Ahad, Oktober 31, 2010

AWEKNYA MAU DATANG...

Hari ni..Cik Wan kita tak pi buat ot pun....
hahahahahhahahahha...

Aku tak pi buat OT hari sebab seseorang yang special nak mai rumah..
Haaaa..jangan salah sangka yerrrr...bukan Incik Bachok..sebab cik Bachok dah tak special dah..selalu mai umah..Hari ni paksu aku yang jugak merangkap abaang aku nak bawa seseorang yang dikategorikan sebagai awek dia kot.muahahahaha...

Ok-ok..ini agak ganjil sebab paksu memang tak pernah ada awek..dan ni 1st dia ada awek..jadi semua rasa teruja gila...hahahahaha...Pakat-pakat dok masak semata-mata nk sambut awek paksu tu..depa baru ja berkawan..masih dalam kenal hati budi..tak tahu la yang ke depan macam mana kan..Yang aku tau..awek paksu bekerja kat Putrajaya..kerajaan leerrr..bahagian sumber manusia..wowoowowowowo..agak jauh dia sambaq noh...tapi takpa..kita tengok dulu..tu la tujuannya dia bawa mai awek dia tu..huuuuu...

Lepas ni..kalau segalanya ok...nampaknya kata-kata orang yang kata aku bakal langkah bendul tak berjaya..muahahahahhahaha..lawak arrr..langkah bendul plak..bengong betul..
Dan kalau jadi..tak lama lagi tok akan buat kenduri lagi setelah hampir 12 tahun dah tok tak buat kenduri kahwin..last tok buat masa Makcik dulu..la makcik dah ada anak 4 pun...
huuuuuuuuu..

Ok2..banyak benda nak wat ni...
tata...

Sabtu, Oktober 30, 2010

THERE SOMETHING ABOUT MARY VS THERE SOMETHING ABOUT MANAP

Dulu aku pernh buat cerita bertajuk There Something About Manap kat blog ni..ada dua episode tak silap aku..Sebenarnya cerita tu aku amik dari filem There Something About Mary yang diterbitkan pada tahun 1998..

Aku paling suka skali ending cerita ni time Ben Stiller menangis sebab dia pikir Mary tak cintakan dia sebaliknya Mary pilih si Brett yang berbadan besar lagi baik hati tu..
kelakar gila..





Tapi Mary sebenarnya dah jatuh hati dekat keikhlasan hati si Ben Stiller ni sebab dia sanggup carikan bekas kekasih Mary ni semata-mata nak Mary ni gembira..padahal dIa dari zaman sekolah lagi minat kat Mary ni..Huuuuu..
Last-last Mary pilih dia jugak..
Tapi tak tahan tang adegan kena tembak tu..
hahahhahha

TENGOK BOLA

Semua orang tengok bola..termasukla abah aku.
Hmmm.....
baik aku tidur..esok kerja..
OT la katakan...
huhuhuhuhuhuhuhuhuhu...

KEKASIH IDAMAN

Sejak kecik lagi aku dibesarkan dengan filem-filem lakonan Shah Rukh Khan.dari filem 1st dia belakon dengan Rishi Kapoor sampai la ke filem terbaru dia aku dah tengok.Arwah tokwan aku memang minat dia..dari zaman tape kemudian ke zaman VCD sampai ke zaman DVD kecuali zaman Download la sebab Arwah Tokwan aku buta IT.Kalau la Arwah ni celik IT aku rasa masa sebelum dia meninggal tahun lepas,dia habskan masa dia download cerita Shah Rukh Khan pa...

Demmm..aku dah sebak kalau cerita pasal Arwah..dia memang rapat dengan aku..dia umpama ayah kedua aku selepas abah..huhuhuhu...


Shah Rukh ni pandai mainkan watak-watak yang dia pegang dari jahat,baik,terencat akal..nakal..semua dia boleh..Tapi watak dia paling menjadi sekali kalau dia pegang watak lelaki yang ala-ala nakal gitu..kelakar..very loving person..agak-agak bengong sikit..cakap banyak..wahhh..suka-suka..Contohnya watak dia dalam filem Kuch Kuch Hota Hai,Karan Arjun,Yess Boss,Dil to pagal hai dan yang paling best dan pecah rekod sebab masih lagi ditayangkan dipawagan sampai la sejak filem tu dikeluarkan pada tahun 1995 mesti la filem Dilwale Dulhania Le jayenge..atau dalam bahasa melayunya..Bawa Pengantin Perempuan Pergi..

Dalam cerita tu,watak yang dia pegang tu la paling aku suka..dengan nakalnya.mulut banyak..menyakitkan hati..tapi dalam diam bersungguh-sungguh nak dekat awek dia sampai sanggup ikut awek dia balik kampung semata-mata nak ambik hati bapa awek dia..ingat senang ka?dah la muka si bapak tu horror gila..hohoho..Dek kerana wtak dia tu..aku sampai berangan..alangkah bagusnya kalau aku dapat Pakwe macam ni..hari-hari gelak..hari-hari ceria....

Aku pernah admire kat beberapa lelaki dari zaman sekolah sampai zaman Politeknik tau kat lelaki yang berperangai gila-gila macam tu..admire jela pun..sapa la nak kat aku..aku kan selekeh..macam laki-laki sikit..
wawawawawwawawwawawa...

Tunggu punya tunggu..cari punya cari..last-last dapat Incik Bachok..lari dari yang diidamkan..amik ko...hahahahhaha....
Tapi ok la tu..janji dia boleh gelak sebab aku hari-hari buat lawak kat dia..nak tunggu dia buat lawak?sebulan sekali pun belum tentu..wakakakakakaka..
Sekurangnya dia caring la..termasuk gak salah satu tu..

Weh..weh..apani..dok cerita camni..dia bukan jadi laki aku lagi pun..tak jadi kang baru padan muka aku..kokokokokoko..

Ok-ok..cerita balik pasal Dilwale Dulhania Le Jayenge..
Aku memang suka semua lagu dalam filem tu..yang paling aku suka?
Ofcoz la...lagu ni..





Berdiri bulu aku bila dengar lagu ni..hohohoho...
Ni la orang kata lagu gila bayang..hahaha..aku pernah gila bayang teruk macam ni..
la ni?jangan harap la...hahahhahaha

Shah Rukh Khan!!
Sweet sangat masa ni!!
huhuhuhuhuhu...

HOBIN JANG HOBIN....AMMAK!

Malam ni,Kelantan dan Negeri Senbilan akan berentap lawan bola...Aku tak minat bola..
jadi aku tak sokong sapa-sapa dan lebih baik aku layan DVD..hahahaha..

Untukkan menyakitkan hati Incik Bachok..aku cakap aku sokong N.Sembilan..muka lain tuh..
hahahhahaahhaha...


Untuk Peminat N.Sembilan..nah lagu khas untuk hampa...





hahahahhahahahhaha..
lagi la sakit hati si Bachok itu..
hahahaa

MALAM BULAN DIPAGAR BINTANG...JIWANG LA PLAK..

Aku suka lagu Malam Bulan Dipagar Bintang Nyayian Awan Band..Tapi suara P.Ramlee lagi best la..
Tapi suka la nyanyian depa ni..
huhuhuhuhu..




Dengar banyak kali pun tak jemu..
hohohoho...

Jumaat, Oktober 29, 2010

GAY??!!

Tokey Kelvin : Tokey besar..suda lama wa talak nampak lu..

Abah : Apa pasat..??

Tokey Kelvin : Wa suda rindu sama lu ooo..

Abah : Pundet lu..hang ingat aku gay ka??

Aku :hahahahhahahaha..


Bengong betoi..

DUIT KELUAR MACAM AIR LAGI.....

Hadooiii..
Ni baru balik dari bengkel kereta ni..
lepas ja ambik keta kat bengkel mengecat..
aku pi plak bengkel Kelvin..
Tukar tayar empat sekali gus..amik ko!

Esok ngan lusa..
kompom aku OT..
nak cover balik kemelayangan duit aku..
huhuhuhuhuhu....

LAPAQQQQ!!

Hadooiii..lapar gila hari ni..padahal dah makan dah tadi..
huhuhuhuhuhuhu....

ADA JUGAK YANG KUTUK TULISAN AKU DARI BLOG YANG TAK GLAMER NI...JIWA KACAU BETUL LA..

Aku taktau mamat mana atau minah mana tah nama obe dengan tak malunya kutuk aku punya tulisan..Weeeeiii..aku punya blog aku punya suka la aku nak tulis apa..yang hang sebok2 apasal..hang tu kekurangan kasih sayang sebab tu la hang mai kutuk aku..aku tak kekurangan kasih sayang sikit pun macam yang hang kata..bukan kata kasih sayang..harta..agama..semua aku tak kurang..semua mak bapak aku kasi..adik-adik aku kasi..mak-mak sedara aku kasi..bapak-bapak sedara aku kasi..arwah tokwan aku kasi..tok-tok aku kasi..sepupu sepapat aku kasi..

Aku gedik..memang aku gedik..hang baru tau ka?Memang aku gedik dari dulu lagi..hang yang tergedik-gedik baca blog aku pasaipa..??baru baca satu tajuk dah berani kata macam-macam kat aku..
setahu aku..blog aku bukan blog kutuk orang..Dah tulis kat atas tajuk sana..segala mengenai dirinya..bukan poyo yang lain..aku cerita pasal diri aku la..Ada aku cerita pasal kutuk-kutuk orang..maki hamun orang?takdak kan..?nak kutuk orang pi blog artis malaysia la wei..kutuk la sepuas-puasnya kat situ..sapa pun tak sakit hati..

Aku tulis blog bukan nak cari pasal ngan orang....Aku tulis hal aku..tu pun salah ka wahai makhluk Allah bernama Obe..salah ka??
apala...
Jumaat-jumaat ni kasi aku marah..

P/S: Aku tak guna ayat lucah mahupun maki hamun semasa marah kan...tu orang kata bertamadun..
hahahhahahahhahahaa...

P/S 2 : Mesti lepas ni hang kata aku perempuan angkat bakul sendiri..hahahahhaha..

MOTHMAN..ADAKAH BELIAU SEEKOR HANTU YANG TAK SERAM LANGSUNG ATAU BURUNG JA PUN..??

Pernah dengar pasal Mothman?Mothman ni siapa?Awat glamer sangat menatang ni kat Amerika Lahanat tu?Dia superhero ka sebab ada man-man kat belakang nama dia tu..misteri betul la..huahuahua..

Dan Siapakah mamat Red Indian kat bawah ni?apa kena mengena dia dengan Mothman??Adakah dia sendiri yang Mothman..?hohohohoho..
banyak betul persoalannya..
huhuhuhuhu..




