Khamis, Disember 04, 2014

DUA TAHUN..

OK..

Dah hampir sebulan ulang tahun perkahwinan aku yang kedua..
Baru aku nak update..hahahahha..
Last aku update blog ni bulan 6 ritu..tuptup..teruih ja crita pasal ulang tahun aku..ahhahaha..


Sebenarnya takdak apa yang aku nak cerita selain dari perasaan gembira aku..sebab usia perkahwinan aku dah capai 2 tahun sedangkan sampai la aku masih tak percaya yang aku dah kahwin ada anak sorang dan dok rancang nak dapat anak kedua plak..Pyo-poyo aku pun dah kahwin jgak dengan Incik Bachok yang dok jadi watak utama dalam blog ni masa aku bujang dulu..hahahha..

Sempena ualang tahun aku yang ke dua dengan Incik Bachok..dia membawa aku dengan Nayli Bam..Bam merentas Highway Utara Selatan menuju ke selatan Singgah Di Melaka dan Johor.
Walaupun aku dah berpuluh kali pi Melaka tapi aku tetap layan jugak laki aku kesana sebab dia bagitau aku dia tak pernah berjalan-jalan kat sana..Tipu la sangat...Dibawah ialah gambaq poyo aku dengan laki aku dan Nayli..











 Gambaq ni memang lawak..tah minah Indon Mana marathon depan laki aku..hahahha




 Betapa gemoknya aku sekarang..tensionnnn!!


 Walaupun Incik Bachok bukanla seorang yang poyo..tapi aku paksa jgak dia bergambaq poyo..tengokla muka dia yang tak berapa nak poyo tu..huuu!!











 Dah lama aku tak Selfie nokksss!!









 Dan lagi singgah Muzium tentera kat Port Dikcsooonnn!






 Yang ni kat Gunung Ledang..Konon2 bertapa macam Hang Tuah la..Chuissshhh!



Aku suka sungguh tgk gambaq ni..nampak macam anak aku merenung masa dia..hahahahhahahahha!!





Ok la...Aku kat Opis ni..dah tukaq unit..karang orang nampak aku menuluih plak..callo..dlu takpala aku dok dalam bilik sorang-sorang..Sekarang dah beramai-ramai..huuuuu!!

Selasa, Jun 03, 2014

RUMAH PERTAMAKU

Sebelum ni..entri aku yang tahun bila taktau..aku ada cerita yang aku bercita-cita nak memiliki 3 buah rumah..Walaupun orang cakap macam melampau ja nak sampai 3 buah rumah padahal harga rumah makin mahai nak mampoih..tapi aku cuba juga la nak merealisasikan impian aku tu kan..Walaupun aku ni boleh dikategorikan sebagai seoarang yang nampak macam berfikiran main-main banyak walaupun dah beranak seorang..Akhirnya...rumah pertama aku dah berjaya aku miliki dengan duit aku sendiri bayar pun sendiri..buat pinjaman pun sorang-sorang tanpa bantuan Incik Bachok Wolverine..
Rumah pertama aku ni rumah kos rendah ja pun..harga pun RM42K ja...

Bila dah siap memang rupa rumah kos rendah la..Aku penah bagitau tau yang rumah jenis ni aku nak buat rumah sewa ja..dalam proses la ni..Dan nindia rupa rumah aku ni..Ok la..


Ni muka pintu

Dah nama pun ruma kos rendah..So,Tingkap pun pakai tingkap Naco..Pintu pun takdak yang sliding ok..Nak sliding buat sendiri.Aku dah tengok rumah kos rendah yang terdahulu dari rumah aku..depa renovate mak aii..tak nampak macam rumah kos rendah..huiii...Dah la pakai kereta mahai..macam mana depa boleh layan dapat rumah kos rendah noh?Musykil nih!

