pikir balik..daripada aku berhabis beratus beli mercun macam tahun-tahun sebelum ni..adalah lebih baik aku layan barang-barang persiapan nak kawin kan..aku ni selagi tak kain..asyik dok beli barang untuk kenduri ja..hahhahhaha..

Lagi pun..kena la sip budget kan..tahun ja..tahun depan kita horeyy..horeyy balik la main mercun..hahhaha..
So tahun ni..kira cut cost untuk mercun la...selamat tinggal mercun dan bunga api semua..huhuhuhu..



Larr Miss Poyo..Jangan la begitu..jangan tinggalkan kiteorang..cepat la beli kiteorang...jangan tak beli..sdih siot..Waaaaaaa!!!




Harap-harap tahun ni Mirul plak yang beli mercun..muahahahhaahha!!
(Dan lagi berharap tu dapat main mercun..huhuhu)


Sabtu, Julai 21, 2012

SELAMAT BERPUASA

Aku rasa,di alam blog ni..akulah insan yang paling lambat sekali nak ucap selamat berpuasa kepada semua..Sebabnya ialah aku malas.hahahaahha..Kelmarin aku amik cuti..Tapi aku tak jenguk blog ni barang sesaat pun..hereeee!!!

Sempena bulan yang Mulia ini aku ucapan selamat berbuka puasa(padahal dah lepas waktu berbuka..hahahhaha) dan Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan Al Mubarak.Semoga sepanjang bulan yang Mulia ini segala aktiviti kita jugak diisi dengan ganjaran  pahala...


Chaloooo berteyyyy!!


Khamis, Julai 12, 2012

ARABIANS NIGHT..LAGENDA PERMAISURI PARSI YANG BANYAK AKAI..(BIJAK LA MAKSUDNYA..)

Aku adalah peminat setia cerita Aladdin,Sinbad..Ali baba dengan 40 orang penyamun.Dan ketiga-tiga kisah ni berkait rapat dengan hikayat 1001 malam atau lebih glamer orang panggil Arabian Night.Kalau siapa penah tengok kartun Aladdin keluaran Disney..Dulu penah tayang kat TV3 pukul 11 pagi setiap hari sabtu..masa aku darjah 2 hingga darjah 3 seingat aku..Bila start Kartun Aladdin ja..mesti ada nyanyian bunyi macam ni..

Oh I come from a land, from a faraway place
Where the caravan camels roam
Where they cut off your ear
If they don't like your face It's barbaric, but hey, it's home
When the wind's from the east
And the sun's from the west
And the sand in the glass is right
 Come on down Stop on by Hop a carpet and fly
To another Arabian night
Arabian nights
Like Arabian days
More often than not
Are hotter than hot
In a lot of good ways
Arabian nights
'Neath Arabian moons
A fool off his guard
Could fall and fall hard Out there on the dunes


Haaaa..siap menyanyi lagi..hahahhaha..Mesti ada sebut Arabian Night kan..
Haaa..sebab cerita Aladdin..Sinbad dan Ali Baba dengan 40 orang penyamun ni berasal dari hikayat 1001 malam atau lebih dikenali sebagai Arabian Night.


Kartun Aladdin keluaran Disney



Kenapa dipanggil Arabian Night..Awat tak panggil hikayat cerita-cerita arab ka..Hikayat cerita rakyat arab ka..hapa kan..awat mesti panggil Arabian night atau hikayat 1001 malam kan...



Sebabnya iala..menurut lagenda rakyat Parsi..di masa zaman Empayar Sasan.dimana ketika itu dizaman pemerintahan seorang Raja bernama Raja Shahryar...Raja Shahryar memang baik gila la dengan Adik dia putera Shah Zaman yang memerintah sebuah negeri bernama negeri Samarkand(negeri ni terletak di Uzbekistan).Putera Shah Zaman ni mengalami masalah..macam masalah jiwa sejak dia sendiri tangkap basah bini dia atas katil dengan lelaki lain(curang la tu..) kalau lelaki hebat takpa jugak..ni tukang masak ja..mau tak jiwa kan..huhuhu..Bila Putera Shah Zaman ni dibawa tinggal sementara dengan abang dia Raja Shahryar..sekali lagi plak dengan mata kepala dia sendiri...Dia nampak Permaisuri Shahryar..(kakak ipaq dia la..) pun main kayu tiga juga.So pada pemikiran dia semua perempuan tak boleh pakai kaki curang.

Berasa sakit hati dan marah macam adik dia..Shahryar bertindak untuk membalas dendam dengan berkahwin setiap hari dengan gadis sunti..dan setiap hari dia akan hantar bini dia untuk di pancung..Tudia..ganaih gila cara balas dendam..orang yang tak bersalah jadi mangsa...huhuhu...Kalau ada raja macam ni zaman la...mampuih la raja tu plak masuk jail..lepaih tu..di kutuk-kutuk kat blog-blog dan laman facebook..hahahhahaha...