Nama gua Chief Cornstalk.Gua ketua puak Red India kat Virginia.
Gua ada ilmu kutuk mengutuk..jaga-jaga!
Mothman ni glamer sangat la kat Barat Virginia.Mothman ni digambarkan seekor hantu yang mempunyai sayap besar,setinggi manusia,takdak kepala dan ada sepasang mata merah kat dada dia..(mhhmm...macam tu tu?mata?buah dada kot..hahahhahahaha)
Kali pertama Mothman dijumpai ialah pada tahun 1926 di sebuah tanah perkuburan kat daerah Virginia tu jugak la..
Menurut lagenda,Mothman ni adalah makhluk yang dicipta hasil sumpahan atau kutukan atau jampi serapah seorang ketua Red Indian yang teraniaya dan dianiaya oleh askar Amerika semasa Perang Revolusi sekitar tahun 1775 hingga 1783.Ketua Red Indian yang bernama Cornstalk tu cuba membuat usaha damai dengan pihak tentera Amerika,namun tidak dilayan..sebaliknya beliau dengan anak lelakinya ditangkap oleh pihak tentera Amerika dan didera.Tindakan pihak Amerika tu sebagai usaha membalas dendam sebab depa menuduh pihak Red Indian telah membunuh salah seorang tentera depa.Demm..Amerika sejak dulu lagi memang cilaka..
Sebelum dibunuh,beliau dengan sedih sayu telah membuat satu sumpahan atas nasib yang menimpa kaum dia.Maka ramai percaya yang Mothman ni wujud dari sumpahan Cornstalk yang mahu berbuat baik tapi dibalas kejahatan.
Keglameran si Mothman ni membuat pihak pekan Point Pleasant,yang banyak nampak kemunculan Mothman ni membina satu patung.Dikatakan keglameran Mothman ni mengatasi Nora Danish mahupun Fasha Sendat..Erra Fazira juga tak mampu memecah batu keglameran Mothman





Jangan Jeles...
Kemunculan Mothman dikatakan sebagai tanda bakal terjadinya sesuatu bencana.Depa percaya macam tu sebab pada tahun 15 December 1967,jambatan Silver yang menghubungkan Virginia Barat dengan Ohio tiba-tiba runtuh semasa time sibuk ramai kereta.Sebelum Jambatan tu runtuh,seramai 100 orang telah nampak kelibat Mothman berlegar-legar diatas jambatan tu dari tahun 1966 sampai 1767..hujung tahun 1967..jambatan pun runtuh..Jeng..jeng..jeng..
Pada tahun 2003..seorang lelaki dari Ohio yang bernama apa pun aku taktau la..berjalan-jalan dengan anjing dia..Tiba-tiba dia ternampak sesuatu yang terbang kat jambatann lalu hinggap merayap kat tiang jambatan tu..dengan pantas dia pun amik la gambar menatang yang aku tengok macam grim reaper ja tu dengan kamera digital dia..Beliau dan anjingnya percaya yang tu adalah Mothman..
ni hasil tangkapan beliau sebagai jurukamera tidak mahir..


Jaga-jaga..dia terbang tu...


Berehat sebentar bersama Kitkat..

Dan banyak lagi la gambar menatang terbang yang orang Amerika ni amik dan percaya tu adalah Mothman..
Contohnya ni..

Siang-siang pun ada ka?tah burung mana terbang..
Kerana keglameran Mothman ni ,seorang penulis bernama John Keel telah menulis sebuah novel yang diberi tajuk The Mothman Prophecies dan diterbitkan pada tahun 1975 dan pada tahun 2002,sebuat filem yang diambil dari novel tersebut dan menggunakan tajuk yang sama diterbitkan..Lakonan Richard Gere...Richcard Gere???!!! Dia sesuai berlakon filem cinta ja..Anthony Hopkin sesuai la berlakon filem-filem nacam ni..




Poster filem yang tak seram langsung


Sehingga kini..menurut sumber yang tak boleh dipercayai la..pihak polis telah menerima banyak aduan tentang kemunculan Mothman ni walaupun misteri pasal menatang berbuah dada kaler merah ni(pada fikiran aku la..) tak terungkai..


NAK TERCABUT PINGGANG AKU

Haiyaa...bila period lewat..aku susah hati...sakit apala aku ni rajin sangat mai period lewat..paling lewat tiga bulan..Bila dah mai..susah hati sebab sakit plak..senggugut..
Yaaa Allah..sakitnya nak mampus tau dak..sakit pinggang,sakit perut,sakit tuutttt..
Pinggang ni rasa macam nak tercabut..
huuuuuuuuu..

Bila aku gitau hal ni kat Incik Bachok,dia boleh kata aku ni macam-macam hal..manja..
Manja kau kata!!!
Ni yang geram ni..ooooo..dia tak rasa lagi macam mana rasanya mai period kan...
Kalau la boleh tukarkan..aku tukar mai period ni kat u Incik Bachok oiii..
haaaaa..baru U tau langit tinggi rendah kan...
Bergiling-guling la ataih katil..Wa cakap lu...

Tapi kalau boleh tukar dengan incik Bachok..
dia nak keluaq kot mana menatang tu..
hmmmmm...
hehehehe..

Khamis, Oktober 28, 2010

SEKARANG AKU PUNYA KAKI TAK PATAH LAGI!!!!

Tadi,Tauke Lee a.k.a Lembu call aku.


Tauke Lee: Amoiii..u punya kancil Mira sudah siap maaaa...

Aku : Aikkkk!! U cakap hari sabtu baru u boleh kasi wa angkat maa..apasat esok plak..??

Tauke Lee :Haiya amoi..Wa kasi bikin lambat u bising..Sikalang wa kasi bikin awal u lagi mau bising jugak ka??

Aku: Errrkkkkk!!! (Cilaka Tauke Lee)

Yeeeyyyy..Kancil Mira aku dah siap..
sukanya!!!!
Lepas ni indah hidup aku diterangai warna cat baru kancil Mira aku..
Yieeehaaaaaa...
Wink..wink..wink..toink..toink..toink..(alamak..apasal aku boleh tulis perkataan bunyi ni..macam budak-budak sekolah daa..hahaahahhaha)

Lepas ni bahagian dalam pulak kita kena kasi cantik sikit maaaaa...
Heeeeeee!

BIGFOOT..ADAKAH BELIAU SEEKOR HAIWAN ATAUPUN SEORANG MANUSIA YANG ADA MASALAH BULU BANYAK MACAM AKU.

Dulu masa aku kecik-kecik dulu,ada satu filem yang abah kasi aku tengok, mengisahkan satu keluarga yang pergi bercuti masuk hutan,malangnya si bapa telah melanggar seorang haiwan yang besar gila,berbulu dan seakan-akan gorila.Jadi depa bawa balik menatang tu kat rumah dan diberi nama Harry..Tanpa family tu sedaq,Harry tu rupanya seekor Bigfoot yang jadi buruan ramai..maka kekecohan pun terjadi la dalam family depa..

Sebenarnya menatang apa Bigfoot ni?Adakah beliau comel seperti Baby kucing aku,ataupun secomel arnab idaman kakak Incik Bachok,Si Tiera tu??
Jangan berangan la kata Bigfoot tu comel..ungka lagi comel tau..

Bigfoot ni adalah seekor makhluk yang misteri nak mampus yang besar gila,berbulu tebal dan kasar yang menutupi seluruh badan dia,termasuk tang 'anu' dia(pada perkiraan aku la..hehehehe).Bigfoot ni telah dijumpai atau telah dinampak oleh orang awam di daerah-daerah tertentu kat Kanada dan kat Amerika Utara sejak dari abad ke-19 lagi.Menurut orang yang pernah nampak Bigfoot ni,depa anggarkan berat Bigfoot ni mencecah 400kg berdasarkan kebesaran tapak kaki dia.Kaum Red India mengelar Bigfoot ni Sasquatch sebab menatang ni kira haiwan lagenda depa la...

Ada setengah mengatakan menatang Bigfoot adalah makhluk dari sisa-sia tinggalan zaman purba.Ala..cicak dengan buaya pun dari zaman purba gak..depa alami proses evolusi..tu yang kecik tu..gajah..rimau bintang,ikan paus..tu spesis haiwan purba yang alami proses evolusi la tu..(aku rasa la..hahahahha..ingat aku pandai ka?).Selain di Kanada dan Utara Amerika,Bigfoot jugak didapati terdapat di Tibet,Nepal,China dan Australia(sebok ja negara si Howard ni..benci aku)


Gambar Bigfoot berjalan ala model..yang ditangkap oleh seorang lelaki bernama Patterson.



Bigfoot ni mempunyai sifat macam kera dan monyet atau gorilla tapi dia berjalan tegak la.Orang yang tinggal kat sekitar Pergunungan Himalaya selalu la dengar bunyi dari Bigfoot ni tapi Bigfoot tak ganas pun,tapi pemalu.(malu konon..blah la..).sebab tu la memang susah nak nampak dia..Kalau ditengok dari sifat bentuk badan semua la..pkar-pakar haiwan syak yang beliau adalah haiwan jenis Gigantopithecus.Tulang-tulang menatang ni banyak terjumpa kat cina dan ada jugak yang kata bigfoot ni spesis Homoerectus (kera berjalan tegak).

Apa dalam bulatan ni pun aku taktau..hahahha


Hantu ka..bigfoot ka..aku taktau..
Sampai la misteri pasal bigfoot ni tak terungkap la..aku pun pening jugak bila tengok discivery pasal Bigfoot ni..jadi..mari kina pening bersama-sama pikir apa benda Bigfoot ni yang sebenarnya??



takdak mood

Hari ni nak menulis pun takdak mood..benci betul!!!!
Warrrrrgggghhhhhh!
Tak suka la macam ni...

BILA NAK KAHWIN?SEMUA ORANG NAK KAHWIN..TAPI...

Bila mak tanya aku bila nak kahwin dan kumpul duit cepat-cepat sebab nak suh kahwin cepat-cepat tiba-tiba aku jadi tension...

Wahhhhhh!!
Betul-betul tension...

Aku rasa tegang gila..tak pernah aku rasa tegang macam ni sebab mak aku kali ni memang serius gila ja..
Macam-macam benda aku pikir la ni..memang macam nak menangis pun ada..tah la..
Ya Allah..tenangkan hati aku...
wwoooooohhhh!!!

Siapa yang takmau kahwin,semua nak kahwin..Tipu la kalau aku cakap aku takmau kahwin..Tapi memandangkan kedudukan kewangan Incik Bachok yang tak stabil,takkan aku nak paksa dia pinang aku jugak kan..dia pun baru start kerja tahun ni..baru nak menapak.Kalau aku anak orang kaya..dia pun anak sultan,aku rasa masa dia belajar lagi kami dah kahwin.huhuhuhu..
Dia pun hari-hari bagitau aku.Kalau kewangan dia kukuh,dah lama dia suruh orang tua dia pinang aku,bukan takat pinang ja..terus nikah tak payah tunang..Tah pape betul dia ni..
huhubhuhuhu..
Memang betul kalau kami kahwin,dapat mengelakkan maksiat..dosa pun kurang..takdak langsung..aku tak nafikan benda tu..Ingat aku tak pikir ke pahala dosa ni..
Sejak aku bertudung ni..aku asyik pikir dosa pahala ja tau tak..
Tapi..tah la....Aku takmau la jadi perempuan terhegeh-hegeh beria nak kahwin padahal dia mungkin tak pikir apa pun lagi walaupun kadang-kadang dia bagitau aku dia runsing betul bila pikirkan hubungan kami...Aku pun lagi rungsing..


Memang tak boleh tenang..sapa-sapa tolong aku aku...!!!


P/S:Aku rasa mak aku lagi tension sebab dia mak..mak mesti pikir macam-macam pasal anak perempuan dia..anak sulung dia plak tu..huhuhuhuhu

GAJI..BIL-BIL DAN HUTANG

Tadi aku dan Incik bachok kira hutang-hutang yang perlu dibayar dan baki gaji yang tinggal...Wahhh!!! nampaknya walaupun aku kerja kat TM,tapi gaji aku tak mampu lagi menandingi gaji Incik Bachok..walaupun dah ditolak dengan segala bil dan hutang,gaji Incik Bachok masih lagi di tahap seribu lebih sedangkan aku,dah ditolak segala bil dan hutang..bawah seribu...