 Yang ni bahagian dapur..kalau aku yang dok mybe aku pasang kabinet dah..
Yang ni tandas




Yang ni aku..hahahahaha


Rumah kedua aku dalam proses..Sebenarnya dah dapat pun..Rumah dua tingkat 4 bilik dan 3 bilik air..Rumah 2nd hand fully renovation..dari belakang rumah sampai depan rumah..rumah tu memang besaq sungguh..Besaq dari rumah baru dua tingkat harga 300k keatas.Memang dia renovate dalaman rumah tu memenuhi cita rasa aku sebab pemilik dia pun konsultan perumahan kan..Tapi bila loan dah lulus Incik Bachok batalkan plak sebab masa kami pi tengok rumah waktu malam..kawasan dia kami tak perasan sangat..Bila kami pi tengok balik time waktu siang baru kami tau kawasan dia suram..ada dua tiga biji rumah terbiaq..rumah seblah memang takdak orang sampai 2 buah..yang sebelah lagi pulak orang tua pencen kerajaan.Blakang rumah tu pun ada dua buah lagi terbiaq sampai naik pokok bagai..memang rasa takut plak la kawasan tu..macam tak elok plak untuk tumbesaran Nayli...So,kami sedang cari rumah lain la..mana tau lepaih raya dapat ka...Aminn!!

Bila dapat rumah kedua ni..mau dok diam dulu la sampai aku rasa aku boleh beli rumah ketiga atau buat rumah ataih tanah lot ka..Aminnnn!!

Jumaat, Mac 28, 2014

NAYLI PUN TERKONO

Sejak dua hari lalu lagi..anak aku si Nayli Bam Bam dah terkena demam campak..Dua hari sebelum Nayli kena demam campak..adik aku si Aloyah kuih lapis tu kena dulu..
Aku syak depa terjangkit dari aku..

Aku tengok anak aku punya badan dan muka aku rasa sedih sangat..Dia punya campak punya besaq macam aku..Tapi doktor kata antibodi anak aku kuat..kalau baby lain mybe dah demam bagai sebab campka ni kan..Tapi anak aku boleh pulak buat 'lek lu' ja tak demam langsung...cuma aku rasa dia rasa gatal-gatal atau mybe dia rasa sakit satu badan macam aku dulu yang buat dia gelisah semacam..

Dah tu dua tiga malam ni aku punya tidoq tak cukup dok jaga si Nayli ni yang tak boleh tidoq jugak pasal gatal punya pasal..Dok tergaru-garu..Jenuh la aku dok peganng tangan dia nak elak dia dari dok menggaru..Huuuuu!!

Aku harap sangat si Nayli ni baik dari Chicken pox ni cepat sikit la pasai 4hb April Incik Bachok nak bawa dia pi Langkawi...Mak mentua aku nak sangat jumpa Nayli..Yala..dok jauh..kena rentas banjaran titiwangwa baru boleh jumpa Nayli..Dah alang-alang bercuti kat belah utara ni mesti la dia nak jumpa Nayli kan...


Hmmmm...masalah macam-macam..Mybe Dugaan dari Allah kot.




P/S:Aku rasa ni Entri paling serius yang pernah aku tulis..Hohooho

Khamis, Mac 27, 2014

TAKUT TAK DAPAT CUTI

Kalau diikutkan..bulan April ni..4hb...Aku dan family ibu mertuaku akan pergi bercuti ke Langkawi..Benda ni dah lama dirancang..sejak aku mengandung 6 bulan lagi..
Bila dah konfom nak pi..bulan satu ritu aku dah tempah resort yang under TM punya sekali dengan sewa kereta..Semuanya dah dibayar..Tup-tup awal bulan 3 ritu aku kena demam campak..dapat MC dua minggu kau..

Bila dah MC dua minggu...aku taktau apa dah jadi dengan opis aku sehingga aku mai masuk kerja balik hari isnin tu..Aku tengok bilik aku yang berselerak gila babi tu dah kemas..Segala dokumen file dan segala macam lagi hilang tanpa khabar berita..Jadi aku pun pi la tanya pakcik-pakcik kat opis tu siapa yang kemas bilik aku..Depa jawab..