Setelah membunuh hampir tiga ribu anak dara sunti..tudia..banyaknya kena bunuh..habis jadi bujang tua la laki-laki time tu..hohoho..Akhirnya..Raja Shahryar diperkenalkan dengan Scheherazad..Anak Perdana Menteri.Mula-mula Perdana menteri tmemang tak bagi anak perempuan dia ni pi kahwin dengan raja..gila ka nak bagi kena bunuh tanpa sebab..Tapi Scheherazad ni nak kahwin jugak dengan Raja Shahryar.Sebab dia yakin..Dia mampu menghentikan perbuatan gila Raja Shahryar dengan adik dia si Shah Zaman tu..Maka berkahwinlah dia dengan Raja Shahryar...

Pada malam perkahwinan dia dengan Raja Shahryar..atas bantuan adik dia Dunyazad..Scheherazad mula bercerita bermacam-macam hikayat pada Raja Shahryar.Raja Shahryar yang suka dengan cerita hikayat si Scheherazad ni pun dengaq la sampai ke subuh..dan bila time subuh ja..Si Scheherazad ni sengaja berhenti bercerita time cerita tu mai tang saspen..Konon-kononnya dia kata takdan nak cerita sampai habis sebab Raja nak pancung dia dah..Raja Shahryar ni yang nak tau kesudahan cerita Scheherazad ni pun tangguh la nak bunuh Scheherazad..


Scheherazad sedang bercerita pada Raja Shahryar


Begitulah yang jadi sterusnya Raja Shahryar ni asyik tangguh ja setiap hari nak bunuh si Scheherazad ni sebab nak dengar macam-macam hikayat..macam Aladdin..Sinbad..Ali Baba dengan 40 orang penyamun..dan macam-macam lagi hikayat..Dia bercerita secara bersambung-sambung setiap malam pada Raja Shahryar sehingga cukup sampai malam yang ke 1001...Sampai dapat putera 3 orang.(Amboi..dan lagi asmaradana noh..hahhahaha)..Akhirnya Raja Shahryar tak jadi la dah bunuh Scheherazad ni bila dia dapat banyak pengajaran melalui cerita si Scheherazad ni..dan yang penting..Dia dah mula sangat sayang pada Scheherazad ni...Maka selamatlah si Scheherazad ni dari dihukum pancung..
Aku rasa anak-anak teruna pun lagi gembira la sebab takdak lagi anak dara sunti dihukum pancung setiap hari..boleh la depa berkahwin..hahahaha...

Shah Zaman plak akhirnya berkahwin dengan Dunyazad..Dunyazad diberi gelaran Puteri Dunyazad dan mereka laki bini ni pun akhirnya tinggal di dalam istana yang sama dengan Raja Shahryar dengan Permaisuri Scheherazad..


Puteri Dunyazad




Dan sebab tu himpunan cerita-cerita hikayat ni di panggil Arabian Night atau dalam bahasa melayu..dipanggil Hikayat 1001 Malam...
Lagenda pasal Permaisuri Parsi iaitu Scheherazad ni bersama dengan cerita-cerita hikayat ni jadi begitu glamer sehingga tersebar di merata dunia sebab time tu banyak-banyak pedagang dari luar datang berdagang kat Parsi..Lagenda Permaisuri Scheherazad ni diceritakan oleh rakyat tempatan Parsi..Jadi sebab tu Lagenda dia dan hikayat dia tu tersebar dengan cepat dan ceritanya tu ditokok tambah..biasala tu kan..Lepaih tu dibukukan plak dalam pelbagai bahasa hikayat dia tu..Dan yang paling glamer sekali cerita Aladdin dan Sinbad la..Dan Ali Baba dengan 40 orang penyamun pernah difilemkan oleh Arwah Tan Sri P.Ramlee dalam bentuk komedi...hohoho..



Versi Melayu




Versi English



Manuskrip Arbian Nights pada tahun 1300s




So,Lepaih ni setiap malam aku nak bercerita dengan Incik Bachok jugak la..hahahahahahaha!!!

Rabu, Julai 11, 2012

MERCUN KABAT

Haiiiii...
Puasa pun tak start lagi..aku dah dengaq orang main mercun kabat noh..
Bommm sana..Bommm sini...
biaq betoi....

Mercun kabat tu apa?
Ah!! malas nak crita..
huhuhuhuhu!!