Waaaaaaaa....kenapa jadi begini????
Waaaaaaaa.......nampak sangat rate gaji aku rendah..
Aku dah siap kira,kalau aku masuk permenant tahun depan,aku akan dapat segala elaun..tapi..tak mampu lagi...
huhuhuhuhuhuhu......

Bila la ceq nak kaya ni mak??!!!
Bila la ceq nak dapat beli rumah semi-D yang didam-idamkan..??!!
Waaaaaaaaa!

Nak tiduq la..tapi teringat plak cerita Candramukhi..eeiiii..
menakutkan!!

Rabu, Oktober 27, 2010

BAJU

Yayyyyy!

Baju dah sampai..!!!

SAKIT GIGI..

Arrggghhhh!

Awat sakit gigi ni???
Tension betoi la..
Benci..benci..benci..!!!!


Incik Bachok!!!!
teman ceq pi cabut gigi hujung minggu ni!!!

huhuhuhuhuhuhu

RUMAH RIUH HARI-HARI SEBAB SIAPA?

Tadi aku mai kerja naik motor.Bukan aku bawa sendiri motor,tapi aku jadi pembonceng ja.Mirul yang menghantar aku.Aku tak pi kerja ngan abah aku pagi ni sebab aku aku pi opis lewat sikit.Semalam dia balik kerja pukul 4 pagi.Seronok betul kerja bahagian abah aku.Duit masuk banyak la jugak..
hahahhahahahahha..
Tapi tu la...bahagian abah aku bukan nak perempuan sangat pun walaupun bos aku seorang perempuan.huhuhuhu..Eh..apa yang aku pi cerita pasal abah aku plak..

Aku kalau naik motor ngan Mirul memang tak larat nak gelak.Sepanjang jalan dok potprtpotpet.Lepas tu dok buat lawak plak..gelak sampai nak terkencing.Entah apa yang dia merapu.Kalau kat rumah lagi merapu.Kami satu family memang tak henti-henti gelak.Lagi pun rumah aku sentiasa riuh pun..mak aku ada anak 4 orang,tapi macam 10 orang.Incik Bachok dulu pun terkejut dengan suasana rumah aku.
Huhuhuhuhuhuhu..

Masing-masing ada perangai lain-lain la..

kalau aku?mana aku tau perangai aku camnakan..orang yang dok tengok gelagat aku la tau..tapi aku memang kalau balik kerja ja..sembang sampai takdak suara..tanpa henti..Sebelum pi kerja pun sembang lagi.Lagipun apa jadi kat aku dalam sehari tu,aku akan cerita balik kat family aku.Aku plak sebenarnya cepat menangis dan kadang-kadang cepat marah jugak..tapi cepat sejuk..Aku plak suka gelak kuat-kuat..kalau nak tau..satu kampung boleh dengar suara aku gelak macam pontianak ni..hahhaha..

Mirul plak?dia sebenarnya panas baran..cepat naik angin la..tapi dia cakap banyak macam aku dan suka buat lawak la.Mulut dia pun boleh tahan pedih jugak la.Kalau takdak dia sunyi jugak.Dia pun kuat mengusik.Tambah-tambah mengusik Azhan.Azhan plak jenis blur-blur macam tu..mau tak syok mengusik..mesti la syok kan..Kalau menyayi lirik-lirik merapu-merapu ni serah kat dia la..kadang-kadang naik menyampah geram pun ada.Dia suka budak-budak ..suka suki dia ja amik anak sapa bawa balik rumah..main..pastu hantar balik kat mak budak tu..gelong punya otak..
hahhaa..

Aloyah..
hahahhahaa..dia marah betoi kalau aku panggil dia dengan nama Aloyah.Sebenarnya nama dia bukan Aloyah..Nama Aloyah tu paksu aku start panggil dulu kat dia lepas tengok cerita Tiga Abdul tu..Lepas tu semua pakat-pakat panggil dia Aloyah.Sebenarnya nama dia mempunyai maksud yang memang indah la..Alia..Wan Noor Alia..Alia ni panas baran jugak,cepat marah..ketegaq nak mampus..hohohoho..tapi kalau bab memekak menyanyi bagi kat dia la,Habis jiran-jiran sebelah rumah boleh dengar suara dia menyanyi..dia pun cakap banyak jugak..asyik nak bercerita ja...walaupun dia aktif dan panas baran,tapi bab-bab tolong orang nombor satu la..kalau mengemas ngan masak..down terus..tak bleh pakai..hahahahaaa..dia pun kuat gelak jugak..kuat mengusik..tambah-tambah mengusik Azhan..Adooii..apala nasib Azhan..hahhaha

Bajehan...
tu nama panggilan Azhan kat rumah...Paksu yang stat panggil Azhan macam tu..lepas tu semua pakat ikut..Azhan ni blur sikit..susah nak paham apa yang orang cerita kat dia.Cara dia cakap pun skema gila..contohnya..

"Mak,pagi tadi masa Azhan mengayuh basikal pi sekolah..ada lori dipandu laju..nasib baik tak himpit Annn.."

Tengok..ayat macam buat karangan..tapi kalau buat karangan,hahahahha..lawak arr..macam cerita kartun jadinya..Dia ni kuat mengusik..kalau aku mandi,dia kunci aku dari luar..tak pun tutup lampu bilik air..geram jugak..suka buat perangai terhegeh-hegeh dia.Dan cakap banyak jugak.Dia suka bercerita macam aku.Tapi yang buat kami suka dengar dia bercerita sebab ayat-ayat skema dia..Dia memang suka haiwan la..kat rumah aku macam-macam haiwan ada..burung,ikan,geng woderpet,kucing..macam-macam la..naik rimas tengok binatang dia bela banyak sangat.Baran dia boleh tahan jugak la..kikikikikikiki..

Macam mana la rumah tak riuh hari-hari..

Selasa, Oktober 26, 2010

TERTUKAR JANTINA

Tadi..aku rasa tak sedap hati la.Bukan apa,aku rasa haid akan nak mai hari ni..Sejak 3 4 bulan ni..jadual haid aku tak menentu.So,dah bila hampir sebulan haid aku tak muncul,tiba-tiba aku rasa dia nak muncul.Lepas makan ja tadi,aku suruh Ida singgah kat Stesen minyak sat.Aku nak beli tuala wanita.Nak prepaid...

Ida pun apalagi,singgah la kat Stesen minyak CALTEX.Dengan semangat kesukaan yang tinggi sebab rindu sangat dengan haid aku ni..aku pun terus masuk mart Caltex then trus pi bahagian belakang mart.Aku syak mesti tuala wanita depa letak kat belakang-belakang.Tengah dok cari,aku dengar suara macam perempuan tak perempuan,nak laki tak macam lelaki tegur.

"Selamat Datang kak..."suara tu tegur aku.

Aku pun pandang sana-sini dok cari suara tu.Tengok-tengok kat kaunter ada seorang yang bertubuh rendah lambai kat aku.Jadi aku pun senyum la..Dari gaya memang la macam perempuan.Alah..senang-senang macam pengkid la..gaya rambut semua kan..Aku pun sambung balik pencarian aku.tak jumpa.Jadi aku pun jerit la kat akak pengkid tu..

"Kak!! tuala wanita dok kat mana??!"

Aku tak peduli pun ada seorang mamat kat situ.Kalau banyak mamat memang aku tak jerit tanya macam tu..
hahahahhahahha..

"Kat sini la dik...."Jawab la si Pengkid tu..
ooooo...kat depan rupanya..depan kuanter..mengadap kuanter..Aku pun jalan la ke depan..makin lama makin dekat la kat budak pengkid tu..
Eh..ada misai sikit?? Ishhh..kesian..patut la jadi pengkid..ada masalah hormon..ada misai..nasib baik bulu roma aku lebat kat tangan ngan kaki ja..kalau tumbuh kat misai macam budak ni..
Waaaaaaa..tak rela aku..

"Kak..saya laki kak..buka perempuan..."Tiba-tiba dia bagitau aku dengan muka tak malu.
Hahhhhhh! Laki???
hahahahahahhahhahahahahhahahha...aku ingat perempuan,...hahahhaaha..
Sebagai seorang wanita yang ada semangat 1Malaysia aku pun minta maaf la kat dia..

"Takpa kak..kak la orang yang ke seribu cakap saya perempuan.."kata dia sambil tersengih..
Lepas ja bayaq..aku terus masuk kereta Ida dan gelak kuat-kuat..
hahahahahhahahahhahhahahahha..lepas tu baru aku cerita kat Ida..Ida pun gelak dan cakap dulu pun dia ingat macam tu gak kat mamat tu..
hahahahhahahahahahha...

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN:WANI DAN AKU..NAMPAK LANGSUIR OR PONTIANAK?

Pada pertengahan tahun 2007 dalam bulan 7 atau 8,aku dan sepupu aku yang bernama Wani ambik keputusan nak cari kerja sambilan selepas aku baru je tamat belajar kat politeknik Kulim dan Wani plak oleh sebab dah lama dok melangut kat rumah lepas tamat tingkatan 6.

Cari punya cari last-last kami diterima kerja sebagai jurujual di Pasaraya Longwan dekat Kulim,Kedah.Masa kerja kami masa tu dari pukul 11 pagi sampai 11 malam.Letih memang letih tapi syok sebab dapat tengok gelagat orang.



Sebenarnya jalan yang kami selalu lalu dari Tasek Gelugor,Penang ke Kulim,Kedah ialah jalan biasa,bukan highway.Sebab kalau ikut highway memang 2 kali ganda jauh dari ikut jalan biasa.Cuma 20 minit saja.Jalan yang kami lalu tu pulak jalan yang kiri kanannya ladang kelapa sawit dan ladang getah.Lampu jalan pun takda.Tapi oleh sebab aku dah biasa berulang alik dari politeknik ke rumah masa belajar dulu,jadi jalan tu tak jadi masalah bagi aku kecuali Wani,dia memang takut kat jalan tu.



Satu malam,lepas saja punch card aku dengan Wani cepat-cepat naik kereta nak balik sebab malam tu kami tertutup lewat sikit sebab ramai orang sangat tadi.Masa tu dah pukul 11.30 malam dan semua kedai dah tutup.Pelan-pelan aku bawa kereta.Elok saja kami dah masuk dekat kawasan jalan tu(lebih dikenali sebagai jalan Bukit Tualang) aku rasa seram semacam.Tak macam selalu,relax ja..aku jadi gelisah malam tu...Dah la lampu jalan takdak..aku bawa kereta pada tahap paling selamat la untuk jalan yang ada lengkok-lengkok.



"Weh mira,mu bawa kheto laju sikit la..aku takut ni.."Tiba-tiba Wani bersuara dengan sedikit getar dalam loghat Kelantan dia.