"Bos yang kemas hang tau..dia masuk bilik hang macam tongkang pecah..dia serabut tak dapat cari file..dia kemas teruih..."

Ni yang aku tak gemar sangat ni bila ada orang yang masuk bilik aku kemudian kemas habis semua file sampai aku sendiri tak boleh nak cari file-file dan dokumen tu semua..Tapi aku rasa best jugak bila ada orang kemas bilik aku..sebab aku nampak bilik aku dah sesejuk mata memandang..hahahahha..

Lepaih tu aku dapat tau bila dia mengamuk sebab tak dapat cari file..(padahal ada ja dalam bilik tu..aku sorang ja tau mana file-file dan dokumen tu dok..) Dia mula cakap takmau lulus cuti aku untuk bulan April ni sebab banyak kerja bertangguh..

Waaaaaa!! aku sedey sangat la..bukan aku sengaja tangguh..aku terkena demam campak...kalau tak mesti dah setel..sekarang dia dah nampak macam aku bad girl plak dalam opis ni dok tangguh-tangguh kerja...
Aku rasa sedih sangat..konfom Incik Bachok pi Langkawi tanpa aku dan Nayli...
Boleh la dia berkawan dengan Abang dia hat Cikgu tu..Bini dia pun tak pi jugak pasal kerja punya pasal kan..

Tapi aku sedeh laaa..aku dah berangan nak snorkeling bagai..
punah Impian aku..
Waaaaaaa!!!


Laaaaa..Poyo..Hang tak jadi mai ka??Aku tunggu hang mai amik gambaq ngan aku ni..Punahh!!

Isnin, Mac 24, 2014

BERBEDAK SEJUK KE PEJABAT

MC yang doktor bagi kat aku sejak aku dikesan terkena demam campak dah pun tamat,cukup 2 minggu.
Jadi hari ni aku kena la mai opis walaupun doktor suruh aku pi jumpa dia..dia nak tengok keadaan campak aku ni kering ka tak lagi..mybe dia nak bagi MC lagi kot..
Tapi oleh sebab aku pekerja yang bertanggungjawab dan amanah(cewah) walaupun kadang-kadang kerja aku jahanam jugak..aku gagahkan diri aku mai jugak opis..

Oleh sebab bintik-bintik campak aku ni dalam proses mengering dan menjadi kudis..jadi orang-orang tua selalu pesan suruh aku berbedak..
Berbedak tu maksudnya pakai bedak sejuk la..seluruh badan..Function dia aku taktau..mybe membantu baik cepat ka hapa ka taktau la kan..

Oleh sebab itu aku dengan muka tak malu..pakai bedak sejuk pi opis...setempek kau kat muka aku serupa wayang cina punya pelakon..
Selamba badak aku ja bawa kereta dengan bedak setempek ka muka..Bila aku berhenti kat traffic light aku tengok penunggang motor..pemandu kereta pandang aku pelik..ada aku kisah?
Sampai ja opis..pakcik-pakcik ni dok marah aku sebab dok bawa virus masuk opis plak..hahahha..

Aku berani pakai bedak sejuk ke opis..
Hampa berani ka?
Ini orang kata bini Incik Bachok Wolverine!!


terima kasih la poyo sudi pakai kami di khalayak ramai gituuuu!

Ahad, Mac 23, 2014

BILA ABANG JEBAT DIHATI INCIK BACHOK

Sejak beberapa minggu yang lalau..nak dekat sebulan dua jugak la aku rasa..
Incik Bachok mesti akan terpacak kat depan TV Astro Maya HD ka hapa tah tepat pukoi 10 malam.
Niat dia tak lain dan tak bukan ialah dia nak tengok Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta lakonan Sharnaaz Ahmad dengan Nelydia Senrose...

Aku mengejutkan jugak la jiwa raga aku yang Incik Bacjok pagi petang siang malam tak kira waktu dunia dia bola..bola..bola tu tetiba ja layan drama..drama cinta dari novel plak tu..cuiishhh!!