Isnin, Julai 09, 2012

INCIK BACHOK SAKIT

Seja semalam lagi Incik Bachok ni sakit...Aku taktau la pasaipa..Tapi sakit perut dia tu lain macam ja..
Kelmarin..sebab risau sangat,aku dengan adik aku Mirul pi la rumah dia nak bawa dia pi klinik..Dalam perjalanan tu..macam-macam alasan dia bagi kat aku melalui mesej yang dia takmau pi klinik..sampai aku kena marah..Tapi aku punya perangai..kalau sakit..memmang kena pi klinik..Zaman sekarang ni penyakit macam-macam jenis ada..kadang-kadang..kita rasa macam sakit biasa..deman biasa..tapi sebenarnya kita taktau..demam biasa..sakit biasa tu mana tau ada kuman bahaya ka..yang buat kita makin teruk lama.lama..

Dah jadi banyak kes dah..Ada orang yang aku kenal meninggal hanya sebab dari demam biasa ja..Contoh paling mudah..Anak pegawai aku yang sebaya aku..UMur sama aku..meniggal pun masa dia dah besaq..apa perasan mak ayah dia..sedih gila-gila sampai mak dia hilang semangat nak memasak sampai sekarang..ini reality..
Dan ada seorang pakcik kat kampung aku.asal dari sakit perut biasa ja..dia ingat sakit-sakit biasa..last0last dapat tau ada ketumbuhan..Haaa..aku takmau Incik Bachok jadi macam tu..minta simpang malaikat 44..tapi hakikatnya zaman sekarang menurut doktor yang dok merawat penyakit Asma Azhan..sekarang ni bakteria dan kuman baru banyak bercambah..kadang-kadang yang tak pernah diaorang tengok pun ada..

Sambung balik pasai cerita Incik Bachok,lepaih ja sampai kat rumah dia..dan amik dia..kami terus bawa dia pi linik..masa dia dirawat..doktor pun tak pasti apa sakit dia..samada Gastrik atau keracunan..Tapi menurut sejarah kesihatan Incik Bachok(ayat doktor tu..hahaha..)..dia tak dak Gastrik..Taktau la kot-kot baru nak ada kan..Jadi doktor bagi jugak ubat gastrik kat dia..Aku pun minta mc kat doktor bagi pihak Incik Bachok..kalau nak dia cakap sendiri nak mac..jangan harap la...Dapat jugak MC untuk hari ni..


Lepaih tu aku memang cadang nak bawa dia pi rumah aku..senang aku nak pantau dia..Tapi dia berkeras takmau plak..Mirul pun macam bengang dah dengan dia..Yeala..sakit-sakit pun taknak ikut kami lagi  balik rumah kan..Jadi kami biar jela dia masuk rumah dia balik..Tapi sampai rumah ja..aku rasa tak senang hati..dok pikir dia tak makan lagi...macam mana nak makan ubat..Dia takmau macam..suh makan pun dia takmau..Dia ni degil yang amat..Susah betul kalau orang degil ni kan..

Last-last aku ngan abah aku,mak dan Mirul pi jugak la kat rumah dia pas mahgrib..time tu dengan hujan..kami berdiri depan rumah dia sambil bawa makanan..aku call dia suh buka piintu..dia cakap tak larat..cakap pun cam melalut dah..memang risau gila..lama gak la..aku tunggu ngan mak aku..pastu call lagi..dia cakap housemate dia i Omar tu ada nak tolong buka pintu..Tapi tengaok depan rumah dia ni macam takdak sapa ja kat rumah..Lama-lama jugak tunggi..last-last pintu terbuka..rupanya memang Omar ada..hahahha..Baru pas mandi..Omar cakap dia baru sampai dari kampung..dah kena hujan..terus dia pi mandi la..

Pas cakap ngan Omar apa semua..bagi makann kat Omar..kami semua balik la..Tapi aku ada cakap fon ngan Omar pastu..Omar cakap kalau masih teruk gak..dia nak bawa Incik Bachok pi Hospital KPJ kat Perda..Malam semalam memang aku tak leh tidoq la..dok tunggu kot-kot Omar call ka..Tapi sampai pagi memang takdak call pun..maknanya takdak pa la kan..

Hari ni pun sama la..tadi aku call Incik Bachok..dia cakap makin ok..Lega mak nak oiiiiiii!!
hahahhahaha..

Jumaat, Julai 06, 2012

PANAS

Tadi..
tengah aku buat kerja..tetiba ja rasa nak melepaskan hajat kecil.
So aku pun pi la tandas..Lepas ja melepaskan hajat kecil..Aku pun buka la paip ayaq..Sekali..
"Argghhhh!! Adoiii..Siot @$#@%.."


Panas siot ayaq paip ni..awat panaih ni..ada water heater ka dalam ni..hahahahha..
Siot je..masak aku hari ni..hahahahahahaha

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!