"Weh..mana boleh.jalan lengkok-lengkok bawa laju..lori ka,keta ka kat depan..naya ooo.."Aku pulak jawab..tapi sebenarnya aku pun rasa semacam jugak..Yang si Wani ni dah mula pegang bahu aku.Taktau la apa motif dia buat macam tu.Bunyi radio menyanyi pun tak boleh hilangkan rasa gelisah aku,Tapi aku cuba buat muka relax sebab semua family aku tahu,aku memang berani selama ni.Tambah-tambah plak sebelum ni mak aku selalu kerasukan.benda macam ni dah jadi macam biasa ja..tapi malam tu?tah la...perasaan tu memang semacam gila.Masa pun rasa macam lama sangat..



Tiba-tiba radio buat hal..sekejap berbunyi,sekejap tak.Aku ketuk-ketuk radio aku berkali-kali.tak ok jugak..



"Awat plak radio ni?tadi ok ja..."aku mula nak naik angin..



"Mana aku tahu..tu radio kheto mu..buke kheto aku.."Wani jawab pertanyaan aku.Loh..aku bukan tanya dia pun..aku tanya kat diri aku la mek kelate ooiiii..Aku diam ja lepas dengar jawapan Wani tu.Tiba-tiba lepas ja kami melalui sebuah kuil hindu,Wani tepuk paha aku.Aku terus pandang Wani.Wani masa tu tengah pejam mata sambil pandang bawah kaki dia..



"Awat ni Wani?Aku soal panik.



"Weh,,mu nampok tak apo yg aku nampok mira weiii...kat belah mu tuuu..."Jawab Wani sambil terketar-ketar lalu jari dia terus tunjuk kat tingkap kereta belah aku.Aku pun pandang la..

Ya Allah..aku nampak satu benda putih tengah terbang dari sebatang pokok kelapa sawit ke pokok kelapa sawit yang lain seolah-olah dia ikut pergerakan kereta aku.Nampak jelas rambutnya yang panjang mengerbang.Dengan serta merta aku pandang ke depan balik...Peluh dah memercik aku satu badan walaupun aircond terpasang.Aku segera tekan minyak untuk lebih laju.Tapi entah macam mana rasa macam kereta ni slow lagi.

"Mampoh la kita mira weii..nate tu ikot kito doh..mampoh!!!"Wani tiba-tiba jerit.Loh minah ni awat taktau..jangan la jerit..kang jadi macam kes Paklong dulu baru tau..

"Hang diam boleh dak Wani??!! aku tengah bawa keta ni!!"Aku terus marah Wani.Wani yang panik terus diam.Aku bawa kereta tak pandang kiri kanan dah.Dalam hati dok doa minta cepat la keluar dari jalan ni..Dari ekor mata aku,aku tau benda tu terbang-terbang lagi dari satu pokok ke satu pokok.Sambil-sambil tu aku baca ayat kursi dan segala Qul..

"Weh mira..dio mace nari-nari pulok!! mampoh kita..mampoh...!!"Wani yang diam bersuara panik balik.Adooiii la..,macam nak tendang keluaq ja budak ni dari kereta.

"Hang boleh dak jangan tengok dia..pandang ke lain!!"Aku segera tegur Wani.Macam budak kecil,dia ikut ja kata-kata aku.

Aku terus ja bawa kereta sampai la kami lalu kat jalan kereta api..masa tu kat gate ketapi tu ada beberapa orang pakcik,mesti penjaga gate kot tengah bersembang.Aku pun try ushar..benda tu pun hilang camtu ja..Lagi pun lepas ja lepasi jalan ketapi tu.Rumah orang dah mula banyak kat tepi jalan.Kedai-kedai makan pun ada banyak.Budak-budak yang melepak kat simpang sambil main gitar pun banyak.Rasa memang lega gila-gila.Muka Wani pun tunjuk wajah kelegaan yang amat sangat.Esoknya,kami dua-dua demam.Dan beberapa hari lepas tu,kami berhenti kerja.
Huhuhuhuhuhuhu..

Isnin, Oktober 25, 2010

JIWA KACAU

Baru aku tau macam mana perasaannya bila kita dah bercinta..dulu aku dok tengok ja gelagat orang bercinta..Sekarang kena kat batang hidung aku sendiri...
Waahhhhhh!
Tensionnya bila bergaduh...rasa macam nak penyepak semua yang ada kat depan mata aku..nasib baik la aku dah tinggal lama dah perangai hodoh macam jantan..kalau tak kereta abah aku plak jadi mangsa..

Waahhhhhhh...
Kenapa bila aku serius nak berbincang..boleh duduk main game plak..tak pun pi tidur.
Bila tegur suruh jadi matang..tuduh aku kata dia perangai macam budak-budak plak..
Adooiiiiiii...nak berbincang secara serius..bukan nak main game laahhhhh!!!

Aku bosan tau tak kalau macam ni selalu!!!!!!!!!!!

Waaarrrrgggghhhh..kenapa la time macamni kancil plak takdak..kalau tak boleh gak aku keluar bawa laju-laju bagi tenang fikiran!!!!!

Aku rindu gila kancil aku dengan enjin dia sekali..dia ja paham aku...
waaaaaaaaaaaa.........

Rasa macam nak baling laptop ni kedinding ja..
geraammmmmm!!!!!

WAAAAAAA!!!

Sekarang aku diberi tugas buat kiraan akaun plak untuk tempat kerja aku.Tiap-tiap bulan pulak kena hantar Butterworth jumlah kiraan kewangan tu..
Semua elaun,claim-claim,OT yang dibuat oleh staff bahagian tempat kerja aku, aku kena kira..Waaaa...macam pembantu akaun plak..Dah la aku paling benci bab kira-kira duit ni..
huhuhuhuhuhuhhuhu..
Maknanya sekarang ada 4 tugas aku kena buat..


1)Pembantu Mr.Eksekutif

2)Kaji siasat pelanggan-cari alamat rumah,cari cabinet,check kabel,check dp yang sesuai untuk line yang akan dipasang kat rumah pelanggan

3)Buat Doket-maksudnya,aku kena repair kerosakkan kat rumah pelanggan ataupun kerosakkan kat kabinet TM

4)Buat akaun-akaun ni la...waaaaa......



Ni contoh Cabinet TM..

BILA LA NAK PUKUL 1 NIIII??

Tiba-tiba aku lapaq Pizza..

Apa kes???

HABIS LA....

Tangan aku tak tahan sangat..

Mybe lusa 2 helai baju menapak kat depan rumah aku...


Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!

TOLONGLAH SEKAT NAFSU AKU YANG SATU NI..BANYAK LAGI NAFSU YANG AKU KENA JAGA NI...!!

Sejak akhir-akhir ni aku gila bershopping online la..gila betul sampai incik bachok pun dah mula tegur dengan cara aku aku guna duit aku secara berleluasa.hahahhaha...

Aku memang gila sangat sampai sebulan 2 3 kali gak la aku dok tranfer secara online duit aku ke akaun bank tokey-tokey butik ni..cukup 3 hari..baju sampai depan umah..
hahhahahahaaa..xpayah aku nak pi mall belek-belek baju..baju pun memang sama la dengan apa yang di ipload dalam blog depa..tu yang aku berani dok ber-online tu..

Ni Ida plak bagi blog baru..walawweeeehhhh...gila-gila baju dia ok gak..huhuhuhu...ni tangan dok gatai nak isi form ni..tahan ja ni..kalau aku isi ja form..abis la...
huhuhuhu..

Ya Allah..kau sekat la nafsu aku yang satu ni..huhuhu..

WEREWOLF A.K.A SERIGALA JADIAN..AGAK-AGAKNYA DEPA HENSEM DAK?

Dunia barat dengan Mitos mengenai Serigala Jadian memang tak boleh pisah la,sampaikan filem-filem keluaran barat Hollywood khususnya banyak buat filem mengenai serigala jadian ni...kiranya cerita pasal serigala jadian ni sama glamer dengan cerita langsuir,hantu raya,toyol dan pontianak dalam masyrakat kita.Setiap kejadian atau makhluk ni mesti ada asal usul dia kan..sama la macam serigala jadian ni..banyak sangat asal-usul kejadian seigala ni sampai aku pun pening la..
hohoho....
Seigala jadian ni adalah seekor..eh..seekor ka?seorang kot?loh..mana satu ni?sebab dia ni separuh binatang separauh manusia,kita panggil dia seorangkor..hahhahah..aku dah merepek dah..
Serigala ni adalah seorang manusia(terutamanya lelaki la...)yang boleh bertukar menajdi serigala jadian setiap kali bulan mengambang kerana terkena serangan san gigitan seekor serigala yang mangsa ni tak mati..bila tak mati kena serang dek serigala..maka dia boleh bertukar jadi serigala jadian la..
Huiii..macam tu..kalau aku ni hari-hari kena gigit kucing..maknanya aku jadi kucing jadian la..??
hahahhahahaha..tapi aku tak jadi kucing jadian pun..
Serigala jadian ni dikatakan memakan daging...memang la..dia kan karnivor punya spesis..terutamanya daging manusia..gullppp!!
Musuh ketak serigala jadian adalah vampire atau pontianak.Dia dikatakan sangat kebal pada semua senjata kecuali barangan yang duperbuat daripada perak.

Malaysia pun ada kepecayaan yang sama..tapi jadi harimau jadian akibat saka la macam cerita yang Rusdi Ramlie belakon tu..apaka tajuk dia..?tak ingat la..yang dia jadi mak nyah tu..
huhuhuhu..



Ukiran serigala jadian pada abad ke 18
Masyarakat Kuno Brazil,Sepanyol dan Portugis percaya bahaya apabila sebuah keluarga yang sudah memiliki 6 orang anak perempuan..tiba-tiba anak ketujuh mereka,anak laki-laki..maka budak tu akan jadi serigala jadian..huhuhuhu..apa punya kepercayaan daa...
Sejarahwan Yunani dari abad kelima sebelum masihi yang bernama herodotus pernah menceritakan sebuah puak Neuri yang boleh berubah menjadi serigala jadian selama beberapa hari dalam setahun.

Serigala yang rakus makan mangsa dibawah bulan purnama..Cisss..macam sajak plak..
Kepercayaan awal pasal serigala ni sejak zaman dewa-dewa lagi..ala..zaman-zaman hercules tu..hahhahaha..bermula pada awal 1550 SM,Raja Lycaon dari Arcadia telah menjamu Dewa Zeus dengan daging manusia.Oleh sebab kebiadapan si Lycaon ni..Dewa Zeus jadi murka tahap dewa 19 lalu dia sumpah si Raja ni jadi serigala jadian..Nah..amik kau..nakal sangat ni...Dah tau Zeus ni Raja segala dewa..yang pi pekena dia bokpa..


Agaknya macam ni la rupa si Raja Lycaon ni lepas kena Sumpah dengan Zeus

Sekarang kita cerita pulak kisah benar yang terjadi kat Perancis plak..