Dia punya emosi kalau tengok drama tu..kalah emosi tok aku tengok drama Indon kat TV3..
Satgi dia syok gelak-gelak..Satgi dia marah-marah sampai tampaq belakang badan aku..satgi dia sedih...
Aku tak paham betoi la..aku plak tak brapa nak layan drama tu..

Kalau aku cuba ubah siaran lain mampuih la kena marah dengan dia....
Sebab tu bila pukoi 10 malam ja aku amik keputusan tidoq teruih lagi baguih..
Lepaih tu dok sebut abang Jebat abang jebat..Dah macam gay plak aku rasa..
Hahahahahhahhahahha......

Nelydia Senrose yang segak tu tak pulak dia sebut-sebut..
tak paham aku.....

Aku tengok Sharnaaz Ahmad dah macam kepala gangster ja sejak dua menjak ni..Huiii!!
Agaknya lelaki berjambang memang minat kat laki berjambang jugak kot..


Euwwwwwwwwwww!!


Wa memang ada gaya keunggulan..Bukan takat anak dara,bini orang yang minat wa..suami orang pun minat wa..wa Straight ok...!! Lu jagan cakap banyak arr..nanti wa kasi lambung!!!

IZZUE ISLAM ADALAH IMPIAN AKU SEKARANG

Masa awal-awal kehamilan aku kat si Nayli Bam Bam ni..aku teringin sangat-sangat la nak jumpa Izzue Islam..boleh kata semua drama lakonan dia aku tengok..aku pun taktau tang mana aku berkenan kat Izzue Islam n sampai aku berdoa la kalau dapat anak lelaki aku nak muka anak aku acam Izzue Islam..Apakejadahnya laki aku muka macam Wolverine punya gagah tapi aku nak muka anak aku jambu plak..hahahhaha..Sampai aku pernah menangis dalam hati bila Incik Bachok takmau bawa aku pi tengok Izzue Islam dekat stadium Batu kawan masa Astro buat program kat sana...Aku mengidam sungguh nak jumpa dia tapi tak dapat..nasib baik ayaq liuq anak aku tak meleleh...hahahhahaha...

Aku dah dapat Izzue!! (dialog Awin Nurin)


Baru-baru ni aku stalk Instagram Izzue Islam..tiba-tiba ja aku punya keinginan mai balik..nak jumpa dia sangat-sangat...Aku pun bagitau la Incik Bachok..dia boleh plak jawab..


"Bawa I jumpa Gerad (betoi la ejaan aku ni??) baru I bawa u jumpa jambu ni..?

Gerad tu sapa??????Pemain bola ka????
Siot jerrr.....


Beberapa minit kemudian....(ditulis selepas uruskan Nayli)

OK...Incik Bachok curi baca entri aku time aku dok menulis..dia kata Gerrard(Ejaan yang betoi pemain bola Liverpool)...Cisss!!!



Akulah yang pertama di hati Incik Bachok Wolverine!!!!


Cibai betol Gerrard ni!


Khamis, Mac 20, 2014

DEMAM CAMPAK

Sebenarnya dah dua minggu aku tak pi kerja..Aku tak pi kerja bukan la pasai aku ni pemalas ka apa..aku tak pi kerja sebab aku terkena demam campak plak dah..Apa kejadahnya dah tua-tua beranak sorang ni tiba-tiba ja terkena demam campak..
Ni semua jangkit ngan abah aku la..apakejadahnya plak abah aku yang dah umuq 55 tahun kena demam campak kan..Tak paham aku...

Aku tak ingat la masa aku kecik-kcik dulu penah kena campak ka dak pasai bila aku tanya mak aku..mak aku jawab..

"Mana aku tau..bukan hal kau sorang ja aku nak ingat.."
Amboi mak..dah macam dialog filem P.Ramlee plak..
Aku nak bagitau..demam campak time tua-tua ni memang sesak..dia punya campak keluaq habis disegala sudut badan aku..dalam telinga dia keluaq jugak..dan jugak dalam-dalam tempat lain yang tak dapat aku certakan kat sini..muahahhahaha...Aku dah tengok macam apom Polkado dah...kesian kat aku..dah la aku sudah berlaki..kalau bujang lagi tak pa jugak...