PADA 1573, seorang lelaki Perancis, Gilles Garnier dibakar hidup-hidup selepas lebih 50 saksi melihat dia mengoyak badan kanak-kanak dan memakan daging manusia yang dibunuhnya.
Garnier mengaku dia membunuh dan memakan daging lebih empat kanak-kanak berusia antara 10 hingga 12 tahun kerana dia adalah serigala jadian. Menurutnya, dia memperoleh keupayaan untuk bertukar daripada manusia kepada raksasa serigala selepas bertemu dengan syaitan ketika berburu bagi mencari makanan di dalam hutan pada waktu malam.
Syaitan itu memberi krim magis yang membolehkannya bertukar menjadi serigala jadian dan dia mula menculik kanak-kanak serta memakan daging mangsanya itu. Bagaimanapun, tindakan Garnier akhirnya terbongkar selepas beberapa saksi terserempak dengannya yang sedang melakukan perbuatan berkenaan.
Kira-kira 31 tahun kemudian, kes sama turut berulang di Perancis. Seorang remaja, Jean Grenier, 13, mendakwa pernah bertemu dengan syaitan di dalam hutan dan puaka itu memberikannya kulit serigala yang membolehkan jasadnya bertukar menjadi serigala jadian.
Selepas bertukar menjadi serigala jadian, dia berkeliaran pada setiap malam untuk membunuh dan memakan kanak-kanak. Grenier akhirnya dihukum penjara seumur hidup di Biara Fransiskan.Ini baru dikatakan gila takdak akai..tapi kalau dengan bantuan syaitan..hmmm...kalau bab ni syaitan memang tidak dinafikan memang suka menyesatkan umat manusia tak kira la agama apa pun..

Tapi seorang pakar sakit jiwa plak ada menyatakan yang kes dua ekor mangkok Granier ni kaitkan dengan penyakit jiwa kacau yang dipanggil 'Lycanthropy'.Penyakit jiwa ni buat pesakitnya menyangka dia seekor serigala jadian dan apabila penyakit tu menyerang,si pesakit akan berkelakuan ganas dan berkelakuan seperti serigala.

Lukisan yang menunjukkan tindakan dua orang mangkok yang kongsi nama keluarga yang sama..Granier..

Antara filem-filem yang berkaitan serigala jadian yang aku minat tengok..































Aku rasa serigala jadian dalam cerita Val Helsing paling hensem..sayangnya watak serigala jadian dalam cerita tu sat ja..sebab filem tu fokus kat Lord Dracula dengan Bride-bride dia yang comel lote tu..
GGRRRRRRR...meowwwww!



SEMINIT SAHAJA

Pagi-pagi..kita kena renun-renungkan sikit yerrrrrr..
Betapa besarnya nilai wang kertas bernilai RM1 apabila dibawa ke masjid
untuk disedekahkan; tetapi betapa kecilnya kalau dibawa ke Mall untuk dibelanjakan!

Betapa lamanya melayani Allah selama lima belas minit namun
betapa singkatnya kalau kita melihat filem.

betapa sulitnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa (spontan) namun
betapa mudahnya kalau mengata atau mengumpat
tanpa harus berfikir panjang-panjang.

Betapa asyiknya apabila pertandingan bola dipanjangkan waktunya namun
kita mengeluh ketika khutbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa.

Betapa sulitnya untuk membaca satu helai Al-qur'an tapi
betapa mudahnya membaca 100 halaman dari novel atau majalah yang laris.

Betapa beria-ia orang untuk duduk di depan dalam pertandingan atau konsert namun
lebih senang berada di saf paling belakang ketika berada di Masjid

Betapa Mudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu berahi semata, namun
alangkah sulitnya ketika menahan nafsu selama 30 hari ketika berpuasa.

Betapa sulitnya untuk menyediakan waktu untuk solat 5 waktu; namun
betapa mudahnya menyesuaikan waktu dalam sekejap pada
saat terakhir untuk event yang menyenangkan.

Betapa sulitnya untuk mempelajari erti yang terkandung di dalam al qur'an; namun
betapa mudahnya untuk mengulang-ulangi gosip yang sama kepada orang lain.

Betapa mudahnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh surat khabar namun
betapa kita meragui apa yang dikatakan oleh Kitab Suci Al-Quran.
Betapa Takutnya kita apabila dipanggil Boss dan cepat-cepat menghadapnya namun
betapa kita berani dan lamanya untuk menghadapNya saat kumandang azan bergema.

Ahad, Oktober 24, 2010

KE LANGKAWI LA JAWABNYA...

Kata sepakat telah dibuat..akhirnya kami ambk keputusan pi Langkawi jugak la..
Kalau melaka tu boleh kata tiap-tiap tahun kami pi..tambah-tambah tahun lepas,sebulan sampai 2 kali semata-mata nak pi melawat Mirul ja..Boleh kata satu pelusuk Melaka dah kami masuk...main redah ja..kampung mana hala..hahahhhaa..itula abah aku..ikut dia ja..

Jadi abah cakap baik ikut makcik Idah aku ja dari ikut cadangan Makcik Fina aku.Last-last Makcik Fina aku pun pi Langkawi jugak..hahahahahha...

Kalau diikutkan family aku dah pi banyak kali kat Langkawi..aku ja belum..Masa depa pi aku terikat dengan macam-macam hal..meleleh ja air liur aku sebab teringin nak ikut..
huahuahuahua..
Ehhh..cop-cop..aku pernah pi la..tapi masa aku umur 3 tahun mek...mana nak ingat kan...
gambar jela ada pun..macam tak percaya plak aku pernah pi..Memang takdak memori langsung..
huhuhuhu..
tapi kejadian rambut aku kena tarik dengan monyet masa abah aku bawa aku pi zoo Taiping aku ingat plak..padahal masa tu tahun yang sama..huuhuhu..

Xpala..lagi pun pi Langkawi bukan nak shopping apa pun..takat nak melawat tempat-tempat menarik ja..kecuali mak aku yang nak shopping pinggan mangkuk dan periuk belanga..kaum-kaum ibu macam tu la..
hahhahahhahhaa...

Aku nak pi mandi sat la...baru balik dari tengok wayang ni..dengan Azhan dan Incik Bachok..
huahuahauaua

Sabtu, Oktober 23, 2010

AKU,PAKCIK MAT PENING DAN....HUHUHUHUHU

Sebenarnya aku boring ni..kerja aku dah habis,tapi aku tak boleh balik lagi sebab abah aku terkandas kat Pulau sana.Ada masalah apa tah dengan kerja dia...
waaaaaaaa...
ramai yang ot hari ni dah balik..
aku ja dok tercangak kat sini dengan Pakcik Mat Pening...
Sebab apa panggil Dia Pakcik Mat Pening?
Sebab dia selalu sebut perkataan pening..
Tak kira masa..

Asyik pening ja..
Aku pun kadang-kadang nak tergelak dengan dia..
hohohoho..
Ni dok kira duit gaji kat belakang aku ni.
Nak bayar hutang katanya..
Dok sebut pening ja dari tadi..
hahhahahahhaha..

Masa buat kerja..kalau time bz ja..dia kalut-kalut lari sana sini nak pasang talian untuk pelanggan tak kira la pelanggan telefon ka,CDMA ka..Streamyx ka..mesti sebut pening-pening..
hahhahahhahahha..


Ni tiba-tiba nak belanja aku plak dah..
kalut ja keluar pi beli makanan..
Dah la aku takut weiii..
aku sorang ja ni..
dah la opis ni bangunan lama....
macam-macam cerita..
kang aku jumpa apa ka...
wAAAAAAAAA....

HI GIRLSSSSS! TAKE CARE....

Aku dapat emel dari seoran kawan tah kerja kat TM yang mana satu..tapi bagus jugak la dia hantar-hantar emel macam ni.Nak memperingati orang perempuan macam aku ni yang selalunya memang leka la masa bawa kereta kan..aku tak aaa..
hahahahah..

Ni adalah kandungan emel yang dihantar..


Semalam, saya sampai ke ofis agak awal. Jadi saya

duduk dululah dalam kereta sambil mendengar lagu.
Tiba-tiba, terkejut saya apabila ternampak kereta
peronda polis berhenti dibelakang saya. Dengan penuh
gaya , seorang polis datang ke arah saya.

"Selamat Pagi, Cik Kak.."
"Errr selamat pagi"..jawab saya, dengan nada yang
terkejut. Tahu yang saya nampak panik, polis tu
tersenyum sambil berkata:

" Selalu ke ofis, memandu sorang diri ke?"..

"Errr.. ya, saya sorang je. Apahal Encik..?"
"Beginilah, saya cuma nak menasihatkan awak saja.
Awak tak buat kesalahan apa-apa, jangan takut.
Cuma...macam yang kita semua tahu, sekarang
banyak betul berlaku gejala ragut, rogol, cederakan,
bunuh..berlaku kepada wanita. Orang-orang yang
tak sihat ni, selalunya akan perhatikan dulu mangsa
mereka, beberapa hari sebelum dia nak mengganas".

"Saya nasihatkan awak, jangan terlalu menghias
kereta yang boleh menggambarkan sesebuah kereta
kepunyaan wanita. Kalau boleh, anak-anak patung
dan bunga-bunga, jangan diletak didalam kereta.
Biar 'mereka' susah nak membezakan kereta lelaki
dan kereta wanita. Lagipun hiasan anak-anak patung
ni memang menjadi pemikat kepada mereka-mereka
yang suka bersembunyi dicelah kereta, terutamanya
dikompleks-kompleks beli-belah untuk mencari mangsa.
Sebab mereka tahu, hanya wanita saja yang suka
menghias kereta dengan anak patung nih".


"Banyak kes ragut di tempat parking, mendapati
penjenayah berada ditepi kereta mangsa, beberapa
minit, sebelum mangsa sampai.. Dan salah satu cara
mereka nak tahu kereta tu milik wanita atau lelaki,
ialah melalui keadaan dan rupa dalaman kereta itu.
Jadi berhati-hatilah, jaga diri baik-baik
".
kata polisi itu lagi sebelum berlalu.


"Terima Kasih encik.." jawab saya, bertambah-tambah
pucat. Errrrrrrr... . betul jugak. Tiba-tiba terus
perasaan takut menjelma.Sebelum ni tak ada pulak.
Memang tak terfikir saya sebelum ni, yang hiasan
kereta juga mengundang bahaya. Hmmmm... nampaknya
Hello Kitty, Pooh dan kawan-kawannya tak boleh
lagi berjalan-jalan bersama Kancil saya. Kena duduk
kat rumah aje.

Moral of the story:
Hiasan kereta bukan saja menarik kanak-kanak, tetapi juga menarik
penjenayah!!
-> Kepada semua pemandu wanita, JAGA DIRI!! Tolong sebarkan kepada yang
tersayang


P/S: Nasib baik la kereta ku tu tak mengambarkan ciri-ciri kereta seorang perempuan.Bahkan lelaki pun tak..aku taktau la kereta aku ciri-ciri apa..huduh tau dak kereta aku..huduh sangat-sangat.Saoa-sapa pernah naik kereta aku tau la..
hahahhahahhaha...Sebab tu la aku kalut nak cat kereta aku tu..
kikiki..

OT DAN SET BILIK TIDUR SERTA BARANG LAMA TAHAN DARI BARANG ZAMAN SEKARANG

Hai..nama saya Amira Amair..nama saya panjang lagi..malas nak tulis..lenguh...
Saya ada kat opis skarang..sebab saya OT..
hahahhahahaha

Takbleh blah betul dok bersaya-saya..
huhuhuhuhuhu..
Semalam aku takdan nak tulis banyak-banyak sebab BZ..balik rumah pun bizi gak sebab pi cari set bilik tidur..
dah jumpa yang berkenan..
wah..suka-suka..
Akhirnya dapat beli set bilik tidur yang diidam-idamkan..

Walaupun aku rasa mahal gak..bocor poket aku..tapi berbaloi..aku nak pakai dalam jangka masa yang panjang...sampai aku kahwin beranak pinak aku nak pakai..jadi kena beli yang berkualiti macam set bilik tidur mak aku..
20 tahun lebih pakai weii....
kalo orang lain taktau la..tah-tah dah dicampak atau rosak bertahun-tahun dulu..aku nak ikut stail mak aku..beli sekali mahal..tapi jimat dalam jangka masa yang lama..

Sebenarnya barang dalam rumah aku semua antik-antik belaka..
hahahahaa..
ada tv yang berusia 25 tahun tau..jenma SETRON.Sekarang mana ada TV jenama tu..abah aku stil pakai lagi..taruk dalam bilik dia..
Peti Ais pun sama la..sama umur dengan aku..Tah jenama apa..dah tertanggal tulisan dia..Mak pakai lagi walaupun ada peti ais baru..bukan takat peti ais,kerusi rotan..mesin basuh..
hahahhahaha..antik gila la..
bila digabung dengan barang-barang baru..
caca merba..hahhaahhahaha..
Mak aku memang sayang barang-barang lama dia..sentimetal value katanya..
jadi semua ada dua..
hahahahhahahha..


Tapi...
Oleh sebab duit aku dah tersusut banyak..
maka aku kena buat OT lebih la..
huhuhuhuhuhu....

ok cau dulu..

Jumaat, Oktober 22, 2010

BABY...BABY..BABY..OHHHHHH!

Hari ni aku syak besday baby yang ke setahun..hahahhaha..aku pakai main teka ja sebab masa aku mula start bela baby,dia nak jalan pun tak berapa nak boleh lagi..terkangkang-kangkang..kejap-kejap terbalik..masa Azhan bawa balik Baby ke rumah kami tahun lepas ialah awal bulan 11.Nampak sangat baby mungkin lahir dalam pertengahan bulan 10.



Aku ingat lagi masa Azhan bawa balik menatang berbulu ni..beria ja suruh rahsiakan dari abah,sebab abah tak bagi kami bela menatang berbulu sebab Azhan alah dengan menatang berbulu.Sebagai kakak yang bertanggungjawab,aku kasitau abah aku,yang aku nak bela..abah bagi dengan syarat Baby kena tidur luar malam-malam..Nak tak hendak kami terpaksa la ikut syarat abah..

Daripada pada tak berapa suka dengan kehadiran Baby,akhirnya abah dapat jugak la terima Baby sampaikan balik kerja ja,dia cari Baby dulu.Baby plak jenis yang menikus,manja dan penakut..
muahahahahhaha..memang lawak la tengok gelakat dia.Sekarang Baby dah jadi seekor kucing yang gumuk gedempol dan mempunyai musuh bernama Aloyah..
Setiap hari depa berentap bercakaran sesama sendiri umpama Hang Tuah dan Hang Jebat..
hahahhahaha..
Selalunya Baby dibeking oleh kami sekeluarga berbanding Aloyah..hahahahhahaa..
Sebab tu Aloyah dengki dan irihati terhadap Baby..
kikiki..
Aku pun suka gak ambik gambar Baby ni..
best tengok...

Gaya Baby yang kekenyangan...


Gaya Baby yang kadang-kadang tidur malam dengan aku..




Baby yang suka sangat kacau aku masa aku menulis..



Mata Baby yang sebenarnya sebelah lagi buta sebab mata dia terkena minyak motor Mirul
Tak sabaq nak balik rumah jumpa Baby..
huhuhu




Khamis, Oktober 21, 2010

DUA AKAUN..EH TIGA AKAUN...HAHAHHAHA

Haaaa...
aku baru balik dari Sungai Petani ni..
aduh..letih gila la...
ni nak tidoq la..
lagi bagus..
nak mnulis pun tak larat dah ni..
yang penting...
aku keluarkan duit dari kedua-dua akaun aku..
muahahahhahahhahahha..
pelaburan jangka singkat ni..
hahhahhahhaha

DUIT

Nak pi rumah Makjang sat dengan Paksu..nak setel ha duit..
muahahhahaha..
sukanyaaa.....!!!!

DUIT DAH MASUK

Yahooo...duit dah masuk!!!!!
Rasa macam nak menari poco-poco plak..
hahhaahhaha

POLIS VIETNAM YANG TINGGAL SEPARUH BADAN

Aku terima satu emel dari makcik satu opis dengan aku..

EEiii..agak dasyat la..

agaknya dia kena langgatr dengan apa ek?

huhuhuhuhuhu

DARI CERITA HAL SEMALAM..SAMPAI MASUK KE HAL POLITIK

Semalam aku tidoq awal gila..pukul 8 lebih..tu pun tertiduq kat ruang tamu masa tengah layan tengok tv.Tah macam mana tah boleh tertidur.Pukul 9.30 adik aku Mirul gerak aku suh masuk tidur dalam bilik..Masuk la dalam bilik..pukul 10 lebih..Yazid,kawan seopis aku call..ada hal yang membabitkan kemuskilan hati dia..tak pasal-pasal dalam keaadan mengantuk,aku tolong setelkan.
Huhuhuhuhuhuhuhuhuhu..

Pagi tadi,pukul 7.20 aku aku dah keluar rumah.Kena keluar awal la sebab abah nak ngantar aku dulu kat BM lepas tu nak ke Seberang Jaya pulak.Tau-tau la BM macam mana..sesak gila nak mampus.Bukan bandar besar pun.kaang jem kang lambat pulak abah aku tu.
muahahahhahahahaha....

Semalam lepaih ja balik dari kerja,aku hantar terus kereta aku kat bengkel.Sementara nak tunggu abah aku mai ambik,aku layan sembang dengan semua orang yang ada kat situ.Macam-macam hal la depa ni..macam-macam masalah.Baru aku tau,selain kedai kopi,orang laki-laki suka menyembang isu semasa kat bengkel kereta jugak.Tak pasal-pasal aku yang dikategorikan sebagai ahli-ahli atas pagar yang tak menyokong mana-mana terlibat dalam perbualan politik yang entah apa-apa..
Bila aku bawa keluar satu ayat..

"Politik Malaysia macam pukimak la Uncle...U tak payah cakap la ini bagus,itu tak bagus..semua sama sahaja...sama-sama parti pun mau gaduh..gila kuasa..gila duit..gila perempuan..gila lelaki hensem..fikir cari jalan macam mana mau jadi kaya lagi bagus.."

Kemudian uncle sama pakcik tu gelak sakan sambil kata betul jugak ayat aku.
Zaman la zaman cari duit,cari harta dunia..cari harta akhirat..politik tolak tepi dulu la...
sampai masa nak mengundi..pi mengundi jela..dah tu tanggungjawab kita untuk negara..

Yang cakap pung pang pung pang buat apa..
masuk habis bab-bab agama..
last-last petang tu nampak hang masuk sport toto jugak..
buat malu parti politik tu ja..
bodoh!!

Cakap bukan main lagi nak keadilan untuk rakyat..
nak setel hal rasuah..last-last ko sendiri kasi duit kopi kat tukang temuduga asalkan anak ko dapat kerja..bukan rasuah ke tu?

Cakap jangan timbul isu perkauman..
nak 1Malaysia konon..
Last-last bila dok kat kedai kopi..bukan main lagi perangat isu perkauman..


Macam tu la politik ye adik-adik semua..
Semua takble pakai..

Rabu, Oktober 20, 2010

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN:MAK BERCAKAP DALAM LOGHAT PARIT

Aku lahir dalam sebuah keluarga yang tak berapa percaya dengan benda-benda mistik,tahyul mahyul atau bomoh-momoh ni..Tapi bila satu kejadian yang terjadi sendiri kat dalam family aku yang buat pemikiran aku terhadap benda-benda mistik ni berubah sama sekali.Bukan takat aku,tapi abah aku sekali.

Pada satu tengahari tahun 2000,kami masih lagi tinggal kat Ipoh,Perak.Masa tu aku baru tingkatan satu,Mirul plak masa tu darjah 3,Aloyah plak masa tu baru umur 5 tahun dan Azhan plak baru umur 2 tahun.Masa tu tengahari..tengahri rembang(orang tua-tua cakap time ni pun setan berkeliaran..tah betoi,..tah idak..huhuhu)..aku dengan adik-adik aku tengah melayan TV..mak pulak dok layan masak kat dapur sambil dengar radio Era..Sambil mak memasak..aku dengar la mak dok gelak-gelak.Mybe terhibur la kot ngan celoteh DJ radio..kemudiaN dengan secara tiba-tiba suasana rumah macam sunyi ja..then aku cuma dengar suara mak dok gelak-gelak.Aku pun buat tak reti sambil jaga Azhan,aku layan Tv dengan adik-adik yang lain..

Tapi aku dengar mak duk gelak makin sakan..makin kuat..pelik jugak..aku pun pi kat dapur..aku pi dekat mak aku yang tengah dok masak ayam masak merah..dari belakang mak punya rambut,mak aiii..macam serabut ja..nak mengerbang sikit..mak plak rambut panjang time tu..aku pun tegur la..

"Mak..awat mak gelak sakan ni...?"Mak pun jawab..

"Takdak pa la.."sambil diiringi gelak mengilai..Aku tengok muka mak pucat gila..macam mayat.So aku tanya lagi mak..mak tiba-tiba merengus sambil pandang aku.Mata dia merah.Ayam dalam kuala abis dicampak-campaknya kat dinding..abis berterabur kat lantai.Lepas tu mak mengilai..

Hihihihihihihihihihihi...

Punya la panjang lagi nyaring.Aku rasa seram gila.Aku syak mak sakit ni.Taktau pulak apa sebenarnya terjadi.Aku pun keluar rumah,aku tengok rumah jiran kiri kanan tertutup rapat.Duduk rumah taman besa la..susah nak jumpa jiran.Tambah-tambah lorong yang aku duduk plak ada ramai orang cina.Masa tu pulak time cuti sekolah hujung tahun.Kebanyakan jiran-jiran aku dah hantar anak-anak depa balik kampung.Nak minta tolong sapa??Mak la kat lorong tu satu-satunya suri rumah tangga.Yang lain-lain semua bekerja.Aku masuk rumah balik,aku contact abah aku.Masa tu hilaian mak memang gila-gila punya kuat.Adik aku Mirul dah siap dukung Azhan keluar rumah dengan Aloyah sekali.Abah yang masa tu dalam bilik meeting terus balik dengan rakan seopis dia.Sampai ja depan umah,adik-adik aku pakat-pakat pi peluk abah aku tanda depa takut.Aloyah paling kuat menagis..hahahhaha..

Lepas tu abah suruh aku tunggu kat luar dengan adik-adik aku..Abah dengan kawan dia masuk dalam rumah.Tak sampai 5 minit aku dengar mak jerit kuat sambil cakap dalam loghat yang memang aku tau loghat apa..loghat Parit.Walaupun aku tak paham loghat Parit tapi aku tau la sikit-sikit sebab kebanyakkan peniaga kat market taman aku dok tu cakap parit.Tambah-tambah yang berumur.Lagi aku heran macam mana mak boleh cakap parit?Orang yang cakap Parit dengan mak selama ni pun mak tak paham,inikan pulak nak cakap..

Lepas tu abah dengan kawan dia keluar rumah..

"Aku rasa la Wan,ko kene bawe bini ko jumpa ustaz la.."kawan abah bagi cadangan dalam longat perak dia.

"Ustaz mana?aku taktau..hang ada kenai ka?"Abah soal balik..