Dah tu muka aku paling teruk campak keluaq..muka aku yang kulitnya dulu halus mulus bak kuliq teluq takdak sebji jerawat pun pernah timbul walaupun aku nkategori pemalas nak cuci muka la ni dah macam kulit katak puru..apala nasib aku..

Aku rasa n balasan Tuhan la kat aku..dulu aku riak sangat bermuka licin kalah muka bintik-bintik Hanez Suraya tu..Sekarang nah amikk kau!!


Apasal kau nak babitkan aku lak dalam citer ko ni??Incik Bachok Ada Ferrari??Jage ko!!


Ingat senang ka nak hilangkan parut campak kat muka ni..amik masa yang lama tau baru parut hilang..aku rasa raya tahun n belum tentu muka aku licin macam dulu...Waaaaaaa!!

Kadang-kadang aku rasa muka aku ni dah macam iklan cantik muka tu la..yang muka pompuan sebelum licin tu...Huhuhuhu...


Apasal muka aku yang kau pilih poyo oiii??!!


Harap-harap lepaih aku pakai krim apakebenda tah yang ramai orang suggest kat aku kat FB muka aku kembali mulus macam dulu...Kalau tak tak pasal-pasal aku hantaq resume  kat Aura Whie untuk jadi duta depa ganti si Hanez tu...hahhahaahahahahha

Rabu, Mac 19, 2014

POST VIDEO DI FB

Sejak Nayli Bam bam makin membesaq ni..akai dia pun makin bertambah..contohnya dia dah pandai buat bunyi bila aku menyanyi..nak mengajuk aku la konon..Dia mula pandai ketawa bila aku terjatuh depan dia...Dah mula pandaimenjelajah satu rumah dengan Walker dia tu..dah tu punggah barang merata..berselerak abis rumah aku...nasib la mak aku..dok satu umah..dah penat nak layan anak-anak tak abis lagi..ni nak kena layan cucu yang boleh tahan jugak peel dia..

Lagi satu si Nayli ni suka sangat tengok Video kat Youtube..Aku ada dengar dan terbaca jugak yang budak-budak besaq dia tak sesuai untuk tengok tv..komputer..hanset dan sebagainya..tapi bagi aku kalau aku bagi dia tengok video budak-budak kecik dok mengaji dan dia pun enjoy apa salahnya kan..

Lagi satu dia suka sungguh tengok Video Twinkle Twinkle Liltle Star..kalau tengok dia akan pegang hanset aku sambil buat bunyi..hampa tengok baby zaman la..fututeristik betoi pandai pegang hanset ko..kelasss..aku dulu baya dia nak peagang anak patung pon belum tentu boleh kan..hahahha..

Tadi aku bagi dia tengok Video Twinkle Twinkle Liltle Star yang selalu dia tengok tu..dia bukan main seronok pegang Iphone aku tu sambil tengok video kan..skali aku amik balik hanset aku..tengok-tengok dia ada tulus SUCCESS..benda apa yang success ni suspen jugak..aku check FB aku tengok ada video lagu tu dengann perkataan apa dia tulih bhasa Rusia ka hapa...Dasyat sungguh anak aku dah pandai post video kat FB..nASIB baik la Video Twinkle-Twinkle..Kalau dia dia post Video JULIA PEREZ SEKSI MENARI camno??(aku tengok dalam history Youtube dalam hanset Incik Bachok ada tajuk tu, Apekehelllll??!!!)

Khamis, Mac 06, 2014

TAKDAK MUKA

Baru-baru ni Incik Bachok ada bagitau aku masa aku tengah mengandung 7 bulan dulu,dia ada bermimpi.Mimpi dia berkaitan dengan anak yang aku kandung iaitu Nayli sekarang ni la..