"Ada ustaz PAS dok depan lorong rumah aku..moh ikut aku.."Kata kawan abah..Abah pun kunci pintu rumah then suh aku tunggu kejap kat luar..dia nak ke rumah Ustaz PAS tu..setengah jam lepaih tu abah balik bawa sebotol air.Then abah masuk rumah,aku ikut belakang dia..mak yang terbaring atas lantai dapur tengok kami sambil gelak-gelak.Abah dengan mulut kumat kamit tah ape yang dia baca terus simbah air tu kat badan mak.Mak jerit macam sakit sangat-sangat lepas tu pengsan.Menurut abah Ustaz PAS tu bukan jenis mengubat orang.Dia boleh bagi air yassin ja..

Jadi petang tu jugak kami bersiap-siap..mak dok pengsan lagi..Lepas mahgrib..kami bertolak ke Penang sebab abah dah contact arwah Tokwan Non dan cerita abis perihal apa yang terjadi kat mak.Tokwan Non suruh abah bawa balik mak mai Penang.Dia dah slow talk dengan bilal kat kampung yang pandai mengubat orang.Bayangkan la malam,lalu lebuh raya utara-selatan yang glamer dengan cerita-cerita seram,aku dengan mak dok belakang,semua adik-adik dok depan..bayangkan apa jadi selepas itu???


Sebenarnya tak jadi apa pun..aku saja ja gempaq..hahahhahhaa..Tapi takut weh..bila mak bergerak sikit..aku dah rasa takut sampai nak terkencing.Bayangkan dua jam aku tahan kencing.Sakit gila pundi kencing aku.huhuhuhuhu..

Sampai ja rumah Tokwan,aku tengok Bilal Pin (bukan ayah Pin YERRR)dah tunggu dalam rumah.Jadi abah try la nak dukung mak masuk dalam rumah.Tak boleh..gila punya berat abah kata.Mak yang berbadan kecik,pendek..(time tu la..sekarang dah cubby) tiba-tiba berat..tak masuk akal...Arwah Tokwan pun mai tolong abah..tak boleh jugak..panggil jiran sebelah rumah..tak bleh jugak..last-last bilal keluar rumah..dia kasi baca satu ayat..terus boleh angkat mak masuk dalam rumah.Mak dibaringkan ditengah ruang tamu dan time tu mak dah tersedar..dia pun bangun dan duduk sambil mengadap bilal.Lepas tu mak gelak sakan dan marah-marah bilal dalam Bahasa Parit.Macam mana upacara mengubat nak??
Lebih kurang macam cerita Santau la..tang part akhir tu..lebih kurang la..tapi masa tu tak ramai la macam dalam cerita Santau tu..Cuma ahli keluarga ja..Dan badan mak takdak la sampai terpelanting melekat kat dinding rumah yang ada ayat suci tu..tu kira dasat dah tu,..
hahhahahahhaha...

Lepas tu..dua jam jugak la...last-last setel...Lepas ja benda tu keluar dari badan mak.Mak jadi sangat letih dah kuat tidur selama beberapa hari gak la..lepas tu keadaan mak normal balik.

Menurut cerita abah,benda tu spesis langsuir..dah berusia berpuluh-puluh tahun dan dah lama merayap-rayap kat taman perumahan tu.Dulu tapak taman ni..adalah bekas lombong.
3 bulan lepas tu kami berpindah rumah..dalam taman yang sama,cuma lorong ja lain-lain.Dok disitu kami kekal lama sehingga abah dapat bertukar balik semula ke Penang.

SELAMAT BERSALIN KULIT WAHAI KANCILKU

Petang satgi,lepas balik dari kerja aku akan terus hantar kereta aku ni bengkel mengecat.
Lepas tu abah akan ambul aku kat sana.Bengkel mengecat tu dekat Padang Serai,Kedah.15 minit ja dari rumah aku.hahahahahhahahha..kalau tak jem la...

Lepas ni hari-hari abah akan tumpangkan aku ke tempat kerja.Kalau tak sempat,aku akan naik bas ja..
huhuhuhuhuhu..

Dua minggu jugak la Kancil Mira aku lepak kat sana..muahahahhahahaha..tu paling awal la..paling lewat sebulan..
huhuhu..
Lepas ni nak pi mana-mana kena pinjam kereta abah la..
waaaa.....

Selasa, Oktober 19, 2010

GADIS CANTIK YANG DISUMPAH BERNAMA MEDUSA

Kalau tengok filem-filem klasik keluaran Hollywood.Kalau filem yang mengisahkan pahlawan-pahlawan greek atau mengenai dewa-dewa depa,watak Medusa mesti ada.Selalunya watak Medusa ni digambarkan sebagai seorang gadis yang memiliki rambut ular dan memiliki pandangan mata yang membuatkan sesiapa yang melihat akan menjadi batu.

Medusa ni sebenaqnya la ialah perempuan cantik yang jadi pendeta kuil dan menjaga kuil milik Dewi Athena,dewi kebijaksaan,strategi dan peperangan..amboihhh..kalau dikalangan dewa dewi ni,dia dikira jeneral peperangan kot..hahahhahaha..

Tapi malangnya si Medusa ni bila satu hari dia dirogol oleh Dewa Poseidon,Dewa laut dan sungai.Cisss..teruk betul la dewa depa ni.Siap rogol orang lagi.Macam ni pun boleh disembah ka?Rosak-rosak..jahanam-jahanam.huhuhuhu..







Aku tengok muka macam Angelina Jolie pun ada..hahahhaa..

Bila Dewi Athena dapat tau kejadian rogol ni,Dewi Athena jadi marah lalu mengubah rambut Si Medusa ni jadi ular dan bersumpah sesiapa yang memandang mata Medusa ni.Maka depa akan jadi batu.Kesian..dah kena rogol..pastu kena sumpah plak..bukan salah dia pun..salah Dewa Poseidon tu ha...hang pi la sumpah si perogol tu..yang hang sumpah mangsa pasaipa..Nampak sangat ketidakadilan disitu..wakakakkkaa..macam la cerita ni betul..padahal dengeng mak enon ja..

Medusa ni dibunuh oleh seolah pahlawan greek yang bernama Perseus atas arahan Raja Polidektes dan meminta kepala Medusa sebagai hadiah..Loh..pulak...apala..Dengan bantuan Dewi Athena,yang beri dia kasut bersayap..(ada cerita kartun pasal kasut bersayap ni...tapi bkn keluaran disney la..),pedang dan perisai yang ada cermin,maka se Perseus ni boleh la bunuh si Medusa ni dengah tanpa melihat muka dia.Tengok bayangan dia kat perisai bercemin tu dan Zaaapppp..!! kepala Medusa pun tergolek la kat lantai...

Ukiran patung Perseus memegang kepala Medusa yang diukir pada tahun 1514 oleh Benvenuto Cellini
Selepas ja memenggal kepala Medusa,Perseus tak bagi pun kepala Medusa tu kat Raja Polidektes.Sebaliknya dia serahkan kepala Medusa pada Dewi Athena lalu Dewi Athena tu pun lekatkan kepala Medusa pada sebuah perisai yang diberi nama Aegis.
Ni adalah sedutan bagaimana Perseus nak bunuh Si Medusa ni dalam filem Clash Of The Titan.Filem ni sebenarnya dibikin semula dari filem asal yang dikeluarkan pada tahun 1981.
Tapi video dia ni aku ambik dari yang terbaru la...






Tapi buku yang pernah aku baca dulu la..abah pernah beli,Medusa berkaki manusia,cuma rambut ja rambut ular...huhuhuhuhuhuhu...

PENGALAMAN SEBAGAI SALEGIRL

Selalunya kalau aku tengok budak-budak salegirl yang dok jaga barangan kat supermarket ka..mall ka..aku mesti teringat masa aku kerja salegirl kat pasaraya longwan 4 tahun dulu..memang lawak la...banyak benda yang aku kelentong dan mengayat pelanggan supaya beli barangan tertentu dan jugak kelentong semata-mata nak setel problem depa.Aku plak kena jaga bahagian perkakasan dapur.Lagi la senang kelentong makcik-makcik or kakak-kakak yang dah kahwin tu..contohnya..

Situasi 1

Masa tengah dok susun barang-barang plastik..tiba-tiba ada seorang kakak ni..lawa la jugak kan..tegur aku.Dia tanya aku mana dia lesung tumbuk.So,aku pun bagitau la kedudukan lesung tumbuk tu.Lepas ja selesai susun barang,aku pi la ronda-ronda sambil tengok-tengok pelanggan.The aku nampak aku tu dok lagi kat tempat lesung tumbuk,so aku pun pi la tegur dia...

Aku : Kak nak beli lesung tumbuk ka?
Kakak Lawa : (terkejut sikit) A'ah..kak nak amik yang ni la..(sambil tunjuk lesung tumbuk paling kecik..)
Aku: Loh..awat kak amik kecik sangat?
Kakak lawa:Ala..kak baru je kahwin..ngan husband ja..takkan nak pakai yang besar-besar..nak masak pun sikit je..tumbuk apa-apa pun sikit jela..
Aku :Uihhh..kak tak boleh pandang waktu sekarang...kak kena pandang ke masa depan jugak..
Kakak lawa:Maksud adik?
Aku :Kalau kak beli yang kecik,esok bila kak dah beranak pinak..nak masak banyak-banyak..kena tumbuk banyak-banyak..dak kena beli lain..besaq ni mana cukup kan..masa la tengah murah lagi benda ni..nanti-nanti bila kak nak beli,dah mahal..
Kakak lawa:errrr..
Aku :Lagi satu kan..kalau kak beli yang kecik,masa kak tumbuk,mesti bawang asyik terpelanting keluar,menyusahkan ja nak kena kutip balik...kalau kak pakai yang besar..memang gerenti la tak terpelanting keluar..
Kakak Lawa:betoi jugak..akak ambil yang besar la..

See..pandai tak aku..hahahhaha


Situasi 2

Ada sorang makcik tu tiba-tiba datang kat aku.Katanya nak beli periuk.So,aku pun bawa la pi bahagian periuk.Lepas tu aku pun tanya..

Aku :Makcik nak periuk macam mana?satu set ka or satu-satu ni?
Makcik Pening :Makcik nak beli satu ja..
Aku :Nak saiz apa?
Makcik pening:Makcik pun taktau..makcik nak buat kenduri sikit-sikit..nak buat gulai ikan kering..tapi makcik taktau nak pakai saiz apa..
Aku: Makcik buat kenduri untuk berapa orang?
Makcik:Ala..dalam seratus orang ja..kenduri doa selamat.
Aku:kalau macam tu makcik amik yang ni..(sambil tunjuk satu periuk sederhana besar..)
Makcik Pening:Eh..cukup ka ni...??
Aku:Cukup makcik..kalau seratus orang separuh dari periuk ni pun dah cukup..
Makcik Pening:Pandai la hang..
Aku :Saya memang pandai bab-bab ni..tokwan saya tokey nasi..bab agak mengajak jumlah masakan dengan jumlah orang memang kepakaran saya..(cewah!!ayat takbleh blah betoi la..)
Makcik Pening:Tu ka..??nasib baik hang ada..ni banyk sangat jenama ni..yang mana elok ni?

Loh..makcik ni..bab-bab jenama ni aku taktau ni..kelentong lagi..