Pada satu hari yang nyaman..kami telah pergi ke Sungai Petani untuk membuat pemeriksaan perut disebuah klinik swasta..Klinik ni memang terkenal dan doktor dia memang pakar habis kau...
OLeh sebab sekarang ni tengah hot dengan scan 3D la..4D laaa...jadi Incik Bachok pun teringin la nak buat scan tu jugak kat aku..mana tau tengok muka anak hensem macam dia ka  (Uwekkk) atau pun muka macam Tiz Zaqyah seperti yang aku idam-idamkan..

Doktor tu pun buat scan 2D dulu..Lepaih Dia pun mula buat 3D...Tapi dia tunjuk badan ja..muka tak tunjuk pun..Jadi Incik Bachok pun bertanya..

"Doktor,saya nak tengok muka dia.."

Doktor pun jawab..

"Tak boley tengok lagi la..muka dia bulum sampurna lagi..bulan depan you mai balik..kita scan lagi.."
Masa tu aku rasa doktor tu macam nak pretttt(tipu) kami ja,pasai kawan aku pi scan perut dia 7 bulan dah boleh nampak muka anak sempurna lagi..dia saja nak suh kami pi lagi kat dia..nanti dia caj kami lagi..ingat murah ka scan jenis tu..aku tekad takmau mai dah..Tapi aku tengok muka Incik Bachok merubah..Balik pun diam ja....


Hari berganti hari..bulan berganti bulan...last-last Nayli pun umuq 6 bulan..baru Incik Bachok buka cerita..

"Malam tu I mimpi you beranak anak takdak muka..Gila I takut sungguh"

Whattt!!! hahahahahha!
Lawak jugak laki aku ni....

MENULIH

Sebenarnya banyak benda yang aku nak tulis sejak akhir-akhir ni tapi tak sempat aku nak menulis pasai aku punya life dah makin sibuk..Dengan kerja di opis yang makin menimbun...dengan kesibukan aku sebagai bini orang(hahahahha)... dan masa aku yang terhad dengan anak aku buat aku terpaksa lepaskan masa aku nak menulih ni dengan bermain dengan anak aku yang makin besaq dan bam bam tu...
Jadi kesudahan memang aku tak menulih la..hahhahaa..





Baru korang tau kehebatan aku!! Sampai ibu aku takdan nak menulih..hahhaahhaha!!

Selasa, Januari 07, 2014

TIDAK KENAL

Kelmarin,seorang kenalan dari bank datang opis aku.
Dari dalam bilik aku,aku nampak dia bercakap dengan Yazid.
Kemudian Yazid pandang ke arah bilik aku sambil menjerit.

"Encik ni nak jumpa Wan!!!!" (Wan tu nama keluarga aku)
Aku pun bangun dari kerusi,keluar dari bilik..berjalan terus kearah sofa yang dia duduk..
Sampai ja depan dia,dia pandang aku sambil cakap..


"Saya nak jumpa Cik Wan yang dok kat bilik dalam tu" sambil tunjuk kat bilik lama aku.


"Saya la Wan.." aku jawab..

"La....awat nampak lain..saya tak sangka plak....lain sungguh.."



Cakap jela aku dah gemokkkkkkk!!

Jumaat, Januari 03, 2014

DIET

Sejak dari 31hb Disember yang lepaih aku dah mula start diet..
Jangan ingat aku aku diet aku tak makan.
Itu cara diet yang salah.aku mula gnatikan makanan harian aku dengan makanan yang berkhasiat.
Contohnya sekarang ni aku tak makan nasi dah..aku just ganti nasi dengan makan oat..jugak roti serat..
Aku mula makan supo sayur saja..
Sadwich dari sayur-sayuran..
Mula membaham makan buahan2...
Mula mempelbagaikan masakan berasaskan Oats.
Minum air banyak..
Makan ayam yang dikukus..ikan pun sama..

Hari ni dah 3hb Januari..Dalam masa 3 hari aku dapat turun badan sebanyak 2kilogram...
Indahnya hidup ini aku rasakan..
Muahahahahhahahahha

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!