Aku:haa..tgk ni..kat tepi periuk ni cap buaya..(sambil tunjuk)
Makcik Pening:awat?ok ka cap buaya ni?
Aku:cap buaya la ok dari semua cap yang ada kat sini makcik..tak pecaya makcik try pegang tgjk..cap buaya ni tebal sikit dari cap lain..

Makcik tu pun ikut la buat pegang-pegang,banding-banding sambil angguk-angguk..

Makcik Pening:Betul laa...(hahahahahhaha..padahal sama ja pun)
Aku:tu la..kan saya dah kata..susah nak bocor periuk ni..tengok cap dia pun dah tau..Cap croccodile..macam yang baju tu..berkualiti oo baju dia..
Makcik Pening:makcik taktau plak crocodile ada buat periuk..makcik amik yang ni la...
Aku:errrrr!!

Seeee...pandai dak otak kelentong aku...

Situasi 3

Ada sepasang suami isteri dok speaking ja sesama depa..dari gaya macam orang ada-ada..lepas tu si bini panggil aku..

Bini :Adik..mai sat..
Aku: ya kak..nak beli apa?
Bini: Kak nak beli tikar getah la..untuk rumah mak kak kat kampung..kak nak beli tikar getah untuk dapuq dia..
Aku:ok..kak nak yang mana?
Bini:kalau boleh kak nak beli semua corak..tapi mana boleh..hahahhahahaha..
Aku:hahahahhahahaha
Bini:Adik tolong tunjuk yang mana ok..

Pulak dah...ni yang lemah ni..aku mana reti bab-bab pilih warna dan corak tikar getah..kelentong lagi..
Aku pun buat-buat la pilih-pilih..last-last aku nampak tikar getah yang sama macam kat dapur rumah tok aku..

Aku:Kak..yang ni fesyen baru kak..(padahal dah 4 tahun tok aku pkai)
Bini:yaka:ni corak petak-petak hitam putih ni corak baru ka?macam kotak cheese ja..hahahahha..kak taktau..rumah kat pakai lantai jubin(rumah aku pun sama la kak ioiiii)
Aku:betoi kak..baru ni..lagi pun hitam putih ni sesuai dengan semua warna dinding..Lagi pun kilang yang buat tikar ni memang terkenal la hasil kerja yang tahan lama..
Bini:Tu ka?ok la..kak amik..

Hahahahhahahaha..pandai betoi aku..hahahhahaha...padahal corak 4 tahun lepas punya..
Kepada jurujual..hati-hati dengan aku..aku tau anda pandai kelentong..
hahahhaahha

ELAUN DOBI!!!! SUKANYA!

Yesssss!!!

Aku layak dapat baju seragam..
Klau aku layak dapat baju seragam..
Maknanya aku layak dapt elaun dobi..
hahahhahahahhahaa..

Walaupun tak banyak..tapi tu kira duit jugak tu..
kikikikiki..

Jangan harap la aku akan pakai baju seragam kaler biru tu..
hohohoho

TAKTAU LA YANG MANA SATU

Tadi makcik Fina (adik abah aku) call..dia ajak aku pi bercuti kat Melaka..
Then Makcik Idah(adik mak aku..) plak call...dia ajak pi langkawi..
Waaaaaaaaaaa.......

Bercuti dengan depa best..tapi aku taktau nak ikut yang mana satu..tarikhnya sama....
huhuhuhuhuhuhu

KEPALA SAJA..MUKA TENANG GILA

Tadi masa aku tengah kemaskini semua akaun email ngan akaun gmail aku..(besa la..aku ada sepuluh akaun emel..masuk yang TM yang emel..11..hahahhahah),aku terjumpa satu emel dari seorang penyelia tapak masa aku kerja dengan Arkitek dulu,Razak..

Ni ada gambar kejadian orang kena langgar dengan kereta api tahun lepas hujung bulan satu dekat sebuat tempat yang diberi nama Wellewatta..Tak pasti plak tempat ni katna kan..sama ada di India atau Afrika..

















Muka brader ni tenang gila..takdak muka terkejut pun..ni mesti kes bunuh diri..
huhuhuhu..
Nak termuntah la..

GAJI..CEPAT LA....

Lagi tiga hari gaji nak masuk..waahhhhh!
Tensionnya.....awat rasa lambat sangat ni??????
Nasib baik Incik Bachok belanja makan lunch ni..
hehehehe..

Isnin, Oktober 18, 2010

AL KISAH TAK FAHAM BACAAN AL QURAN

Tersebut kisah seorang datuk dan cucunya tinggal di tepi sungai. Mereka adalah beragama Islam. Setiap pagi datuknya membaca al-Quran dengan suaranya yang merdu mengalunkan ayat-ayat indah Al-Quran dan menyuruhnya cucunya mengaji Al-Quran.

Didesak rasa ingin tahu,si cucu bertanya, “Mengapa Datuk selalu membaca Al-Quran? Menjadi rutin, setiap pagi?” Menurut si cucu, sukar untuk memahami kandungan ayat-ayat Al-Quran tersebut,walaupun setelah membaca terjemahannya. “Mengapa memaksakan diri membaca sesuatu yang tidak kita mengerti?”

Mendengar pertanyaan tersebut, si datuk terdiam. Dia tidak menjawab sebaliknya si datuk menyuruh cucunya mengambil air di sungai berdekatan rumah mereka menggunakan bakul bekas arang. Bakul tersebut hitam legam maklumlah bekas tempat arang.

Walaupun tidak faham dan tidak berpuas hati kerana datuknya tidak menjawab soalannya tadi, si cucu mengikut apa yang disuruh oleh datuknya iaitu mengambil air di sungai menggunakan bakul. Tetapi setiap kali air diceduk menggunakan bakul biasalah air akan keluar dari lubangbakul yang diperbuat dari rotan tersebut.

Si cucu memberitahukan hal tersebut kepada datuknya, mustahil untuk mengambil air menggunakan bakul rotan tersebut. Tetapi datuknya menyuruhnya mencuba lagi. Dengan patuh, sang cucu kembali ke sungai dan menceduk air dengan bakul tersebut. Dapat diceduk tetapi air dengan cepat keluar balik. Cucu tersebut berfikir,si cucu memutuskan untuk berlari sambil membawa bakul berisi air tersebut. Mungkin saja setibanya di rumah masih ada air yang tersisa di bakulnya.

Namun begitu bakul tersebut tinggal kosong ketika si cucu sampai rumahnya. Airnya sudah keluar sepanjang perjalanannya. Tidak menerima kegagalan, sang datuk tetap menyuruh si cucu untuk kembali ke sungai dan mengambil air dengan bakul rotan tersebut.

Berkali-kali cucunya berlari dari sungai menuju rumahnya sambil membawa bakul berisi air tersebut. Dia cuba berlari dengan lebih laju, namun hasilnya tetap sama: air sungai tersebut tak pernah sampai ke rumahnya, ke hadapan datuknya. Termengah-mengah,si cucu akhirnya berkata pada datuknya bahawa benar-benar mustahil mengambil air dengan bakul rotan tersebut.

Mendengar pernyataan cucunya, datuknya tersenyum. Ia mengajak cucunya duduk dekat. Lalu berkata,”Begitulah cucuku. Maaf membuatmu penat. Memang tidak ada air yang sampai kesini. Tapi lihatlah, adakah perubahan yang dapat kau lihat pada bakul tersebut?”

Si cucu memperhatikan bakul yang dibawanya tadi untuk pertama kali. Benarlah, ia memang tidak menyedari sebelumnya karena terlalu memikirkan cara bagaimana membawa air dengan bakul tersebut, tapi bakul yang tadinya hitam legam kerana arang tersebut sekarang sudah bersih, berwarna asli seperti rotan asalnya.

“Seperti itulah membaca Al-Quran,” ucap si datuk. “Mungkin masa ini kita belum faham ertinya, belum mengerti pengajarannya. Tapi tanpa kita sedari, ayat-ayat yang selalu kita lantunkan tersebut membuat hati kita bersih dari noda-noda kehidupan, dari buruknya sifat-sifat makhluk fana yang mungkin bersemayam dalam hati kita. Amalkanlah membaca Al-Quran cucuku, sebagai alat pembersih hati.”

Si cucu masih terduduk lelah dengan nafas sedikit termengah-mengah, namun ia mengangguk faham. Rasa ingin tahunya dapat jawapan yang memuaskan hatinya, ia mendapat sesuatu yang berharga hari itu.

ADAKAH DUYUNG NI WUJUD ATAU KHAYALAN SEMATA-MATA..

Masa kecik-kecik dulu,pengaruh kartun keluaran Disney memang kuat dalam hidup aku.Salah satunya ialah kartun The Liltle Mermaid.Kartun diambil dari sebuah novel karya Hans Cristian Anderson yang diterbitkan pada tahun 1836.Kerana kartun tu,aku percaya bulat-bulat yang ikan duyung memang wujud.Tapi betoika ikan ni wujud atau mitos saja?

Sebenarnya sejak zaman-berzaman,cerita mengenai menatang separuh ikan separuh manusia ni memang popular.Macam mitos mengenai naga dan manusia berambut ular yang dipanggil Hydra,cerita pasal ikan duyung ni merata tempat ada.Tak kira la di Eropah ka,Amerika mahupun Asia.Malah kat negara kita sendiri pun ada cerita mengenai ikan duyung sampai pihak penerbitan filem melayu dulu pernah menerbitkan filem Air Mata Duyung lakonan Nordin Ahmad dan Suraya Haron.

Kartun The Liltle Mermaid keluaran Disney.
Di Thailand,ada juga cerita mengenai ikan duyung mereka sendiri.Ikan duyung dikatakan pernah muncul di Songkla dan menyebabkan pihak depa membina sebuah patung menyerupai ikan duyung di pantai sana.Ada yang mengatakan bahawa duyung di Songkla tu adalah seorang puteri yang di sumpah menjadi ikan setelah didapati mencintai manusia biasa.Cerita dia sama dengan cerita Air Mata Duyung..Hmmmmm...


Patung duyung di Songkla


Mermaid dan Mermen karya seorang pelukis Jerman
Dalam mitos orang Yunani,ikan duyung dikatakan selalu menggoda dan memukau para kelasi kapal sehingga kelasi kapal tersebut menemui ajal akibat sumpahan si Ikan duyung ni.Malah ada sesetengah masyarakat pagan zaman dulu yang menganggap duyung ni sebagai dewa laut depa yang dipanggil Ea atau Oannes.Ea dikatakan sebagai duyung jantan.
Duyung dan Kelasi

Dalam himpunan kisah Arab 1001 malam(arabian night),kisah duyung ada jugak.Mengenai Abdullah,seorang nelayan yang dikatakan boleh bertukar menjadi ikan duyung jantan..Adooiiii..macam-macam la...
Ada juga yang mengatakan ikan duyung ni suka mrnyerang kapal-kapal yang melalui laut dalam.Uikkk..ganasnya....


Serangan Duyung
Di Indonesia..duyung depa huduh betoi..
hahahhahhahahhahahhaha...




Rangka duyung yang di temui di Indonesia.
Aku pun taktau la duyung di wujud ka tak.Tapi aku percaya duyung ni memang wujud dulu.
Aku cerita pasal duyung ni bukan apa..
Semalam aku mimpi jadi duyung..hahahhaahhaha..
Sebelum tidoq tengok cerita Aquamarine..sampai termimpi-mimpi..
bengong betul..
macam budak-budak..
hahahhahhaha





PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!